Friday, 1 May 2026

Sambil Duduk Kita Jelajah Dunia Dengan Rakan Blogger

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Malam semalam aku berjaya blog walking lebih 40 blog rakan-rakan dari sebelum pukul 1.00pg sampailah pukul 3.30pg. Apa pilihan yang ada bila selalu sibuk sampai tak dapat nak ziarah. Maka dipilih satu masa dan kita ziarah semua orang.

Namun masih ada yang tak juga sempat aku ziarahi.

Malu juga sebenarnya bila rakan-rakan datang berkunjung tapi tak dapat nak membalas kunjungan. Mohon maaf sangat-sangat yer. Dan pada yang datang dan meninggalkan jejak di blog aku yang tak seberapa ini - Thank you so much..!!

Okay dari blog walking banyak blog at one time aku dapat ilham untuk entry ini. At this moment ada beberapa sahabat blogger sedang menceritakan kisah travel mereka di serata tempat di dunia ini. Sambil kita baca sambil kita layan gambar yang membuatkan kita berada di tempat mereka. Seronok bagi aku bila membaca sesuatu yang baru.

Blogger Afeezz - Tbilisi, Georgia

Setakat ini dah 4 episod beliau tulis mengenai kisah kembara beliau di Bumi Georgia. Seronok aku baca kisah beliau yang mengembara bersama 5 rakan yang lain. Apatah lagi Georgia adalah tempat yang belum pernah aku jejaki. 

Header blog dengan tulisan terbalik "I'm writing for my self".

Boleh klik link di bawah ini untuk entry terbaru beliau di Georgia :-

1042 : Catatan Perjalanan - Tbilisi, Georgia (Episod 4) : Menyusuri Sungai Kura Sambil Menghirup Udara Petang

https://imwritingformyself.blogspot.com/2026/04/1042-catatan-perjalanan-tbilisi-georgia_01790016463.html

Blogger Dear Anies - Thessaloniki, Greece

Blogger terkenal dan berjiwa kental ni mesti semua kenal. Memang kaki travel sepanjang masa dan rajin BW blog sahabat-sahabat. At this moment Anies tengah menulis kisah kembara beliau di Bumi Greece. Negara yang juga belum aku jejaki.

Otherwise Known As Anies The Great Traveller.

Boleh klik link di bawah ini untuk entry terbaru beliau di Greece :-

Thessaloniki, Greece: λαϊκή αγορά (Laiki Agora) 

https://aniesandyou.blogspot.com/2026/04/thessaloniki-greece-laiki-agora.html


Blogger Ren - Hanoi Vietnam

Seorang yang tidak pernah berhenti dari dunia mengembara. Susuk tubuh yang hebat dalam dunia mengembara dari 20 tahun yang lepas sehinggalah ke hari ini. Entry beliau secara tiba-tiba Paris, next entry Singapore, next entry Geneva 😉.

Aku rasa ni header blog yang paling cantik dalam list ini.

Boleh klik link di bawah ini untuk entry terbaru beliau di Vietnam :-

VIETNAM: Cerita Jalanan Hanoi: Bila Kamera Tangkap Kehidupan

https://janggeltrekking2.blogspot.com/2026/04/hanoi-cerita-jalanan-hanoi-bila-kamera.html


Blogger Ziela - Xian, China

Another hard core travel blogger yang aku kenal sejak mula-mula berblogging dari 14 tahun lepas. Jarang beliau nak tulis entry yang tiada kena mengena dengan kisah mengembara beliau. Dari Canada sampai New Zealan beliau dah conquer.

Header yang simple tapi penuh dengan makna jalan cerita blog.

Boleh klik link di bawah ini untuk entry terbaru beliau di China :-

Winter in Xi'an (Part 4) 

https://akulovetravel.blogspot.com/2026/04/winter-in-xian-part-4.html


Blogger Yan's Family - Manana, Afghanistan

Mula menulis di blog tahun 2008 dan sekarang mempunyai 47 juta view - Hebat tak?. Beliau sekarang sedang menceritakan kisah kembara di Manana, Afghanistan. Memang rare sangat-sangat. Aku pun tak terfikir lagi jejakkan kaki di sana 😅.

Header yang simple tapi gambar menunjukan betapa hard core nya tuan empunya.

Boleh klik link di bawah ini untuk entry terbaru beliau di Afghanistan :-

Manana Afghanistan - ke Bamyan untuk 2 malam (9)

https://yan-yanjournal.blogspot.com/2026/04/manana-afghanistan-ke-bamyan-untuk-2.html


Blogger Diana Teo - Almaty, Kazakhstan

Blogger asal Sabah yang sangat ramah. Di tahun 2025 sahaja beliau telah mengembara ke Kenya, Tanzania, Qatar, South Korea, Japan dan Uzbekistan. Mula menulis blog pada tahun 2008 dari bujang sehinggalah anak satu.. ke dua eh? aku pun dah lupa 😅. At this moment beliau dah travel lebih 60 negara.

Motto "Just Go" with current ending 60 countries conquered.

Boleh klik link di bawah ini untuk entry terbaru beliau di Kazakhstan :-

Day 1: Flying With AirAsia X From KL to Almaty, Kazakhstan

https://dianateo-dt.blogspot.com/2025/12/day-1-flying-with-airasia-x-from-kl-to.html


Blogger Faa / SN Faezah - Perth, Australia

Okay yang ini special sikit. Kalau blogger lain tulis mengenai cerita mengembara beberapa hari tapi beliau menceritakan keadaan dan suasana tinggal di Perth, Australia. Banyak berkongsi kisah hidup, aktiviti dan pengalaman menetap di sana. Secara tak langsung boleh tahu tempat makanan halal dan apa yang menarik di Perth.

Rakan blogger baru dengan first entry pada November 2025.

Boleh klik link di bawah ini untuk entry terbaru beliau di Australia :-

#17 Bersiaran Secara Langsung Dari Westfield, Carousel 

https://snfaaezahh.blogspot.com/2026/04/bersiaran-secara-langsung-dari.html


Blogger Miss Mirror - Perth, Australia

Sama seperti Blogger Faa, rakyat Malaysia yang tinggal di Australia. Namun aku tak tahu samada mereka berdua saling mengenali atau tidak hahahaa. Kalau belum, lepas baca entry ni boleh la jadi jiran kat Perth tu 😅. Aku suka baca kisah kehidupan beliau sekeluarga di Perth yang aku rasa telah lebih 10 tahun menetap di sana.

Entry beliau macam chipsmore, sekejap di Aussie, sekejap di Malaysia.

Boleh klik link di bawah ini untuk entry terbaru beliau di Australia :-

Dah Balik Aussie

https://sam-puansyurga.blogspot.com/2026/04/dah-balik-aussie.html


Blogger Fanny - Maafushi, Maldives

Yang seorang ini aku rasa tak perlu nak mention apa-apa. Walau beliau dari Indonesia tapi rapat dan ramahnya beliau mengalah rakan blogger Malaysia hahahaa.. Kalau datang Malaysia dah jadi macam artis semua blogger nak jumpa. At this moment beliau tengah menulis kisah kembara di Maldives. 

Satu-satunya blogger yang aku kenal dah travel ke Pyongyang, North Korea.

Boleh klik link di bawah ini untuk entry terbaru beliau di Maldives :-


https://dcatqueen.com/kuliner-maldives-seafood-enak-plus-tempat-nyaman-cobain-hiyala-mariyaad-kalau-ke-maafushi/

Ada ramai lagi blogger yang share their travel journey di blog mereka. Tapi aku just update yang mana current cerita mereka sedang buat. Other then this list boleh juga terjah blog Kak Mulan yang dah travel lebih 40 negara, Kak Amies dengan 20 negara dan Kak Ujie yang mana mereka bertiga ni banyak berkongsi kisah travel hampir di serata dunia.

59 comments:

  1. Wahhh sebahagian besar blogger ni Cuya tak kenal.
    Bestnya ada rakan yang kuat travel jugak. Semoga satu hari nanti akan ada rezeki besar datang menjemput Cuya untuk travel ke luar negara. Aamin ya rabb..

    Ni semua orang yg kaki travel ni mesti menyimpan duit khas untuk travel sahaja kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ramai dalam list ini blogger yg telah 10-15 tahun lama nya.. Dari zaman blog memuncak menjadi platform utama..

      Insyallah moga ada rezeki utk cuya menjelajah ke serata dunia.. bab menyimpan itu betul.. kalau tak mmg tak gi travel la hihii.. 😅

      Delete
  2. Ada yang Cie follow juga mereka ni. Geng travel ni. Kitonyo geng masak2 makan2 je 😆.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alaaa... Kita pun bukan selalu travel dan ada jer post masak masak juga hihii . ☺️👌🏻

      Delete
  3. Seronok baca kisah kembara ke negara asing ni...sambil berangan nak jejak kan kaki jugak...tapi apakan daya..dengan tanggungjawab pada keliarga dengan kerjaya, insyaallah one fine day akan mengembara juga tgok tempat orang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyallah one fine day akan ada juga peluang tu utk travel tak jauh dekat dekat.. kan.. betul tu ada tanggungjawp di sekeliling yg memerlukan kita present.. susah nak hilangkan diri utk travel huhuu..

      Delete
  4. huk huk hukkkk patut laa dr td batuk dan tersedak... harap bukan tibi🤣🤣🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dari pukul 4 pagi ke batuk tu hahahaha...

      Delete
  5. tghi nau pujian tu. krg jatuh tersembam abis laa terpaksa cancel g jepang🤣🤣

    arigato gonzaimasu👍👍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pujian itu mmg seiring dgn tersohornya nama blogger tersebut hahahaa... 👍🏻👍🏻👍🏻☺️

      Delete
  6. Wah! Ramainya travel bloggers yg masih aktif! Nanti sy BW ke blog mrka bila ada masa terluang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada ada masa sila lah terjah ke blog mereka ya.. seronok baca perkongsian mereka travel di serata dunia.. ☺️👌🏻

      Delete
  7. Giveaway Kerajaan Kelapa 2.0 kembali lagi!
    Semua warga Kelapa Bersekutu dijemput untuk memeriahkan lagi majlis beta!

    Jumpa tuan hamba di sana!

    https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2026/04/giveaway-kerajaan-kelapa-20.html?m=1

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waaaa dah 2.0 nampak nya.. hebat hebat.. terima kasih atas jemputan nya.. insyallah nanti kita usahakan entry nya ☺️👌🏻

      Delete
  8. dlm senarai blog yg di update tu ada 4 blog yg kita kenal...selebihnya yg lain tu nanti bole blogwalking juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sila sila blog walking yg belum follow tu... Insyallah ada perkongsian cerita menarik dari kembara mereka di beberapa tempat.. ☺️👌🏻

      Delete
  9. Terima kasih diucapkan sebab rajin singgah blog saya juga walau saya bulan traveler. Saya suka baca pengalaman rakan bloggers yang rajin menggembara, banyak ilmu dipelajari dari pengalaman mereka termasuk TT juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Most welcome... Eh ye ker rajin.. saya rasa saya blogger paling bermasalah nak bw ni hihii.. selalu sibuk dgn urusan kerja.. apa pun trima kasih tau dtg berkunjung ke sjni membaca kisah travel ☺️👍🏻

      Delete
  10. Baru ye habis berjalan di blog kak Yan's Family..
    Blog ni pun ai baru jelajah sikit-sikit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Yan family tu mmg lain dari yg lain.. Pakistan, Afghanista, India semua dia tapau cenggitu jer hahahaa.. 😅👍🏻

      Delete
  11. Terima kasih kenalkan blog mereka. So far follow Kak Yan dan Fanny je. Yang lain insyaallah akan terjah juga. Bila baca blog travel ni biasanya akak kena concentrate sebab nak turut sama meneroka 😁. Lagi² bila ada plan nak ke sesuatu tempat tu pada masa terdekat. Walaupun pergi dengan agensi at least dah study dulu tempat yang akan dikunjungi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Most welcome.. kita berkongsi dari blog yg menarik utk dibaca especially berkenaan travel. Kan kena ada waktu yg sgt sesuai utk membaca baru lah seronok enjoy seperti traveling bersama mereka.. betul tu bila nk ke sesuatu tmpt mmg kena study walau ikut agent..

      Delete
  12. waaa ramainya avid traveller cum blogger! impressive sgt dgn those yg travel byk2 within a year!! my flight pg esok so seminggu lah i tak dpt BW ;) ..i memang folo kak yan dan fanny :) mulan pun selalu travel jugak...ari tu dia gi main ski kat korea rasanya..on the spot gitu jer dia travel :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronok tgk MZ ke Amsterdam... Last jejak ke sana 16 tahun lepas huhuu.. mesti dah banyak yg berubah.. nanti jgn lupa life update dari sana ya hihi.. seronok travel berdua hihii.. Puan Mula another level.. tup tup dah terbang gitu hihii.. 😅

      Delete
    2. i'm backkkkk....memang best sgt ronda2 amsterdam! cover all the tourists spot lah;)

      Delete
    3. Suka tengok kipas angin besar aras rumah di amsterdam tu hahaha.. dgn canal sungai kecik tu di merata tempat.. besstttt nyer.. :D

      Delete
  13. Kagum tengok orang keliling dunia.. cam saya ni penakot.. sampai bebila la dok. memerap dalam bilek nie.. terlalu overthinking.. tapi sekurang² nya ada blogger travel ni boleh la kita rasa pengalaman.. teruskan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena lawan rasa takut tu hihi.. saya takut bila berada di tempat tinggi.. mmg gayat.. naik tangga tinggi pun dah kaku mcm kayu.. but syukur saya lawan la sikit2.. sampai slrg dah boleh hiking gunung tinggi2.. 😅

      Delete
  14. assalamualaikum tuan, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.. memang seronok dapat kenal dan interaksi dengan mereka yang sama minat atau kecenderungan.. saya pun sebenarnya suka travel tapi belum punya kesempatan .. jadi baca dan menghayati pengalaman sahabat-sahabat yang selalu travel itu pun dah menggembirakan... teruskan berkongsi pengalaman

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam.. amin terima kasih atas doanya.. syukur alhamdulillah baik baik saja ☺️🤲🏻.. itulah bila jumpa org yg sesama geng ni mmg akan berborak panjang.. insyallah saya doakan moga dpt travel tanpa henti suatu hari nanti ☺️🤲🏻.. insyallah akan teruskan berkongsi selagi mampu dan diizinkan Allah..

      Delete
  15. assalamualaikum...
    saya dah lama ikuti blog ini sebagai silent reader
    >https://belogsjm.blogspot.com/2025/10/travel-my-way-httpstimetravelafifblogsp.html
    > https://belogsjm.blogspot.com/2026/05/untuk-hati-yang-masih-bertahan.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam..
      Alhamdulillah terima kasih kerana mengikuti blog ini.. jgn la selalu sgt jadi silent reader.. bg comment sikit kekadang tu hihii..

      Delete
  16. Uwaaaaaah masuk juga dalam list 😍😍. Thankyou abaaaaang.

    Dan ternyata ada beberapa yg saya belum pernah baca blognya. Oke , langsung save di list saya juga. Memang sukaaaaa sangat kalau dah baca blog2 perjalanan, sebab dari situ saya banyak dpt informasi dan inspirasi nak ke negara mana lagi. Ada bayangan ttg budget , penginapan etc.

    Georgia tuh baguuus sangat bang. Memang hrs kesanalah. Sayangnya saat ke Georgia, saya tak sempat ke Armenia, padahal dekat kan. Makanya masih teringin sangat nak balik Georgia, lalu mampir Armenia juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mesti la masuk sebab orang nya memang traveller hard core... berani ke Korea utara... orang lain belum pasti lagi dapat berkunjung ke sana hihii..

      Mana yang belum dibaca itu nanti ada masa boleh la visit mereka.. cerita travel mereka sangat menarik.. byk yg dikongsikan juga.. mmg betul kalau baca cerita merkea pasti dpt tahu byk informasi utk sesebuah tempat itu..

      Delete
    2. Georgia berada di dalam list untuk di kunjungi.. tapi belum dpt tiket murahnya lagi hihi.. Insyallah mungkn tahun depan bole ziarah Armenia sama Azerbaijan sekali.. tapi keadaan sekarang amerika perang sama iran masih sama sama lagi perjalanan untuk ke sana.. moga tamat lah perang ini..

      Delete
  17. Ada bbrp nama yg PH belum kenal. Boleh la terjah blog depa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sila lah terjah ke blog mereka... untuk mengelilingi dunia dri tulisan mereka..

      Delete
  18. Seronoknyaaa
    Jelajah serata dunia❤️
    Kita tumpang tgk bila org cerita kat blog

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronok tgk sahabat blogger kongsi kisah kembara mereka... Lagi2 tmpt yg tak pernah jejak..

      Delete
  19. Ada yang uncle dah kenal, ada juga yang uncle belum kenal... Nanti ada masa luang uncle nak terjah lah....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sila sila.. ada ada masa boleh terjah blog mereka... Bila uncle nak up cerita jakarta pulak hihii.. ☺️👌🏻

      Delete
  20. Blog kak Amie's Little Kitchen pun ada share pasal traveling. Paling latest ke Palestin. Terima kasih share tentang blog² di atas, dan luangkan masa singgah balas blog kawan².

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah ye laaa... Aduhaii ter missed pulak...ok thanks inform nanti kita update tambah blog kak Amies Little Kitchen dalam list..
      Jarang bw segan bila xdpt bls kunjungan..🫣

      Delete
  21. Seronoknya baca pengalaman rakan blogger g negara orang. Sambil baca sambil kita berangan g sana jugak heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul... Seronok baca pengalaman rakan rakan blogger yg travel di pelbagai tempat di serata dunia.. Sy pun berangan juga moga dpt pergi semua tmpt2 du dunia ini.. ☺️

      Delete
  22. Suka baca perkongsian mereka yang berpeluang menjejakkan kaki ke seluruh pelusuk dunia. In sya Allah semoga ada rezeki semua untuk berjimbaan di sana sini juga satu hari nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila baca kisah mengembara dri rakan blogger pasti akan terbawa-bawa sekali dlm cerita tu huhu.. moga dpt lah jejak kan kaki ke semua negara atas dunia ini.. ☺️🤲🏻

      Delete
  23. eh... nama saya disebut di sini rupenya. patut la susah nak tidor hari tu. terima kasih pasal sudi menyokong blog saya. suka baca pengalaman travel orang lain, sekurang2 bole gak berangan berada kat sana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Org hebat memang nama nya akan disebut sebut gitu hihii.. terima kasih atas perkongsian cerita di Georgia.. moga angan angan saya dpt travel ke Georgia akan tercapai jua nanti :D

      Delete
  24. Diantara banyak2 tempat yang dilawati oleh blogger tu...paling akak takut nak pergi ialah Afghanistan. Mungkin sebab Amerika ada berperang kat sana dulu. Dalam banyak-banyak tempat Perth, Australia yang akak dah repeat 2 kali. Sekali tu sebab menang peraduan. Patut ke Maldives tapi AA yang menaja penerbangan tu dah tutup laluan ke Maldives (time tu). Jadi mereka bagi hadiah ke Perth, Australia. Seronok ke sana kami sewa kereta pun dengan orang malaysia yang duduk di sana. Bawa kereta tenang je sebab tak jam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak la kta takut cuma saya nak masuk afghanistan tu tak senang dan amat susah.. mungkin kena amil flight ke pakistan dan baru boleh ke kabul afghantu.. teringin nak pergi juga kalau ia mudah untuk dimasuki.. Waa untungnya rezzeki betul dapat free tiket sbb menang peraduan.. okla better gi perth sbb maldives byk promo murah hihii :D

      Delete
  25. Noh, panda la mata tu jauh blog walking nya sampai 3 pagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuti weekend boleh la nak layan blog pukul 2-3 pagi.. hari bekerja memang idok la hahaha.. 😅

      Delete
  26. Thanks for sharing Afif, semua blog di atas best2 pengalaman travel nya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama... Suka bila baca sebab terasa seperti ikut travel sekali hihii :D

      Delete
  27. Yang blogger diperkatakan dekat atas² tu..pernah juga terjah sekali dua.. memang hebat semua kaki² travel NIE..salute...

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu semua kaki hard core travel tu.. tup tup sana.. tup tup kat sini... hebat betul huhu.. :D

      Delete
  28. Saya suka sangat baca blog orang2 kaki travel ni. Baca pengalaman orang dulu, ada rezeki nanti boleh pergi negara2 yg saya tak pernah sampai lagi :D Puan Yan punya travelog paling latest tu best kann. Jarang dgr org travel ke Afghanistan. Sekaligus dia ubah persepsi kita yg org2 afghan ni friendly je. Media barat yg jahat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah suka baca juga sebab boleh berangan dan menyimpan angan angan utk ke tempat yg diceritakan.. Bab travel ke Afghanistan tu mmg hebat sbb sy pun tak terfikir dek akal nak ke sana huhuu..apa pun dri cerita dia kita tahu selamat dan org nya frindly

      Delete