Friday, 28 September 2012

Part 1 : The Netherlands - Sampai di Schiphol Airport

20 Julai 2011 - Rabu.. Sarjan Yusuf dari pihak Pertahanan Kedutaan Malaysia di South Africa hantar aku kat O.R Tambo Johannesburg International Airport (sebab aku lepak rumah dia sebelum ke aiport).. mereka pun macam tak percaya betul ke aku nak tour Europe sorang2.. risau kata mereka.. actually aku pun takut.. tapi buat muka kering je..

Okay start cerita.. aku amik flight KLM Airlines ke Schiphol International Airport - Holland.. flight selama 10 jam 30 minit.. alhamdulillah selamat sampai.. yang best nyer seat sebelah aku tak ada orang so selesa la sket.. makan, tido, tengak movie nak habiskan 10 jam nye pasal.. Dan untuk panduan korang sebelum beli flight ticket make sure korang minta makanan halal.. insyallah makanlah dengan tenang..

Sarjan Yusuf bersama isteri nya kak Hafsah dan
En.Zulkarnain Pengurus Airport MAS
Sebelum naik flight aku isi airtime R 189.00.. dan buat roaming sms jer.. orang tak boleh call in dan aku tak boleh buat call out.. 1 sms R 2.70.. aku boleh send 70 sms.. Flight pukul 11.20 pm dan aku sampai Schiphol Airport pukul 9.58 am - keesokan hari 21 Julai 2012.. nasib baik waktu sama dengan South Africa.. tak la susah aku nak tahu waktu.. especially waktu solat..

Sampai di Schiphol Airport.. cuaca sejuk semacam.. check hari tu sekarang ni musim spring tak kan sejuk macam ni.. nasib baik dah ready satu baju sejuk.. rupa2 kat sini memang sejuk even dah masuk spring..

By the way.. aku dapat info dari member Amerika.. diorang kata Schiphol Airport agak ketat dan susah.. sebab diorang even just transit tapi sebab diorang nama islam.. kene tahan.. cuak jugak aku nak lepas immigration ni.. so bila keluar je dari kapal terbang dah ada dekat 10 pegawai berdiri untuk check setiap penumpang yang keluar..

Bergambar di hadapan Schiphol Airport setelah lepas dari immigration :D
Bila time aku kene soal.. first dia tanya aku nak pi mana.. transit ke atau ini destinasi.. second berapa banyak duit ada..  aku jawap transit 3 minggu.. nak stay kat Amsterdam seminggu lebih dan nak pi rumah kawan dekat Hamburg, German.. okla tak ada pape pun.. lepas je dengan pegawai ni.. time nak stamp passport kene soal benda sama lagi.. tapi alhamdulillah la.. tak susah macam mane yang member aku cerita.. mungkin sebab time tu aku tak pakai jubah mcam diorang..

Layan pemandangan dari dalam tren.. 
sambil berfikir boleh ke aku nak jalan seorang ni :P
Fyra tren from Schiphol to Central Amsterdam

Bila dah stamp paasport aku pun cari la exit.. jumpa jer pintu exit kene tahan lagi dengan pegawai lain.. dia tanya ada barang nak declare tak.. aku kata tak ada.. sambil memberi senyuman dia kata ikut jalan sana.. aku pun jalan sampai lepas pintu dan terus keluar di arrival.. Waahh lega.. tak ada la susah mana.. mungkin nasib aku je yang baik.. :P

First aku kene buat sebelum start perjalanan.. cari tandas.. then solat.. cari jer corner yang agak tersembunyi jauh dari orang.. bentang kain dan solat.. Alhamdulillah time aku tak ada orang kacau.. :D

Sampai Di Station Central Amsterdam  
Bergambar dengan train ni sat
sebelum keluar dari bangunan ni
Habis solat.. aku pi cari kaunter nak beli tiket tren nak pi Amsterdam.. tapi semua signboard dalam bahasa Dutch.. sakit gak nak nak fikir ni.. nasib baik nampak  orang beratur kat mesin ada tulis tren.. aku pun beratur la dengan confident nyer.. sampai je kat mesin tu.. satu haprak pun tak faham.. tempat nak masukan duit pun tak ada.. terus pening tak tahu nak buat apa..

Nasib baik nampak ada makcik tua pakai tudung dengan husband dia.. bila aku tanya.. dia geleng kepala sambil menunding jari ke seorang pemuda sedang bercakap telephone.. bila pemuda tu abis cakap telephone makcik tu beritahu apa ntah.. rupa2 nya pemuda ni anak pakcik makcik tu.. diorang tak tahu English.. so suruh aku cakap dengan anak dia..

Dia tanya apa aku nak pi nak? aku kata cane nak beli tiket tren ke Amsterdam.. sambil tersenyum dia bawa aku pi kaunter tiket kat hujung airport.. ( la ada rupanya kaunter :p ).. dia minta duit untuk bayar tiket tren tak sampai 2 euro.. then bawa aku pi terminal.. memang banyak tren dia..

alhamdulillah dia bawa aku betul2 sampai depan tren untuk ke Amsterdam.. tren dua tingkat.. seat besar boleh tahan siap ada plug untuk charge.. tren aku naik ni tak stop langsung kat mana2 station.. strait jer sampai Amsterdam.. in the end baru aku tahu.. ada masa tertentu.. ada tren memang strait to Amsterdam dari airport.. Continue to Part 2..


Monday, 24 September 2012

Part 1: Truly Of Africa.. Republic of Malawi

Assalamualaikum..

Selepas tour di Zambia.. aku cross border ke negara sebelah - Republic of Malawi.. negara ni best sebab ada satu tarikan UNESCO WORLD HERITAGE iaitu Lake Malawi.. memang terkenal di dunia.. Malawi Lake ni panjang lebih 700 km dari South - North.. dengar macam best so itulah misi aku di Malawi nie hehee..

Kedudukan Tasik Malawi di Southern Africa
Dari Border Mchinji, Malawi.. Kene naik teksi atau bas mini (van).. untuk ke Lilongwe, The Capital of  Malawi.. Masa tengah sibuk cari transport tiba2 ada orang offer naik van dia.. dia hanya orang biasa bukan bas mini dan dia akan ke Lilongwe..


Perkhidmatan bas dari Border Mchinji ke Lilongwe.
Dia charge seorang RM 30.00 - 90 km dari border.. so naik la.. ingatkan senang la.. sebab kalau kerete sendiri tak susah macam naik bas mini yang akan selalu berhenti naik turun penumpang dan  lagi mahal..

Kami di izin untuk bermalam sebagai tetamu..
Masjid A-Falaah.. Lilongwe..
Sekali dah naik.. rupa2 nya dia boleh angkut orang lain lagi sampai penuh van tu nasib baik aku duk depan.. kesian la kat anas ,umar ngan musab kat belakang tu huhu.. naik mcm bas ayam jugak..

Sebelum masuk Bandar Lilongwe ade post tentera.. untuk check kenderaan keluar masuk.. bila check van yang kami naik.. dah ok boleh jalan.. sekali Mus'ab buat hal..

Dia snap gambar post kawalan.. terus pegawai tentera marah Mus'ab (sebab tak boleh amik gambar).. kesian Mus'ab lama kene marah hehee.. nasib baik dia tak rampas camera just suruh deleted gambar yang dia amik jer..

Sampai Lilongwe lepas maghrib.. aku denagn yang lain cari masjid nak solat dulu.. sebelum teruskan perjalanan ke Lake Malawi..

Kami jumpa Masjid Al Falaah.. masjid terbesar di sini.. Bila masuk jer orang2 masjid tanya.. ni jemaah tabligh ke? ada kursus ker..??  kami kata bukan.. Just student nak jalan2 time holiday..

Ahli qariah sambut kami dengan baik.. lepas selesai kami solat jama' magrib - isya'.. ahli jawatan kuasa masjid panggil kami duduk dengan mereka dalam masjid.. tanya kami macam2.. bila tahu kami pelajar agama lagi la mereka suka.. dan tiga dari kami hafiz pulak.. kami di layan seperti tetamu VIP..

Orang masjid bagi cadangan pada kami.. kata mereka waktu malam bahaya naik bas pergi Malawi Lake.. kami di izin kan bermalam di bilik tetamu masjid.. esok baru teruskan perjalanan ke Malawi Lake.. kami  pun ok je..

Bersama Maulana Abdur Rahman Imam Masjid Street 7,
Sahabat lama di University Zakariya, Johannesburg, Afrika selatan

Lepas solat isya'.. ramai datang jumpa kami.. siap ada yang bawakan pizza untuk makan malam kami.. ada yang bawakan kami roti nan dan kari ayam.. time nak amik malu2.. masuk bilik terus makan maklumlah lapar.. alhamdulillah itulah rezeki.. ada juga yang bertanya.. nak selimut, bantal etc.. yang ajak datang tido rumah diorang pun ada..

Lepas solat subuh dan baca quran.. ada ustaz ni tanya " ada nak pi mana2 ke kat Lilongwe ni.." aku kata ada kawan kat sini super senior la kat Johannesburg.. kalau di izinkan aku memang nak jumpa dia.. ustaz tu tanya lagi dia tinggal mana.. aku kata dia imam kat masjid street 7.. Maulana Abdur Rahman.. terus pakcik seorang ni offer bawa kami naik kete pi masjid tu.. tak sampai 10 minit.. kami sampai..

Satu2 nya bas dari Lilongwe untuk ke Mangochi ..
Makan jagung bakar untuk lunch kami dalam bas
4 tahun tak jumpa.. Maulana Abd Rahman ni jamu breakfast.. nasi tu macam nasi lemak tapi sebenar nyer masak pakai susu dan gula.. manis giler.. aku buat kering je makan je la.. sebab perut aku boleh ape je makanan asalkan halal.. Mus'ab memang tak leh nak telan hahaa.. lepas setengah jam lebih kami pun balik.. ntah bila boleh jumpa balik dengan Maulana abdur Rahman ni..

Balik semula ke Majid Al-Falaah.. kemas barang.. kami di bawa ke rumah Rashid Bhai.. untuk bersarapan.. Orang nya biasa tapi makanan dia luar biasa.. Ada sandwich, daging hancur black pepper, jus oren, roti bakar, butter, scramble eggs , tea, coffee macam2 la :P.. Walau malu2 nak makan.. tapi habis semua kami makan hahaa...

Bila dah naik bas lebih 7 jam untuk perjalanan 250 km..
Macam ni la jadi nyer.. Main snap2 gambar :P
Mus'ab dah bele & lapar.. tak tau apa nak buat..
Ayam hidup pun diorang bawa naik bas.. Ayam goreng boleh tahan lagi..
Kesian umar duduk sebelah ayam hehehee.. 

Ticket bas pukul 9.00 pagi tapi pukul 11 lebih baru bertolak.. perjalanan 250 km dan bas ni macam ikan sardin.. orang bawa ayam hidup pun ada.. dekat waktu magrib pukul 6.30 petang kami sampai Mangochi.. dan harga ticket bas berharga 1700 kwacas (RM 25.00)..  dari Linglowe ke Mangochi..

Sampai Mangochi Station Bus.. kami naik bas lagi satu untuk ke Pekan Monkey Bay (setengah jam juga) dan bila sampai cari Mufasa Lodge sebab hari dah agak gelap.. (harga bas ni pulak 400 kwacas).. nasib baik ada seorang mamat kampung ni tolong kami untuk cari hostel kami.. bila sampai di Mufasa Lodge.. baru tahu dia memang kerje kat situ pun.. patut la dia tolong pun hehee.. Continue Part 2..

Friday, 14 September 2012

Zambia Part 1 : 28 Hours From Johannesburg - Lusaka National Museum

Assalamualaikum...

Okay.. aku akan mulakan cerita travel aku dari negara ni.. but this is not the first country of my travelling.. ini mungkin yang ke 5 atau 6 kot.. Republic of Zambia.. aku masuk melalui Border Chirundu.. Naik Bus Intercape di Park Station -  (Park Station adalah nama untuk terminal bas di Johannesburg South Africa..)

Laluan bas ni.. melalui negara Zimbabwe dari dari selatan sampai la ke utara.. maka sampailah aku di Zambia.. perjalanan bas ni selama 28 jam.. lama bangat kan.. bertolak dari South Africa 2 April - 9.00 am.. aku sampai di Lusaka, Capital of Zambia 3 April - 12.00 p.m lebih..

Bersama Mus'ab dan Umar sblm naik bas selama 28 jam @ Park Station
Bas Intercape yg kami naik lebih 1200 km.. nasib baik service bagus siap bagi lunch dalam bas.. ada toilet.. ada pramugari lagi tu tapi orang africa la.. so alhamdulillah sampai dengan selamat.. gambar ni snap time stop somewhere kat highway di kawasan hutan kering Zimbabwe.. 
Masa kat Chirundu Border agak lama juga.. sebab time nak cop passport kat immigresen.. pegawai tu nak check dulu Malaysian Passport kene visa tau tidak..  dan pegawai kastam nak check every single luggage..

Ade jugak 2 jam kat border ni.. orang hitam afrika ni ada yang baik dan ada yang bengong gak.. keje nak menge''paw'' je.. tapi Alhamdulillah aku, Anas, Umar dan Mus'ab ok selamat tak kene paw hehe.. nak paw memang kami akan lawan balik la.. mungkin sebab berempat.. berani la.. :P

Dari Negara Zimbabwe nak masuk ke Zambia kene melalui sungai Zambezi.. kat belakang tu jambatan besar yg di buat pada zaman Pemerintahan British yang menyambung kan di antara Zambia - Zimbabwe.. ini  salah satu jalan untuk masuk Zambia..
Hmmm.... mungkinkah ia adalah ukiran rasmi  pada hari perasmian :P
Aku nak amik gambar kat tempat bersejarah ni tapi tak boleh.. last2 dapat ideal cakap dengan askar ni nak amik pic dengan dia sekali.. nasib baik dapat huhu.. tapi kene paw la ngan askar ni sebab amik pic ngan dia.. mangkuk betul.. itu lah afrika..
Ini gambar curi.. sebab tu picture senget.. kawasan office imgretion untuk cop passport ni tak boleh amik gambar..  
Dari Chirundu Border nak ke Bandar Lusaka ni dekat 2 jam lebih.. cuaca pulak memang panas terik.. badan meleket tu tak yah cakap la hahahaa.. maklumlah 28 jam dalam bas.. tak mandi.. tapi nak buat cane kan.. turun dari bas semua orang hitam jer kat sini.. nak amik gambar pun takut.. orang yang terlalu ramai menjadi terlalu padat.. mungkin tengah waktu sibuk kot.. 

Maka kami berjalan keluar dari Lusaka Bus Station  pi cari masjid dalam Bandar Lusaka ni.. Alhamdulillah ada juga beberapa masjid rupanya di sini.. makanan halal pun senang nak cari sebab orang islam dari Pakistan, India dan Bangladesh ramai kat sini.. sampai kat satu masjid ni kitorng solat jama' dan rehat2 sekejap.. sebab kawan aku kata sampai Lusaka.. pi lepak kat mana2 masjid nanti dia datang jemput..

ini lah Lusaka capital untuk Republic of Zambia. with umar n mus'ab
Lusaka Masjid..alhamdulillah besar masjid ni..
Simbol ape itu aku pun tak tahu.. janji layan.. zassss.. :p
Sementara tunggu classmate aku orang Zambia.. Suleiman Lee datang jemput kami.. tiba2 bila sms dengan dia.. rupa - rupanya dia still ada kat Johannesburg.. ada masalah dengan flight ticket dia.. so next option kami kene la cari hostel untuk bermalam.. tak kan nak lepak kat masjid ni pulak

Alhamdulillah bila tiba waktu solat asar kat masjid ni.. ade seorang pakcik india ni tanya dengan aku datang dari mana.. nak buat apa.. nak ke mana.. lepas aku explain kat dia situasi kami.. dia kata buat apa nak susah2 cari hostel datang rumah dia je cukup la hehee.. dia ada rumah flat kosong..

Bergambar bersama pengarah muzium di pintu masuk..
Bergambar bersama rombongan sekolah yang melawat Lusaka National Museum 
Patung mengambarkan cara kehidupan dahulu.. Lusaka Natinal Museum 
Kereta Mini Cooper awal 1900-an kot hehee.. Lusaka National Museum
Peralatan senjata antik Zambia.. Lusaka National Museum
Lakaran lukisan di zaman dahulu kala kehidupan di Zambia..
Antara gambaran kehidupan di kawasan kampung .. Lusaka National Museum
Maka kitaorang pun ape lagi.. lepas habis solat asar berjemaah ikut pakcik tu naik 4x4 Toyota Land Cruiser dia.. terus pergi ruamh flat dia.. dia siap bagi makanan lagi.. so tak pasal2 lepak kat flat dia sampai 3 hari 2 malam hehee.. 

Di Lusaka ni tak banyak benda yang dapat di buat atau boleh di lihat.. maka kami di cadangkan oleh pakcik tu ke National Museum of Zambia.. entrance seorang USD 5.00.. mahal gak la.. dah dalam tak ada apa sangat pun.. mungkin kalau minat sejarah ok la kot...

Benda pelik dalam muzium.. tanya tapi tak jawap hahaa..
Kraf tangan yg diperbuat dari tanduk dan tulang binatang..
Tak ada la banyak sangat tempat nak melawat kat Capital Zambia ni.. but kalau kat kawasan luar banyak la.. Hari ketiga kami bertolak ke Bandar Chipata.. satu lagi kawasan di bahagian timur Zambia tak jauh dari sempadan Negara Malawi..

Sejauh 570 km dari Lusaka.. kami amik bas ayam dari Lusaka.. sempit nya dalam bas satu hal.. seat satu line ada 2-3.. so bayangkan lah kecik mana seat tu.. dan satu benda yang aku tak faham dengan orang afrika ialah even panas macam mana sekali pun dalam bas diorang tak akan buka tingkap.. kalau kene angin dari tingkap macam akan di serang sakit.. huhuu.. Countinue Part 2
 

Thursday, 13 September 2012

Perkenalan blog ini dan diri aku

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.. 

Salam Ramadhan 1433 Hijrah.. First at all why i want to create this blog is because. First is i just want to share my travel experience story to everyone. Maybe there is a useful information perhaps, Insyallah. And second is because requested from all my friend. Alhamdulillah i have been travel to 21 countries from 4 continents. Asia, Africa and Europe..

Setiba kaki menjejak Schiphol Airport @ Amsterdam,  Netherlands..

Insyallah my target is to travel at least half of the world or more then 89 countries before i turning 35 years old.. Because after that age i need to start thinking for having a family and need to take care of my mother which getting old day by day. And ofcoz after you married and have a family.. you need to look after your family to.. right now I'm still single and that the only reason for me to do what i want for my life.. please pray for me..

People always said that to travel u need to be a rich man or come from rich family because it will cost u a lot "makan belanja besar" so it look like this hobby only for the rich people. But i don't think that way. Because i already proved it and did my travel trip in cheapest way. Ordinary people like me, we just want to travel.. and we like to travel so much but then how??.. And money is the biggest problem for people like me, so..??


Swedish Apple is every where @ Stockholm, Sweden..

Air terjun terlebar di dunia 1.2 km - Victoria Falls @ Zimbabwe & Zambia..

Yes it's true that we have to use money to travel but we don't have to follow the way how the rich people travel. For me, i declare my self as a "backpacker"... this will save u a lot especially accommodation..

And for transport use the cheapest.. don't have to follow how other people do.. for my opinion if that place u want to go just below 6 or 7 km.. why not u just walk isn't it? don't have to take a bus.. and for long journey u can take night journey at least it can save your money for accommodation..

But the biggest why i can do lot of saving is i'm not a smoker ( i think so ).. kalau orang lain yang merokok tu abiskan hampir RM800 setahun untuk merokok maka kat situ aku dah save.. eh melalut dah pulak... :P dan paling best sebab aku tak ade kekasih.. that why senang nak bergerak.. tak ada la kes orang yang nak kengkang/control hidup aku huhuhuuuu...


Amik angin musim bunga Eiffel Tower
 @ Paris, France

Kilang Kasut Kayu (Croccs) 
@ Marken Island, Holland
Okla... aku belajar over the sea.. mungkin itu pun menyebabkan aku mudah nak travel... but ade je ramai kawan2 aku yang study dengan aku.. but tak ade pulak diorang nak travel... mungkin itu masing2 nye minat la kan.. nak buat apa yang diorang suka..

But from my opinion.. study sampai 5 - 6 tahun oversea tapi tak pernah pergi mana... dari tempat belajar bila cuti panjang je balik malaysia.. cuti panjang jer balik malaysia.. padahal harga tiket balik malaysia lagi mahal nak ke europe dari tempat aku belajar...

Pastu balik Malaysia spend banyak giler duit sebab rasa tak lama kat malaysia.. so berbelanje sepuas2 nya.. but kalau niat nak tengok mak ayah kat malaysia sebab rindu tak apa lah.. suka hati lah.. yang itu aku pun sokong.. tapi ada student yang balik Malaysia sebab nak jumpa awek.. itu lagi la mengarut..  giler menyampah..

Dan aku jenis yang tak suka berbelanja dan tak suka barang mahal dan tak suka makan luar.. suka masak sendiri.. tak pakai handphone mahal just nokia lampu suluh.. apa yang aku pakai semua barang murah.. jaket brown aku RM 15.00 jer.. tapi alhamdullilah dah 11 negara jaket brown ni ikut aku jalan.. koyak tidak.. warna pun tak pudar dah 4 setengah tahun.. but bergantung pada si pemakai jugakan..

Jam tangan suka beli kat tepi wisma yakin.. jam murah RM 20.00 jer.. pakai 2 tahun.. then confirm rosak.. so every 2 tahun akan tukar jam baru.. at least boleh tukar2 jam.. Kan..?? yang best beg backpacker Timberland merah aku RM 70.00 jer bukan RM700.00 yer.. beli kat Padang Besar.. Perlis buatan Thailand.. 13 negara  atau 3 benua beg ni dah ikut aku.. sampai sekarang masih ada bersama ku.. dah 9 tahun berkhidmat dengan ku.. ( Update Januari 2013 beg ni dah uzur )..


(Update May 2013) Birmingham Railways Station @ England

(Update May 2013) Giant Causeway, Belfast @ Northern Ireland 

Apa yang aku dapat travel ni... ilmu.. pengalaman.. pengetahuan.. kenalan.. boleh study culture negara orang.. setiap pandangan dalam melihat kebesaran Allah Taala itu maka kita akan dapat sesuatu.. aspecially bile aku pergi kat third world country macam Zimbabwe, Malawi, Zambia etc yang dalam benua afrika ni.. dengan kemiskinan, kemudahan kurang.. makanan tak mencukupi untuk harian hidup.. keselamatan yang tak terjamin di rompak, di rogol, di zalimi oleh yang jahat atau orang2 besar.. penyakit yang tidak terkawal, di mana sesuatu penyakit yang tak patut wujud lagi di masa kini..

So memang kene rasa bersyukur sangat la especially kita yang berada di malaysia.. atleast kita (walau pun harga naik mcm giler gak kdg2 kat malaysia) still boleh hidup dengan aman, ada tempat tinggal, ada benda nak di makan setiap masa.. dan keadaan selamat lagi nak di bandingkan dengan negara lain.. kat sini lah baru aku dapat rasa apa itu nikmat selesa bila di bandingkan dgn ngara yg miskin.. sebab itu pun Nabi Muhammad s.a.w suruh kita bersyukur dengan apa yang ada..

(Update December 2012) 
View from the highest peak of  Sibebe Rock, Kingdom of Swaziland

So jika ada apa2 yang tak puas hati dgn apa yang aku tulis.. kalau info salah ker.. ayat penggunaan tak betul ke.. (maklum la belajar sampai tingkatan 1 je).. nak comment tu sila2 lah..  aku baru je buat blog ni.. tak tahu sangat nak mengubah suai blog ni.. Insyallah nanti aku akan belajar2 lagi pasal blog ni... hope para pembaca boleh manfaatkan maklumat (jika ada la hehehee..) sebab aku tulis atas pengalamn pengembaraan aku sahaja..

Insyallah akan cuba untuk letak lebih banyak info yang lebih bermanfaat.. if ada sesiapa yang nak travel tempat yang aku dah pergi.. nak tanya any question boleh la ajukan soalan.. if aku tahu aku jawap.. if not aku try to refer dengan member2 traveller aku yang lain.. kalau tidak juga aku akan jawap tak tahu..


Tower Bridge @ London, England
Bridge to Zambia @ Livingstone, Zambia
Kegemaran

Aktiviti Outdoor: Hiking, Trekking, Bird Watching Camping, Fishing, Scuba Diving, Cooking & Hunting (in South Africa)
Warna Kegemaran: Hitam, Putih, Hijau.
Haiwan Kegemaran: Hedgehog, Ikan Sungai dalam Akuarium, Ayam Sebright, Ayam Hutan Merah,
Hobi: Mengumpul Poskad, Setem & Fridge Magnet , Mengumpul Peralatan Camping & Travel, Mengumpul Peralatan Memasak



Union Building @ Pretoria, 
Republic of South Africa

National Memorial Museum 
@ Lusaka, Zambia

Kama Rhino National Park @ Botswana

City Hall @ Stockholm, Sweden
Grand Palace @ Brussels, Belgium.

Orang tanya aku kenapa pilih nama Time Traveller nie.. Jawap : Ialah sebab time untuk aku travel tak banyak.. sebab nak travel kene cari duit.. so memang target nak travel sampai umur 35 tahun jer.. lagi2 bila dah abis belajar ni.. agak susah nak travel.. susah nak dapat masa free.. 

Dan ada jugak orang tanya mana datang nya hobi mengembara.. salah satu sebab yang paling kuat ialah dari abang aku sendiri.. time aku masih bersekolah tahfiz.. abang aku yang belajar di South Korea suka mengembara.. setiap tempat yang dia pergi dia akan send satu postcard ke rumah.. just nak buat collection postcard negara berserta setem yang dia sendiri hantar.. aku rasa itu lah permulaan hobi mengembara aku.. :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...