Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia.
Okay jom mulakan cerita travel aku dari negara South Africa but this is not the first country of my travelling. Mungkin negara yang ke 5 atau 6 rasanya.
Republic of Zambia - Masuk melalui
Border Chi Rundu. Naik Bus Intercape di Park Station, Johannesburg.
Park Station adalah terminal bas utama di Bandar Johannesburg, South Africa.
Laluan bas ni melalui Negara
Zimbabwe dari selatan sehingga la ke utara dia cross. Maka sampailah aku di Zambia dengan perjalanan bas selama 28 jam. Lama sangatkan sampai keras hahaa. Bertolak dari South Africa 02 April jam 9.00 pagi dan sampai di Lusaka, Capital of Zambia pada 03 April jam 12.00 tengah hari.
 |
Bersama Mus'ab dan Umar sebelum naik bas selama 28 jam di Park Station. |
 |
Perjalanan sejauh 1,500 km. Nasib baik service bagus siap bagi lunch dalam bas. Ada toilet dan ada pramugari lagi. Alhamdulillah sampai dengan selamat. Gambar ni snap time stop somewhere di kawasan hutan kering di Zimbabwe..
|
Semasa di Chi Rundu Border agak lama juga proses kastam dan nak cop passport. Pegawai immigration tu nak check terlebih dahulu samada Malaysian Passport dikenakan visa atau tidak. Dan pegawai kastam nak check every single beg dan luggage kami. Mungkin mereka rasa pelik kenapa ada orang Malaysia nak masuk negera diorang.
 |
Perjalanan mengambil lebih sehari untuk sampai ke Zambia merentasi Zimbabwe. |
Hampir2 jam juga kami stuck di border ini. Orang berkulit hitam afrika ni ada yang baik dan ada yang jahat. Yang di sini mostly jahat sebab kerjanya asyik nak paw setiap orang yang melepasi mereka. Ada sahaja yang tak kena di mata mereka.
Alhamdulillah kami berempar selamat dari di paw oleh pegawai immigration dan kastam. Kalau nak paw memang kami akan lawan balik la. Kelihatan ramai yang meletakan duit di dalam passport mereka bagi memudahkan urusan mereka walau sebenarnya tiada apa kesalahan pun.
 |
Dari Negara Zimbabwe nak masuk ke Zambia kene melalui Sungai Zambezi. Dan jambatan ini telah dibina pada zaman Pemerintahan British yang menjadi penyambung antara Zambia - Zimbabwe. |
 |
Masih wujud tulisan era British di tembok jambatan ini. |
 |
Bergambar di hadapan jambatan yang menghubungkan antara Zambia dan Zimbabwe. |
Masa di border ni aku nak ambil gambar memang tidak dibernakan oleh pihak askar. Tapi lepas dapat idea maka aku pun bertanya dengan sarjan askar yang bertugas di border ini untuk bergambr bersama. Sambil aku berkata kita amik gambar border di jambatan ini lebih cantik dan suprisely dia agree.
Tapi kecerian bergambar itu tidak lama sebab selepas bergambar dengan tiba-tiba dia kata nak duit sebab dia dah bagi izin bergembar di tempat yang tak dibenarkan. Dan dia kata lagi kalau kena apa-apa nanti dia susah nak jawap dengan pegawai atasan dia. Maka aku hulurlah lebih kurang SAR30.00 bersamaan MYR11.00.
 |
Ambil gambar curi-curi sebab tu senget. Ini kawasan office immigration untuk cop passport. Ada ramai askar yang jaga kawasan sini dan tidak dibenarkan mengambil gambar. |
Dari Chi Rundu Border nak ke Bandar Lusaka ni perjalanan memakan masa lagi dua jam lebih. Cuaca pulak memang tengah panas terik. Badan meleket tu tak yah cakap la hahaa. Maklumlah total 28 jam dalam bas tak mandi tapi nak buat macam mana kan.
Bila sampai dan turun dari bas kelihatan semua orang kulit hitam sahaja. Nak ambil gambar pun rasa takut-takut. Orang yang terlalu ramai menjadi terlalu padat. Mungkin sekarang tengah pick hour rasanya. Maka kami pun berjalan keluar dari Lusaka Intercity Bus Terminal untuk mencari masjid yang berdekatan.
 |
Masjid E Umar Farooq - Lusaka City, Zambia. |
 |
Jamee Masjid & Masjid E Tawheed di Lusaka. |
 |
Terdapat banyak masjid yang berdekatan dengan Lusaka Bus Station Terminal. |
Alhamdulillah terdapat beberapa buah masjid yang berdekatan dengan bus station anataranya Masjid E umar Farooq dan Masjid E Tawheed. Dan kami telah ke Jamee Masjid Lusaka yang terletak kurang 1km dari bus station.
Dan bila ada masjid maka tahulah kita ramainya komuniti islam di sini. Dan juga terdapat banyak kedai makan halal yang owner mereka rata-rata dari Pakistan, India dan Bangladesh. Sangatlah unexpected dengan islam yang agak kuat di sini.
Sampai di Jamee Masjid Lusaka kami terus membersihkan diri ala kadar dan terus solat jama' dan mengambil peluang untuk berehat setelah kematu di dalam bas lebih seharian. Sementara classmate aku Sulaiman Lee yang akan pick up kami dan kemudian ke tempat penginapan yang telah beliau sendiri arrangekan.
 |
Inilah Lusaka capital of Republic of Zambia. With Umar dan Mus'ab. |
 |
Jamee Masjid di tengah-tengah Bandar Lusaka. Alhamdulillah besar dan selesa masjid ni. |
Sementara menunggu classmate aku Suleiman Lee datang jemput kami di masjid ini. Aku dah mula risau sebab dari tadi sampai Lusaka. Aku sms dengan dia beberapa kali tapi dia tak reply-reply sampai la sekarang ni.
Dan rupa-rupanya dia masih berada di Johannesburg International Airport. Disebabkan ada masalah dengan flight ticket dia. Aaah sudahhh..!!! So next option kami kena la cari accommodation sendiri untuk bermalam. Tak kan nak lepak dan tidur dalam masjid ni, confirm orang tempatan tak izinkan.
Assalamualaikum wbt..
ReplyDeletelama gak eh nek bas, 28jam tuuu,..xsenang duduk d watnya kalo sy.. bygkn mse nk p perlis shj yg memakan 5-6jam pn dh xtahan..aigoo..
tp kn sy tertarik ngan pic kraf tgn dr tulang binatang n tanduk tue..kreatif n cantik.. btw, xdk ka pic pemandangan mse dr atas bukit daerah chipata tue awk??
belum abis lagi upload sebab nak abis kan kerja menulis dudlu.. insyallah nanti akan di upload kan .. :D
Deleteok2, noted.. nnt kalo dh upload habaq mai na..xcited nk tgk..
ReplyDeleteok.. dah upload new picture.. sila baca Puan Fitria :P
DeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeletenice........ adventurous !!!
ReplyDeletehow i wish i can turn back time and do the same as you........
i'm happy you live your dream....
hope when you reach 35, you can start your second stage in life..
Well adventure will make u learn more about the life.. :D
DeleteKeep dreaming.. and the way will show up.. yes i hope so will change my life for second stage :D
It sounds like you had a long but interesting journey to get there.
ReplyDeleteThank you.. It was a very interesting journey passing by hundred of kilometers desert 🏜️ ..
Delete