Friday 14 September 2012

Zambia Part 1 : 28 Hours - Johannesburg To Lusaka By Bus

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia.

Okay jom mulakan cerita travel aku dari negara ni but this is not the first country of my travelling. Ini mungkin negara yang ke 5 atau 6 rasanya. Republic of Zambia - Masuk melalui Border Chi Rundu. Naik Bus Intercape di Park Station, Johannesburg. Park Station adalah terminal bas utama di Bandar Johannesburg, South Africa.

Laluan bas ni melalui Negara Zimbabwe dari selatan sehingga la ke utara dia cross. Maka sampailah aku di Zambia dengan perjalanan bas selama 28 jam. Lama bangatkan dah keras kemat sampai lembut balik la hahahaa. Bertolak dari South Africa 2 April pukul 9.00 pagi dan sampai di Lusaka, Capital of Zambia 3 April - 12.00 tengah hari.

Bersama Mus'ab dan Umar sebelum naik bas selama 28 jam di Park Station.
Perjalanan sejauh 1200 km. Nasib baik service bagus siap bagi lunch dalam bas. Ada toilet dan ada pramugari lagi. Alhamdulillah sampai dengan selamat. Gambar ni snap time stop somewhere di kawasan hutan kering di Zimbabwe.. 
Semasa di Chi Rundu Border agak lama juga proses nak cop passport di immigration. Pegawai tu nak check dulu Malaysian Passport ni kene visa atau tidak dan pegawai kastam nak check every single luggage kami. Mungkin pelik kenapa orang Malaysia nak masuk negera diorang :P

Dekat 2 jam juga di border ni. Orang hitam afrika ni ada yang baik dan ada yang jahat. Yang kat sini mostly jahat sebab keje nya asyik nak menge''paw'' setiap orang. Alhamdulillah kami berempar selamat dari di paw oleh pegawai immigration dengan kastam. Nak paw memang kami akan lawan balik la.. :P

Dari Negara Zimbabwe nak masuk ke Zambia kene melalui Sungai Zambezi. Dan jambatan ini telah dibina pada zaman Pemerintahan British yang menjadi penyambung antara Zambia - Zimbabwe.
Masih wujud tulisan era British di tembok jambatan ini.
.
Aku nak amik gambar kat tempat bersejarah ni tapi tak boleh. Last-last dapat ideal cakap dengan askar ni nak amik picture dengan dia sekali. Nasib baik dapat huhu.. Tapi kene paw la dengan askar ni sebab bergambar dengan dia. Mangkuk betul kan tapi itu lah Afrika.
Ambil gambar curi-curi sebab tu senget. Ini kawasan office immigration untuk cop passport.
Ada askar yang jaga kawasan sini tak boleh amik gambar.
Dari Chi Rundu Border nak ke Bandar Lusaka ni perjalanan memakan masa lagi dua jam lebih. Cuaca pulak memang tengah panas terik. Badan meleket tu tak yah cakap la hahaa. Maklumlah total 28 jam dalam bas tak mandi tapi nak buat macam mana kan.

Turun dari bas semua orang kulit hitam jer kat sini. Nak ambil gambar pun rasa takut-takut. Orang yang terlalu ramai menjadi terlalu padat. Mungkin sekarang tengah pick hour rasanya. Maka kami pun berjalan keluar dari Lusaka Bus Station  untuk mencari cari masjid yng ada.

Alhamdulillah ada juga beberapa buah masjid di sini. Makanan halal pun senang nak cari sebab orang islam dari Pakistan, India dan Bangladesh  di sini, very unexpected sangat. Sampai di satu masjid ni kami bersolat jama' dan rehat sekejap. Sebab classmate aku Sulaiman Lee kata bila sampai Lusaka nanti. Pergi ke mana-mana masjid nanti dia datang jemput.

Inilah Lusaka capital of Republic of Zambia. With Umar dan Mus'ab.
Lusaka Masjid. Alhamdulillah besar masjid ni.
Sementara tunggu classmate aku Suleiman Lee datang jemput kami di masjid ini. Aku dah mula risau sebab dari sampai Lusaka tadi, aku sms dengan dia tak reply-reply sampai la ni. Rupa-rupanya dia still ada di Johannesburg. Dia ada masalah dengan flight ticket dia. Ah sudahhh..!!! So next option kami kena la cari accommodtaion untuk bermalam. Tak kan nak lepak tidur dalam masjid ni pulak. 

Bersambung Zambia Part 2 : Lusaka National Museum



7 comments:

  1. Assalamualaikum wbt..

    lama gak eh nek bas, 28jam tuuu,..xsenang duduk d watnya kalo sy.. bygkn mse nk p perlis shj yg memakan 5-6jam pn dh xtahan..aigoo..

    tp kn sy tertarik ngan pic kraf tgn dr tulang binatang n tanduk tue..kreatif n cantik.. btw, xdk ka pic pemandangan mse dr atas bukit daerah chipata tue awk??

    ReplyDelete
    Replies
    1. belum abis lagi upload sebab nak abis kan kerja menulis dudlu.. insyallah nanti akan di upload kan .. :D

      Delete
  2. ok2, noted.. nnt kalo dh upload habaq mai na..xcited nk tgk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok.. dah upload new picture.. sila baca Puan Fitria :P

      Delete
  3. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  4. nice........ adventurous !!!
    how i wish i can turn back time and do the same as you........
    i'm happy you live your dream....
    hope when you reach 35, you can start your second stage in life..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Well adventure will make u learn more about the life.. :D
      Keep dreaming.. and the way will show up.. yes i hope so will change my life for second stage :D

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...