Monday, 24 September 2012

Malawi Part 1: Kaki Melangkah Menyeberangi Sempadan Zambia - Malawi

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Selepas tour di Lusaka dan Chipta, Zambia. Aku memulakan langkah cross border ke negara sebelah iaitu Republic of Malawi. Negara ni agak terkenal kerana terdapat satu tarikan yang berstatus World Heritage (UNESCO) iaitu The Malawi Lake. 

Memang terkenal di dunia pengembaraan dan sebagai satu destinasi pelancongan utama di Afrika dan Malawi sendiri. Tasik Malawi ini berukuran panjang melebih 700km dari utara negara sehingalah ke selatan. Dengar pun dah menarik kan dan itulah salah satu reason kenapa aku nak jejakan kaki ke sini.

Kedudukan Tasik Malawi di Southern Africa Continent yang menjadi destinasi utama kami.
Dari Border Mchinji Malawi, kena naik teksi atau bas mini (van) untuk ke Lilongwe iaitu ibu negara bagi Malawi. Masa tengah sibuk cari transport selepas selesai immigration, tiba-tiba datang seseorang dan dia offer naik van dengan dia untuk ke Lilongwe. Van biasa yang bukan public transport seperti yang lain.

Dia charge seorang RM30.00 untuk perjalanan sejauh 120km dari border. Maka kami pun bersetuju untuk ikut naik van dia sebab persendirian dengan harapan tidaklah susah semasa perjalanan. Sebab kalau naik van public transport tu akan banyak berhenti turun dan naik penumpang yang silih berganti di sepanjang perjalanan dan ia lebih mahal.

Perkhidmatan bas dari Border Mchinji ke Lilongwe.
Tapi malangnya bila dah naik rupa-rupanya dia berhenti banyak kali dan ambil penumpang lain sehingga penuh van. Namun aku bernasib baik sebab duduk di bahagian depan berbanding Anas, Musab dan Umar yang duduk di belakang dan terpaksa behimpit-himpit dengan penumpang lain.

Pekan Mchinji hanya 12km dari border.
Nak dijadikan cerita semasa kami menghampiri post kawalan tentera sebelum memasuki Bandar Lilongwe dan menunggu giliran untuk di check oleh para askar yang sedang bertugas. Elok selesai jer dan pemandu van nak jalan. Tiba-tiba seorang pegawai tinggi askar menahan van kami dan berjalan rapat ke arah van.

Dan tiba-tiba memarahi seseorang dibahagian belakang van dan bila aku toleh tengok rupa-rupanya Musab yang sedang dimarahi. Askar tu marah sebab Mus'ab ambil gambar post kawalan tentera yang merupakan kesalahan.Sama seperti di border Zambia tempoh hari. Nasib la dia tak rampas tapi suh deleted semua gambar depan dia.

Kami sampai agak lewat di Lilongwe ketika waktu sudah pun magrib. Sampai sahaja kami terus cari masjid sebab kedengaran suaran azan tadi yang rasanya tidaklah jauh mana. Niat kami cuma nak solat dan bersihkan diri ala kadar sebelum meneruskan perjalanan ke Tasik Malawi.

Dan kami jumpa Masjid Al Falaah dan ia juga adalah sebuah masjid terbesar di sini. Bila kami masuk sahaja kelihatan jemaah di dalam masjid kesemunya melihat kami yang pada ketika baru sahaja selesai solat magrib berjemaah. Ada yang bertanya Jemaah Tabligh ke? Ada apa-apa kursus ke di sini?

Kami diizinkan untuk bermalam sebagai tetamu di Masjid A-Falaah, Lilongwe - Malawi.
Bila jumpa masjid ketika travel di afrika ini memang satu keseronokan.
Terus aku jawap tak adalah kami ni student dari Johannesburg dan datang sini jalan-jalan sahaja. Ahli qariah sambut kami dengan baik dan lepas selesai kami bersolat. AJK masjid panggil kami duduk bersama mereka. Tanya kami pelbagai soalan. Dan bila tahu kami pelajar agama dan 3 dari kami hafal al quran lagi la mereka happy semacam. 

Kami di layan seperti tetamu VIP pula. Dan orang masjid bagi cadangan untuk kami bermalam sahaja di masjid ini sebab tak berapa sesuai nak travel waktu malam ke Malawi Lake. Dan ada yang mengatakan jalan juga tidak berapa elok sehingga boleh merbahayakan. Dan katanya esok sahaja sambung perjalanan. Kami pun memang ok sangat lah hihi.

Bersama Maulana Abdur Rahman Imam Masjid Street 7,
Sahabat lama di University Zakariya, Johannesburg, Afrika selatan
Lepas solat isya'.. ramai datang jumpa kami.. siap ada yang bawakan pizza untuk makan malam kami.. ada yang bawakan kami roti nan dan kari ayam.. time nak amik malu2.. masuk bilik terus makan maklumlah lapar.. alhamdulillah itulah rezeki.. ada juga yang bertanya.. nak selimut, bantal etc.. yang ajak datang tido rumah diorang pun ada..

Lepas solat subuh ada ustaz ni tanya " Ada nak pi mana-mana ke kat Lilongwe ni.." Aku kata ada kawan senior di sini dan kalau diizinkan aku memang nak jumpa. Ustaz tu tanya details dia. Aku kata dia imam kat masjid street 7 bernama Maulana Abdur Rahman. Terus ada seorang pakcik ni offer untuk bawa kami katanya dekat sahaja dalam 10 minit.

Satu-satunya bas dari Lilongwe untuk ke Mangochi.
Keadaan di tempat bas yang akan bertolak ke Mangochi City dari Bandar Lilongwe.
Alhamdulillah dpaat berjumpa selepas 4 tahun. Kami dijamu dengan sejenis nasi yag dimasak dengan susu dan dicampur dengan gula. Namun atas sebab tetamu maka aku buat kering makan sampai habis. Masa ni Musab surrender langsung tak boleh makan sebab tekak dah lain macam.

Lebih kurang dalam setengah jam sahaja kami di rumah Maulana abdur Rahman ni. Sebab nak ke bus station untuk dapatkan bas ke Mangochi. Terasa itu adalah pertemuan terakhir dalam hidup ini sebab tak mungkin aku akan dapat peluang untuk ke sini apatah lagi bertemu beliau.

Makan jagung bakar untuk lunch kami dalam bas.
Balik semula ke Majid Al-Falaah.. kemas barang.. kami di bawa ke rumah Rashid Bhai.. untuk bersarapan.. Orang nya biasa tapi makanan dia luar biasa.. Ada sandwich, daging hancur black pepper, jus oren, roti bakar, butter, scramble eggs , tea, coffee macam2 la :P.. Walau malu2 nak makan.. tapi habis semua kami makan hahaa...

Bila dah naik bas lebih 7 jam untuk perjalanan 250 km..
Macam ni la jadi nyer.. Main snap2 gambar :P
Mus'ab dah tak boleh tahan dengan bau yang tak menyenangkan ditambah lapar lagi
Ayam hidup pun mereka bawa naik bas kalau ayam goreng boleh tahan lagi.
Kesian pada umar kena duduk sebelah ayam ni hihii. :D

Ticket bas pukul 9.00 pagi tapi hanya pukul 11 lebih baru bertolak. Perjalanan sejauh 250km kena hadap keadaan dalam bas yang macam sardin. Dengan orang bawa ayam hidup pun ada. Ketika waktu hampir maghrib  lebih pukul 6.30 petang akhirnya kami sampai Mangochi. Harga tiket bas dari Linglowe ke Mangochi berharga 1700 kwacas bersamaan RM 25.00. 

Sampai di Mangochi Station Bus, kami menaiki satu bas lain untuk ke Pekan Monkey Bay yang memakan masa hampir setengah jam berharga 400 kwacas. Bila sampai terus cari Mufasa Lodge sebab hari dah lewat malam. Nasib baik ada pemuda ni tolong kami untuk cari hostel. Bila sampai di lodge barulah kami tahu pemuda ini bekerja di sini.

Bersambung Malawi Part 2 : Ariving At Monkey Bay - Malawi Lake Boat Tour

4 comments:

  1. Assalamualaikum,

    Plik la plak baca tnp lihat gmbr..xkn xdk 1 pn gmbr?? ermm..

    ReplyDelete
    Replies
    1. gambar ada.. malas nak upload untuk masa sekarang..

      Delete
  2. aaa, bosan la membaca tnp sebarang gmbr.. dh la cter pnjg bjela, adehhh... kalo ringkas n xbergambar tue ok la gak..xpa2, sy wait awk upload gmbq na..

    ReplyDelete
    Replies
    1. macam dah lupa entry nie.. dah lama update moga pengemon ini kembali melihat gambar :D

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...