Selepas tour di Lusaka dan Chipta, Zambia. Aku memulakan langkah cross border ke negara sebelah iaitu Republic of Malawi. Negara ni agak terkenal kerana terdapat satu tarikan yang berstatus World Heritage (UNESCO) iaitu The Malawi Lake.
Memang terkenal di dunia pengembaraan dan sebagai satu destinasi pelancongan utama di Afrika dan Malawi sendiri. Tasik Malawi ini berukuran panjang melebih 700km dari utara negara sehingalah ke selatan. Dengar pun dah menarik kan dan itulah salah satu reason kenapa aku nak jejakan kaki ke sini.
![]() |
Kedudukan Tasik Malawi di Southern Africa Continent yang menjadi destinasi utama kami. |
Dia charge seorang RM30.00 untuk perjalanan sejauh 120km dari border. Maka kami pun bersetuju untuk ikut naik van dia sebab persendirian dengan harapan tidaklah susah semasa perjalanan. Sebab kalau naik van public transport tu akan banyak berhenti turun dan naik penumpang yang silih berganti di sepanjang perjalanan dan ia lebih mahal.
Perkhidmatan bas dari Border Mchinji ke Lilongwe. |
![]() |
Pekan Mchinji hanya 12km dari border. |
Nak dijadikan cerita semasa kami menghampiri post kawalan tentera sebelum memasuki Bandar Lilongwe dan menunggu giliran untuk di check oleh para askar yang sedang bertugas. Elok selesai jer dan pemandu van nak jalan. Tiba-tiba seorang pegawai tinggi askar menahan van kami dan berjalan rapat ke arah van.
Dan tiba-tiba memarahi seseorang dibahagian belakang van dan bila aku toleh tengok rupa-rupanya Musab yang sedang dimarahi. Askar tu marah sebab Mus'ab ambil gambar post kawalan tentera yang merupakan kesalahan.Sama seperti di border Zambia tempoh hari. Nasib la dia tak rampas tapi suh deleted semua gambar depan dia.
![]() |
Kami sampai agak lewat di Lilongwe ketika waktu sudah pun magrib. Sampai sahaja kami terus cari masjid sebab kedengaran suaran azan tadi yang rasanya tidaklah jauh mana. Niat kami cuma nak solat dan bersihkan diri ala kadar sebelum meneruskan perjalanan ke Tasik Malawi.
Dan kami jumpa Masjid Al Falaah dan ia juga adalah sebuah masjid terbesar di sini. Bila kami masuk sahaja kelihatan jemaah di dalam masjid kesemunya melihat kami yang pada ketika baru sahaja selesai solat magrib berjemaah. Ada yang bertanya Jemaah Tabligh ke? Ada apa-apa kursus ke di sini?
![]() |
Terus aku jawap tak adalah kami ni student dari Johannesburg dan datang sini jalan-jalan sahaja. Ahli qariah sambut kami dengan baik dan lepas selesai kami bersolat. AJK masjid panggil kami duduk bersama mereka. Tanya kami pelbagai soalan. Dan bila tahu kami pelajar agama dan 3 dari kami hafal al quran lagi la mereka happy semacam.
Kami di layan seperti tetamu VIP pula. Dan orang masjid bagi cadangan untuk kami bermalam sahaja di masjid ini sebab tak berapa sesuai nak travel waktu malam ke Malawi Lake. Dan ada yang mengatakan jalan juga tidak berapa elok sehingga boleh merbahayakan. Dan katanya esok sahaja sambung perjalanan. Kami pun memang ok sangat lah hihi.
Bersama Maulana Abdur Rahman Imam Masjid Street 7, Sahabat lama di University Zakariya, Johannesburg, Afrika selatan |
Lepas solat isya'.. ramai datang jumpa kami.. siap ada yang bawakan pizza untuk makan malam kami.. ada yang bawakan kami roti nan dan kari ayam.. time nak amik malu2.. masuk bilik terus makan maklumlah lapar.. alhamdulillah itulah rezeki.. ada juga yang bertanya.. nak selimut, bantal etc.. yang ajak datang tido rumah diorang pun ada..
Lepas solat subuh dan baca quran.. ada ustaz ni tanya " ada nak pi mana2 ke kat Lilongwe ni.." aku kata ada kawan kat sini super senior la kat Johannesburg.. kalau di izinkan aku memang nak jumpa dia.. ustaz tu tanya lagi dia tinggal mana.. aku kata dia imam kat masjid street 7.. Maulana Abdur Rahman.. terus pakcik seorang ni offer bawa kami naik kete pi masjid tu.. tak sampai 10 minit.. kami sampai..
4 tahun tak jumpa.. Maulana Abd Rahman ni jamu breakfast.. nasi tu macam nasi lemak tapi sebenar nyer masak pakai susu dan gula.. manis giler.. aku buat kering je makan je la.. sebab perut aku boleh ape je makanan asalkan halal.. Mus'ab memang tak leh nak telan hahaa.. lepas setengah jam lebih kami pun balik.. ntah bila boleh jumpa balik dengan Maulana abdur Rahman ni..
Satu2 nya bas dari Lilongwe untuk ke Mangochi .. |
Makan jagung bakar untuk lunch kami dalam bas |
Balik semula ke Majid Al-Falaah.. kemas barang.. kami di bawa ke rumah Rashid Bhai.. untuk bersarapan.. Orang nya biasa tapi makanan dia luar biasa.. Ada sandwich, daging hancur black pepper, jus oren, roti bakar, butter, scramble eggs , tea, coffee macam2 la :P.. Walau malu2 nak makan.. tapi habis semua kami makan hahaa...
Ticket bas pukul 9.00 pagi tapi pukul 11 lebih baru bertolak.. perjalanan 250 km dan bas ni macam ikan sardin.. orang bawa ayam hidup pun ada.. dekat waktu magrib pukul 6.30 petang kami sampai Mangochi.. dan harga ticket bas berharga 1700 kwacas (RM 25.00).. dari Linglowe ke Mangochi..
Sampai Mangochi Station Bus.. kami naik bas lagi satu untuk ke Pekan Monkey Bay (setengah jam juga) dan bila sampai cari Mufasa Lodge sebab hari dah agak gelap.. (harga bas ni pulak 400 kwacas).. nasib baik ada seorang mamat kampung ni tolong kami untuk cari hostel kami.. bila sampai di Mufasa Lodge.. baru tahu dia memang kerje kat situ pun.. patut la dia tolong pun hehee.. Continue Part 2..
Bila dah naik bas lebih 7 jam untuk perjalanan 250 km.. Macam ni la jadi nyer.. Main snap2 gambar :P |
Mus'ab dah bele & lapar.. tak tau apa nak buat.. |
Ayam hidup pun diorang bawa naik bas.. Ayam goreng boleh tahan lagi.. Kesian umar duduk sebelah ayam hehehee.. |
Sampai Mangochi Station Bus.. kami naik bas lagi satu untuk ke Pekan Monkey Bay (setengah jam juga) dan bila sampai cari Mufasa Lodge sebab hari dah agak gelap.. (harga bas ni pulak 400 kwacas).. nasib baik ada seorang mamat kampung ni tolong kami untuk cari hostel kami.. bila sampai di Mufasa Lodge.. baru tahu dia memang kerje kat situ pun.. patut la dia tolong pun hehee.. Continue Part 2..
Assalamualaikum,
ReplyDeletePlik la plak baca tnp lihat gmbr..xkn xdk 1 pn gmbr?? ermm..
gambar ada.. malas nak upload untuk masa sekarang..
Deleteaaa, bosan la membaca tnp sebarang gmbr.. dh la cter pnjg bjela, adehhh... kalo ringkas n xbergambar tue ok la gak..xpa2, sy wait awk upload gmbq na..
ReplyDeletemacam dah lupa entry nie.. dah lama update moga pengemon ini kembali melihat gambar :D
Delete