Friday, 21 August 2026

Hong Kong & Macau Part 1 : Unlock New Experience With Hong Kong Express Airways

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Tiada perancangan langsung untuk ke Hong Kong & Macau pada tahun 2026. Namun ketika wife diarahkan last minute oleh company untuk menghadiri conference di Hong Kong bersama beberapa staff yang lain maka aku pun decide untuk ikut sekali tanpa mengganggu aktiviti wife. Hanya sempat bertemu sebanyak 3 kali sahaja sepanjang masa berada di sana.

First experience flight with Hong Kong Express Airways dari Subang Airport.
Wife di sponsor by company dapatlah naik Malaysia Airlines dan aku mencari flight yang paling murah maka dapatlah peluang unlock new experience with Hong Hong Express Airways and first time dapat tahu ada international flight dari Subang Airport. Tiada luggage dan hanya dibenarkan 4kg hand carry sahaja. Return flight ticket berharga RM607.00.

Tema warna purple lain dari yang lain tapi kena duduk belakang sekali tu yang tak best.
Untuk aku travel seorang diri dah kira cukup dan tak perlu pun nak beli luggage. Wife fly Rabu pagi dan aku flight Khamis malam and the kids dipontengkan sekolah hari Jumaat. Khamis tu sempat the kids bersekolah macam biasa dan kemudian balik dari sekolah petang tu terus aku hantar ke rumah nenek yang memang dah half way untuk ke Subang Airport.

Kalau datang lewat pun tak perlu risau sangat sebab airport kecil sahaja.
Sampai di kaunter nak check in flight ticket tiba-tiba staff sebut nama aku. Terus aku kata "Pertama kali nama saya disebut sebelum bagi passport πŸ˜….. Macam mana boleh tahu?". Staff tu reply "Sebab ada 3 orang sahaja melayu dalam flight ini.. Lagi dua tu under satu booking number.. Sebab tu tahu siapa nama encik". Aku pun macam serious la hahaa.. 

Jom makan malam di Puas Cafe sebelum masuk ke Departure Gate.
Nasi Goreng yang aku pilih dapat teh o panas percuma. 
Nak cepat tapi tersalah order jenuh nak habiskan air panas hahahaa.. πŸ˜…
Waktu ini ada lebih kurang 50 minit lagi sebelum terbang sempatlah aku makan nasi goreng di salah satu cafe di sini. 

Nasi goreng aku makan sedikit sahaja dan bungkus selebihnya. Sebab tiba-tiba wife whatsapp inform untuk tapau something yang boleh tahan lama sebab nanti di arrival Hong Kong Airport tiada makanan halal. Dan aku memang plan untuk bermalam di airport sebab arrival time pukul 1.30 pagi. So aku tapau Burger King sebab itu jer yang paling cepat.

Tapau Burger King di Subang Airpot untuk makan pagi esok di Hong Kong.
Sampai di bahagian departure sebelum masuk ke aircraft ternampak la dua orang melayu selain aku tu dan aku assume mereka adalah husband and wife. Macam biasa aku jenis tak reti duduk diam, mesti nak bertegur sapa. Maka tahulah aku si wife ni pun nak pergi conference sama dengan wife aku and husband dia ikut teman sekali. Peramah mereka berdua.

Ruang menunggu sebelum dipanggul masuk ke dalam aircraft.
Bertemu pasangan yang peramah dan sangat friendly Encik Nasser dan Puan Hani.
HK Express boarding pass yang simple. Tak apa lah asalkan sampai destinasi.
Alhamdulillah penerbangan yang sangat smooth dari Subang Ke Hong Kong dan tiba lebih awal dari waktu dijangkakan. Aku rasa pilot ni merempit sebab last flight nak balik awal tidur kot hahaha. Husband and wife tu ambil taxi ke hotel sebab under sponsor company juga. Dan aku ke surau untuk bersolat jama sambil membuang masa menunggu pagi.

Ada discount kalau beli inflight transport ke Hong Kong City dari airport.
Review untuk Hong Kong Express Airways bagi aku sangatlah berbaloi dengan harganya yang murah. Seat lebih selesa sedikit dari Airasia. Ditubuhkan pada tahun 2004 sebagai charter services dan pada tahun 2013 memulakan penerbangan sebagai low-cost carrier. Cuma 1 kekurangan untuk orang islam ialah tiada makanan halal disediakan dalam penerbangan.

Jom kita ke surau di area Departure Gate A.
Sekadar nak merasa kenapa wanita suka ambil gambar depan cermin tandas πŸ˜…
Ruang solat yang disediakan di Hong Kong Airport ini.
Untuk trip kali ini aku plan nak ke Macau sebelum ke Hong Kong dan aku dah book accommodation untuk 1 malam di Macau melalui Agoda.com. Macam mana nak ke Macau direct dari Hong Kong Airport insyallah nanti aku cerita di next entry Part 2. Sangatlah mudah, tak complicated langsung huhuu.. Dan bagi aku sangatlah berbaloi dan murah.

Semua perancangan dibuat dalam masa kurang dua minggu untuk trip ad hoc ini, memang kalam kabut dari mencari flight ticket murah, membuat tempahan penginapan dan itinerary. Bab apply cuti tu jangan ditanyalah macam mana hahahaa..

Tempat duduk di sini boleh baring. Mor ler kita tidur dulu sementara boleh.
Dan dekat dengan tempat nak ambil air minum dan juga toilet.
Disebabkan last minute booking accommodation dapatlah harga yang agak mahal di Macau dan di Hong Kong yang memang dah dikenali mahal menjadi bertambah berganda mahal. Namun aku tetap mencari yang murah di antara termurah. Tapi..

Review hotel - Di Macau tersenyum melihat keadaanya yang selesa untuk berehat dan boleh enjoy tidur malam tapi hotel di Hong Kong macam nak nangis dibuatnya πŸ˜…. Not recommended for senior and women traveler and over size person. Buka pintu bilik langgar katil. Buka pintu tandas langgar mangkuk tandas. Begitulah kalau nak mudah faham hahaa.. πŸ˜‚

Bersambung Hong Kong & Macau Part 2 : Pengalaman Menaki Bas Dari Hong Kong Airport Ke Macau (Under Construction)

Wednesday, 19 August 2026

First Morning Sharing This Month

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Turning to 40 series just right at the corner.

Still enjoy the moment and love to create lovely moment with them.


Friday, 14 August 2026

Trip Memancing Di Rumah Rakit Wak Mie Telok Nipah - Pulau Indah Klang

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Sesudah selesai menulis kisah kembara solo di trip 3 negara Turkiye, Bulgaria dan Romania. Maka  jom lah kita menulis entry yang santai-santai mengenai aktiviti tuan blog bila ada kelapangan. Yang tak lain adalah aktiviti memancing 🎣.

Sampai jeti waktu ini sangatlah sunyi dan gelap. Kereta parking nun dalam gelap sana tu.
Trip ke rumah rakit ini berlaku pada bulan Januari 2026 dan baru sekarang ada peluang nak menulis. Dari 5 orang yang merancang hanya 2 orang sahaja yang show up untuk trip kali ini. Tapi tak apa lah asalkan jangan seorang diri naik rumah rakit waktu malam unless kalau betul-betul berani silakan. Siapa yang tahu dan faham maka tahulah ia hahaha πŸ˜….

Sampai di jeti terus angkut semua barang-barang ke atas bot dan kami terus bergerak.
Okay kita bukan nak cerita seram tapi nak cerita pasal memancing semalaman di atas rumah rakit. Sebelum ke Klang, aku pickup seorang sahabat yang aku kenal dari bangku sekolah rendah lagi iaitu Fathullah di Ampang. Dan kemudian kami berhenti di Speed 99 untuk membeli segala ration untuk bertahan hidup sehingga pagi esok di atas rumah rakit.

Antara bekalan yang dibawa untuk bermalam di atas rumah rakit.
Stove kena bawa kalau nak memasak especially nak buat kopi dan mee segera.
Sampai di Jeti lebih kurang jam 9.00 malam. Wak Mie dah pun menunggu kami disebabkan kami adalah trip terakhir yang beliau akan hantar menaiki bot ke rumah rakit yang terletak di tengah-tengah muara yang luas dan dikelilingi hutan paya bakau dengan keadaan yang gelap dan sunyi. So fahamkan kenapa jangan pergi seorang diri huhuu.

Umpan untuk trip kali ini aku gunakan isi udang, isi ikan sardin dan sotong. Sempat membeli umpan cacing pumpun dari orang asli di area Laguna Park sebelum tiba di jeti. Sebelum 9.30 malam kami dah pun berada di di atas rumah rakit. 

Sepatutnya boleh check in seawal jam 6.00 petang tapi disebabkan kami lambat dek kerana beberapa orang yang cancel last minute. Apa pun syukur dapat juga naik rumah rakit. Wak Mie kata esok pagi dia akan datang ambil jam 8.00 pagi.

Suasana yang indah dengan pemandangan matahari terbit. 
Kena tidur sejam dua sebelum subuh dan kemudian menikmati view sunrise.
Tapi dekat pukul 10.00 pagi juga baru Wak Mie datang ambil kami sebab katanya nak tunggu kumpulan pemancing yang nak masuk pagi. Dan kami pun memang suka la sebab ada lebih masa nak mancing. Waktu pagi selepas subuh memang waktu ikan tengah galak makan umpan. Syukur dapat la jugak ikan tetanda dengan senangin di sebelah pagi.

Tiada hasil yang kasar sebab sepanjang malam arus air agak mati.
Hasil di pagi hari. Kira okay la boleh masak lauk kat rumah :D
Disebabkan malam tadi tak nampak apa maka kita tunggulah esok pagi waktu matahari terbit ketika pemandangan dari rumah rakit ini sangatlah indah. Kalau nak bergambar dengan view pemandangan silalah ke rumah rakit ya. 

Oh ya tandas dan air bersih untuk kegunaan luaran serta lampu dari tenaga solar juga disediakan di sini. 

Sebuah pondok kecil sahaja. Ada disediakan toto untuk tidur di dalam.
Pernah sekali bawa wife and the kids 4 orang datang memancing di rumah rakit ini tapi kami ambil dari pukul 3.00 petang sehingga 10.00 malam sahaja. Hurmm kalau nak stay over night di sini mungkin tunggu mereka besar sedikit. Risau juga kalau nak bermalam di sini dengan the kids. But if ramai adult tak la risau sangat. Kalaua korang macam mana? πŸ˜‰

Alhamdulillah keadaan yang sangat bersih.  Dah datang jangan tinggalkan sampah ya.
Tandas terletak di hujung dan air bersih (air hujan) satu tong biru tu disediakan.
Overall kalau datang nak memancing semata-mata, bagi aku rumah rakit ini dah cukup selesa.

But if datang dengan keluarga mungkin agak kurang sesuai sebab tiada apa-apa yang disediakan di sini. If rumah rakit yang lebih mahal sedikit seperti di entry-entry trip mancing lain di blog ini. Ia lebih sesuai sebab dapur dan peralatan memasak, elektrik untuk charge handphone, kipas dan tv disediakan. Katil, bantal dan toto juga disediakan

Dah naik rumah rakit wajib kutip kupang. Alhamdulillah dapat lebih 5 kg.
Rumah Rakit Wak Mie Teluk Nipah ni sangatlah murah dan memang tak boleh lawan rumah rakit yang lain yang berharga lebih RM200-300 untuk satu malam atau untuk 12 jam. Dan harga untuk 24 jam dan harga pada waktu weekend dan public holiday akan jadi lebih mahal. 

Macam aku kalau datang nak mancing memang selalu ke ke sini but if bawa the kids and wife memang kena pilih yang lebih selesa. Sambil memancing sambil bawa family beriadah dan bercuti serta ajar the kids survival skill memancing πŸ˜‰.

Boleh baca trip memancing di rumah rakit yang lain jika berminat:-