Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia
Sambungan Dari Pulau Batam Part 3 : Masjid Tanjak - Welcome To Batam Monument - Coastarina
Oleh kerana kami dapat harga yang agak reasonable bersama Pak Supir untuk dibawa berjalan ke Masjid Tanwirun Naja atau Masjid Tanjak, Welcome To Batam Monument dan Coastarina. Dan kemudian Pak Supir dengan ikhlas membawa kami ke Bengkong untuk melihat beberapa kawasan wisata yang lebih baik dari Coastarina.
![]() |
| Di hadapan Lobby Gloris Hotel di jam 8.00 malam sebelum kami ke Nagoya Hill. |
Dan bila agak lewat petang barulah kami sampai di Gloris Hotel yang terletak di area Nagoya. Memang badan kepenatan yang teramat dan The Kids lagi la masuk hotel mandi terus tidur. Dari sebelum subuh bertolak dari rumah and only now dapat rehatkan badan. Tapi walau penat our journey memang berbaloi sangat hari ini. Alhamdulillah :D
![]() |
| Value For Money - Satu Queen Satu Single. Kasi cantum cukup la buat sekeluarga :D |
Okay kita story sedikit berkenaan dengan Gloris Hotel ini. Pada mulanya aku rasa macam tak berapa nak confident sangat sebab harga RM73.00 untuk Family Room. Dan harga final untuk dua malam campur tax bagai hanya RM176.90 sahaja.
Dan lokasi hotel pun agak baik sebab dari bacaan di comment Agoda. Hotel ini dekat dengan beberapa fasiliti seperti Kedai Serbaneka Indomart dan Alfamart. Dan ada lebih 10 restoran atau warung makan di sekeliling hotel ini.
![]() |
| Tv, Bathtub, Aircond, Fridge, Sofa dan meja disediakan. Okla nak tidur malam jer kan. |
![]() |
| Bilik air agak bersih, lengkap dan perlatan berfungsi dengan baik cuma dah agak berusia. |
Gloris Hotel ini dibina pada tahun 1999 dan telah dinaik taraf pada tahun 2016. So korang boleh bayangkanlah keadaan hotel ini yang agak lama namun dalam keadaan baik tapi tak berapa nak moden sangat. Tiada alat pemanas air kettle dan iron baju disediakan oleh pihak hotel. Namun air panas boleh diambil di tingkat bawah.
Aircond bilik boleh la agak sejuk dengan satu level suhu sahaja, walau kita turunkan suhu paling rendah atau naikan suhu paling atas. Aircond ni cenggitu jer hahaa.. Tv dan fridge disediakan. Dan paling best ada bathtub disediakan di Family Room ini. Tak ada swimming pool pun tak apa. The Kids enjoy main air dalam bathtub dan bilik air dia besar dan luas serta air panas yang baik :D
![]() |
| Terdapat sebuah Bakery & Cafe berdekatan dengan Hotel. Boleh la lepak-lepak. |
Yang tak berapa nak best ialah jalan depan hotel ni macam dibom tentera zionis israhell - Berlubang-lubang. Dan bila waktu pagi ada pasar basah dalam 50 meter dari entrance hotel. So kalau arrange supir untuk pickup, make sure kena dibuat awal pagi sebelum jam 8.00 pagi. Otherwise memang susah nak keluar dari area hotel ni.
![]() |
| Lokasi yang agak baik. 850 meter ke Mall Nagoya Hill dan Masjid Jabal Arafah. Kami jalan kaki bersama The Kids selama 10-15 minit untuk sampai di Mall Nagoya Hill. |
Ini adalah salah satu mall utama di Pulau Batam, Indonesia. Dan pada kebiasaannya adalah tidak lengkap jika anda tidak menjejakkan kaki ke sini. Di sini terkenal dengan menjual barangan yang lebih murah dari di tempat lain. Terutamanya jika ingin membeli barangan seperti Camera DSLR, Digital Video Camera dan Drone serta peralatan komputer.
![]() |
| Welcome To Nagoya Hill Shopping Mall. |
![]() |
| Ada beberapa kedai menjual Camera DSLR, Drone, Video Camera Digital, Peralatan Komputer dan sebagainya lebih murah dari Malaysia. |
![]() |
| Cuci mata sekejap. Tak larat dah nak main camera DSLR ni lagi. :D |
Setelah berehat sehingga jam 8.00 malam and the kids tidur dalam sejam lebih. Kami mula bersiap-siap untuk berjalan ke Nagoya Hill Shopping Mall. Tak ada niat untuk bershopping tapi lebih sekadar ingin melihat sendiri keadaan di dalam mall. Dan juga misi dalam mencari makan malam.
![]() |
| Terlalu banyak kedai menjual chocolate dan kelihatan orang ramai memborong. |
![]() |
| Chocolate is every where here.. |
Kami spend masa lebih kurang sejam di dalam mall dan ending tak membeli apa-apa pun kecuali beberapa keperluan mandi. Sebab Gloris Hotel hanya memberi sabun buku mandi yang kecil warna putih tu sahaja. Tiada shampoo yang disediakan. So kami beli peralatan mandi and The Kids siap beli perfume made in Indonesia. Harga memang jauh lebih murah dari Malaysia :D
![]() |
| Harga special edition G-Shock lebih kurang sama di Malaysia. So tak jadi beli la hahahaa.. |
![]() |
| Di bahagian main entrance pintu utama Nagoya Hill. |
![]() |
| Persiapan pihak mall dengan kedatangan Sambutan Christmas. |
Pada mulanya nak makan di dalam mall tapi sebab nak balik ke hotel agak jauh maka kami decide untuk makan malam di pertengahan perjalanan pulang ke Hotel. Sebab risaukan The Kids takut meragam. Dan dari perjalanan datang tadi boleh dikatakan berpuluh kedai makan ada di kedai-kedai sepanjang perjalanan
Warung Pak Har
Terletak kira-kira 80 meter sahaja dari Gloris Hotel. Dan bersebelahan dengan Restoran Jeumpakopi Aceh. Asalnya tak terfikir pun nak beli makanan di tepi jalan macam ni tapi sebab ramai orang beratur dan bau masakannya yang sedap. Kami pun decide nak order makanan di sini sahaja.
![]() |
| Welcome to Warung Pak Har. Nasi Goreng Best In Batam Town. |
![]() |
| Mula-mula ingatkan telur dada gebu tu order asing sekali rupanya dah include sekali. |
Elok-elok tengah order tiba-tiba hujan renyai mula turun membasahi bumi. So dari "Eating Here" kami bertukar status kepada "Take Away". Air Teh O Es segelas yang berharga IDR 4,000/RM1.19 dan itu the only air yang ada. Air kosong dalam jug free sahaja. Dan hanya ada 3 jenis makanan iaitu Nasi Goreng, Mee Goreng dan Indomee Goreng.
![]() |
| Bungkus dan makan di hotel. Nasi Goreng 2 bungkus, Mee Goreng Basah 1 bungkus. |
Kami order 1 Mee Goreng Basah dan 2 Nasi Goreng yang setiap satu berharga IDR15,000/RM4.47 sepinggan. Dan harga untuk setiap satu hidangan ialah termasuk telur dada dan keropok ikan serta timun potong. Ada seorang lelaki makan di meja sebelah kami, order nasi putih dengan telur dada dan kicap sahaja. IDR10,000/RM2.98 sepinggan.
![]() |
| Malam kedua datang semula ke sini makan "dine in". Puas hati dapat makan di sini. |
![]() |
| Di sebelah Pak Har ini ada jual Murtabak Manis IDR13,000/RM3.90 sekotak. Kalau kat Malaysia ia dipanggil Apam Balik. :D |
In total IDR 57,000/RM17.00 - We spend for our dinner that night. Alhamdulillah kenyang dan paling penting Mee Goreng Basah dan Nasi Goreng yang Pak Har masak ni memang sedap bangat. Rezeki sangat terjumpa Warung Pak Har ni. Dan kami repaet lagi malam esoknya dan bernasib baik dapat makan di Warung tanpa perlu membungkus ke hotel.


















