Satu tips yang aku boleh kongsi dari beberapa kali pengalaman aku berkenaan Pak Supir di Indonesia ini. Adalah, kalau kita selesa dengan seseorang supir itu dari segi harga, knowledge geography, pemanduan dan perangai dia baik serta tidak terlalu berkira maka aku suggest kita gunakanlah khidmat supir berkenaan selama mana kita perlukan Supir.
Tanjung Penarik - Barelang Bridge View Point. |
Dalam situasi kami kali ini kami stick menggunakan Pak Supir ini sebab beliau langsung tak berkira dan cara pemanduan beliau yang dikira agak baik dan tidak merbahayakan. So kami dah janji pada hari pertama akan bertolak dari hotel untuk hari kedua ini ke Barelang Bridge pada pukul 10.00 pagi tapi Pak Supir pukul 8.45 pagi dah sampai di lobby hotel.
Nak keluar dari area hotel agak susah di waktu pagi kerana ada Pasar Basah. |
Perjalanan dengan kereta dari Nagoya Town ke Barelang Bridge adalah sejauh 25.6 km dan memakan masa antara 35 minit atau sehingga 1 jam untuk sampai. Itu pun jika keadaan jalan yang tidak mecet. Kami stuck lebih 20 minit berdekatan hotel kerana bertembung dengan kereta dan lori yang keluar masuk area kawasan pasar di sebelah hotel.
Melintas kawasan Sungai Jodoh. Pak Supir kata ini kawasan yang tidak disukai oleh kaum wanita tapi disukai kerana mudahnya untuk kaum lelaki :D |
Masjid Besar Sungai Jodoh. Kalau para suami kata pi solat jumaat kat sini jaga-jagalah hahaa :P |
Terus Pak Supir bagi nasihat "Kalau mahu keluar harusnya pagi-pagi Pak." hahahaa. Memang nak keluar awal pagi tapi mengenangkan si baby and The Kids tu yang penat berjalan seharian on first day. Dan nak try avoid mereka dari meragam on the second day so kita decide nak gerak dari hotel pukul 10.00 pagi.
Barelang Bridge
Pulau Batam - Pulau Rempang - Pulau Galang. Bagi menyambungkan ketiga-tiga pulau ini maka telah dibina sebuah jambatan penghubung dan diberi nama BA - RE - LANG yang diambil dari nama ketiga-tiga buah pulau tersebut. Penduduk tempatan juga menyebut sebagai Jambatan Habibie sempena nama Presiden Indonesia ke-3 Jusuf Habibie kerana jasa beliau mengembangkan Pulau Batam menjadi Pulau Industri.
Di View Point Barelang Bridge - Tanjung Penarik. |
Siap dibina pada tahun 1997 selepas 6 tahun pembinaannya yang bermula pada tahun 1992. Dan menggunakan hampir kesemuanya tenaga dan teknologi tempatan. Panjang jambatan ini sejauh 385 meter menjadikan ia sebagai Ikon Kota Batam. Adalah menjadi kewajipan sesiapa yang datang ke Pulau Batam untuk melihat dan menjejakkan kaki ke sini.
Turun-turun dari kereta jer angin bertiup kuat sangat di atas jambatan ini. |
Kerana hari ini adalah Hari Jumaat maka tidak kelihatan ramai orang terutamanya pelancong yang datang ke sini. Kereta dibenarkan untuk berhenti di tengah-tengah jambatan bagi mengambil gambar dan menikmati keindahan dari atas jambatan. Kelihatan juga terdapat orang tempatan berniaga air dan keropok dari motor mereka.
Pemandangan Panorama dari atas Barelang Bridge. Tg Penarik berada di sebelah kiri. |
Pemadangan jambatan dari Tanjung Penarik - Barelang Bridge View Point. |
Tanjung Penarik - Barelang Bridge View Point
Angin agak kuat semasa kami berada di atas jambatan ini, takut juga dengan keselamatan The Kids ni. Bila rasa puas dan cukup bergambar kami terus menaiki kereta dan menuju ke arah Barelang Bridge View Point atau dikenali sebagai Tanjung Penarik. Oh ya masa di atas jambatan ramai orang menawarkan untuk mengambil gambar dan akan di print out di atas motor mereka sendiri. Satu keping gambar bersaiz A4 berharga IDR 20-25,000/RM7.50.
Entrance ke Tanjung Penarik yang dijaga oleh security. |
Bayaran masuk berharga IDR5,000 untuk sebuah kederaan. |
Untuk masuk ke Barelang Bridge View Point hanya dikenakan bayaran sebanyak IDR5,000/RM1.50 untuk setiap kereta. Dan di sini agak selesa kerana ada jualan seperti jagung bakar, air kelapa, minuman, aiskrim, pop mee, indomee dan juga makanan berat seperti nasi goreng dan sebagainya. Toilet dan surau juga disediakan. Kawasan yang bersih dan dijaga rapi.
Boleh layan pemandangan sambil minum teh dan kopi panas di sini. |
Musollah untuk lelaki dan wanita di sediakan. |
Tandas juga disediakan tanpa dikenakan bayaran. |
Kami beli beberapa batang Jagung Manis Bakar dengan harga IDR10,000/RM2.98 sebatang. Alhamdulillah memang manis. Penjual siap offer pada kami kalau nak dikupaskan biji-biji jagung bakar tu dan letak dalam cup. Aku kata tak perlu sebab lebih enak di makan begitu saja :D
Masa ini nampak keadaan awan macam agak mendung sedikit mungkin sebab itu juga angin bertiup dengan amat kencang dan sini memang area pulau-pulau pak supir kata memang sentiasa berangin tapi kalau nak hujan tu lagi kuat angin nya. Dan kami pun berjalan ke kereta untuk pergi ke destinasi makan tengah hari yang tak jauh dari Barelang Bridge ini.
Wah, siap ambil gambar atas jambatan. Cantik bridge.
ReplyDeleteHahaha entry tak siap lagi ni ter post pulak.. Layan jer la :P
DeletePatut baca mcm x habis rupanya terpost sblm siap hikss
DeleteHahahaa... :D
Deletekali ni gambar banyak atas jambatan yer... :D
ReplyDeleteAtas bridge tu mmg boleh bergambar.. Hahaha :D
Deletecantiknyaa bridge. it reminds me of penang bridge hahahahaha. lovely family here !!
ReplyDeletePenang Bridge jauh lebih cantik tapi bridge ni ikon kota batam kan.. Cantik dan boleh bergambar.. :D
DeleteDulu saya tak berhenti di tengah jambatan sebab angin terlalu kuat.. ghisau pulak diterbangkan angin..
ReplyDeleteBetul tu angin terlalu kuat.. Mmg risau pd kids actually. Rasa2 atas jambatan P. Pinang pn mesti angin kuat.. Kan?
Deletegood tips psl supir tu!
ReplyDeleteSekadar berkongsi dari pengalaman beberapa kali ke indonesia :D
DeleteCantik bridge cantik semua. Nanti email details ya, post Salam 2024 :)
ReplyDeleteSalam 2024 juga :D Birdge tu cantik dan kuat sangat angin atas tu. ok nnti email
DeleteSaya setuju dengan cadangan tuan supaya tidak ganti pak supir. Setakat ini kami pun senang berurusan dengan pak supir yang sama, dari Padang melintas Selat Sunda hingga ke Jakarta (Ogos 2023). Dulu (2011) sangat berpuas hati dengan khidmat pak supir semasa travel Jakarta ke Jogjakarta.
ReplyDeletePulau Batam dalam senarai untuk dijejaki. Belum pernah sampai sini.
kalau supir tu bagus dan jaga masa setiap masa kenapa tidak kekalkan aja yg sedang digunakan khdmatnya. Di Indonesia memang supir pengerak utama mudah dan juga murah. :D
DeleteDuh saya belum pernah berkunjung ke Batam, Mas.
ReplyDeleteDulu pernah akan bekerja di Batam, tapi keburu diterima di Jakarta. Ga jadi deh jadi kuli disana.
Ini catatan-catatan perjalanannya luar biasa. Luar biasa banyak negara yang telah disinggahi.
ps. Ini kunjungan pertama ke blog yang super keren ini. Salam kenal dan salam persahabatan saja dari saya.
Salam,
Oh begitu cerita nya.. Moga2 ada peluang lain utk hadir ke Batam berwisata.. :D
DeleteSekadar berkongsi pengalaman di blog ini. Terima kasih sudi datang membaca dan memberi komentar.. Akan dibalas kunjungannya.. Iya salam kenal dan persahabatan.. :D
jembatannya lumayan panjang juga ya
ReplyDeletesaya baru tahu jika Pak Habibie yang puna ide
Lumayan panjang juga tapi yg paling penting design bagus dan ia hasil penuh anak tempatan.. :D
DeleteJembatannya terlihat indah dan kokoh,buat foto-foto bolehlah😀👍
ReplyDeleteHarus bergambar di atas jambatan yg cantik dan unik apatah lagi ianya ikon kota batam :D
DeleteCantik view bergambar di atas jambatan.
ReplyDeleteAduh! design musolla dengan toilet lebih kurang bisa mendatangkan keliru nih! hehehe
Hahaha tak akan la tersilap.. Bangunan sama tapi warna dan isi dalam nya lain.. Hahaha.. :D
Deletetak jalan terus ke zero kilometer ikut highway tuh? hehe
ReplyDeleteTak larat wak anak2 nya meragam dalam kereta. Ikut kan mahu aja terus smpai ke hujung zero km.. next time wak pasti akan smpai le sana..
Deletepompuan bujang je suka area situ. pompuan dah kawen mmg laa x suka hahahaah
ReplyDeleteHahahahaa.. Malas nak komen banyak.. Org yg suka, suka lah.. Kan hahaha
Deletesensitip!
Deletesentap!
hahahaa
fahammmm
Hahahaha... sebab tu jgn pergi sorang2 takut balik berdua hahahaha :P
Deletenmpk design mcm ala2 jambatan pertama Pulau Pinang.....Pulau Rempang..sedih mengenangkan nasib penduduk pulau..
ReplyDeleteAah mmg nampak macam jambatan pulau pinang.. Aah kes pulau rempang masih lagi baru.. Pak Supir pun siap bgtau mana tmpt nya berlaku rusuhan..
DeleteMenarik juga Batam ni ye. Teringin nak pergi sana juga.
ReplyDeleteMemang menarik.. sebelah Johor jer.. boleh pergi ad hoc jer pun huhuu . :D
Deletecantik reka bentuk jambatan barelang. kemain nama sungai jodoh. haha
ReplyDeleteMacam mini jambatan pulau pinang pun ada.. Batam kan dlu pernah dikenali tmpt jumpa jodoh hahaha
DeleteSaya seperti travel virtual ke Batam baca ini 👍😄. Detiiil Abang tulis.
ReplyDeleteMemang, kalo dah ketemu supir yg baik, mending pakai dia sajalah. Di Malaysia dulu, pas nak study, saya ketemu driver taxi, pak Yusuf yg antar saya dari bandara ke hotel. Orangnya sopaaan sangat. Dan karena itu, papa saya langsung sewa jasa dia selama di Penang, dan selama saya kuliah di sana. Jadi kapanpun saya butuh taxi, saya call dia. Itupun kadang dia tak nak trima bayaran saya. Dia bilang, tunggu papa datang ke Penang, nanti ditagih ke papa.
SuDah almarhum beliau 2010 yg lalu. Sedih kami sekeluarga. Kalo masih ada, dah pasti akan selalu pakai taxi dia tiap ke Penang.
Saya baru tau barelang bridge ini gabungan 3 nama pulau 😁.
Kalau cerita nya benar dari pengalaman maka kita seikhlas hati menulis.. Alhamdulillah kalau dpt rasai virtual gitu :D
DeleteBiasa kalau sudah jmpa yg baik selesa dan peramah kenapa tidak terus aja menggunakan khidmat nya sampai kesudah.. Kita selasa nyaman dan pak supir pun senang hati :D
Oh pak yusuf nama nya pasti baik org nya.. Semoga ditmptkan bersama org soleh dan syuhada di dlm syurga amin
Macam Jambatan Pulau Pinang kan BaReLang Bridge tu. Tempat menarik juga untuk dilawati.
ReplyDeleteaah macam mini jambatan pulau pinang sebab panjang dia dalam 300 meter lebih sahaja.. Jambatan P.Pinang sampai berpuluh kilometer ;D
Deletesaya rasa kan kalau jambatan kat putrajaya buat mcm ni
ReplyDeletemesti masyuk kan?
tp tu laa dilarangnya bergambar kat situ
tp end up ramai je yg buat
Itulah kalau dijadikan satu attraction pelancongan kan bagus..
DeleteYelah sebab jambatan ni mmg sinonim kat mana2 dalam dunia org akan bergambar..
terima kasih berkongsi info. Boleh dapatkan no pak supir ke kalau tak keberatan.
ReplyDeleteMaaf sangat2.. saya tak jumla no pak supir nya.. ada tersimpan tapi tak tahu di mana.. masih mencari..kalau jumpa insyallah saya akan update semula di sini..
Delete