Saturday 24 February 2024

Umrah Mantop Travel Part 2 : Ziarah Sekitar Kota Thoif & Lunch Di Restoran Dapur Syu'lah

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia


Alhamdulillah berjaya juga akhirnya memulakan penulisan pengalaman trip Umrah untuk kali kedua ini. So aku akan sedikit sebanyak akan campurkan gambar-gambar dari trip Umrah pertama pada tahun 2018 sebab keadaan persekitaran baik di Kota Mekah atau Madinah telah banyak berubah atau berbeza selepas 7 tahun kemudian iaitu pada trip Umrah kali kedua ini Oktober 2023.

Inilah bas yang membawa kami dari Jeddah Airport, Thoif dan Kota Mekah.
Ada juga yang tanya kenapa tak update Trip Bali sebab baru update di entry yang lepas "Salam Dari Bali Yuk - Stay Tune".. Yer baru sahaja balik dari Bali selama 5 malam 4 hari di sana. Tapi kita update la dulu Trip Umrah ni sebab memang dah siap tulis 4 entry just nak kena edit gambar sahaja. Sebab nak tulis Trip Bali ni mau sebulan jugak ambil masa hahahaa.. Okay dah cukup intro moh kita sambung cerita di Trip Umrah.

Pada trip Umrah kali ini kebanyakan kawasan ziarah di Thoif telah ditutup seperti Kebun Addas ini. Kami hanya berhenti dan melihat dari dalam bas sahaja dan kemudian Mutawwif memberi tazkirah ringkas dan sedikit penerangan berkenaan sejarah di kawasan ini.
Selepas menziarahi Masjid Ibnu Abbas r.a kami di bawa ke beberapa kawasan sejarah Nabi Muhamad s.a.w antaranya Kebun Addas di mana Nabi bersembunyi apabila di kejar oleh Bani Thaqif. Dan ada juga beberapa sejarah islam lain. Dan terdapat juga beberapa atau kebanyakan kawasan telah dipagar atau ditutup oleh pihak berkuasa kerana terdapat perbuatan syirik oleh orang ramai yang hadir berkunjung.

Pada tahun 2018 kami berpeluang masuk dan melihat sendiri dari dalam keadaan Kebun Addas ini.
Telah dibina sebuah masjid di dalam Ladang atau Kebun Addas ini. Masa ini kami tak berpeluang solat di dalam kerana dimaklumkan penjaga kunci masjid telah keluar ke bandar.
Antara sebahagian jalan yang kami lalui untuk masuk ke dalam kebun sehingga ke Masjid Addas yang terletak di tengah kebun. Dikatakan sewaktu Nabi berada di sini kebun ini dipenuhi oleh Pokok Anggur dan Delima. Dan ketika itulah Addas orang pertama di Thoif telah memeluk islam dan telah memberi Buah Anggur kepada Nabi.
Untuk sekarang Kebun Addas, Masjid Al Ku' atau dikenali oleh orang melayu sebagai Masjid Siku juga telah di tutup daripada pelawat. Masjid Kuk ini mendapat nama disebabkan terdapat kesan lekuk pada batu ketika Rasulullah berteleku dengan siku Baginda disini. Masjid ini merupakan tempat Rasulullah berlindung ketika dikejar Bani Thaqif. 

Masjid Kuk atau Masjid Siku yang terletak tidak jauh dari Ladang Addas.
Masjid Al Madhun atau juga dikenali sebagai Masjid Al Qantarah yang dibina pada akhir Era Pemerintahan Kerajaan Uthmaniyyah dengan menara unik yang berbentuk silinder ini juga telah ditutup kepada orang ramai. Tapi Alhamdulillah aku berpeluang menziarahi ke semua tempat ini pada Trip umrah pertama pada tahun 2018 yang lepas.

Masjid Al Madhoon Atau juga dikenali sebagai Masjid Qantarah. Berusia hampir 200 tahun.
Pada tahun 2018 ia masih dibuka kepada orang ramai.
Masa aku datang pada tahun 2018 yang lepas alhamdulillah kami dapat masuk dan bersolat di dalam Masjid Al Madhun ini dan dapat naik ke atas menara masjid. Masa tu kami tak ikut trip yang disediakan oleh travel agent sebab bayaran untuk ke Thoif lebih kurang RM150.00 seorang. So kami amik private teksi lebih kurang SAR 85.00 per trip untuk aku, wife, baby dan mak mertua. Memang murah banyak la.

Di tingkat dua masjid ada ruang solat terbuka.
Agak mencabar untuk memanjat menara masjid ini sebab anak tangga dia tinggi-tinggi
Abdullah Ibnu Abbas r.a adalah seorang sahabat nabi yang juga merupakan sepupu kepada baginda dan Ali Bin Abi Talib r.a. Beliau telah menghembuskan nafasnya pada umur 71 tahun bersamaan 68 hijrah dan di maqamkan di Kota Thaif ini. Beliau telah menghabiskan masa hidup beliau berdakwah dan mengajari orang ramai tentang agama Islam di Kota Thoif ini oleh sebab itu beliau telah menjadi ikon kepada penduduk Thoif sehingga ke hari ini. 

Keadaan di dalam Masjid Al Madhoon.
Boleh memuatkan 50 orang jemaah dalam satu satu masa.
Beliau dilahirkan 3 tahun sebelum hijrah nabi ke Madinah dan ditahnikkan sendiri oleh rasulullah. Hadis yang telah diriwayatkan oleh beliau adalah sebanyak 1660 buah hadis yang mana 120 darinya diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan 49 hadis diriwayatkan oleh Imam Muslim dan 95 hadis diriwayatkan oleh kedua-duanya sekali.

Restoran Dapur Syu'lah

Selesai membuat ziarah di beberapa kawasan, kami bergerak ke sebuah restoran yang terletak out of no where macam di tengah gurun gitu hahaha.. Untuk makan tengah hari yang aku tak pasti samada masih berada dalam kawasan Thoif atau di luar. Cuaca yang agak panas ketika ini. Tiada air sejuk disediakan melainkan air mineral dan teh panas self service. 

Alhamdulillah sampai kami di Restoran Dapur Syu'lah
 Mat'am (Tempat Makan) Wa (Dan) Matbakh (Dapur) Syu'lah (Nama brand dia kot).
Selepas masuk entrance ada tempat buat teh self service. Cuaca panas air pun panas layan.
Landscape dalam restoran ni cantik tempat makan outdoor dan juga indoor disediakan. 
Menu makanan adalah Nasi Arab Mandi ada kambing dan ayam diletakkan sekali di atas nasi yang terhidang dalam satu dulang yang boleh dimakan oleh 5 orang untuk setiap satu dulang. Alhamdulillah nothing much to complain makanan sedap walau nampak simple jer. Syukur ada rezeki yang boleh dimakan walau jauh dari dapur mak kan :D

Sebelum tunggu nasi masak kami dihidang dengan manisan ni apa ntah nama lupa sudah.
Kami diberi untuk duduk di dalam khemah indoor yang ada aircond tapi tak function hahahah :P
Ok the reason kenapa Mantop Travel Agent membawa kami ziarah ke Kota Thoif terlebih dahulu sebelum ke Kota Mekah adalah kerana pertama flight kami sampai awal pagi dan hotel hanya membenarkan check in selepas pukul 1.00 petang. Dan undang-undang di Mekah bas dan sebagainya tidak dibenarkan parking terlalu lama di hadapan hotel. Oleh itu lebih baik membawa para jemaah menziarahi Kota Thoif.

Inilah Nasi Mandi Ayam dan Kambing. Simple tapi Padu bhaii..
Tetiba lapar lak nak makan Nasi Mandi hihi :P
Kedua dan juga kelebihanya adalah para jemaah tidak perlu berniat dan memakai ihram dari KLIA atau dari dalam kapal terbang sebab nait untuk berihram hanya selepas menziarahi Kota Thoif yang mana kami semua ke akan ke Masjid Qarnul Manazil untuk membersihkan diri dan berniat serta berihram. Dan itu juga kelebihan menggunakan Visa Tourist yang mana kita boleh ke mana sahaja selain Kota Mekah dan Madinah.

Thursday 22 February 2024

Umrah Mantop Travel Part 1 : Destinasi Pertama Masjid Abdullah Ibnu Abbas Di Kota Thoif

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Alhamdulillah pada akhir tahun lepas aku sekali lagi diizinkan Allah Taala untuk menjadi tetamu di dua tanah haram dan mengerjakan Umrah buat kali kedua. Dulu pertama kali pada tahun 2018 bersama Tiram Travel Agent dan pada kali ini bersama Mantop Travel Agent. Dan kali ini pengalaman agak berbeza kerana pergi dengan abang ipar berbanding pada tahun 2018 pergi bersama wife dengan ibu mertua dan anak kedua yang berumur 8 bulan pada ketika itu.

Just before take off dapat pembuka selera ni - Soft, Creamy, Chocolate and Peanuts.
Untuk kali ini pengalaman agak berbeza dari segi cuaca yang panas berbanding dulu menunaikan umrah ketika musim sejuk. Dan kali ini kami ke Mekah menunaikan Umrah terlebih dahulu sebelum membuat ziarah ke Madinah. Dan pada pendapat aku adalah lebih baik ke Mekah menunaikan Umrah terlebih dahulu dan selesaikan ibadah yang menjadi asbab utama kita ke tanah suci.

Dua kali makan sepanjang penerbangan dari Kuala Lumpur ke Jeddah. 
Ok masuk bilik air untuk berwudhu - Make sure sapukan air di anggota wudhu sahaja dan bukan basuh anggota wudhu sampai basah lantai dengan dinding toilet.
Specialnya di dalam aircraft Saudi Airlines ni ada ruang Musolla siap ada digital Qiblat lagi.
Dan pada kali ini travel agent menggunakan Visa Tourist yang mana sebelum ini pada tahun 2018 adalah Visa Umrah. Ada yang mengatakan Visa Tourist tidak dibenarkan membawa pulang Air Zam-Zam tapi kumpulan kami dari Mantop Travel Agent yang kesemuanya menggunakan Visa Tourist dapat membawa pulang setiap orang satu botol 5 Liter Air Zam-Zam.

Alhamdulillah safely arrived at Jeddah International Airport selepas lebih 9 jam penerbangan.
Dan juga kali ini rezeki dapat merasa naik Saudi Airlines pergi balik berbanding dulu menaiki Airasia. Okla basically Trip Umrah kali ini aku bersyukur banyak sebab dapat melakukan dengan lebih baik dari yang sebelum ini. Lagi pun ini kali kedua so ada banyak benda kita dah tahu dan try to avoid buat salah seperti trip umrah pertama. Dan rezeki juga trip kali ini lebih murah dari yang sebelum ini. 

Makanan yang disediakan di dalam bas Hurmm macam Nasi Goreng.  Second picture tu hamba Allah yang jual SimCard. Bagus service ni tak ada lagi so far di travel agent lain.
Sesampai di Airport Jeddah pada waktu awal pagi dan staf Mantop Travel Agent bersama Mutawwif kami Ust Atif telah pun menunggu di balai ketibaan dan terus membawa kami menaiki bas di bahagian bawah. Dan sebelum bertolak dari airport Pihak Mantop telah menyediakan seorang penjual simkad dan mengaktifkan terus kepada sesiapa yang membeli di dalam bas. Makanan juga telah disediakan di dalam bas untuk kami semua.

Mosque of King Abdul Aziz International Airport.
Bas berhenti untuk isi minyak maka para jemaah berpeluang menggunakan duit Riyal mereka buat kali pertama. Thanks to Tuan Toha belanja air masa ni.. :D
Destinasi pertama kami tuju adalah Masjid Abdullah Ibnu Abbas di Kota Thoif yang menjadi tumpuan utama untuk mereka yang menziarhi Kota Thoif. Dan kami telah diberikan penerangan dan juga sejarah mengenai masjid ini dan Kota Thaif ini. Alhamdulillah kami diberikan sedikit masa untuk melihat sendiri masjid ini dan membeli apa sahaja yang dijual oleh ramai peniaga disekitar kawasan masjid ini. 

Alhamdulillah safely arrived di Masjid Abdullah Ibnu Abbas di Kota Thoif.
Tazkirah ringkas daripada Mutawwif mengenai Masjid Abdullah Ibnu Abbas R.A.
Harga yang dijual boleh ditawar menawar. So far buah-buahan mereka memang segar dari ladang.
Maka aku ajak siapa yang nak ikut untuk bersolat dua rakaat di dalam masjid. Alhamdulilah keadaan dalam masjid amat cantik dan tenang. Bagi yang belum menjejakkan kaki ke Masjidil Haram atau Masjid Nabawi pasti akan terasa auranya sebab design di dalam masjid ini kelihatan seperti dua masjid agung itu. 

Ruang dewan solat di dalam masjid Abdullah Ibnu Abbas R.A.
Orang agak ramai ketika ini dan kelihatan ada kumpulan manusia yang kurang cerdik berdiri seolah-olah berdoa sambil menangis dan ada yang sampai menjerit dengan memegang atau menepuk-nepuk dinding di bahagian luar masjid. Hurmm.. kan bagus kalau masuk dalam masjid untuk bersolat dan berdoa dari buat benda yang mengarut. Nasib baiklah yang buat tu bukan orang Malaysia. Rasa-rasa korang pasti boleh agak orang dari negara mana yang buat tu kan :P

Seronok tengok kanak-kanak yang berniaga di sekitar kawasan masjid.
Lepas solat aku ajak yang lain makan aiskrim yang dijual berhampiran pintu masuk Masjid Ibnu Abbas ni. Disebabkan yang jual aiskrim tu orang yang bertutur bahasa urdu maka aku pun speaking urdu dengan dia sambil tolong orderkan untuk para jemaah yang lain. Satu aiskrim SAR5.00/RM6.28 tapi bila sampai turn aku dia kasi SAR2.00/RM2.51 sahaja. Time ni Abang Yan (Abg Ipar) dah pelik dengan aku "Kat sini ni pun ko dapat diskaun". Aku gelak jer.

Mungkin sebab waktu pagi maka ramai orang datang menziarahi masjid ini. First time datang dulu waktu petang memang orang tak ada sangat. Orang yang jual aiskrim ni tetap sama masa 2018 dulu.
Bila berjalan ke bas aku nampak Mutawwif Ust Atif dah berkemut dahi nampak macam marah hahaha.. Ye la dia kata 15 minit jer acara bebas tapi para jemaah lenjan lebih setengah jam. Bila masuk dalam bas memang nampak ramai yang bershopping sakan especially yang first time la. Habis segala jenis buah denga kacang dibelinya. Mutawwif pun pegang mic semua kena ceramah hahaha. "Saya ni bab masa memang saya jaga betul kalau tuan-tuan puan-puan tak boleh jaga masa, Saya tinggal jer" 

Monday 19 February 2024

Salam Dari Bali Yuk - Stay Tune Readers :D

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia.

Alhamdulillah kita try update blog walau berada jauh dari rumah dan paling bersabar try update guna handphone. Syukur selamat tiba di I Ngurah Rai International Airport Bali malam tadi dengan flight Airasia QZ0555. By the way harga return tiket kami dapat RM418.00 seorang. Insyallah akan berada di sini selama 5 malam 4 hari.

Suasana sunrise di Natya River Sidemen 
Glamping at Natya River Sidemen is one of the best ever experience. 
Setakat ini dah selamat mengejar Sunrise Di Gunung Batur, ke Danau Batur dan Hot Spring. Dan alhamdulillah selamat bersolat subuh di Masjid Besar Al Muhajirin Kintamani. Dan at this moment dah selamat check in di Daerah Ubud. Hotel cantik dengan harga RM75.00 untuk semalam actually bukan hotel la tapi cottage. Alhamdulillah nice. :D

Pemandangan Danau Beratan & Gunung Mangu di Bedugul.
Masjid Besar Al Hidayah at Bedugul yang terletak di atas bukit.
Selepas di Kintamani kami ke Tegalalang dan attraction utama di sini adalah Terrace Padi dan boleh melakukan pelbagai aktiviti yang menarik dan paling popular adalah aktiviti swing. Flying fox dan bergambar di bird nest yang lumayan banyak.

Coffee Plantation at Hidden Garden Luwak Coffee.
Inilah buah kopi. Once kalau dah masak ia berwarna merah.
Update - Setakat sekarang kami telah selesai berwisata ke Bedugul dan diperjalanannya singgah ke Leke Leke Waterfall dan Coffee Plantation melihat sendiri beberapa jenis pokok kopi dan pembuatan Kopi Luwak dan berkesempatan melihat ank musang pandan yang baru dilahirkan beberapa hari lepas.

Di Bedugul ada beberapa attraction antaranya Masjid Besar Al Hidayah, Pura Ulu Danu Beratan, Strawberry Farm, Pasar Hasil Tani Bedugul, dan paling seronok terdapat banyak makanan halal kerana di sini terdapat ramai orang islam. Boleh dikatakan hampir kesemua orang yang berniaga adalah orang islam dan wanitanya memakai tudung.

Keramas Black Sand Beach 
 
New place discover in my travel journey - Black Sand Beach :D
Update - Check in Hotel di Ubud - Yarama Cottage RM87.00 per night. Chech in Hotel di Sidemen - Natya River Sidemen RM67.00 per night. Check in Hotel di Kuta Anika Guest House RM49.00. Check in Hotel di Nusa Dua Santika RM120.00.

Setakat sekaranng ini kos perjalanan bersama supir dan grab adalah IDR 2,386,000.00 dan bahagi untuk 4 orang maka seorang IDR 596,500.00 bersamaan RM175.00. Alhamdulillah Trip Bajet Backpackers menjadi lagi :D

Bali Collection at Nusa Dua
Ada performance pada waktu malam di Bali Collection.
Outdoor concept of branded shopping mall
Billabong brand masa zaman remaja dulu huhuu.. :D
Update - Bali memang best dan cantik serta aku sendiri recommended untuk ke Bali tapi ke arah countryside sebab keadaan lebih tenang dan jauh dari kesibukan bandar. Lebih-lebih lagi jalan yang jem setiap masa. Dalam waze mungkin 40 minit tapi in realiti perjalanan boleh jadi sehingga 2 jam.

Kawasan pantai sekiranya bawa anak kecil lebih baik elakan sebab hanya pub, bar kelab malam dan yang teramat tak sesuai untuk orang islam berkunjung terutama Pantai Canggu, Pantai Seminyak sehinggalah ke Tanah Lot. Kalau ke area kawasan pantai luar bandar lebih elok dan bersih cantik tiada sesak dengan para pelancong. Kalau boleh ke Pantai Pendawa di selatan Bali lagi cantik.

Masjid Agung Asasut Taqwa yang terletak tidak jauh dari airport.
Gerbang Tol Ngurah Rai adalah satu-satunya Tol di Bali.

Thursday 15 February 2024

Masakan Kampung Dan Cina Muslim di Eat Cabin Restaurant Kuantan

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Kalau datang ke Negeri Pahang atau terutamanya dari Daerah Temerloh hinggalah ke Bandar Kuantan. Anda perlu merasai sendiri masakan tradisi orang lama Pahang antaranya Patin Masak Tempoyak, Pais Ikan Patin atau Pais Ikan Baung, Sambal Hitam Ikan Bilis yang diperbuat dari Buah Belimbing Buluh sebagai bahan utama, Rendang Hitam Pahang dan banyak lagi.

Senang nak jumpa sebab dia sorang jer warna kuning kat sini :D
Maka disebabkan itulah kami berkunjung ke Eat Cabin Restaurant ini yang berada di Tanjung Lumpur, Kuantan. Di sini anda boleh mencuba masakan tradisi Negeri Pahang seperti yang telah disebutkan di atas tadi dan terdapat juga menu seperti Asam Pedas, Masak Lemak Cili Api dan juga makanan Cina dan Western. Dan antara yang famous di sini terdapat hidangan Udang Galah bersaiz XXL.

Dibuka setiap hari dari jam 11.00 pagi sehinggalah jam 10.00 malam kecuali Hari Jumaat dibuka dari jam 5.00 petang sehingga jam 10.00 malam dan pada Hari Isnin dibuka jam 11.00 pagi sehingga jam 4.00 petang sahaja. Beralamat di Lot A-1, Jalan Tanjung Lumpur 7, 26060 Kuantan, Pahang. Atau lebih mudah kita pin destination restoran ini ialah terletak betul-betul berhadapan dengan Hospital Pakar KPJ Kuantan. 

Another ruang makan, musolla dan toilat berada di tingkat dua.
Decoration yang cantik di ruang makan tingkat dua.
Another view di ruang makan di tingkat dua.
Ruang solat dan tandas yang selesa disediakan di bahagian tingkat dua restoran ini. Terdapat juga beberapa jenis souvenir terutama berkenaan Negeri Pahang atau Kuantan itu sendiri dijual di sini seperti keychain dan fridge magnet. Pekerja yang ramah. Dan few time aku datang sini ada beberapa kali mereka belanja anak-anak aku makan free aiskrim. :D

Basically dah lebih 10 kali aku datang makan di sini samada datang bersama anak-anak atau berdua dengan wife disebabkan selalu juga ke Kuantan atas urusan kerja dan hanya sekali sahaja pengalaman aku datang makan kat sini makanan tak sedap hahahaa. Mungkin that time dapat tukang masak baru kot, habis semua makanan tak ada rasa kecuali pedas semata-mata. :P

Sotong Goreng Tepung.
Daging Itik Salai masak apa ntah aku tak ingat hahahaa :P
Asam Pedas Ikan Patin atau Ikan Pari. Dua-dua pun sedap :D
Makan tengah hari kali ini kita order makanan nasi berlauk.
Overall hampir kesemua menu masakan di sini aku dah try dan alhamdulillah sedap especially Masakan Pais Ikan dan Asam Pedas dia. Aku kadang-kadang siap bungkus bawa balik KL lagi hihii. And aku bagi rate 8.5 out of 10. Apa pun restoran ini selesa dan kemas serta bersih. Cuma harga dia agak tinggi sedikit la berbanding dengan tempat makan lain. By the way semua nasi yang dihidang menggunakan Beras Basmathi yer.

Tak sure semua dinosaur ni just decoration atau dia allowed kids to play.
Antara decoration di luar Restoran Eat Cabin ini.
Lepas makan kita buat bayaran di kuanter. Di kaunter ni ada pelbagai souvenir dijual.
Kat sini ada patung-patung dinosaur yang di susun di bawa sebuah pokok di dalam restoran ini. Aku pun tak sure it just a decoration atau memang nak bagi anak-anak pengunjung yang makan di sini bermain. Sampai turn anak aku datang habis semua dinosaur bersepah hahaha :P . Well aku tengok staff atau owner tak say anything so aku assume memang dia letak untuk kids bermain. :D

Terjumpa pulak dalam google harga makanan di Eat Cabin ini. So aku share sebahagian menu masakan dan harganya sekali di sini untuk preference pembaca. Mana la tahu jika ada rezeki berkunjung ke Bandar Kuantan dan mencari-cari tempat makanan yang sedap. Masakan Kampung Dan Cina Muslim Eat Cabin Restaurant can be consider :D
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...