Sunday, 29 June 2025

Picnic Di UPM & Makan Malam Di Heritage Walk Sungai Besi

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia 

Tiga hari cuti sempena Awwal Muharram tapi aku tak ke mana sebab wife kena bekerja di Johor ngam-ngam dari khamis sampai la esok Isnin baru balik. Hurmm mati akal juga tak tahu nak buat apa dan terperap dengan anak-anak dalam rumah.

Ada plan nak jalan-jalan ke Ipoh tapi wife kata tak confident dengan aku seorang nak handle semua 4 orang anak. Dan anak sulung pulak 1 Julai (selasa depan) nanti ada pertandingan debat peringkat Daerah. Atiyya pesan tak nak ke mana sebab nak berlatih sepanjang 3 hari di rumah. Jeng kepala si ayah.

Semalam hari sabtu seawal pagi aku inform anak-anak "Kita pergi picnic sambil memancing". Tapi half day sahaja lah. Alhamdulillah disambut baik dan terus kami packing barang dan angkut apa sahaja yang ada di rumah. Dan sempat aku singgah Kedai Eco di Seri Kembangan membeli air minum, mainan dan biskut.

Destinasi picnic kami kali ini di Tasik UPM iaitu di Kolam 1. Kalau datang semata-mata picnic tak kena bayar tapi kalau nak mancing RM20.00 sebatang joran untuk 4 jam. Kawasan di tepi ini dipenuhi pokok memang sesuai la nak bentang tikar. 

Kami sampai seawal 3.00 petang dan mula berpicnic sehinggalah balik jam 6.30 petang. Selama kami mancing hanya dapat dua ekor ikan iaitu sekor talapia dan sekor lampam yang bersaiz sederhana. Boleh la lepas gian dan sekadar bagi anak-anak excited bila ada ikan dalam baldi. At this moment ikan selamat masuk dalam aquarium sebab tak ada plan untuk dimasak πŸ˜….

Balik dari UPM kami singgah solat magrib di Masjid Jamek Sungai Besi atau dikenali dengan nama Masjid Ibnu Khaldun. Alhamdulillah cantik masjidnya cuma bab parking tu susah sikit. Very limited sangat parking lot dia.

Selepas solat kami singgah di area Haritage Walk Sungai Besi untuk makan malam. Sebab sini ada banyak kedai makan. Dalam banyak tempat makan kami memilih untuk duduk di Tom Yam & Katering Hajjah Bisah sebab dapat parking bersebelahan. Dan ada pulak taman permainan memang ngam la. 

Nasi Putih, Tom Yam Ayam, Daging Masak Merah, Kailan Ikan Masin, Telur Dada dan Keropok Ikan menjadi santapan kami dan boleh nampak anak semua kebuluran sebab masa picnic tadi bermain sampai kepenatan. Alhamdulillah makanan sedap dan agak murah. Jumlah bil makan malam RM43.00 termasuk 6 jenis air minuman yang di order. 

Heritage Walk Sungai Besi ini agak cantik, bersih dan kemas. Dihiasi lampu-lampu dengan lukisan mural di lorong antara dinding-dinding kedai. Just nice walau tak la sehebat mural di Kuantan. But the kids really enjoy it. 

Selepas makan malam dan berjalan-jalan sekitar Heritage Walk ini yang banyak menggambarkan tentang aktiviti melombong biji timah seawal tahun 19-an. Dan Pekan Sungai Besi adalah antara yang kawasan terawal di Kuala Lumpur.

Selesai berjalan-jalan dan bila the kids dah penat bermain. Kami beransur pulang lebih kurang jam 10.00 malam. Dan dalam kereta aku terpaksa pasang lagu dari movie ejen ali the movie sebab tak nak ada yang tertidur. Kalau tertidur jenuh nak mengangkat naik rumah huhu. Maklum la rumah bertingkat ni susah sikit.

Anak-anak ni kadang-kadang tak kesah pun nak tidur hotel ke apa ke. Cukup kita bawa mereka berjalan keluar rumah spend time  together dan makan luar sekali sekala untuk membeli jiwa kata orang. Dan macam biasa pagi tadi ahad aku suruh anak-anak tulis kejadian semalam picnic dan jalan-jalan di Heritage Walk dalam buku untuk kenangan mereka.

1 comment:

  1. Anak2 pun ada buku kenangan ..bagus betul...masa anak² kecik,tak berkesempatan nak bawak berjaln..sebab pak dia bz sokmo ..Linda takat bawa jalan2 p mall je lah..hahaha

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...