Sunday, 29 June 2025

Picnic Di UPM & Makan Malam Di Heritage Walk Sungai Besi

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia 

Tiga hari cuti sempena Awwal Muharram tapi aku tak ke mana sebab wife kena bekerja di Johor ngam-ngam dari khamis sampai la esok Isnin baru balik. Hurmm mati akal juga tak tahu nak buat apa dan terperap dengan anak-anak dalam rumah.

Ada plan nak jalan-jalan ke Ipoh tapi wife kata tak confident dengan aku seorang nak handle semua 4 orang anak. Dan anak sulung pulak 1 Julai (selasa depan) nanti ada pertandingan debat peringkat Daerah. Atiyya pesan tak nak ke mana sebab nak berlatih sepanjang 3 hari di rumah. Jeng kepala si ayah.

Semalam hari sabtu seawal pagi aku inform anak-anak "Kita pergi picnic sambil memancing". Tapi half day sahaja lah. Alhamdulillah disambut baik dan terus kami packing barang dan angkut apa sahaja yang ada di rumah. Dan sempat aku singgah Kedai Eco di Seri Kembangan membeli air minum, mainan dan biskut.

Destinasi picnic kami kali ini di Tasik UPM iaitu di Kolam 1. Kalau datang semata-mata picnic tak kena bayar tapi kalau nak mancing RM20.00 sebatang joran untuk 4 jam. Kawasan di tepi ini dipenuhi pokok memang sesuai la nak bentang tikar. 

Kami sampai seawal 3.00 petang dan mula berpicnic sehinggalah balik jam 6.30 petang. Selama kami mancing hanya dapat dua ekor ikan iaitu sekor talapia dan sekor lampam yang bersaiz sederhana. Boleh la lepas gian dan sekadar bagi anak-anak excited bila ada ikan dalam baldi. At this moment ikan selamat masuk dalam aquarium sebab tak ada plan untuk dimasak πŸ˜….

Balik dari UPM kami singgah solat magrib di Masjid Jamek Sungai Besi atau dikenali dengan nama Masjid Ibnu Khaldun. Alhamdulillah cantik masjidnya cuma bab parking tu susah sikit. Very limited sangat parking lot dia.

Selepas solat kami singgah di area Haritage Walk Sungai Besi untuk makan malam. Sebab sini ada banyak kedai makan. Dalam banyak tempat makan kami memilih untuk duduk di Tom Yam & Katering Hajjah Bisah sebab dapat parking bersebelahan. Dan ada pulak taman permainan memang ngam la. 

Nasi Putih, Tom Yam Ayam, Daging Masak Merah, Kailan Ikan Masin, Telur Dada dan Keropok Ikan menjadi santapan kami dan boleh nampak anak semua kebuluran sebab masa picnic tadi bermain sampai kepenatan. Alhamdulillah makanan sedap dan agak murah. Jumlah bil makan malam RM43.00 termasuk 6 jenis air minuman yang di order. 

Heritage Walk Sungai Besi ini agak cantik, bersih dan kemas. Dihiasi lampu-lampu dengan lukisan mural di lorong antara dinding-dinding kedai. Just nice walau tak la sehebat mural di Kuantan. But the kids really enjoy it. 

Selepas makan malam dan berjalan-jalan sekitar Heritage Walk ini yang banyak menggambarkan tentang aktiviti melombong biji timah seawal tahun 19-an. Dan Pekan Sungai Besi adalah antara yang kawasan terawal di Kuala Lumpur.

Selesai berjalan-jalan dan bila the kids dah penat bermain. Kami beransur pulang lebih kurang jam 10.00 malam. Dan dalam kereta aku terpaksa pasang lagu dari movie ejen ali the movie sebab tak nak ada yang tertidur. Kalau tertidur jenuh nak mengangkat naik rumah huhu. Maklum la rumah bertingkat ni susah sikit.

Anak-anak ni kadang-kadang tak kesah pun nak tidur hotel ke apa ke. Cukup kita bawa mereka berjalan keluar rumah spend time  together dan makan luar sekali sekala untuk membeli jiwa kata orang. Dan macam biasa pagi tadi ahad aku suruh anak-anak tulis kejadian semalam picnic dan jalan-jalan di Heritage Walk dalam buku untuk kenangan mereka.

12 comments:

  1. Anak2 pun ada buku kenangan ..bagus betul...masa anak² kecik,tak berkesempatan nak bawak berjaln..sebab pak dia bz sokmo ..Linda takat bawa jalan2 p mall je lah..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena mengajar anak2 menulis .. kenangan mereka masa kecil.. dan boleh didik mereka suka menulis.. mall pun ok budak-budak ni ok asalkan keluar berjalan..

      Delete
  2. Replies
    1. Itulah.. lama benar tak berkelah... Moga ada kesempatan lagi πŸ€—

      Delete
  3. Oh, ada tasik boleh mancing ke dh kt upm? area mana tasik ni? rindu upm.. nmpk happy je budak² tu aktiviti penuh sampai ke malam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pelik kan.. sy pun first time dgr masa buat keje di HPUPM.. area mana? Dekat dgn laluan train KLIA Express.. Kids kan asal keluar rumah mmg seronok la πŸ˜…

      Delete
  4. Wah.. seronok juga sekali-sekala dapat berkelah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronok berkelah tapi dgn 4 org anak kecil hahaha.. kena banyak bersabar πŸ˜…

      Delete
  5. Hebat ayahnya ni boleh handle 4 orang tu sendiri, kecik2 dan tengah buas lagi tu. Mesti anak2 tak sabar menunggu emaknya balik dari outstation tu.

    ReplyDelete
  6. yg penting dpt spend masa sama2 dan create sweet memories utk anak2

    ReplyDelete
  7. nampak best heritage walk tu. akak tak pernah sampai lagi.

    ReplyDelete
  8. Terbaik idea ni. Anak-anak pun tak bosan. Mereka dapat bermain di luar. Untung juga dapat ikan tu, buat seronok untuk mereka. Saya baru tahu di sini boleh picnic dan memancing. Betul tu, setuju sangat. Yang penting dalam meluangkan masa bersama. Begini pun dah cukup bahagia buat mereka.

    Heritage Walk tu menarik lah. Ada mural tu penyeri suasana.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...