Wednesday, 25 June 2025

Late Lunch With Wife At Chef Kecik Boulangerie @ Tuah 1895

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia 

Bila dalam keadaan kelaparan di waktu cuaca yang terlalu panas sekarang ni. Tiba-tiba tadi wife whatsapp ajak lunch "Jom lunch". Aku pun "Hurmm.. boleh tapi nak makan mana? Kat luar cuaca panas sekarang ni. 

Terus dia jawap "Dah gaji ni jom makan Chef Kecik". Aku pun gelak macam tak ikhlas hahaha πŸ˜‚. Orang gomen memang la dah gaji, kita mana gaji lagi. Minggu depan baru masuk itu pun kalau akak account tu tak MC hahaha..  🀣

Maka memandulah aku, amik wife dari tempat kerja dia dan menuju ke arah Bangunan Tuah 1895. Dan bila sampai Chef Kecik lebih kurang pukul 2.10 petang. Orang ramai mula beredar keluar mungkin dah tiba masuk waktu masuk kerja.

Alhamdulillah bila kami masuk keadaan di dalam cafe kelihatan agak kosong dan tenang. Wife kata masa dia datang dengan kawan-kawan dia tempoh hari, keadaan agak penuh sampai kan ada yang kena que untuk dapatkan tempat duduk.

Chicken Skewer RM39.00
Clam & Mussels Spicy RM29.00
Max & Cheese Chicken RM28.00
Chicken Parma RM35.00
Caramel Macchiato Iced Extra Shot RM17, Lemon Tea RM12 & Mood Booster RM18
Ni kali kedua datang sini. First time hari tu datang awal pagi sangat, hanya ada menu breakfast sahaja. Kali ni baru nampak heavy food dia yang variety. Cumanya pastry banyak habis sebab ramai yang borong waktu lunch tadi.

At this moment belum ada mood lagi nak sambung cerita di Uzbekistan. Tunggu mood ada balik nanti aku sambung semula cerita. Tak malas tapi agak sibuk dengan kerja harian terutama hantar dan ambil anak balik sekolah.

3 comments:

  1. Panas sangat cuaca nie...sampai 3 gelas air untuk 2 orang...hihihi

    ReplyDelete
  2. Untung orang kerja gomen gaji awal. Sedap-sedap nampak menu-menu yang dipilih. Food plating dia pun menarik. Caramel macchiato favourite coffee tapi tak pernah lagi add on extra shot.

    ReplyDelete
  3. Berbuihh2 airnya tu. Minum time cuaca panas tak cukup tu sikit sangat. Hihi

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...