Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia..
Di London jika anda bertanya di manakah Harry Potter mesti ramai yang memberi arah ke Platform 9 3/4 di King Cross Train Station.. Di sinilah letaknya station keretapi untuk Harry Potter dan rakan2 nyer ke Hogwarts School.. School of Witchcraft and Wizardry.. Jika dahulu hanya terdapat nama tetapi sekarang telah diletakan sebuah troli separuh seakan2 kedalam dinding.
Dan lebih hebat lagi.. pada tahun 2013 telah dibuka sebuah kedai Souvenir Harry Potter bersebelah nama Platform 9 3/4 itu.. Di mana anda boleh membeli apa sahaja yang anda ingin semasa anda menonton filem Harry Potter.. Kayu Sihir yang di miliki Harry Potter atau rakan2 atau musuh Harry Potter.. Jubah Pelajar dan baju sukan Hogwarts School pun ada.. Novel dan pelbagai lagi benda yang anda boleh temui disini..
 |
| The Harry Potter Shop at Platform 9 3/4 |
.jpg) |
| Macam biasa bergambar di hadapan Kedai Harry Potter.. |
.jpg) |
Pilih nak kayu sakti siapa Harry Potter, Ron Weasley, Hermione Granger, atau rakan2 Harry yang lain seperti Fred Weasley & George Weasley, Luna Lovegood, adik Ron kekasih Harry iaitu Ginny Weasley.
Atau pun tenaga pengajar di Hogwarts - Prof Albus Dumbledore's, Prof Minerva McGonagall, Prof Alastor "Mad-Eye" Moody, Prof Rubeus Hagrid, Prof Severus Snape.
Atau kayu sakti orang jahat Lucius Malfoy, atau anaknya Draco Malfoy, Makcik Bellatrix Lestrange yang hodoh, atau kayu paling berkuasa yang dimilik oleh Ketua Jahat Voldemort.. Semua ada dijual di sini..
Saje jer letak banyak nama characters.. Nak tunjuk aku ingat semua tu hahahaa.. |
 |
| Pilih sahaja mana yang berkenan.. tak beli pun tak per :P |
Dan aku semestinya mencari Fridge Magnet la.. walau ia bertulis Paltform 9 3/4 dan bukan nyer Harry Potter.. Tak kisah la kan.. janji ia lain dari yang lain dan menambahkan koleksi FM aku hehee.. antara perkara lain yang anda boleh buat disini ( masa aku datang menyinggah tempoh hari la )..
Anda diberi pakai jubah harry potter dan cermin mata harry potter serta skaf.. tapi jubah tu untuk budak2 boleh la.. dah pakai boleh la bergambar dengan troli untuk masuk dinding ke Platform 9 3/4.. Masa nak bergambar dengan troli tu pun line agak panjang.. tapi tak apa la.. bukan selalu dan yang penting it's free hehehe :P
.jpg) |
| Get ready boys... Say hello sebelum tembus dinding nie :D |
.jpg) |
| Poster, Novel and DVD.. Harry Potter and Hogwarts School.. :D |
Selain Harry Potter Souvenir Shop yang menjadi tarikan pelancong dan orang ramai.. bangunan sekeliling kawasan King Cross Station ini juga amat unik dengan seni bina lama.. Terdapat sebuah masjid berdekatan dengan station ini.. Alhamdulillah dapat kami menunaikan solat dengan tenang sebelum meneruskan perjalanan ke tempat lain..
 |
| Ada St Pancras Renaissance Hotel @ London |
.jpg) |
Di hadapan hotel dan King Cross Train Station..
Ada macam dalam cerita Harry Potter tak ? hahaha.. |
+-+Copy.jpg) |
| Suhu masa ni bawah 10 degree.. Tapi bukan winter.. Layan ajer.. |
Agak teruja dengan komuniti orang islam di sini.. Hampir kebanyakan masjid dan surau di Kota London ini di bina dengan hasil derma dan sumbangan orang ramai.. orang pun kata bila islam itu minoirti di sesuatu tempat maka mereka akan bersatu tapi bila ramai suka berpecah belah.. agak2 korang betul ker? :D
+-+Copy.jpg) |
| Keadaan di dalam King Cross Mosque.. Cukup rapi walau di bangunkan oleh sumbangan orang ramai.. Terletak di tingkat satu pangsapuri di Sandfield Crome Street.. |
Selepas solat asar kami terus ke Malaysia Hall untuk menjamah sedikit apa yang patut untuk si perut yang sedang bernyanyi2 lagu Mega - Senda Gurauan dan Awie - Tragedi di Oktober.. dari tengah hari tadi.. aku mengarut ker hahahaa..
Perjalanan menaiki bas dari King Cross Station ke Malaaysia Hall akan melepasi Oxford Road.. sebuah laluan atau pun kawasan membeli belah.. tapi bukan barang sebarangan.. boleh tahan kedai hebat2 di Oxford road ni.. termasuk la seperti Zara Collection Shop dan pelbagai lagi brand ternama di dunia.. nak shopping boleh datang sini.. kalau tak.. tak payah la datang orang ramai giler..
 |
| Itu bangunan King Cross Station yang baru.. bye - bye jumpa lagi :D |
+-+Copy+-+Copy+-+Copy.jpg) |
| Menikmati juadah nasi berlauk di Malaysia Hall.. Harga makanan agak berpatutan di London bukan di Malaysia heheee.. :D |
+-+Copy.jpg) |
Ada syarat juga hanya rakyat malaysia sahaja yang boleh makan di sini.. Untuk warga lain kene make sure di temani oleh orang Malaysia..
Terdapat juga surau yang disediakan oleh Pihak Malaysia Hall.. Surau ini juga aktif dengan beberapa program termasuklah ketika di bulan Ramadhan.. berbuka puasa, solat terawih, moreh dan juga tadarus.. |
Alhamdulillah selepas selesai makan di Malaysia Hall.. dan selepas menunaikan solat magrib.. kami memulakan langkah pulang tapi tetiba abang adi dapat call.. Nak kene jumpa member dia.. so abang adi kata balik la dulu dia ada hal.. aku pun dengan bangga nyer ok no hal :D
Sebelum balik aku merayau sekejap di Queensway Road.. kalau tak silap aku haish macam mana boleh lupa pulak.. Dan lagi satu sebab kat sini banyak kedai2 souvenir just next to Underground Bayswater Station.. Nak segala souvenir ada di sini.. dan aku pun terangkat lagi FM yang lawa sket kat area sini hahahaa.. dalam pukul 10.45 malam baru aku naik train nak balik rumah abang aku..
 |
Brent Cross Station.. Jauh benor tertido sampai station ni :P |
 |
| Bila dah turun kosong jer tak ada orang.. nak kene tunggu train sampai lagi.. |
 |
| Bila aku naik train nak patah balik.. train kosong jer.. Scary tak??? |
Kalau nak datang ke Malaysia Hall dengan train boleh turun di Bayswater or Queensway Tube Station.. dan hanya walking distance sahaja ke Malaysia Hall.. Maka nak dijadikan cerita dalam train aku tertido sehingga terlepas Golders Green Station.. terpaksa la turun dan tukar train patah balik.. waktu jam dah pukul 11.10 malam..
Bila dan sampai Golders Green.. keluar dan naik bas untuk menuju ke rumah abang adi.. aku sekali lagi tertido sampai terlepas tempat yang aku patut turun.. Aku hanya turun selepas bas pergi lebih 1 km dari tempat yg sepatutnya aku turun.. dan sampai sekarang aku tak bagitau kejadian tu pada abang aku hahahaa :P
Continue Part 6