Monday 17 December 2012

Zimbabwe Part 5 : Ghost Train from Victoria Falls Town To Bulawayo City

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera 1Malaysia.

Sambungan Dari Zimbabwe Part 4 : Victoria Falls National Park & Sunset By Zambezi River Cruise

10 November 2011 Khamis - Jika anda berjaya berada di Victoria Falls ini dan sukakan sesuatu pengalaman yang baru maka aku mencadangkan korang mengambil perjalanan Ghost Train ini dari Victoria Fall ke Bulawayo sejauh 435km.

Gerabak kereta api ini di bina di Birmingham, England pada tahun 1958. Hampir keseluruh gerabak adalah dibuat dari kayu dan bila aku baca dari internet mengenai "Ghost Train" ini. Terasa seronok sangat nak cuba. Bila dah tengok depan mata memang agak menakutkan la sebab train ni gelap gelita tak ada lampu langsung.

Di hadapan Victoria Fall Train Station bersama pemandu teksi kami dari petang tadi.
Korang boleh membeli tiket train mengikut kemampuan anda but somehow aku rasa harga tiket untuk first class pun not bad. Tak ada la mahal sangat dan yang paling penting adalah demi keselamatan diri sendiri. Elakkan membeli tiket di Third Class.

1. 3rd class berharga $4.00 USD - Just a seat dan dengan perjalanan malam susah kalau nak tidur. Lagi-agi orang akan penuh dan sesak di 3rd class. Maka bukan la a good choice to make. Ditambah dengan bahaya pun ye juga..

2. 2nd Class berharga $8.00 USD - Anda akan dapat sebuah katil dan bilik yang disediakan sama ada berempat atau berenam. Kalau kami bernasib baik dapat la berempar sahaja dalam bilik berenam.

3. First Class berharga $12.00 USD - Sama macam 2nd class juga. Dapat bilik dan katil but sama ada anda dapat 4 katil atau 2 katil dalam satu bilik. So if travelling alone so better take first class with two bed sebab akan sebuah bilik private..

Actually aku pun tertanya-tanya. Apa beza first class dengan second class?? Maka staff di kaunter tu pun bagitahu. "First class anda akan dapat selimut dan bantal dan second class anda cuma dapat katil sahaja.." Bila aku berfikir di tengah musim summer ni buat apa nak pilih first class yang ada selimut tu.

Bergambar dengan gerabak ghost train di malam hari sebelum bertolak.
Tapi di sebabkan kami berempat baik la juga amik first class dapat la kami berempat sebuah bilik bersama, tak ada la bercampur dengan orang lain. Kalau second class belum tentu dapat bilik yang berempat mungkin dapat yang enam katil nanti kene share dengan orang lain.

Dan yang best nya first class berada di gerabak paling hujung belakang sekali. Maka jauh la dari menghidu kempulan asap dari kepala kereta api ni. Kami naik malam jadi tak la nampak sangat betapa buruk dan uniknya ghost train ini. 

Tapi bila naik train ni dengan keadaan agak memeningkan. Dah la keadaan gelap dan panas tak ada kipas apatah lagi Aircond. Dah la sekarang musim panas. Dengan bau yang kurang selesa tapi tak la sampai status ada bau busuk. Apa pun nasib baik la kami pilih first class. Bayangkan kalau fisrt class pun macam ni. Kalau third class macam mana l.

Bergambar ketika train berhenti di sebuah station
Kereta api berhenti dalam 15 minit di Sawmills Station.
Alhamdulillah selepas tiket yang kami beli semua selamat disahkan layak untuk memasuki bilik first class. Sebab nampak macam first class ini lebih kepada tourist dn orang kaya maka kawalan security agak ketat sedikit. dan train delay 30 minit sebab dalam tiket tertulis bertolak pada pukul 7.30 pm tapi last-last pukul 8.00 pm baru bertolak.

Tak apa lah janji esok pagi kami selamat sampai Bulawayo City. By the way dalam bilik first class ni ada sinki tapi tak ada tab air dan air memang tak ada la. Dan kalau tutup sinki ini maka ia boleh menjadi meja di tengah-tengah bilik ini.

Aku amik katil atas sebab bawah angin kurang. Waktu pagi macam sejuk pulak.
Anas dan Ridwan tertidur lagi lepas subuh. Yang warna hijau itu meja yang aku bagitau tadi.
Keadaan di laluan hadapan bilik first class kami.
Tandas terletak di hujung gerabak. Tapi tak ada air yer. Kena bawa air sendiri.
Bila train dah mula bergerak kami masih dalam keadaan teruja dan takut sebab tak tahu macam mana keadaan perjalanan dan keadaan bila sampai nanti. Sambil-sambil tu kami berborak dan makan malam dengan apa yang ada. Sebelum naik train tadi sempat la driver teksi tu bawa kami singgah ke kedai runcit. Kami sempat la grab apa yang ada depan mata seperti roti, air mineral, air gas, biskut, crips dan beberapa keperluan lain.

Kalau la tahu dalam train ni tak ada air memang kami dah beli air minum banyak-banyak. Tak pasal-pasal kena catu minum air dalam train hihii. Maka if korang nak naik train ni make sure bawa air banyak sikit sebab nak guna untuk minum dan basuh tangan, muka dan nak gosok gigi pagi esok. 

Sambil makan dan berborak, seorang demi seorang tertidur. Di tengah malam dalam pukul 11.0pm macam tu semua terjaga sebab train berhenti mengejut. Anas je yang macam tercedera sikit kepala terhantuk dekat dinding. Nasib baik tak ada apa-apa kecederaan.

Layan pemandangan di pagi hari..
Ini lah rupa tandas dalam train ni.. tak ada flush.. 
dan ia akan jatuh terus ke atas landasan. Ada rasa nak cuba ke? :P
Aku pun buka pintu dan keluar dari bilik dan nampak staff train ini. Bila aku tanya dengan staff train ini "Kenapa tiba-tiba berhenti..?" Dia jawap ada sekumpulan gajah lintas landasan kereta api.. Aku dengan yang lain macam.. Serius laaa..Staff tu kata lagi kalau langgar mau terbabas train ni.

Dalam pada masa yang sama baru sedar cuaca dah bertukar menjadi sejuk. Kalam kabut kami semua cari selimut. Tak tahu kenapa siang tadi panas tapi bila malam sejuk dengan angin kuat yang masuk tingkap bilik kami. By the way keadaan katil di bilik ini. Dua di dinding belah kanan dan dua katil disebelah kiri. Ruang agak luas dan selesa untuk kami berempat.

Bila tiba waktu pagi memang best sebab dapat lihat pemandangan sejauh mata memandang.Train ini akan lalu dalam kawasan national park di negara ini. Jika anda bernasib baik maka dapat la tengok pelbagai jenis rusa, seladang atau zebra dalam bilangan yang amat besar sedang berkumpul atau berlari berkelompok.

Akhirnya kami sampai di Bulawayo Train Station..
Perjalanan train akan memakan masa selama 10 jam yang sepatutnyalah tapi kami sampai di Bandar Bulawayo lebih kurang pukul 10.00 pagi keesokan harinya. Ini bermakna lebih 14 jam perjalanan kami dari Vactioria Falls dari magrib semalam.

Agak lama perjalanan tapi syukur waktu malam kami semua tidur dalam keadaan nyenyak. Kranya berbaloi sangatlah dengan jarak perjalanan yang amat jauh melebih 435km untuk sampai ke Bulawayo. Apa pun ramai traveler comment kalau nak dapatkan feel mengembara dengan Africa Experience" kena la naik train ini. Kalau nak lihat teknologi canggih pergilah Europe. Nak tengok nature silalah datang dan explore Africa :D

Friday 14 December 2012

From Bulawayo - Zimbabwe to Francistown - Botswana

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia.


11 November 2011 Jumaat - Perjalanan diteruskan dari Bandar Bulawayo, Zimbabwe ke Francis Town, Botswana. Mengikut kata orang tempatan tak la jauh mana lebih kurang 190 kilometer sahaja. So plan nanti di Botswana akan ziarah classmate yang tinggal di sana. Selain dari tu memang tak ada plan lain. Kebiasaan bila last destination ni memang ideal dah tak ada sangat sebab bajet pun dah nak habis hahaa..
 
Tenaga nuclear banyak digunakan di Afrika untuk kegunaan elektrik.
Aku rasa inilah dia sebab tengok dalam movie banyak hahaha :D
Kami singgah Solat Jumaat di salah satu masjid besar di Bulawayo sebelum mencari bas untuk ke Francis Town. Selepas habis solat jumaat ada beberapa ahli qariyah menegur kami. "Pakcik rasa kamu bukan orang sini.. buat apa kat tengah-tengah afrika ni.?" Aku jawap "Kami student di Duzak saja datang negara ni jalan-jalan di Victoria Fall dan akan berkunjung rumah kawan di Francis Town".

Terjumpa masjid cantik dan comey ini. setelah di bantu orang tempatan..
Alhamdulillah at last dapat solat jumaat juga.
Suddenly pakcik tu tanya bila nak pi Francis Town? Aku pun kata la lepas solat jumaat ni. Dia tanya dah makan. Dalam hati aku "Yes, Nak belanja makan la ni" hahaa.. Memang betul pun. Inilah nama nya Rezeki. Dapat seorang satu buger Chicken Tikka, Chips dengan Steak. Alhamdulillah kenyang tak terkata :P

Dapat makan buger chicken tikka, chips dengan steak free Alhamdulillah :D 
Alhamdulillah rezeki sangat bila ditemukan dengan pakcik baik hati ni. Selepas belanja kami then dia bawa kami makan di rumah. Pakcik tu kata boleh la kamu makan dengan selesa sedikit dan boleh la nak fresh up mandi apa semua di rumah. Dia ada 3 orang anak lelaki ada diantara anak pakcik ni yang sedang menghafal Quran.

Lepas makan dan fresh up kami di bawa ke highway yang menuju terus ke Bostwana. Dia kata tak payah pergi station bus sebab sini satu-satunya jalan yang menghubungkan antara Bulawayo dengan Francis Town. 

Pakcik ni bagi option pada kami. Nak naik naik bas boleh atau naik Combi (mini bas) atau nak naik kereta private. Sebab kebanyakan orang yang nak ke Botswana ni drive seorang diri sahaja. So kalau kamu tumpang private car ini just bayar tips sikit yang mana lebih murah dari tiket bas dan lebih cepat di border nanti.

Perjalanan sejauh 193 km untuk sampai di Francis Town dari Bulawayo.
Bila dia amik tumpangkan orang nak cross border dari Zimbabwe ke Botswana. Tak la boring and at least dapat cover sedikit sebanyak duit petrol dia. And paling utama diorang charge lagi murah dari Combi. Other benefit bila naik private vehicle ialah nanti di border tak perlu nak tunggu lama sangat dengan kastam nak check barang la dan nak kene tunggu line panjang untuk stamp passport dengan immigration.

Di hadapan pejabat immigration Zimbabwe.
Dari Zimbabwe akan melalui Plumtree Border Post dan Botswana Ramokgwebana Border Post.
Kami spend tak sampai 20 minit untuk stamp passport dengan immigration Zimbabwe dan Botswana. Yang bestnya pegawai immigration Botswana agak terkejut dengan kehadiran orang Malaysia yang memegang passport merah datang ke negara mereka. Tanpa banyak bertanya pegawai tersebut memberi kami tempoh selama 90 hari untuk stay di Botswana.

Tak macam pegawai Zimbabwe minta pelbagai document. Sehingga nak check card bank kami betul atau tidak. But maybe the worse border immigration bagi aku adalah pihak border Zimbabwe. aku bagi rate 0/10 hahaa. Memang teruk macam cibai :P oppsss sorry but that how their are. Nak keluar memang tak ada masalah but nak enter Zimbabwe by border memang teruk.

On the way to Francis Town.
Satu-satunya Mall di Francis Town.
Kami    naik sebuah pick up dia charge seorang 50 Pula - mata wang Botswana iailah PULA. Yang bersamaan RM19.46. Sebelum asar kami dah sampai Francis Town, Botswana. Abang kawan aku iaitu Maulana Farrouk ambil kami di Mall berdekatan.. actually Maulana Farrouk ni senior aku dulu di Duzak.. by the way memang ada satu Mall je kat sini hahaha.. Francis Town ni adalah second largest city di Botswana.. but population seluruh negara 2.098 juta sahaja so kat bandar ni tak sampai 120.000 orang pun.. kiraan pada tahun 2011.. Ibu negara Botswana ialah Gaborone population 250.000 orang.. jarak dari Francis Town 400 kilometer ke arah selatan.. 

Yang best nya pasal negara Botswana ni.. ialah tak seteruk Zimbabwe.. jalan dari Bulawayo ke border memang teruk.. dengan lubang2 la.. so bila lepas dari border masuk Botswana memang rasa lain sangat.. even negara bersebelahan.. jalan dari border ke Francis Town memang cantik dua line setiap arah.. baru lak tu.. dan boleh nampak lebih teratur segala aspek.. dan juga bersih.. but tempat lain tak tahu la.. mungkin Francis Town je kot yang cantik.. ;D

Thursday 13 December 2012

Suasana Raya Di Perantauan, Stockholm, Sweden

Berbuka puasa hari terakhir Ramadhan 1432H
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia..

29 Ogos 2011 - Isnin.. Seawal pagi kami bersahur untuk kali terakhir pada ramadhan tahun ni.. Aisyah, Amar, Adam dan Arif semua ke sekolah seperti biasa seperti tiada bau Raya untuk esok..

Dalam pukul 12:00 pm aku bergerak keluar  rumah untuk ke sekolah anak2 Auntie Shal.. sebab nak  hantar surat permohonan cuti untuk esok dan lusa  sempena  Hari Raya Aidil Fitri..

Auntie Shal bagitau kasi pada kerani je.. tapi aku tak sengaja pergi jumpa principal untuk serahkan surat permohonan cuti ni.. In the same time try minta bawa balik budak2 nie awal.. tapi pricipal tak kasi hahaha.. terpaksa tunggu sampai 3.30 petang baru balik sekolah.. Dekat pukul 4.00 ptg kami dah sampai rumah.. dan terus tolong masak2.. Aku macam biasa la.. buat  pizza, masak  mihun  goreng dengan cinnamon biscuit..

Berehat sambil berborak2 selepas berbuka puasa
Warga Malaysia Menyambut Hari Raya AidilFitri
di kedutaan Besar Malaysia Stockholm 
Abang Azwar membaca Khutbah
Jemaah khusuyk bertakbir sebelum solat raya

Sejam sebelum berbuka puasa keadaan di rumah Uncle Azizul semakin riuh rendah dengan kehadiran ramai warga Malaysia dalam majlis berbuka puasa yang terakhir pada tahun ni.. Bak kata auntie shal "if esok puasa maka  malam ni  kita buat solat terawih.. kalau  raya  main bunga api  la  hehehee.."

Dan Kedutaan Malaysia pun dah menjemput jika esok raya maka datanglah beramai2 ke kedutaan.. Ada solat raya dan rumah terbukaakan diadakan selepas solat raya.. Masing2 boleh bawa makanan raya yang mereka terasa nak dihidangkan pada rumah terbuka esok (port luck)..

So aku dengan Auntie Shal  masak rendang  ayam 5 kilo malam tu selepas semua orang balik dan bila dah dapat tahu esok raya hehehee.. aisyah, ammar, adam  and arif semua tolong potong2, masak2.. buat kuih la.. Dan arif pulak suka curi makan adunan kuih raya yang belum di bakar hahahaa.. memang  comel arif  si kecil ni.. baru berumur 5 tahun..

Bersama Pegawai Besar Malaysia
Dari kanan Abang Hadi, Abang Shahrin dan Abang Azwar 
"Encik Noor, rendang ayam yang sedap kat
hujung tu saya yang masak"
  
kanak2 di dahulu kan.. kekenyangan di utama kan hahaha..
Makan sambil berborak sesama pegawai kerajaan dan student's
Kanak-kanak riang bergembira di pagi raya 
group remaja farah, Faiz dan nurul
Kanak-kanak memulakan acara makan :p
Dalam keriuahan saat-saat untuk beraya.. Actually aku tengah  risau tak ada  baju  melayu  untuk  beraya.. sebab baju raya aku ada pada junior budak sweden.. Belajar sekali di Johannesburg.. dari aku datang sampai la nak raya  ni tak jumpa dia..

Passing kat dia sebab aku nak travel dulu sebelum datang berterawih di sweden.. so aku pass kat dia few of my things.. so Auntie Shal notice aku tak ada baju raya.. then Uncle Azizul bagi aku pinjam baju melayu dia.. Nasib baik Uncle ada banyak baju melayu hehee.. Maka ini adalah my first time aku pakai baju melayu johor hahaha.. siap dengan songkok uncle kasi aku.. alhamdulillah la cukup satu set..

Siap sedia menyerang rumah untuk beraya
Arif tertido keletihan.. comel je hahahaha..
Rombongan berhari raya hehehe.. :D
Ujian melanda satu kereta konvoi raya tak boleh start
Bersama umat islam berbangsa lain meraikan hari raya di rumah Abang Shahrin..
Students lain dari Pakistan dan Ghana.
Menyambut Hari  Raya
Di Kedutaan Malaysia Stockholm, Sweden
Bersama pelajar2  Malaysia Master dan Phd di Sweden
from left Abang Rumaizi, Abang Shabibur Rahman dan Abang Hadi

30 Ogos 2011 - Selasa.. Keesokan pagi pun riuh rendah sebab auntie and uncle sibuk menyiapkan anak2 mereka untuk solat raya di kedutaan.. bila on the way pulak jalan jam.. maklum la orang islam je yang bercuti.. org lain semua berkerja macam biasa.. then dapat pulak call dari abang azwar (imam dan khatib untuk solat raya).. dia pun sangkut dalam jam.. dan minta aku baca khutbah kalau dia lambat.. errrkkkk..!!!! biar betul hehehee... dah la aku tak standby pape.. bagitau awal2 tak apa lah juga.. :P

Alhamdulillah bila sampai Kedutaan Malaysia, Abang Azwar pun dah sampai so tak ada peluang la aku nak baca khutabah raya (hahahaa..).. majlis takbir beramai2.. kemudian solat raya.. dan terus majlis makan2 di kedutaan.. setiap orang bawa something.. rendang ayam & daging, kuah kacang, nasi impit, ikan bakar pun ada.. Sini ramai rakyat Malaysia yang belajar ataupun yang menetap.. habis je majlis di Kedutaan Malaysia kami pergi beraya rumah ke rumah orang malaysia  so dalam hari ni sempat la pi beraya lebih 6 rumah orang Malaysia..  :D

Saturday 8 December 2012

Ericsson Globe - Royal National Park - Gamla Stan

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Sebulan berpuasa di Bulan Ramadhan pada tahun 2011 bukanlah satu perkara yang patut anda lakukan sebab anda akan berpuasa pada waktu summer.. so tak lama mana kan.. just kene tahan puasa 19 jam jer.. sahur pukul 02:00 pagi.. dan berbuka pada pukul 21:30 mlm.. 

Lepas sahur solat subuh anda boleh tido semula untuk 3 atau 4 jam sebelum ke sekolah atau ke pejabat.. kalau di Malaysia pukul 6 petang orang hampir siap memasak untuk juadah berbuka.. kalau di sini.. baru mula mngupas bawang nak masak hehehee.. so di sebabkan waktu berpuasa yang sangat panjang maka sempatlah aku pergi round2 Bandar Stockholm ni.

1. Ericsson Globe


Turun dekat Station ni untuk ke Ericsson Globe

Wednesday 14 November 2012

Kota London, England The Great Britain 2011

Thanks Shukri jadi tour guide :D 
at Tower Bridge

Bersama Doktor pakar Muhammad Asyraf
28 Julai 2011.. Perjalanan dari Paris ke London mengambil masa lebih 8 jam.. harga tiket Bas Eurolines dari Paris ke London sebanyak 43 Euro.. bas menggunakan laluan terowong bawah laut dari France ke England.. Sampai di Kota London sahabat ku Mohd Shukri (shuk) dah tunggu aku kat bas stop.. actually aku tak kenal pun sape shuk ni.. that day first time kami jumpa dan jadi kawan.. memang shuk seorang hamba Allah yang baik sangat.. walau shuk tak kenal aku tapi selambe jer tolong aku macam dah kenal lama.. lagi best ialah Shuk bagi stay kat apartment dia kat East London..

Sampai di rumah Shuk.. aku di perkenalkan dengan Muhammad Asyraf (acap) dengan Fatul.. Housemate Shuk.. actually diorang semua tengah cuti sekarang ni.. dan acap baru jer grad jadi seorang doktor.. Fatul pulak tengah sibuk kemas barang nak ikut rombongan sukarelawan dari England ke Kenya.. seorang lagi housemate shuk dah balik malaysia.. memang tak sempat nak jumpa..


London Muslim Centre @ East London
Tower of London
The Monument Greet Fire of London 
Menaiki 313 anak tangga monument
Pemandangan dari atas Monument Greet of Fire
Mesin tembak ikan paus hahaha..
The East London Mosque 
Acam gaya kene tiru hahahaa..

Dan Acap balik malaysia for good 2 hari kemuadian.. so in the end tinggal aku dengan shuk je.. sempat la shuk bawa aku jalan2 kat area Central London.. untuk lihat dan buat apa yang patut.. Shuk kata nanti bila bulan puasa dia dah start keje part time.. so tak ada masa lak nak bawa jenjalan..


Statue Perkerja Buruh yang
membangunkan Bandar London

29 Julai 2011.. Hari ni Acap masak nasi daging untuk lunch.. perghh memang sedap sehingga menjilat jari.. keesokan pagi tu pulak Fatul masak nasi lemak untuk breakfast.. makin segan aku duduk rumah nie hehee...  asyik makan sedap2 jer.. walau Fatul akan bertolak ke Kenya hari ni.. sempat jugak masak nasi lemak untuk breakfast.. thanks fatul.. :D

So hari jumaat kami solat jumaat di London Muslim Centre Masjid.. jalan kaki je dari rumah Shuk.. Bak kata acap kenapa diorang sewa apartment kat sini sebab nya semua dekat.. masjid, pasaraya, kedai2, restoran halal, dan yang paling penting ialah hospital memang dekat sangat.. if something happen hospital dekat je la.. itu kata mereka.. so memang siren ambulan memang 24 jam dengar.. seronok lak hahaa...

So lepas kitorang solat jumaat shuk bawa aku round2 Kota London.. dari rumah dia jalan kaki jer pi masjid then jalan kaki lagi.. dah sampai Tower of London.. ianya sebuah istana lama.. dan.. nak info lagi pi baca wikipedia hahaha..

Museum Kapal Perang in front City Hall.
 at City Hall
Awat lama sangat nak menentas..
@ City Hall
Jom beli Souvenirs :D
Murah Fridge Magnet 5 for 5 pound..
T-shirt 3 pound..
Hantu yang berkeliaran di London

Then pi naik The Monument Greet Fire of London tak jauh berjalan dari Tower of  London.. dapat sijil tu yang best sket tapi tinggi tu not bad la 313 anak tangga hahahaa... then lepas tu menapak jauh gak ntah sampai mana2 ntah tapi yang pasti dah nak sampai Eyes on London :P..

Sempat la beli souvenir kat kedai tepi jalan.. nak kata murah tu boleh la sebab murah sket dari bandar2 europe yang lain macam paris, brussels dan amsterdam.. 5 fridge magnet 5 pound... 10 poskad 1 pound.. 1 tshirt 4-6 pound..

St. Paul's Cathedral
"Welcome To The City Of  London"

Tinggal aku dengan Shuk je.. Acap dan Fatul dah tak ada.. keesokan hari datang lagi seorang tetamu pelajar Malaysia dari Mesir Ustaz Mohd Azrin.. memang berkat sungguh rumah nie.. ramai tetamu rezeki pun memang melimpah ruah pada penghuninya.. actually shuk bagitau aku.. memang kebiasaan ahli family tau student datang tumpang rumah student Malaysia kat UK ni..

Ikan Salmon masak asam pedas..  Terbaik  :D
Sayur goreng campur..
Ayam goreng madu berempah
Last sekali Ikan Trout goreng berkuah sambal

Bila start bulan puasa shuk dah start kerja part time so aku dengan ustaz mohd azrin plan nak masak sedap2 untuk shuk waktu berbuka nanti.. kitorang pun pergi la membeli belah kat sekitar pasar East London cari barang2 untuk di masak.. 

Ayam sekor 2 Pound.. kepala ikan salmon 1 pound dapat dua.. besar lak tu dekat sekilo.. ikan trout 4 ekor 2 pound sekilo lebih gak la.. beli2 sayur dengan barang2 lain.. tak sampai pun 10 pound kot.. mungkin mahal juga but kitorang nak masak sekali ni je so tak apa la :P

Pintu masuk Masjidul Huda
Suasana selepas solat terawih di Masjid Al-Huda
Bergambar jap on the way balik  dari tarawih

Malam kalau awal kami akan ke East London Mosque untuk bersolat taraweh.. kalau tak sempat.. agak2 macam dah lewat.. kami pergi yang dekat jer tapi kecik sket la.. Masjid Al-Huda.. bernasib la kalau dapat tempat untuk bersolat.. pengalaman selama 9 hari di Bandar London ini cukup membuatkan aku tersenyum.. especially budi baik pelajar2 Malaysia di sini.. Thanks to all :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...