Tuesday, 10 November 2026

Eksiden Kali Ketiga Tahun Ini

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Musim hujan sekarang ni..

Al-kisah.. Baru balik dari rumah abang di Shah Alam 3 hari lepas.. Ada majlis doa selamat dan aqiqah..

Waktu perjalanan pergi hujan yang sangat lebat dari keluar rumah sehingga sampai di rumah abang.

Kami sekeluarga balik selepas selesai solat maghrib berjemaah. Hujan masih turun tapi tak selebat ketika datang. Sedang memandu di federal highway tiba-tiba jalan jadi licin dan kereta meluncur laju ke hadapan.

Demi mengelak berlanggar dengan kereta di depan. Aku decide langgar divider di sebelah kanan. 

Alhamdulillah selamat dari kejadian langgar berantai. Hanya kereta di depan aku sahaja yang dilanggar sedikit sebelah kanan belakang..

Kereta aku? Sebelah kanan berseret dengan divider maka dari depan sampai belakang hurmm sedih melihatnya..

No comments:

Post a Comment