Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia
Sambungan Dari Australia Perth Part 5 : The Pinnacles Desert At Nambung National Park
Seawal pagi sebelum matahari terbit kami dah pun bergerak memandu kereta menuju keluar dari Bandar Perth untuk ke Lancelin dan kemudian terus ke Nambung National Park. Kalau ikut planning yang telah dirancang selepas Pinnacles nak menuju ke satu lagi destinasi yang menarik dan rare iaitu Hutt Lagoon Pink Lake.
 |
| Hutt Lagoon Pink Lake at Western Australia. |
Tapi.. Untuk ke Hutt Lagoon Pink Lake dari Nambung National Park adalah sejauh 373km dengan perjalanan yang akan memakan masa 4 hingga 5 jam. Ditambah pula dengan pemanduan yang tak boleh nak speed lebih sikit. So kami discuss sebelum keluar dari national park. Tak pergi rasa rugi. Nak pergi terasa jauh yang amat. Tapi klau tak pergi sekarang bila lagi nak pergi kan.
 |
| Cantik kan kalau dapat bergambar macam ni :D |
Maka kami decide untuk teruskan perjalanan ke Pink Lake. Dan first driver selepas "lat tali lat" adalah Kak Ngah. Mungkin disebabkan kami semua penat kerana keluar seawal pagi tadi maka nak dijadikan cerita kami semua terlelap sebelum kereta keluar dari exit national park melainkan Kak Ngah yang memandu.
Lebih kurang 30 minit Kak Ngah drive kereta aku terjaga dan perasan macam salah jer kereta ini menghala selepas melihat pada screen GPS. Pink Lake should be naik lagi ke atas iaitu arah utara tapi kereta macam dah menurun ke bawah arah selatan macam nak balik ke Perth City. Terus aku tegur Kak Ngah "Betul ke jalan ni Kak Ngah?". Sambil aku kejut Abang Wan.
 |
| Welcome to Caversham Wildlife Park. |
Disebabkan macam salah jalan semua terjaga. Abang Wan terus cakap "Tak ada rezeki la tu.. Hala balik ke Perth pun hala jer la.. Buat rileks sudah" sambil muka dia yang nak sambung tidur tanpa ada apa-apa perasaan. Dan masa ni wife aku take over tempat memandu sebab Kak Ngah macam dah rasa bersalah. Nak patah balik memang tak la, jauh tu nak pergi. Kita redha ajer. And life carry on :D
 |
| Masuk-masuk kami terus ke tempat pertunjukan membuang bulu kambing biri-biri. |
 |
| Sesi membuang bulu kambing biri-biri dengan cara yang betul. |
 |
| Bila potong dengan betul ia akan akan menjadi seperti ini.Boleh buat selimut tau :D |
So sebab kami dah menghala semula ke Perth aku cuba cari any other attraction yang kami boleh buat atau singgah sebelum sampai ke Bandar Perth. Search bagai jumpalah kami satu destinasi yang menarik iaitu Caversham Wildlife Park. Sebab kat sini adalah salah satu tempat yang mana kita boleh tengok dan bermain dengan Kangaroo dan Kooala. Dua haiwan rasmi bagi Australia.
 |
| Kanak-kanak diberi merasai peluang memberi susu kepada anak kambing biri-biri. |
 |
| Pengunjung diberi peluang untuk merasai pengalaman memerah susu lembu. |
Jarak antara Nambung National Park ke Caversham Wildlife Park adalah sejauh 191km dengan kadar pemanduan yang memakan masa melebihi 2 jam. Dan dari Perth City Centre ke Caversham Wildlife Park adalah lebih kurang 35km sekitar 40 minit pemanduan. So terus set GPS menghala ke Caversham Wildlife Park. Apa pun kami kena cepat sampai sebab last entry adalah pada pukul 3.30 petang.
 |
| Hatchery.. Segala jenis telur ada di sini. |
 |
| Tak ada seekor ayam puun yang sama macam di Malaysia. |
 |
| Itik, Arnah dan ayam. Kita boleh bermain dengan semua yang ada di dalam ini. |
Dibuka setiap hari dari pukul 9.30 pagi sehingga 4.30 petang sepanjang tahun kecuali tutup pada Sambutan Hari Christmas. Masa yang diperlukan adalah lebih kurang 3jam untuk menerokai ke seluruh kawasan park dan menonton beberapa pertunjukan yang disediakan. Yang lebih menarik adalah entrance fee yang dibayar adalah termasuk untuk semua aktiviti yang disediakan di dalam park.
 |
| Lupa dah apa nama binatang ni. Nanti aku update semula. |
 |
| Musang bukan.. Kucing pun bukan.. |
By the way satu info yang menarik adalah Caversham Wildlife Park ini dimiliki sepenuhnya oleh sebuah keluarga dari Western Australia semenjak 1988 dan tiada fund dari kerajaan langsung dan segala entrance fee adalah hasil mereka semata-mata. Entrance Fee for Adult adalah AUD34.00 dan Kids AUD15.00 (3-14 years). Below 3 years old is free. Entrance fee untuk senior citizen dan student adalah AUD25.00. Starting 29 July 2024 Adult fee will be AUD35.00.
 |
| Kita yang excited nak jumpa dia. Dia muka monyok jer hahahah :D |
 |
| Yeayy akhirnya dapat bergambar dengan Koala.. Geyammmm :D |
 |
| Keseluruhan peta Caversham Wildlife Park. |
Terdapat 3 entrance masuk ke park iaitu pertama di Drumpellier Drive (Eastern Entrance) - Enter through the roundabout at Youle Dean Road. Entrance kedua di Beechboro Road North (Western Entrance). Dan yang ketiga adalah entrance di Dulwich Street (Southern Entrance) - This entrance is accessed from Marshall Road. Once you have entered Whiteman Park, follow signage to The Village.
Dan yang menarik lagi adalah parking kereta di dalam Caversham Park ini adalah percuma bukan macam Zoo Negara. Entrance mahal nak parking kereta pun mahal hahaha. Dan parking paling dekat dengan entrance adalah parking area 8. Dan Anda juga boleh menaiki Public Bus yang Nombor 955. Bertolak dari Morley Station dan Bassendean Station ke Ellabrook. Dan kemudian turun di Whiteman Park Entrance berdekatan Drumpellier Drive.
 |
| Atiyya paling suka denagn Kangaroo. Mula-mula takut jugak kalau kena back kick. Tapi lama-lama tengok macam selamat jer. Kesian kangaroo tu kena peluk kena kejar dengan Atiyya. |
 |
Baru tahu ada Kangaroo Albino. Berwarna putih.. Tapi suka lagi yang brown sebab putih ni macam sakit jer hahaha.. |
 |
Okla lepas seketika baru rasa Kangaroo ni jinak. Sebab selalu dengar jangan dekat sebab nanti kena kick dengan Kangaroo hahaha :D |
Part paling best di sini mestilah part dapat bermain dengan Kangaroo. Ada satu area ni kita dibenarkan masuk ke dalam satu kawasan Kangaroo berkeliaran. Dan kita boleh membuat apa sahaja aktiviti bersama kangaroo tapi tak boleh la sampai mencederakan atau sesuatu yang boleh membahayakan kangaroo tu.
Dan kat dalam ni memang ada Kangaroo sahaja. Dan apa yang aku perasan hanya terdapat kangaroo yang bersaiz kanak-kanak sahaja. sebeb saiz semua kecil dan comel sahaja. Kalau ada Kangaroo yang dewasa aku rasa macam tak selamat sangat kot. Selalu dengar atau tengok dalam cerita Kangaroo boleh tendang dan tumbuk orang hahaha :P