Pagi-pagi subuh dah hujan lebat hari ini.
Makin malas nak bangun bersiap apatah lagi anak-anak pun macam tak bergerak bangun hahaa..
Alhamdulillah hujan berhenti waktu nak hantar anak-anak ke sekolah.
Lepas hantar anak macam biasalah mencari port nak breakfast. Sebab wife sejak tak berapa sihat ni memang kena makan setiap pagi tak boleh lewat apatah lagi skip breakfast. Dan kalau lepas hujan mencari tempat breakfast indoor lah kita.
![]() |
![]() |
Rich Kopitiam milik seorang dato melayu dan mempunyai status halal dari JAKIM. Maka tidak lah ragu-ragu nak makan di sini. Sebab mostly kedai Kopitiam ni milik non muslim.
Dari segi harga tidaklah begitu mahal dan tidaklah juga murah. Just nice dengan harga sebuah kopitiam indoor di tengah bandar. Harga makanan yang tertera dalam menu tidak termasuk cukai 10% dan 6%.
![]() |
| Roti Steam Butter & Kaya RM5.90. |
![]() |
| Curry Mee RM19.90 - Boleh pilih nak Laksa atau Meehun. |
![]() |
| Ipoh Curry Hor Fun With Taupok & Fucuk RM14.90. |
Wife pilih mee kari dan bagi aku sedap cuma mee kari di Secret Recipe lagi kick sebab dia bagi sekali sambal dalam mangkuk kecik tu. Siapa setuju? Hihihii.. 😁
Si tonet kecik pilih nasi lemak telur mata. Rasa pun not bad boleh la kalau nak repeat lagi dan harga pun di bawak RM10.00 sepinggan. Belum sempat amik gambar tonet dah cucuk nasi dengan sudu 🤦🏻.
![]() |
Antara beberapa menu utama di sini dan agak variety juga makanan yang ada di sini termasuk chicken chop. Beralamat di 13, Jln Mamanda 7/1, Taman Dato Ahmad Razali, 68000 Ampang, Selangor Darul Ehsan.
Dibuka setiap hari dari jam 8.00 pagi sehingga 10.00 malam. Dan kalau datang awal pagi pun most of the food is available and ready to be serve. Tak perlu tunggu selepas tengah hari baru ada heavy food.








Oh? Dia bukan pecahan Papa rich tu ke?
ReplyDeleteAlamak tak tahu pula that part.. nanti saya siasat dah update hihii.. :D
DeleteMemang terbaik port breakfast macam ni! Kopi kopitiam dengan menu-menu klasik dia memang tak pernah mengecewakan untuk penambah tenaga pagi hari. Perkongsian gambar & ulasan yang sangat menarik!
ReplyDeleteKadang-kadang mmg mencari port indoor nak tenang-tenang layan menu menu klasik kan.. Makanan baik kita bagi ulasan yang baik.. mana yg tidak tu tidak lah hihii :D
DeletePernah tengok menu Mee Siam tapi tak pernah makan, macamana ya rasanya.
ReplyDeleteMee Siam... hurmm rasa okay sahaja.. tak lari jauh dari tekak yang biasa makan segala macam mee ni hihiii :D
DeleteNasi lemak tu, dengan telur mata atau telur setengah masak? Agak rare jugak bila diberi telur setengah masak.
ReplyDeleteAgak rare tapi bagi saya sedap.. telur separuh masak degn telur kuning mengalis tu favorite hihiii :D
DeleteExcellent write-up! This Product Review Blog provides clear and trustworthy reviews. Keep sharing such helpful content.
ReplyDeleteThank you :D
Deleterich kopitiam ni...confused plak saya..sama mcm paparich ker? bukan richiamo kan sbb lain sikit perkataan tu wpun all 3 ada perkataan rich
ReplyDeleteAah nampak macam lebih kurang sama dengan Paparich.. ada few menu tambahan yg tiada di Paparich.. dan harga murah sikit la dari paparich gitu..
Deletemakanan kat kopitiam selalunya sedap! haritu pernah makan ipoh hur fun kat oriental kopi, tak sangka sedap pulak. tengok gambar hor fun kat rich kopitiam ni nampak sedpa gakk
ReplyDeleteItulah kebiasaannya mmg sedapkan.. jaran la tak sedap huhuu.. so far dah dua kali try Hor Fun dlm minggu ni.. dah jadi kesukaan pulak lately 😁
DeleteTadi pas baca yg rambutan dipesan istri, saya pikir istri Abang tengah pregnant, sebab macam mengidam nak rambutan 😅😅. Tapi kalau sedang tak sehat, semoga kondisinya membaik yaaa ☺️.
ReplyDeleteKopitiam begini suka Krn biasanya kopi sedap. Blm coba lagi yg rich ini.
Curry mee SR lebih sedap? Ok, saya nak coba nanti yg SR punya. Dulu saat SR masih ada di jakarta, saya sering makan di sana. Tp pas pandemi tutup semua cabang dia.
Jadi kalau rindu kulinernya, memang hrs DTG ke KL
Isteri pandai pandai order rambutan jauh sampai di sana.. nasib la manis cuma rasanya tak samai 2 kilo.. tapi tak apalah halal aja lah..lkan kalau udah mengidam biarkan aja lah...
DeleteBiasa kalau kopitiam begini mmg kopi nya pekat dan berat gitu huhu.. Ya curry mee di SR lebih sedap kerna kuah nya yg creamy dan rich with flavor hihihii.. Next time dtg sy belanja makan SR ya ..
Ingatkan kopitiam PapaRich.. biasa menu kopitiam cam tu lah kan.. banyak pilihan dan sedap.
ReplyDeleteMemang sekali pandang nampak mcm paparich tapi bukan tapi mcm seolah-olah gitulah hihii... alhamdulillah banyak pilihan makanan di sini..
DeleteMacam Paparich je ya....sebab ada rich juga ni.
ReplyDeleteYes sekali pandang mmg akan ter assume itu adalah papa rich..
DeleteRoti butter kaya tu macam penah makan kat noodle boat dulu. Roti sangkaya ke apa nama dia. Allah, sedapp betull..
ReplyDeleteRoti kalau lembut dan kaya nya pun lembut jer.. mesti sedappp.. Noodle boat tak pernah masuk lagi...
Deletelama tak makan kedai camni sbb husband tak bagi huhu
ReplyDeleteUisshhh kenapa tak bagi.. nak tahu juga asbab nya hihii..
Delete