Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia
Nampak elok keadaan sepanjang minggu ini.. Agak tenang jika dibandingkan dengan keadaan di minggu lepas yang banyak terkejar sana sini. Menguruskan anak-anak dan urusan kerja.
Syukur semua anak anak sihat dan dapat bersekolah dari Isnin sampai hari ini.
Pagi isnin syukur dapat breakfast berdua dengan wife selepas selesai hantar semua anak-anak ke sekolah.
![]() |
| Ice Americano with English Tea. |
![]() |
| Salmon Sandwich with Half Boil Egg RM33.00 (Free Ice Americano). |
![]() |
| Wife macam biasa pilih English Breakfast dapat free English Tea. |
Namun kecerian kami berdua bersarapan bersama tidak kekal lama. On the way balik ke rumah kereta kami dilanggar oleh sebuah lori dari arah kanan. Syukur sempat mengelak ke kiri sehingga naik ke atas divider. Side mirror pecah melambung dan dari pintu belakang sampai lampu depan digeselnya. Ujian di awal pagi isnin π
.
![]() |
| Baru selesai breakfast berdua kena hentam dengan lori on the way balik. |
But syukur pemandu lori mengaku salah dan katanya dia tak nampak ada kereta di sebelah kiri. Kami buat report polis 30 minit sebab nak kena uruskan pertukaran sekolah anak anak tengah hari tu. Call agent insurance itu ini, minggu depan kereta masuk bengkel. Bertabah la kereta tak sampai 2 tahun setengah lagi π
.
![]() |
| Buat kerja kebajikan di bawah PIBG sekolah agama anak. |
![]() |
| Okay done susun order t shirt sukan pelajar ikut setiap kelas. |
Alhamdulillah baju sukan sekolah juga siap minggu ni. Tahun ini pertama kali dilantik jadi AJK PIBG sekolah agama anak. Maka sibuk sikit lah membantu mana yang boleh. First batch 241 helai baju selamat diserahkan pada murid-murid sekolah. Insyallah second batch hujung bulan ni.
![]() |
| Tak ada rezeki nak jejakkan kaki ke Manaman, Bahrain tahun ini. |
![]() |
| Tengah tengok mana destinasi lain yang boleh ditukar dengan nilai yang sama. |
Dapat pula email dan whatsapp dari AirAsia - Pemberitahuan flight ticket Kuala Lumpur - Bahrain bulan 10 ini dibatalkan disebabkan conflict yang tidak berkesudahan di timur tengah. Baiklah kita stay at home tenang-tenang if tak ada promo tiket lain π
. Harga promo tak sampai RM600.00 return sayang nya huhu.. Btw my birthday was few days ago. π







