Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia
Selesai solat zohor di Blue Mosque kami berjalan ke arah Hagia Sophia Mosque dan juga partially sebuah muzium. Untuk ruangan solat di tingkat bawah hanya kepada orang islam sahaja yang dibenarkan masuk dan ia adalah percuma. Untuk sebahagian besar ruang di Hagia Sophia ini adalah muzium dan dikenakan bayaran €25.00 atau ₺1,300.00 per person.
 |
| Hagia Sophia Grand Mosque juga disebut Ayasofya oleh orang tempatan. |
Kanak-kanak dibawah umur 8 tahun masuk adalah percuma dengan syarat mesti hadir bersama seorang penjaga dewasa. Dan mestilah menunjukan bukti sama ada passport atau ID card. Jika membeli package ticket entrance untuk beberapa attraction di sini maka ia lebih murah dari membeli single entry ticket. Kebiasaanya ia boleh didapati secara online.
 |
| Kak D dan Ust Syakirin nak makan jagung panas dan chestnut. |
 |
| Aku pun dibelanja sekali hihi.. Katanya terima kasih jadi tour guide 😅. |
Terdapat ramai warga tempatan yang berniaga Chestnut dan Jagung Bakar di sekitar area Blue Mosque dan Hagia Sophia. Kalau tanya aku maka cuba lah at least sekali Chestnut Bakar tu especially jika datang di waktu sejuk. Dua kali jejakan kaki ke Istanbul mesti layan Chetsnut dan Jagung Bakar di sini. Mungkin suasana berbeza maka rasa pun berbeza.
 |
| Sultan Ahmet Tomb dengan Blue Mosque berada di dalam satu kawasan yang sama. |
 |
| Ni penjual aiskrim yang tipu Lisa Surihani dalam Istanbul Aku Datang tu. |
Terdapat juga beberapa buah kedai-kedai yang menjual souvenir di sini dan macam biasa bila ia berada di tengah-tengah kawasan tarikan pelancong maka harganya pun tidaklah begitu marhain hihii. Tapi kalau terdesak contoh kita datang on transit by Turkish Airlines hanya beberapa jam maka boleh la grab souvenir di sini.
 |
| The Tomb of Sultan Ahmet I dibina pada 1619M setahun lebih selepas Blue Mosque. |
 |
| Beberapa ahli keluarga Sultan atau Khalifah Ottomaniyah juga berada di sini. |
Dan di sini juga terletaknya maqam beberapa Khalifah Ottomaniyah yang terutamanya Sultan Ahmet I dan isteri beliau Kosem Sultan - Died from assassination in 1651. Sultan Osman II (1618-1622) & Sultan Murad IV (1623-1640). Prince Beyazıt putera kedua kepada Sultan Ahmet yang dibunuh oleh darah daging beliau sendiri ketika berumur 22 tahun.
 |
| Kosem Sultan iaitu isteri kepada Sultan Ahmet I juga berada di sini. |
 |
| Putera Beyazıt anak Sultan Ahmet yang meninggal ketika berumur 22 tahun. |
Selain itu terdapat beberapa lagi ahli keluarga Kesultanan Ottomaniyah yang dikebumikan di sini. Kepada yang beragama islam silalah masuk dan sedekahkan bacaan Al-Fatihah kepada para Khalifah yang dikebumikan di sini. Janganlah terasa malas hanya disebabkan nak masuk ke The Tomb of Sultan Ahmet I ini kena buka kasut.
 |
| Sultan Osman II (1618-1622) & Sultan Murad IV (1623-1640) juga berada di sini. |
 |
| Walau dibina pada 450 tahun yang dahulu. Kecantikanya masih kekal sehingga hari ini. |
Sultan Ahmet I mangkat pada usia 27 tahun ketika Blue Mosque baru sahaja siap dibina. Oleh itu pembinaan maqam beliau diteruskan bersebelahan masjid dan siap pada 1619M. Sebab itu nama lain bagi Blue Mosque adalah Sultanahmet Camii.
 |
| Pandangan dari sisi bangunan The Tomb of Sultan Ahmet I. |
Hagia Sophia terletak bertentangan dengan Blue Mosque dan ia dibina jauh lebih awal iaitu pada 537M ketika pemerintahan Byzantine menjadikan ia The Largest Cathedral in the world for more then 1,000 years. Sehinggalah ditawan oleh Ottomaniyah dan ditukar menjadi sebuah masjid pada 1453M. Dan menjadi muzium dari tahun 1935-2020.
 |
| Zaman dahulu ini adalah tempat mandi bagi golongan atasan. |
 |
| Peninggalan tapak Anceint Town yang telah berumur ribuan tahun. |
Apa yang menarik pastilah sejarah dan architecture bangunan itu sendiri yang masih berdiri kukuh setelah lebih 1,500 tahun dibina walau pernah beberapa kali menempuh peperangan dan gempa bumi. Sangatlah menakjubkan bagi setiap mata yang melihat, if ada yang masuk tapi tak terpukau dan tak rasa apa-apa, orang itu pasti bermasalah 😅.
 |
| Cantik kereta peronda polis Turkiye ni. Bukan biasa-biasa huhuu.. |
 |
| Kami melalui Almeder Caddesi Street menuju ke Gulhane Park. |
 |
| Kalau tak nak jalan kaki boleh naik tram dari Sultanahmet ke Gulhane Park. |
 |
| Salah satu bangunan kerajaan yang telah dijadikan muzium. |
Dari Hagia Sophia kami berjalan menurun bukit menuju ke Topkapı Sarayı Müzesi atau Topkapi Palace Museum melalui Almeder Caddesi Main Street sejauh 350 meter. Sebenarnya masa ni aku tersalah jalan sebab hanya perlu berjalan ke arah belakang Hagia Sophia untuk ke Topkapi. Tapi bagus juga sebab berjalan di sini ada banyak attraction lain 😂.
 |
| Pintu masuk ke entrance Gulhane Park - Tiada bayaran dikenakan. |
 |
| Gulhane Park termasuk sebahagian dari Topkapi Palace Museum. |
 |
| Kebesaran komples bersejarah Topkapi Palace seluas 70 hektar. |
Gülhane Park juga adalah sebahagian dari Topkapi Palace. Sewaktu zaman dulu di sini menjadi kawasan Khalifah bersiar-siar di waktu petang dengan pelbagai haiwan peliharaan liar seperti pelbagai jenis Rusa, Unta, Kuda, Zirafah dan Gajah.
Kebanyakan haiwan liar ketika itu adalah pemberian dari para pemerintah dari seluruh dunia. Termasuklah haiwan dari jenis pemangsa seperti Jaguar, Singa, Harimau Belang & Kumbang, Serigala dan Beruang. Dan ia juga menjadi simbolik kekuasaan, hubungan diplomatik dan pengaruh Empire Ottomaniyah dari seluruh dunia pada ketika itu.
 |
| Istana zaman dahulu pasti ada blok pertahanan sebelum masuk ke dalam. |
 |
| Jom mulakan perjalanan explore Gulhane Park ini. |
Topkapi Palace telah didiami lebih dari 30 Khalifah Ottomaniyah dari 1459M sehingglah 1856M yang diakhiri oleh Sultan Abdulmejid I. Dan kemudian Istana Khalifah yang baru berpindah di waterfront yang diberi nama Dolmabahçe Palace.
Pemerintahan paling lama ialah Sultan Süleyman The Magnificent 1520M-1566M yang terkenal dengan kekayaan dan kekuasaan ketenteraan darat dan laut yang kuat dan hebat sehingga menawan banyak kota besar di Eropah seperti Vienna, Budapest, Belgrade dan Malta. Grand Admiral Barbarossa juga berkhidmat di bawah pemerintahan beliau.
 |
| Tahun 2025 adalah sambutan 100 tahun Penubuhan Negara Republic of Turkiye. |
 |
| Kawasan yang sangatlah luas, beberapa kali berhenti ambil nafas kata Kak D. |
 |
| Monument Gulhane Park. |
Kami berjalan lebih dari 1km di Gülhane Park sehingga ke hujung dan semasa di tengah perjalanan aku bertanya dengan Kak D dengan Abg N nak pergi ke Topkapi Palace ke? Mereka terus kata tak nak sebab dah tak larat nak jalan huhu.
 |
| Kami berjaya sampai ke penghujung Gulhane Park dan berjalan ke Sarayburnu Hill. |
 |
| Memorial Monument di Sarayburnu Hill - Rasa macam Mustafa Kemal Atatürk. |
 |
| Pemandangan di Sarayburnu Hill. Menghadap ke arah Taksim. |
Baru aku perasan.. Eh kenapa bawa diorang jalan jauh-jauh. Kak D beberapa kali minta duduk rehat amik nafas katanya. Mulalah aku rasa bersalah tapi Abg N kata "Tak apa lah.. bila lagi nak ada peluang datang sini". Aku pun kata nanti sampai depan tu amik teksi balik hotel. Nasib la cuaca pun sejuk berangin.. Tak la penat dan nak kena hadap panas.
Keluar dari park kami tiba di Sarayburnu Hill dengan keadaan seperti menuruni bukit dan laut terbentang luas di hadapan kami. Dan kelihatan area Taksim di sebalik air laut yang membelah daratan. Terus aku kata kita duduk rehat sini sekejap lepas tu terus balik hotel. Abg N kata pemandangan terlalu indah sampai boleh lupa penat berjalan tadi.
Sedap juga tu pekena jagung bakar kat negara orang.
ReplyDeleteSuasana lain dan cuaca yang sejuk makan jagung pun sedap :D
DeleteTeringin juga ke Turki lagi. Time pergi dulu tak enjoy sangat sebab suami patah sebelah tangan. Kalau makan jagung panas2 time cuaca sejuk memang best la.
ReplyDeleteSaya yang dah sampai dua kali pun teringin nak jejakan lagi kaki ke sana.. ras atak puas dan masih ada banyak lagi yang perlu diterokai.. Aduh patah tgn mmg terhad la sikit pergerakan.. waktu winter makan jagung panas tu mmg layan :D
DeleteSentiasa kagum dengan seni binaan mereka serta betapa kukuhnya binaan zaman dahulu. Kena spend banyak masa baru puas meneroka Istanbul ni.
ReplyDeleteBetul sangat.. bagi yg menghayati seni bina mmg akan rasa kagum apatah lagi ia dibna lebih 400 tahun yang dahulu.. Bagi saya seminggu penuh kalau nak teroka keseluruhan Istanbul.
Deletewalaupun senibina dh berusia 450 thn tp masih cantik mcm baru...sedap tgk jagung bakar tu
ReplyDeleteBinaan yang sangat kukuh walau berumur 450 tahun.. Mmg terpesona melihat nya..
Deletepernah naik turkish airlines dan dpt free half day tour ke istanbul city…siap ada lunch…tp kena pegi shop yg jual brg2 kulit….tp kami tak masuk sbb ada org lain dah masuk…kita buat2 bz duk kat dpn kedai je….
ReplyDeleteBest kan free half day tour tu sebab semuanya free.. Part dapat lunch tu mmg best.. unexpected sungguh huhu.. Mmg buat tak tau jer bab dia berhentikan kat kedai2 tu utk shopping tu.
DeleteNi penjual aiskrim yang tipu Lisa Surihani dalam Istanbul Aku Datang tu.
ReplyDeletealaaaaaa kenapa sy baru teringattttt
adoiiiii
kena pergi lagi nampaknyaaaaaaa
Hahahaa.... Tapi betul ke itu yg tipu Lisa Surihani dalam filem tu.. jeng jeng.. nak tahu kena pergi lgi jawap nya hahahaa.. 😅
Delete2 kali pergi 2 kali juga x singgah makam sultan
ReplyDeletetampak bersih kawasan sekitarnya dan dijaga dengan baik
Kali pertama masuk ke makam sultan ni.. kali kedua tak masuk dah hihii.. mmg bersih dijaga kawasan makam ni..
DeleteMujurlah kan cuaca pun sejuk nak berjalan pun selesa. Jauh lagi ke Gulhane Park & Topkapi Palace tu?
ReplyDeleteOh nak tahu .. Gulhane Park itu adalah sebahagian dari Topkapi Palace.. Dari Entrance Gulhane boleh jalan ke Topkapi tapi agak jauh dan jalan mcm naik bukit gitu.. ☺️👍🏻
DeleteSedap tu makan jagung bakar time sejuk.
ReplyDeleteTerima kasih kongsikan info tentang makam² tu.
Suasana lain makan pun terasa kelainan hihi.. Seronok dan suka dgn sejarah maka kita kongsi di sini utk bacaan bersama ☺️👍🏻
DeletePenah bercita2 nak melawat Blue Mosque dan travel Istanbul sebab movie Lisa Surihani tu. Zaman2 Faa active blog dulu pun sebab Lisa juga, haha.
ReplyDeleteSemoga dipermudahkan urusan untuk menjejakan kaki di Istanbul.. Insyallah pasti akan kagum dengan suasana dan peninggalan sejarah serta makanan mereka yang sangat menarik :D
DeleteMenarik sekali mengikuti sambungan travelog Istanbul ini. Tempat-tempat bersejarah seperti Sultan Ahmet dan Hagia Sophia memang memiliki daya tarikan tersendiri kerana menyimpan begitu banyak kisah daripada pelbagai zaman. Melihat perkongsian gambar dan cerita perjalanan ini membuatkan rasa ingin menjejakkan kaki sendiri ke sana suatu hari nanti. Terima kasih kerana berkongsi pengalaman yang begitu menarik dan penuh informasi. Semoga ada lagi sambungan perjalanan yang lebih menarik selepas ini.
ReplyDeleteAlhamdulillah terima kasih sudi baca travelog Istanbul ini.. Apa yang dikongsi di sini masih lagi belum boleh nak menggambarkan suasana penuh.. moga yg baca boleh dpt gambaran sebelum travel ke sana...
DeleteJika ada rezeki mmg berbaloi untuk berkunjung ke Istanbul.. menyimpan byk sejarah apatah lagi islam yang subur di sini dgn Khalifah Ottomaniyah yang memerintah hampir seribu tahun di sini.. Insyallah ada sambungan nya.. ☺️👌🏻
Uish! Macam tu eh dalam makam tu...? Ada rasa seram tak?
ReplyDeleteAlhamdulillah tak ada rasa seram sikit pun.. syukur dpt masuk dan terasa auranya.. ☺️👍🏻
DeleteChestnut bakar nih fav sayaaaa. Tiap ke Negara2 yg winter, sering ketemu penjual chestnut. Dari jauh dah tercium aromanya.. sukaaaa.
ReplyDeleteTapi saya tak ke makam para sultan2 itu.
Jadi 2100 saya ke Istanbul, waktu itu waktunya limited sangat. Jadi cuma sebentar ke blue mosque.
2023 kesana lagi, blue mosque tutup Krn ada renovasi 😅😅.memang tak rezeki.
Kalau baca sejarahnya, memang banyak yg meninggal muda para sultan ini yaa. Dan akibat dibunuh pula.. keras sangat kehidupan zaman dulu
Topkapi saya masuki waktu itu.. hanya saja Krn tak pakai guide, jadi lihat dan baca sendiri keterangannya. Bisa melihat baju2 yg dipakai Rasulullah, langsung macam terharu . Sayangnya tak boleh difoto.
Sukaaaa jalan kaki di Istanbul ini. Sebab cuaca sejuk, jalanannya pun bagus. Memang tak terasa letih kalau bagi saya
Chesnutt bakar tu sedap tapi harganya kurang sedap tapi dah sampai kan wajib ka try at least sekali selama mana berada di sini.. Betul dari jauh boleh bau aroma nya.. tgh sejuk makan panas2 mmg enak bangat.. Makam sultan dan beberapa ahli keluarga di situ dpt pergi sekali pun dah rasa terharu huhuu..
DeleteAduh tutup pula blue mosque ketika bertandang ke sana.. kalau tak dapat masuk maka tak lengkap la perjalanan ke Istanbul tu huhuu.. Insyallah moga trip akan datang akan lebih bernasib baik.. :D
Zaman dahulu perubutan kuasa itu kadang2 perkara yg selalu terjadi walau dikalangan ahli keluarga sultan sendiri.. yang meninggal waktu muda juga kesian belum sempat nak membuat sesuatu yg besar yg tertulis di dalam sejarah..
DeleteInsyallah jika diizinkan lagi saya mahu masuk ke Topkapi Palace Museum.. Sebab mahu lihat peninggalan Rasulullah yang ada di sana.. Mmg brg2 lama tak dibenarkan diambil gambar.. Dtg pd waktu winter mmg seronok berjalan-jalan di Istanbul.. :D
Perkarangan luar Hagia Sophia Grand Mosque ni, memang tempat lepak masa travel dulu sebab hotel tak jauh. Saja je kadang beli jagung lah dll tu. Sejuk pun tahan je.
ReplyDeleteSeronok kan duduk saja waktu petang layan suasana.. sambil makan chestnut dan jagung rebus panas-panas.. Walau musim sejuk pun lagi layan jagung pans tu.. ☺️👍🏻
Deleteada kubur yg saiz kecil tu, ahli keluarga sultan yg dibunuh ketika kanak2 ke?
ReplyDeletecantik betul binaan org dulu, penuh seni. teringinla nak pergi turkiye ni sebab banyak sejarah dan bangunan lama.
jalan dgn orang yg berumur memang kena banyak sesi rehat sikit. diorang cepat letih..
Hurmm tak pasti sama ada di bunuh atau mati naturally.. sebab kalau yg kisahnya ditulis hanya pada nama nama yg besar sahaja..
DeleteMemang sejarah dan bangunan di sana sgt mengagumkan.. kalau boleh setiap mas anak explore benda baru di Istanbul.. jalan dgn org lain kena beringat tak leh nak redah sentiasa.. 😅