Monday 13 January 2014

Brunei Part 2 : Perjalanan Miri ke Bandar seri Begawan

Sambungan Dari Brunei Part 1 : Jalan-Jalan Di Kuala Belait Dan Seria

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..

Perjalanan untuk ke Bandar Seri Begawan semalam terhenti seketika apabila Pak Man dan Lynn membawa aku berjalan-jalan di Kuala Belait sepanjang hari.. Maka hari ni barulah aku memulakan jejak untuk menaiki bas menuju ke Bandar Seri Begawan..

Menaiki Bas Bintang Jaya Express Sdn Bhd dengan harga RM 40.00 atau BD 18.00.. Bas ini hanya bertolak dua kali sehari pada pukul 8:15 pagi dan 3:45 petang.. di sebabkan bas pagi dah terlepas maka aku beli tiket bas pada pukul 3:45 petang.. yang bagus mengenai bas ini ialah walau pun hanya ada 9 orang penumpang mereka tetap bertolak tepat pada waktunya.. Bersih dan di jaga rapi serta service yang baik..


Ini lah Bas Bintang Jaya Express..
Kaunter Tiket Bas..
Bas baru kot sebab aircond sejuk sangat..
Bangunan BIBD
Keadaan Bandar Seri Begawan di waktu malam..

Dari Miri Bus Station.. inilah satu2 nya bas yang akan ke Bandar Seri Begawan.. Syarikat Bas Bintang Jaya ini juga memberi perkhidmatan untuk Miri - Bintulu - Sibu - Sarikei - Kuching - Pontianak bertolak pukul 6.30 am, 1.00 pm 5.30 pm dan Miri - Limbang - Lawas - Kota Kinabalu bertolak pada 8.30 am.. 

Perjalanan dari Miri mengambil masa hampir 2 jam 15 minit.. tiba pukul 6.00 petang waktu magrib di BSB.. Semasa di border antara Malaysia dan Brunei.. Pemandu bas banyak membantu bagi memudahkan penumpang melepasi immigration.. Dan dalam membeli tiket bas.. anda boleh beli awal beberapa hari dan boleh juga beli hanya sebelum bertolak.. sebab bas memang tak penuh pada setiap kali perjalanan..


Masjid Omar Ali Saifuddin

Pemandangan masjid dari hadapan jalan utama..

Pintu masuk utama masjid

Gambaran di dalam Masjid
Tempat berbentuk kapal ini digunakan untuk majlis istiadat di raja..

Bas akan berhenti betul2 di sebelah Tamu Kianggeh di Bandar Seri Begawan.. memang sebuah tempat strategik bagi mereka yang baru nak mencari penginapan.. Dan sebelum memulakan trip Borneo aku ada search Hostel di BSB.. hanya ada 1 Hostel di seluruh BSB dan ia adalah Pusat Belia Youth Hostel.. tapi website rasmi mengatakan hostel ini di tutup untuk seketika hingga Januari 2014 untuk kerja ubah suai..

Tiada pilihan untuk aku.. sekadar mengharap ada hostel atau tempat lain yang mampu aku bayar untuk bermalam.. Di sebabkan waktu magrib masih panjang maka aku mengambil keputusan untuk ke Masjid Omar Ali Saifuddin yang dapat di lihat dari tempat aku berdiri.. Dan untuk pengetahuan anda.. adalah di larang untuk mengambil gambar dalam masjid ini.. di luar ambil la dari pelbagai sudut sekali pun..


Kat sini ada dorm yang dengan harga BD 18.00 semalam..
Hotel ni tak recommended sangat.. sebab kurang bersih kata nya..
Kalau nak cuba dan tiada pilihan ini lah antara yang murah..

Aku telah di tegur oleh seorang india muslim ketika mengambil gambar di dalam ruang solat masjid.. time ni aku tak tahu lagi tak boleh amik gambar di dalam masjid.. Selepas solat jama'.. aku mula melangkah keluar dari masjid berniat mencari tempat penginapan murah.. tetapi telah di sapa oleh insan yang menegur aku tadi..

Beliau Mr Mohammed Shahid Khan telah pelawa diri untuk menghantar aku menaiki kereta ke tempat penginapan ku.. apabila aku kata belum ada lagi tempat.. beliau kata tak apa boleh pergi cari sama2 dengan di temani sahabat beliau yang juga seorang india muslim..


Istana Nurul Iman

Istana Nurul Iman
Pintu masuk ke Istana Nurul Iman

Kami telah ke Pusat Belia Youth Hostel memang tutup.. dan kemudian ke K.H Soon Service And Rest House.. tetapi fully book untuk dorm berharga BD 18.00 semalam.. Aku kata "it's okay i can walk around till subuh and will see how it will be tomorrow.." Mr Shahid kata " it's difficult with small budget to get a accommodation here.." sebab hotel pun paling murah BD 30.00 semalam.. "but unless if u don't mind.. i think my friend have a place maybe u can sleep there.."


Masjid Jamek Asr Hassanil Bolkiah

Tak tahu kenapa bila aku upload picture ni dia jadi bersilau sangat.. 
Sempena nama permaisuri Bolkiah

Seperti di Madinah
Setiap kubah di masjid ini di salut emas 40 karat..
Salah satu pintu masuk 
Laluan khas untuk Sultan memasuki masjid


Antara tiang masjid
Escalator khas untuk keluarga di raja
Fountain pun ada :D
Tempat letak kasut di bahagian timur

Rupa2 nya kawan Mr Shahid ni berkerja di sebuah restoran india di BSB.. setelah confirm aku boleh tido di tempat rakan beliau.. Mr Shahid bawa aku pusing2 BSB waktu malam menunggu sehingga Restoran tutup beroperasi.. Kami telah ke Masjid Jamek Asr Hassanil Bolkiah dan Istana Nurul Iman.. dan sempat jadi drama kereta Mr Shahid rosak tepi jalan.. layann :D

Kereta rosak ketika bersiar di malam hari.. :D
Selepas habis pusing2.. Mr Shahid hantar aku ke Restoran tempat kawan beliau berkerja.. dan kami bersalam berpisah sini.. elok masuk kedai pintu pun di kunci sebab dah "closing".. Kawan Mr Shahid ni nama Faizal.. dia tanya aku lapar ker? aku pun angguk jer la.. sekali dia hidangkan Nasi Biryani Kambing, Nasi Putih, Kurma Ayam Kampung, Kari Daging Kambing, Capati dan Teh Ais.. memang aku makan tanpa segan dan silu hahahaa.. :D

Kedai dah closing.. sedang di bersihkan oleh pekerja..
Baki makanan masih banyak..
Boleh pilih nak makan apa sekali pun kata Faizal..
Ini lah tempat aku tido bersama mereka yang prihatin :D

Selepas makan aku di bawa ke tingkat atas ikut lorong belakang kedai.. aku tido di sebuah ruang besar tingkat dua atas kedai.. ada 35 orang lelaki semua India dan Bangla muslim yang berkerja di sekitar BSB ni.. nampak scary tapi diorang ni semua baik.. malam sebelum tido sempat layan cerita Mohabatein sama2 kat tv kecik.. seronok sangat uolls hahahaa.. ada berani nak cuba..?? :P

Continue Part 3

151 comments:

  1. ermmm terasa sgt mencabar je travel kamu kali ni.. kira berani gak laa yerk.. kira hebat dah ni boleh main redah je kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kene berani baru lah dapat pengalaman yang menarik tapi tak di galak kan untuk di tiru hahahha :P alhamdulillah rezeki murah..syukur :D

      Delete
  2. ya Allah cantiknya masjid..indahnya dalam dia.. kagum kan tgk senibina yg lawa2 ni.. :) hamboi layan mohabaten.. hehe, lelaki india dan bangla muslim... mmg nampak scary tp alhamdulillah, mereka semua baik2 kan.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masjid dah la cantik.. kubah di salut emas pulak tu.. dah "rakan" roommate pasang saya pun layan la mohabbatein tu hahahaa.. :D mereka memang baik sgt tapi tak di galak kan ikut la :D

      Delete
  3. Maklumat yg bermanfaat & menarik. Tertawan melihat gambar2 masjid yg begitu indah. Masa lawatan 2010 dulu tak sempat singgah....Tq melengkapkan gambaran tour itu.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kongsi sekadar apa dari pengalaman di Brunei tempuh hari.. :D
      tak apa insyallah moga di beri peluang untuk melawat Brunei lagi..

      Delete
  4. ingat my trip tahun 2010. my 1st obesea trip pegi brunei tau..haha
    macam orang kaya. weolls tido hotel jubilee BD 100/night haaaa
    sekarang jangan harap nak tido hotel rm 300/night.

    semua tempat yg TTB tunjuk kali ni kami pergi, guna travel agent yg sangat baik hati. brunei mmg tak berapa meriah, tapi rakyatnya sangat warm.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasa2 nyer kalau pergi lagi .. semua di Bandar Seri Begawan ni sama jer kot untuk dzuchan hehee.. tak ada apa yang baru di sini..

      Perghh mahal tu hotel.. BD 100 semalam.. tak sanggup saya bayar byk tu untuk tido satu malam hehehee...setuju sangat orang2 Brunei memang baik2.. :D

      Delete
  5. teringin nak berjalan2 ke sana. macam best je. macam syok je. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang best pun.. memang syok pun :D
      Ada peluang nak ke Brunei jangan di lepas kan :D

      Delete
  6. adventure betul bila baca TT punya pengembaraan ni.. info & gambar2 yg menarik..
    So far kak zaza tak pernah sampai lg Brunei.. InshaAllah 1 day :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Kak ZazaMyMoon.. sekadar share dari pengalaman.. harap ada la info yang boleh di kongsi dan di guna pakai bagi mereka yg mmbaca :D insyallah moga hajat tercapai :D

      Delete
  7. wahhh ni yang nak tabik spring ni!ni baru backpacker kental...memang terbaik lah pengalaman bermalam dengan diorg tu!priceless!

    p/s-sebab baca entry TT ni, saya dah tambah miri dalam trip ke brunei saya bulan 9 nanti!hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kadang2 teringin nak jugak jadi Backpacker kental nie.. dah biasa redah kat afrika.. so kat Malaysia - Brunei ni redah jer la sket2 :D tau tak pe pengalaman tido dgn mereka yang prihatin.. kalah rancangan riang ria airasia :D

      Bagus tu Miri - Brunei sebelah jer.. jimat kalau travel dua2 tempat dalam satu masa.. :D

      Delete
  8. Ni betul2 travel..kenal hati budi org kat situ sekali. Pengalaman yg berbeza dari catatan biasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah ada orang nak tolong .. seronok.. bukan takat tempat tido.. makan sekali pun mereka tolong :D niat setiap kali travel akan buat lain dari yang lain :D

      Delete
  9. Salam.. =)

    SubhanaAllah..cntiknyer Masjid Jame' Asr tu...beshnye lau dpt lawat sana kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam :D

      Aah memang best lagi2 mereka kat sana masih kuat dengan program ibadah di masjid2.. orang pun baik2 jer.. :D

      Delete
    2. mstila baik...sampi da tido sekali dgn foreign worker kt sana...syiok kan ^o^

      Delete
    3. Itu lah.. tido dengan mereka.. boleh layan cerita mohabbatein lagi tu hahaha :P

      Delete
  10. Cantiknya masjid2 kat sana.

    Kalau akak tak delah berani nak jalan2 gamble macam tu. Sekurang2nya kena jugaklah tempah hotel bagai dulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang cantik masjid2 di sana.. yeap kalau perempuan kene la buat reservation awal2 kan.. saya lelaki tak apa la.. hehehee.. boleh main gamble.. itu pun sebab selalu buat di afrika tu yg berani sket nak gamble kat area negara sendiri :D

      Delete
  11. wow..first class..tak semua dapat merasa adventure mcm ni...itu kilang jahit kan..

    masjid yg bersinar keemasan tu dah mcm dlm cerita 1001 malam...nampak mewah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah rezeki ada di mana2 .. dan orang pemurah itu pun ada di mana2 :D
      memang mewah masjid tu..

      Delete
  12. bas dia mcm bas persiaran mewah . no wonder this country in rahmatan lil alamin the way dia preserve islam. waktu awak cerita dulu tidur bergelimpangan itu puas di imaginasi , dan dia sgt dahsyat. anyhow nice and adventure to discover

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bas nampak baru.. cantik dan driver yang baik.. hehehe.. susah nak story kalau tak tunjuk gambar sekali.. ini pun puas nak cerita.. :D pape pun mereka memang prihatin..

      Delete
  13. memang mencabar macam ni.. kalau wanita yang pergi mungkin tak sesuai macam tu.. alhamdulillah kerana bertemu dengan manusia-manusia yang pemurah serta baik hati..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agak mencabar la but dah biasa di afrika so nampak macam okla .. tak ada le teruk mana tapi memang menyeronokan sungguh.. itu lah mmg menyeronokan jumpa mereka yang prihatin :D

      Delete
  14. Bas miri ke brunei tu nampak meah betul warna gold lg mahu tdo nyenyak ni sbb nampak bersih dan x berbau klau bas kt pudu tu nk duduk tgk2 seat ya ampun
    Wahh terpeguntgk masjid kat sana mewah bertuah betul badan org yg menjadi isteri dan anak sultan brunei tu
    Ish ish senang betul dpt kwn mest ttboy pun muka lebih kurang dorang kan ala2 arab sikit no wonder budget ciput tdo x ada tempat yg proper dan nasib baiklah x ada benda yg hilang selepas bangun dari tdo tu kan. Untungla dpt mkn free rezeki tu :-) org baik mmg rezeki murah :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mewah la sebab dah bayar RM 40.00.. perjalanan tak jauh mana pun tak sampai 200 km kalau tak silap.. Alhamdulillah berbaloi dengan harga di bayar..
      Memang bertuah la kalau dapat berkahwin dengan kerabat di raja Brunei.. hidup goyang kaki jer la :P
      Tak de nyer la muka macam lebih kurang diorang.. asal kan boleh masuk jadi satu geng kira ok la.. hehehee.. Alhamdulillah xde yang hilang lepas bangun tu.. rezeki murah :D

      Delete
  15. berani ko ni TT... tapi tu la kelebihan jadi lelaki...tido mana pun tak kisah.
    kalau pompan..solo..mampoih mana nak cari suma dah full house?!
    harus lah jugak spent lebih untuk accomodation...bagi pompan yg hadapi situation camtu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kene berani la kalau dah ada pengalaman di afrika tu insyallah boleh kot nak survive kat tempat lain :D aah betul la tu lelaki boleh la hehehee.. wanita tak di galakan :P
      kene spend sket la untuk keselamatan bagi perempuan.. :D

      Delete
  16. mula2 baca entry ni saya terfikir takpala awak ni lelaki kalaula perempuan payah gakla lagi2 kalau sorang2 kan. Anyway best story yg adventure ni, tak semua orang boleh travel mcm ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ish kalau perempuan tak yah la buat kan.. bahaya kot.. but mana tau diorng boleh offer untuk tempat pekerja perempuan tido ker hahahaa.. :P
      Kadang2 main redah2 macam ni seronok sebab lain dari yang lain hehehehe...

      Delete
  17. kebetulan bertanya... nak tanya jugalah :p rasa selamat tak berjalan kat brunai malam2?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah memang selamat.. berjalan di waktu malam aman damai jer insyallah.. :D

      Delete
  18. Bersyukur sangat kan kalau ada orang tolong especially kalau kat tempat yang asing buat kita. Memang salute lah kat awak ni, kental sungguh :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah memang bersyukur sangat.. bila ada orang tolong kita especially masa travel macam nie.. Well backpackers kental kot hahaha :P

      Delete
  19. Perjalanan yang sungguh mencabar
    alhamdulillah dengan penuh kesabaran & cool
    akhirnya...ada rezeki utk tempat berlindung malam
    jiwa kental (Y) TT ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mencabar tapi menyeronokan :D
      Itu lah apa pun masalah dalam travel ni kita kene bersabar dan berdoa banyak2.. minta pertolongan dari Allah selalu.. Alhamdulillah ada hamba Allah yang prihatin macam tu.. kene kental jer la :D

      Delete
  20. syukur alhamdulliah ada hamba allah yang sudi menolong kat masa di sana.
    Boleh bagitau ayam penyet kat miri tu kat mana? Teringin nak cubalah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. syukur sangat sebab ada hamba Allah yang sudi menolong :D
      Ayam penyek tu ada di restoran muara kalau tak silap.. even kalau pergi pada kebanyakan restoran ada juga jual ayam penyek tu :D

      Delete
  21. Alhamdulillah...dpt jumpa dgn mereka yg prihatin..

    Teringin pla nak jln2 sana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah ..tersenyum bila jumpa mereka yang prihatin :D
      Cuba la jalan2 di sana.. tak jauh dan Airasia selalu buat promotion ke sana.. insyallah seronok.. 3 hari lebih dari cukup untuk jalan2 di sana :D

      Delete
  22. actually aq suka tgok gambar masjid kat brunai..subhannallah..
    memng cantik.. tgk la kubah dipperbuat drpada apa.. siap ada laluan khas..utk krabat duraja..
    owh..dan salam maulidul rasul bro...
    selawat ke atas rasullah saw... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah siapa tak suka tengok masjid di sana.. especially Masjid Omar Saiffuddin dan Bolkiah.. memang menarik :D Kalau raja baik dan prihatin dan selalu berjumpa rakyat dia nak buat apa pun rakyat tak kisah .. kan..? :D

      Salam Maulidur Rasul juga untuk Tuan Sobri Yaacob :D

      Delete
  23. walaupun kaunter tiket dia cuma pondok kecil jer tapi bas dia nampak bersih dan selesa...
    cantik-cantik masjd kat sana...Subhanallah

    sesuatu yang akak perasan bila membaca entry afif nie...setiap kali travel ke mana-mana selalu murah rezeki ada saja yang menghulur bantuan tempat tinggal, makanan ataupun transport...alhamdulillah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah.. baik spend sket untuk kaunter ..tapi lebih kan spend untuk service dan kenderaan huhuhu.. ( macam menteri pulak :P ) Memang cantik masjid2 di sana.. :D

      Alhamdulillah kene bersyukur.. rezeki itu insyallah ada tapi kita tak tahu.. macam mana dan bagaimana.. apa pun doa masa travel itu memang penting :D

      Delete
  24. Aku baru terkejut igt ko amek gamba kt dalam. sebab setau aku tak ley amek gamba dalam tu. tapi kenapa ya? byk emas eh? hehe.

    kaya betul Brunei kan sampai kubah salut emas. Lepas tu binaan masjid dia pun mewah sungguh.

    Wah betul2 adventure kau ni. Tidur dengan mamak n bangla lain. Hehe. Jimat kos ye dak, sebab kat Brunei paling murah femes dua tempat tu je. Hehe.

    Apapun, mcm sedap je mkn beriyani. Hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh ada ke aku amik gambar di dalam Masjid hehehee.. tak de kan :P
      Ntah la tak tahu kenapa tak boleh amik gambar di dalam masjid tu.. mungkin la sebab emas tau mungkin sebab itu masjid di raja.. tak nak bagi orang copy paste hahaha.. :P

      Kata backpackers kental.. asal boleh tido dan asal boleh makan yang halal dan ia selamat why not.. kita mengembara nak tengok keindahan sesuatu tempat bukan nak kelesaan semasa tido dan makan mewah :P hehehhee...

      Yep biryani dan kurma ayam kampong tu aku belasah banyak hahhaa.. :P

      Delete
    2. Jyeaahhh. Sebab tu aku pun tak kisah kalau kena bermalam kat airport, dalam bas atau tren. hahhaa

      Delete
    3. itu lah asalkan sampai dan dapat terokai.. maka it's done ..!!! hahahhaaa :D
      That is our way :D

      Delete
    4. Salam. Terima kasih datang lawat Brunei yang selalu dikatakan sunyi dan boring ni. Memang tak semeriah kebanyakan tempat/ negeri lain, tapi itulah keunikannya tersendiri. Hanya pelawat yang objektif dan yang bersedia untuk menerima sesebuah tempat tersebut dalam konteksnya sendiri yang dapat menikmati dan menghargai tempat itu. Tak tau pulak saya saudara nak dtg lawat Brunei, kalau tahu awal mungkin saya pun boleh sambut/ tolong sedikit sebanyak. Tentang tak boleh ambik gambar dalam masjid tu bukan sebab apa sebenarnya, masjid tu sememangnya tempat ibadah dan bukan 'tourist attraction'. Tapi tak dapat lah kita larang pelawat yand berminat untuk melawat dan menikmati keindahan masjid. Andai kata pelawat sewenang-wenangnya merayau dalam masjid terutamanya balai utama masjid, ia mungking mengganggu orang-orang yang sedang bersembahyang atau bertaffakkur dari bunyi bising atau pun flash camera. Itulah sebab utamanya. Malah saya sendiri pernah menggambar dalam ruang masjid menggunakan mobile tanpa flash atau bunnyi, tapi saya pastikan dulu tak ada orang yang sedang solat pada waktu tu. Tak pula dilarang pengawal. InsyaAllah, dipersilakan datang lagi ke Brunei.

      Delete
    5. Waalaikumsalam..Brunei bukan la boring dan sunyi.. ia kaya dengan cara dan warisan yg tersendiri.. :D

      Setuju sangat dengan cara menghormati insan yg sedang beribadah di dalam masjid.. mnghormati org beribadah lebih penting dari mengutama kan tourist..

      Terima kasih kongsi maklumat disini.. bg la email boleh keep in touch.. :D

      Delete
  25. Tak buleh amik gambar sebab apa eh?

    Tp puas hati la, buleh tgk hehe.

    (kalau la buleh amik gambar dlm istana tu... mesti kagum kan? tak leh imagine lg istana dengan beribu2 bilik... berapa besar le gamaknya hmmm!).

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hurmm.. tak tahu la kenapa Kak Dekdaa.. mungkin sebab ia bangunan di raja mungkin .. tak nak bagi orang copy paste huhuhuu.. :P
      Itu lah dalam masjid tu agak sama macam masjid di Jordan dan Syria.. kalau tak silap ada la kesamaan sket.. istana tu memang besar yang amat.. :D

      Delete
  26. subhanallah, cantik sangat masjid kat brunei ni!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan.. memang cantik sangat.. so bila nak buat family vacation affy di sana :D

      Delete
    2. insyaAllah 3 or 4 bulan akan datang heheheh
      sebab sekarang tengah habiskan final year medic...so lepas tu baru boleh travel dengan family... ;)

      Delete
    3. Alhamdulillah bagus la.. kadang2 di sebabkan tak biasa buat plan untuk bercuti bersama keluarga.. buat la yang dekat, mudah dan senang.. dan kemudian baru la up sket2.. mana tau nanti dah ok ramai2 boleh jalan satu europe kan :D

      Delete
  27. dah rezeki tu dapat merasa beriani kambing

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah rezeki tetiba dapat makan sedap from now where.. syukur sangat.. :D

      Delete
  28. Brunei selalu mempesona saya untuk pergi kesana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jadi .. jangan lepas kan peluang ya Goiq.. ke sana memang menyeronokan :D

      Delete
  29. Awak pun tido pakai kain pelekat mcm diorang gak ke...hehe. Now I dah dapat idea la nak naik bas dari Miri ke BSB as plan B...plan asal nak road trip from KK tapi rasa macam jauh sangat.

    Bab escalator khas utk keluarga diraja tu..amboi kan...so orang lain takleh guna ke escalator tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh tidak.. saya tido pakai seluar track suit :D.. tak berani nak pakai kain pelekat.. diorng tak apa dah biasa.. sy kang tak pasal2 hilang bila bangun hahhaa ( tido lasak ) :P

      Oh kalau dari Miri ke BSB.. jangan lupa singgah ke Kuala Belait.. pun seronok jugak :D
      orang lain boleh guna kot.. tapi time sultan tak deia tak berfungsi.. :D

      Delete
  30. Bus nya cakep sekali dan akhirnya saya penasaran sama brunei

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ia bas dan pemandu nyer memang baik dan bagus.. :D

      Delete
  31. bas cantik. masjid pon cantikk :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bas cantik.. masjid cantik.. orang2 dia pun cantik hahahahaa :P

      Delete
  32. cantik bas..mmg nmpk baru..kagum juga dengan binaan masjid..cantik sungguh..ada plak drama kereta rosak..nasiblah tak berapa spoil sgt..

    tempat tido baik punya..dh macam hostel sekolah..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak tahu la sama ada saya hanya bernasib baik.. atau ia memang perkhdmatan terbaik dari syarikat berkenaan.. itu lah bila kereta rosak saya pulak rasa bersalah.. :D

      Itu lah terasa macam tido dalam asrama dulu masa muda2 hahahaha :P

      Delete
  33. cantiknya rumah Allah.. bagusnya awk snap satu2 gitu... teruja plak sy tgk tau... subhanallah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah masjid2 di Brunei memang lawa.. memang terpesona dengan setiap sudut :D

      Delete
  34. teringinnyer akak nak ke Brunei.. entahler sebab senang kot bahasanyer dan makan pun sesuai ngan citarasa orang Melayu... cantik juga negaranyerkan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kene try berkunjung ke Brunei.. meman lain dari Malaysia tapi masih sama dari segi bahasa dan adat.. Negara yang semula jadi pun memnag cantik :D

      Delete
  35. Teringin nak ke sana sebab berjiran kan.. tapi apakan daya entah bila dapat merasa ;D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Airasia ada buat promotion kadang2 tu return tak smpai RM120.00..
      Kalau ada kawan tau sedara mara kat sana lagi seronok.. :D

      Delete
  36. Replies
    1. alhamdulillah luas pandangan bila jauh perjalanan :D

      Delete
  37. Baru sempat baca. Pergh! Menarik gila! Especially part tidur kat "hostel" tu, haha!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh tak apa.. sebab entry kat sini tiada tarikh luput hahahaha :P
      Hostel tu best menarik.. seronok boleh layan Mohabbatien lagi tu hehehee..

      Delete
  38. india muslim mmg ada semngat ukhwah tinggi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu.. setuju sangat.. sebab tu selalu tengok mereka berjaya dalam perniagaan :D

      Delete
  39. Salam. Boleh tau travel agent(ground package) dekat Miri & Brunei sebab nak pergi bulan May'14 ni

    Thanks for your info

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sila check comment di bawah ini .. Terima Kasih :D.. untuk Miri.. jika anda bukan berseorangan maka lebih baik sewa kereta lebih jimat.. sebab tempat2 menarik di Miri pun tak la jauh2 sangat.. :D

      Delete
  40. Assalamualaikum..saya orang Brunei, ingin mengucapkan terima kasih kerana sudi untuk berkongsi pengalaman sepanjang berada di Brunei Darussalam. kepada mereka yang berkeinginan untuk datang melancong ke negara Brunei Darussalam, kalau nak tempah hotel yang low-cost, kat area Jerudong terdapat 3 buah hotel dan harganya juga berpatutan. below BND100 semalamt. Boleh pilih antara tiga :
    1. Asma Hotel
    2. The Holiday Lodge
    3. Jeruton Hotel

    Saya recommend anda boleh,menempah bilik kat The Holiday Lodge. Best! Kalau hendak save budget boleh pilih Jeruton Hotel.cuma BND38 semalam.

    Kalau ada sapa2 hendak datang Brunei bohlah hubungi saya melalui email. In Sha Allah saya akan bersedia untuk memberi kerjasama sekiranya anda memerlukannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaaikumsalam.. terima kasih kesudian membantu :D
      Share la email di sini supaya orang ramai boleh menghubungi anda :D

      Delete
  41. assalamualaikum tuan tanah..:)
    nak buat pembetulan sket...

    1. masjid Jame'Asr Hassanil Bolkiah tu adalah wakaf baginda bersempena sambutan jubli perak pemerintahan baginda, pada tahun 1994.. bukan nya sempena nama permaisuri baginda..


    2. sebab x boleh ambil gambar dalam masjid bukan sebab emas .. tp untuk menghormati jemaah lain.. takut mereka tidak khusu bila ada bunyi flash or yg berkaitan dengan nya..

    :)

    terima kasih sudi datang ke Brunei.. salute habis tang stay ngan pekerja kedai makan tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam .. Jgn la sebut tuan tanah sebutir pasir pun tiada hehee :D
      Ya Allah terima kasih kerana sudi memberi pembetulan di sini terharu sangat ..
      Okay setuju part tak boleh amik gambar dalam sebab "khusyuk" .. setuju sangat..
      Alhamdulillah orang brunei memang baik2 belaka.. insyallah akan datang lagi :D

      Delete
  42. Salam.. nak tanya ni Bas dari Miri ke Bandar Seri Begawan memang hanya ada syarikat Bintang Jaya saja ke? dan waktu bertolak memang 8.15 pagi, 3.45 petang saja?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam.. Yer bas express dari Miri ke Bandar Seri Begawan memang ini sahaja.. sebab masa di station bus tu pun dah tanya.. memang semua orang kat situ kata hanya bas ini shaja.. kalau yang lain bukan express la.. yep waktu bertolak tepat :D

      Delete
  43. mahyudin bin othman18 March 2014 at 16:40

    Salam. saya nk tanya tuan, kalau dari KK ke bsb , dgn miri ke bsb mana lebih dekat perjalanannya. sebab ada kawan ada bagitau ikut kk . pas tu naik bas ekspres ke bsb.ikut pengalaman tuan yg mana lebih mudah. kalau kt bsb kt mana ada kedai makan bundle, save kos....sikit. sebab saya mmg dah lama pelan nk ke brunei, tp nk ikut sabah atau pun sarawak sebab budget kos. kalau direct flight ke brunei mahal sgt. terima kasih tuan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam... Kalau dibandingkan KK dengan Miri maka jawapan nyer Miri lah paling dekat, mudah, senang dan murah.. Boleh amik satu bas ekspres sahaja terus ke BSB dari Miri.. berharga RM 40.00 seorang..

      Huh kedai makan bundle??? Nak save kos boleh beli makanan yang dijual di Pasar Tamu Kianggeh..especially untuk breakfast dan lunch.. Nak makan murah bawa je maggi hahahaa.. janji mata kita dapat melihat dengan kos yg murah :D

      Delete
  44. assalamualaikum.. saya ada sewa kereta jikalau ada sesiapa yang ingin datang bercuti ke Miri Sarawak.. Kereta proton saga blm auto dan juga viva manual.. boleh hubungi saya di talian 010 979 3138 (muhammad ken abdullah)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam.. terima kasih diatas perkongsian maklumat sewa kereta di sini.. Moga memberi manfaat bagi mereka yang membaca disini :D

      Delete
  45. maaf basnya bukan Bintang Jaya tapi PHLS Express....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ye ker.. terima kasih sudi menambah info di sini Encik Eko Oentoeng :D

      Delete
  46. hotel yg saya tido murah lebih kurang RM150 smlm utk 3 org..dekat dgn gadong..bilik besar dan selesa.duit Brunei dlm BD60..nk mkn pon senang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ye ker.. terima kasih.. info yang sangat berguna.. ingat lagi tak nama hotel tu?

      Delete
  47. Ken Abdullah..sy plan nk ke Miri-Brunei Sept nie..bley kasik rate utk kereta sewa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masih menunngu rate dari Encik Ken Abdullah.. :D

      Delete
  48. insya allah saya akan ke brunei sept ni....drive dr sibu-miri-brunei terus ke kk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waa seronok sangat tu dapat travel dari Sibu ke KK.. memang terbaik hehehehe.. :D
      Saya doakan semoga semua nyer dipermudahkan amin ..

      Delete
  49. amin ya robbb....travel kali ke 2...2008 g sampai ranau jer kali ni nk turun sampai sandakan...bwak ank2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waaa.. seronok nyer.. mmg terbaik.. ranau pun saya tak sampai lagi.. bawa anak2 mmg terbaik :D

      Delete
  50. cukup menarik blog nih....saya mmg minat jgk travel nih..pernah g beberapa negara mostly kt eroupe....travel sorang diri...dr london-amsterdam-paris-brusels-sofia bulgaria-turki....mcm2 pngalaman...pernah tido kt terminal bus london.paris...hampir2 kna curi -tumpang dan tido atas lori semasa di turki....skrg dh ada family pyah nk travel jauh2...huk3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah terima kasih sudi datang terjah ke blog saya.. :D
      best tu travel europe solo mcm tu.. sama lah pengalaman kita di afrika.. tumpang naik lori bagai hehehe :D

      Delete
  51. Dekat mana saya boleh dapatkan sewa van beserta pemandu yang murah di Brunei.Kami seramai 9 orang bercadang utk melawat Brunei dan Miri pada bulan depan.Berapa agaknya sewa van sekali dengan pemandu di Brunei.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhh..???? Macam mana erkk.. saya pun kurang arif berkenan hal seperti ini..
      Semasa di Brunei saya hanya menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam sahaja..
      Apa pun harap selepas berjaya mendapatkan perkhidmatan yang Saudara cari.. diharap boleh la share di sini yer :D

      Delete
  52. Sng ke nk jenjalan kat brunei naik public transport? Tmpt dia dekat2 eh? Sy nk g thn dpn..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Senang dan mudah jugak la.. untuk menggunakan public transport di bandar seri begawan ni.. dalam bandar seri begawan boleh dikatakan dekat2 jugak la :D

      Delete
  53. Replies
    1. Brunei senang jer nak jenjalan.. just banyakan membaca info2 penting.. :D

      Delete
  54. Assalammualaikum

    Terima kasih kerana sudi sharing. Rasa bertuah pulak jumpa blog encik afif ni. menarek-menarek. banyak travel punya cerita. tak sangka jumpa tengah syok-syok gugel. anyway, cerita ni buat saya teringin nak lawat brunei. one fine day. insha Allah.

    -raidah-
    www.blograidah.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam.. terima kasih juga sebab sudi datang ke blog yang tak seberapa nie.. blog ni sekadar berkongsi pengalaman pengembaraan sendiri dgn cara sendiri.. :D

      Insyallah moga dipermudahkan untuk niat nak menziarahi Brunei :D

      Delete
  55. Assalamualaikum

    Memang awesome sgt tengok blog ne, teruja sebab sanggup gamble kat Brunei. Memang interesting sgt kalo sapa yg sanggup melalui nya.. Sy & hubby Insya Allah akan ke Miri bulan March nanti. Insya Allah kalo ada rezeki lebih boleh lah masuk iternary Brunei. Terima Kasih banyak2 kerana sharing info berguna. Insya Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam.. Thanks sudi datang berkunjung ke sini.. Nak buat macam mana mmg kene gamble je jejak ke Brunei hehehehee.. Saya doakan moga perjalanan anda dgn suami nanti dipermudahkan Allah.. Sekadar berkongsi pengalaman :D

      Delete
  56. Syuhada's Enterprise & Transportation
    Based in Miri, kerap bawa pngunjung dari semenanjung utk percutian Miri-Brunei.
    Boleh berhubung terus ke talian saya utk booking perkhidmatan pusing keliling Miri-Brunei.
    019-8757674 (Dimon)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Dimon.. Info yang sangat membantu bagi mereka yg nak ke Miri - Brunei.. Semoga berjaya.. :D

      Delete
  57. Time traveller, thanks atas perkongsian cuti2 anda di Brunei. Mohon izin utk tumpang promotion business saya. Insha Allah kalau mai Miri, halo2 je k..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyallah boleh jer nak kongsi info pakej kamu tu.. Tak ada masalah.. Hehee.. Ok kalau mai sana lagi saya halo2.. :D

      Delete
  58. Anda dan keluarga bercuti di Miri ? Kami dar HRB Car Rental Miri menyediakan perkhidmatan kereta sewa di Miri dengan harga yang berpatutan . Sewa untuk pakai dari Miri ke Brunei boleh di atur.
    Hubungi kami di 019 233 6923 / 013 883 6923 untuk mendapat harga yang terbaik di pasaran!
    www.hrbcarrental.com

    ReplyDelete
  59. Enter your comment...Assalamualaikum mr. Travel. Boleh bgtau...tempoh penerbangan dr Malaysia ke brunei dn brunei ke Malaysia brapa jam dn brpa ribu batu ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam.. tempoh penerbangan tu 2jam plus plus la huhuu.. berapa ribu batu? Hahahaa i wish i know that.. sorry tak tahu sebab tak pernah kira pulak :P

      Delete
  60. Assalamualaikum..
    jika nak membuat lawatan sambil shoping atau saja2 sila contct mr Alhajj ditalian +6738683894.(Ys Travel & Tour Agency. kita ada pakej2 yg tertentu dan yang belum anda pernah membuat lawatan. nak dgn bodyguard juga kita ada. apa2 pun tingal call or sms mr Alhajj..In shaa Allah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam..
      Moga murah rezeki Tuan Alhajj travel and tour.. Semoga sentiasa memberi khidmat yg terbaik yer :D

      Delete
  61. Nice blog,

    Where is the exact location of bus terminal which goes to Brunei in Miri? I heard that there are several bus stations in Miri

    Thank you for your respond

    ReplyDelete
    Replies
    1. Where is? well when i was there.. people around there told me that there is only one bus station which go to Brunei.. even do there is other bus station.. so just say i want to go to Brunei they will bring u to the correct one :D

      Delete
  62. Thank you very much for sharing information that will be much helpful for making coursework my effective.

    ReplyDelete
  63. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  64. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  65. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  66. Assalamualaikum

    Perkhidmatan Kereta Sewa di Brunei Darussalam khas untuk rakyat Malaysia..

    Boleh hubungi Mr Dinn di link ini:

    http://bit.ly/KeretaSewaBrunei-Malaysian

    Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Whatsapp: +678 8180550 or +60179702004

      Thanks

      Delete
  67. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  68. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  69. The idea behind Manifestation Magic Review is to allow the brain entrainment audio track to take charge and clear out any restrictive thought patterns through subliminal programming

    ReplyDelete
  70. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  71. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  72. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  73. This is a unique, value-driven and legal online training program that helps to create a unique affiliate marketing-driven business. Let’s see what it is all about through this Simple wifi profits review

    ReplyDelete
  74. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  75. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  76. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  77. Terbaik .. sambung lagi cerita nya ke labuan dan sabah bang

    ReplyDelete
  78. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...