Sambungan Dari Pulau Batam Part 6 : Kelong Restoran Seafood Citra Utama 188
Setelah selesai berwisata ke Barelang Bridge dan makan tengah hari di Kelong Restoran Seafood Citra Utama 188. Pak Supir bawa kami ke kawasan wisata yang famous dan harus dikunjungi katanya iaitu Bengkong. Dari Barelang Bridge ke Bengkong kami menempuh perjalanan sejauh 30 km yang memakan masa hampir 40 minit.
Welcome to Masjid Laksamana Muhamada Cheng Hoo - Golden City, Bengkong. |
Once bila kita sampai di sini baru kita dapat lihat kenapa kawasan ini digelar kawasan wisata oleh penduduk tempatan kerana di sini penuh dan padat dengan attraction termasuk terdapatnya berpuluh-puluh cafe yang setiap satu mempunyai konsep tersendiri.
Perjalanan dari Barelang Bridge ke Masjid Cheng Hoo di Bengkong. |
Di Bengkong ini juga terletaknya banyak tempat-tempat yang menarik seperti Dino's Gate Park Batam, The Illusion House, beberapa buah Kilang Kueh Lapis atau juga dikenali sebagai Layer Cake Factory, Masjid Laksamana Cheng Hoo, Replika Kapal Laksamana Cheng Hoo, bermain sukan air Wakeboarding di Batam Wakepark. Terdapat sebuah tempat menarik untuk bergambar iaitu di Miniature House Indonesia. Dan di sini juga terdapat sebuah waterpark iaitu Oasis Waterpark Batam.
Kecil dan Comel jer Masjid Cheng Hoo. |
Tempat pertama yang kami tuju setelah sampai di Bengkong adalah Masjid Laksamana Cheng Hoo. Kami berhenti di sini dan bersolat jama' takhir. Masjid yang telah dibina oleh seorang saudagar islam pada tahun 2015 ini adalah bagi memperingati Laksamana Cheng Hoo yang hadir dan singgah di tanah Batam atau di Kepulauan Riau pada tahun 1416 Masihi dengan membawa lebih 27 ribu anak kapal dalam ekspidisi beliau.
Laksamana Muhamad Cheng Ho / Zheng He
Muhamad Cheng Hoo (1371-1435M) seorang Laksamana Laut, Diplomat, Penggembara yang hebat dan juga seorang wira perang dari Negara China yang beragama Islam. Nama asal beliau ketika dilahirkan dalam sebuah keluarga islam ialah Ma He yang berasal dari Kunyang, Kunming, Yunnan. Dan kemudian diadoptasi nama Zheng oleh Maharaja Yongle.
Ruang utama dewan solat Masjid Cheng Hoo. |
Ruang solat untuk Muslimat di sebalik tirai. |
Hiasan bahagian dalam kubah masjid ini. |
Beliau adalah dari keturunan Sayyid Ajjal Shams Ad Din Omar seorang pegawai tinggi dalam Pemerintahan Empire Monggol dan juga merupakan bekas Governor Yunnan ketika awal pemerintahan Yuan Dynasty. Pada tahun 1381M pasukan tentera dari Ming Dynasty telah berjaya menawan Yunnan dari Empire Monggol dan ayah beliau Ma Hajji telah terkorban dalam peperangan antara Tentera Ming dan Tentera Monggol ketika berusia 39 tahun pada tahun yang sama.
Lakaran Putera Zhu Di yang kemudian menjadi Maharaja Yongle. |
Ketika berumur 10 tahun (1381M) beliau telah ditangkap oleh Tentera Ming dari pasukan Jeneral Fu Youde. Dan kemudian dipenjarakan dan di "castrated" ketika berumur di antara 10-14 tahun. Dan kemudian diletakkan dibawah perkhidmatan Putera Zhu Di seorang Putera Yan yang kemudian menjadi Maharaja Yongle.
Lakaran Laksamana Cheng Hoo dalam ekspidisi beliau menjelajah di lautan. |
Disebabkan jarak umur Ma He dan Zhu Di adalah 11 tahun, ia membuatkan mereka menjadi rapat dan mendapat kepercayaan tinggi oleh Zhu Di. Dan dari situ mulanya perjalanan beliau menjadi laksamana yang hebat. Panjang cerita dia, seronok untuk dibaca tapi penat aku nak tulis sini, korang try google dan baca sendiri hahaha :D
Golden Layer Cake Factory
Selepas solat kami ke The Illusion House yang berada tidak jauh dari Masjid Cheng Ho. Dan di sebelahnya pula terletak sebuah kilang kueh lapis iaitu Golden Layer Cake. Katanya Pak Supir kalau beli di kilang lebih fresh dan sedap sebab ia baru dibuat kalau di luar belum tentu kesegarannya. Namun setelah kami tengok harga terus macam "Eh tak apa la kot, kat Malaysia pun ada, tak yah la beli" hahahaa.. Mahal yang amat :P
Jenis-jenis Kek Lapis yang ada di sini by Golden Layer Cake. |
Pandai dah sekarang minta amibil gambar di Instagram section :D |
Namun dari taster yang diberi memang sedap bangat kek lapis di Golden layer Cake ni. Cuma tak sanggup bila tengok harga kek lapis di sini. Untuk flavour Cinnamon dan Original berharga IDR275,000/RM83.00 sekotak. Dan yang lain berharga IDR315-365,000/RM95-110.00 sekotak untuk flavour seperti Chocolate, Mocha, Pandan, Prune, Nutella dan Cheese. Besar kek lapis dalam satu kotak menyerupai 4 kek lapis yang dipotong panjang yang biasa dijual di Malaysia tu.
Pak Supir kata kalau di waktu weekend orang ramai di sini. |
Harga yang tak mampu bagi aku hahahaha... tengok sambil makan taster jer la :P |
The Illusion House
Dibuka setiap hari dari jam 9.00 pagi sehingga 5.00 petang. Beralamat di Golden City Blok K, No 4-5-6, Tanjung Buntung, Bengkong, Kota Batam, Kepulauan Riau 29444, Indonesia. Harga tiket masuk untuk kanak-kanak (3-10 tahun) dan senior citizen adalah IDR40,000/RM12.00 per person dan harga untuk adult (11-64 tahun) adalah IDR80,000/RM24.00 per person.
Welcome to The Illusion House - Golden City, Bengkong. |
Terdapat 3 section dalam The Ilusion House ini iaitu Up Side Down House, The Illusion Museum dan Trick Eye & Trick Arts. Jika anda seoranag yang suka bergambar berkemungkinan akan spend hampir 1 jam di dalam Illusion House ini. Kami spend masa tak sampai 25 minit hahahah sebab handphone tertinggal dalam beg dalam kereta supir. Makanya memory hanya di mata kami tak boleh nak share di sini :D
Silap masuk tak bawa handphone. Kita amik gambar di luar sahaja. |
ALTO Beach Cafe
Disebabkan terlalu banyak cafe di sini maka aku dengan wife decide nak mencuba salah satu café dan lagi pun sekarang ni jam hampir menunjukkan pukul 4.45 petang so its our coffee time. Aku pun tanya dengan Pak Supir di sini mana cafe yang best. Pak Supir pun kata ada satu cafe dekat pantai. Cantik dan ramai orang pergi sana lagi-lagi bila waktu malam.
Cantik kawasan di ALTO Beach Cafe ini. |
Waktu malam okay la kot. siang-siang ni tengah panas idok ler teman nak duduk bakar kulit :P |
Maka kami pun naik kereta dan bergerak ke ALTO Beach Cafe. Terletak agak jauh di hujung dan agak luar dari kawasan wisata Bengkong ini. Tempat yang cantik memang best dengan angin laut yang bertiup dan ia berkonsep open air. Namun bila diperhatikan dalam beberapa second aku rasanya macam tak sesuai untuk kami sekeluarga apatah lagi ada anak kecil.
Memang cantik dan santai di ALTO Beach Cafe ni. |
Ldy suka baca buku, seronoknya kalau entry dalam blog ni buat dalam bentuk buku.. boleh nikmati dalam keadaan santai.. kalau buat buku mohon untuk inform ldy yer..
ReplyDeleteCita-cita juga tu nak terbitkan buku journey travel dalam backpacking around the world.. Doa-doakan la moga menjadi impian itu satu haru nanti hihihii.. :D
DeleteInsyaAllah, Ldy doakan.. boleh tambah koleksi buku2 Ldy.
DeleteInsyallah terima kasih doakan :D
Deletecantik betul masjid tu...i suka kaler merah sbb nampak terang mcm ceria dan bersemangat waja gitu
ReplyDeleteYeap mmg cantik msjid Cheng Ho ni.. waran merah yg ada kelainan sangat.. Fuh minat betul warna merah tu @Mama Zharfan :D
DeleteCantik santai di Alto Beach Cafe tu. Comel cute Masjid Cheng Hoo.
ReplyDeleteItulah mmg cantik kalau nak bersantai2 di Alto lagi2 kalau malam tapi tmpt tu serve arak terus tak jadi..
Deletemenarik tempat3 kat sini. rasa nak plan ke sini lak sebab all this while tak pernah teringat nak ke sini tpi tgk post2 kat blog ni cam cantik lah, boleh pergi
ReplyDeleteItu lah masa AA buat promo pergi balik tak sampai RM150.00 tak terfikir pun nak pergi skrg dah mahal baru nk pergi Batam hahaha.. :D
Deletedah boleh buat kot travel.ke masjid2 cina
ReplyDeleteCantik juga cadangan tu.. okla nak masuk kan semua masjid2 seni bina cina dalam satu entry :D
Deletekat malaysia dah ada 3 buah
ReplyDeletecampyr yg kat batam ni
and kat jakarta rasanya ada sebuah...ke kat malang
x igt dah...
Kalau search Masjid Cheng Hoo result ada lebih 7 buah masjid di seluruh nusantara tanah Melayu ni. Terasa nak pergi kesemuanya :D
Deletesaya nak ikut!
Deletebaru pegi sebuah je
kat melaka!
hehee...
yg kat xian tu jgn campur eh!
tu lain
hahaha
Oh yang Melaka ttu belum pergi akan diusahakan utk jejak kan kaki dulu hihii..
DeleteYang kat Xian kita dah jejak kan kaki la hihihi.. ok jom angkut beg kita redah huhu
oh harga kayangan ye kek lapis layer tu..nasibaik bole merasa tester ye...cantik cafe dkt beach tu
ReplyDeleteMmg merasa tester jer la kalau harga nya dah segitu... Lagi pun kat Malaysia ada.. Cafe cantik tapi tak halal huhuu..
Deletebanyak rupanya masjid cheng ho ni.. bila tgk2 byk kali mcm ada di China pulak.
ReplyDeletekenapa harga makanan mahal sgt tu. haha
Aah banyak... Baca kat google ada lebih 7 buah semuanya dan kalau tak silap mostly tmpt yg dia pernah singgah dulu.. Harga kek lapis je yg macam kayangan.. Yh lain semua murah2..
Deletecantik la. kek lapis tu tak de ke yg size kecik. even mahal kira tak terasa la sgt nak membayarnya kan. and i believe harga ni kurang lebih sama je kat Malaysia. mcm kek lapis Sarawak. sebab sekeping besar tu dibahagi like 4 portions. 1 portion dalam RM25. ok la tu bang. hehehee
ReplyDeleteAah tak ada yang saiz kecil.. kalau ada yg potong panjang macam kat malaysia boleh jugak la dibeli satu buat rasa-rasa hahaha.. Lagi pun klau besar nak bawa susah dah la kita travel beg backpack dengn the kids hahaha.. :D
DeleteMungkin jarang beli kek lapis pun ia jugak sebab tu rasa mahal hahahah :P
oh, diorg jual seloyang ke kek lapis tu? kalau jual loaf dpt jual murah sikit kan? ni dh byk tu susah jugak org nk bawak balik tapi byk tempat cantik² la di pulau batam ni
ReplyDeleteAah jual seloyang gitu.. kalau di potong tu mungkin la beli jugak satu huhuu.. travel backpack ni susah sket nak bawa brg yg fragile ni hahahah :D
DeleteSaya baca sedikit sejarah Cheng Ho pun rasa seronok.
ReplyDeleteNasib baik tidak dipaksa beli kek lapis walaupun rasa kek yang diberi uji rasa.
Kan seronok baca sejarah Cheng Ho.. Cukup la kita share 3 perenggang sahaja kat sini..
DeleteKami dh tanya dulu dia kata tak apa boleh rasa taster jer dulu..
oo itu kisah laksamana cheng ho ye..cantik warna masjid tu..
ReplyDeletePanjang lagi kisahnya tapi itulah tak mau tulis panjang2 cerita nya Hahaha :P.. Warna merah sinonim dgn cina kot..
Deletecafe macam kat Korea tu. vibe tepi pantai
ReplyDeletemahal harga kek lapis. baik beli kek tapak kuda. hehe
Aah jenis open air gitu.. Layan angin laut sipu2 hahaha.. Tapi tu la ada jual arak terus cancel cari tmpt lain.. Aik kek kuda tu pebenda hahaha :P
Deleteشكراً لك على المعلومات القيمة حول السياحة!
ReplyDeleteSyukran laka alal maklumati qimati hajlis siyahati.. :P
DeleteMemang begitulah standard harga kek lapis yang sedap, gunakan bahan premium. Saya sendiri pejam mata kalau beli bahan untuk buat kek lapis. Tapi puas hati dengan hasilnya.
ReplyDeleteNampaknya banyak tempat ada Masjid Laksamana Muhammad Cheng Ho ye. Saya ke Sumatera Ogos tahun 2023 sempat singgah di Masjid Laksamana Cheng Ho Srivijaya Palembang. Masjidnya besar dan cantik.
Mungkin saya tak biasa beli kot hahahaha.. Tetiba terasa mahal terus macam aaaa tak apa la hahaha.. :D
DeleteItulah byk tmpt yg membina masjid cheng hoo kerana sejarah pernah mengatakan beliau pernah berlabuh di nusantara ini :D
Kue lapis legit memang mahal bang. Ada sih yg murah, tapi bedalah rasa 😄. Kenapa mahal, Krn memang dalam 1 kue premium, itu bisa menghabiskan banyaak telur, butter pun yg premium, daaaaan, buat lapisannya itu per layer, tipis harus sama tingginya. Itu yg buat kue ini mahal.
ReplyDeleteKafe seperti itu memang cocoknya buat dewasa 😁. Ada tempat yg sama di jakarta sini, dekat laut juga, tapi Krn panas, saya sekali saja . Dan itupun mahal, Krn memang tempat wisata.
Itulah seyelah ramai yg memberi komentar bru lah sy fhm harga nya mmg begitu.. Sy yg jarang beli sbb tu tak berapa tahu mengenai harga nya :D
DeleteCafe seperti mmg mahal buat minum2 mmg sesuai lah sekadar mncari ketenangan gitu :D
Masjidnya cantik, sangat unik.
ReplyDeleteLebih kurang macam kek lapis sarawak, ya.
Kalau bawa handphone, sure banyak amik gambar dalam Illusion House tu.
Masjid yg ada citarasa kecinaan.. Begitulah cantik hasil nya .. Sbb masa tu badan dan penat just nak selesaikan je cepat2 huhu.. Syg tertiggal hp dlm kete supir..
DeleteComel dan unik masjidnya.
ReplyDeleteKek lapis tu kalau ada jual saiz kecik mungkin tak terasa mahal nak membeli. Macam kita beli kek lapis Sarawak.
Dan mungkin sy ni sgt kurang membeli kek lapis so bila dgr harga mcm tu rasa mcm eh mahal nyer hahaha. Kalau ada saiz sepotong mmg dah belu sekadar mencuba :D
DeleteMasjid ni memang bercirikan negara China ya. Laksamana ni pun berkelana ke Negeri Melaka juga.
ReplyDeleteItulah dikatakan sebenyak 7 kali beliau menjelajah ke Nusantara ini termasuk tanah Melaka.
DeleteTempatnya sungguh cantik..bikin betah..harga kue lapis memang cukup mahal,karena bahan"premium dan pengerjaan pun cukup sulit,butuh waktu lama untuk melapis satu satu, tiap hari raya biasanya banyak yang membuat kue ini untuk sajian hari raya.
ReplyDeleteItulah mungkin saya amat jarang membeli kueh lapis ini makanya tidak diketahui sangat harga kebiasaan yang dijual. Biasa di hari raya pasti ramai yang menjual dan banyak terhidang di setiap rumah yang dikunjungi :D
DeleteMesjid Cheng hoo pun sangat menarik, warna merah menyala,sungguh unik bentuknya,mirip dengan bangunan rumah"Cina pada umumnya yg sering saya liat di gambar
ReplyDeleteDibina atas budaya asal Laksamana Cheng Hoo yang dtg dari cina. Mmg unik masjidnya dan siaz yang kecil dan comel :D
Deletebila baca sejarah daerah Yunnan di wikipedia, rasa kagum tengok org Islam yg pertama membangun daerah itu...pernah pergi Masjid Cheng Ho di Surabaya..yg kt Malaysia, tk pernah gi lagi..huhu..
ReplyDelete.dulu2 baca ttg Laksamana Cheng Ho ni dalam buku sejarah, tapi tak pernah tulis pun yang dia ni Muslim...mati2 ingatkan cina...baca sejarah dia di Masjid Besar Xi'an..sedihkan..tiada waris...kejam betul mereka...
Itulah.. Rupanya ramai umat islam di Yunan semasa Pemerintahan Mongol..
DeleteMasjid Cheng Ho di Melaka tu nanti nak pergi jugak la..
Itulah dh pernah pergi masjid tua di Xian tu.. mmg sejarah menunjuk kan situ adalah kawasan org islam yg lama telah bertapak..