Saturday, 17 October 2026

Hong Kong & Macau Part 11 : Kowloon Mosque & Islamic Centre - Birswalk At Avenue of Stars HK

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Sambungan Dari Hong Kong & Macau Part 10 : Halal Egg Tart At Maarof Puff Bake - Dinner At Sher-E- Punjab

Malam tu aku balik awal ke hotel sebelum pukul 11.00 malam sebab for sure orang akan ramai que untuk naik lift macam petang tadi. Sampai di bilik dan setelah mandi bagai aku macam tak confident dengan keselamatan sebab takut tetiba tengah malam ada orang buka pintu hahaa. Aku pun hadang pintu dengan katil supaya tak ada orang boleh buka πŸ˜ͺ.

Berjalan menuju ke Kowloon Mosque di subuh hari yang sunyi.
Kalau waktu siang bukan ramai orang lalu lalang di sini.
Kelihatan Station MTR Tsim Sha Tsui telah pun dibuka pada pukul 5.50 pagi.
Kalau korang ada di situasi aku ketika pasti korang akan buat benda yang sama. Sebab tu aku tak suggest untuk korang especially wanita dan orang tua untuk stay di sini. Sepanjang malam walau lena aku tidur tapi terjaga juga 2-3 kali. Dan dalam pukul 5.15 pagi aku dah segar tak boleh tidur langsung.

Maka bersiaplah aku untuk ke Kowloon Masjid yang terletak berdekatan dengan hotel untuk menunaikan solat subuh. Waktu ni memang clear tiada seorang pun yang que nak tunggu lift samada nak turun atau naik. Sampai di masjid sebelum masuk waktu, nak tergelak pun ada sebab kalau di rumah bukan main susah nak datang masjid bersolat subuh πŸ˜….

Hampir satu saf penuh ketika solat subuh dan selepas solat sempat aku berbual dengan imam. Aku dimaklumkan semua imam di sini di import dari India dan setiap kali imam di posting ke Kowloon Masjid ini adalah di antara 4 hingga 5 tahun.

Di sini terdapat sebuah madrasah dan juga kelas pengajian khas untuk para mualaf yang baru masuk dan juga kelas penerangan untuk mengenali islam. Air minum dari water filter juga disediakan (3 botol juga aku isi air subuh tu). Masjid ini juga dijadikan sebagai tempat berkumpul jemaah tabligh dari seluruh dunia dalam usaha dakwah di sekitar Hong Kong.

Dibina pada tahun 1896 oleh the Hong Kong Regiment to serve Indian Muslim soldiers of the British Army stationed at the nearby Whitfield Barracks and today known as Kowloon Park. Dan telah dibina semula pada tahun 1984 setelah hampir 100 tahun berdiri. Ini adalah akibat dari kerosakan besar kesan dari pembinaan Mass Transport Railway (MTR).

Pemandangan Kowloon Mosque & Islamic Centre dari atas hotel yang berdekatan.
It was designed by architect I.M. Kadri dengan sumbangan sebanyak HKD25 million dari pihak MTR dan juga dari orang-orang setempat. Mengambil masa lebih 4 tahun untuk disiapkan yang bermula pada 6th March 1981. Masjid yang mempunyai 4 menara dan satu khubah ini boleh memuatkan 3,500 orang jemaah dalam satu-satu masa.

Berjalan menuju ke waterfront Avenue of Star Hong Kong.
At last sampai di Avenue of Star Hong Kong selepas berjalan 1km dari Kowloon Mosque.
Selesai solat aku mula berjalan ke arah Hong Kong Star Avenue sebab semalam dah lewat malam dengan orang yang terlalu ramai. So pagi ni kita nak briswalk tenang-tenang sepanjang waterfront dan misi mencari Statue Bruce Lee.

Dan misi mencari plaque nama-nama famous Hong Kong Actor as u all know seperti Jackie Chan, Jet Li, Andy Lau, Arron Kwok, Stephen Chow, Maggie Cheung, Anita Mui dan ramai lagi 😎. Terdapat lebih 115 nama-nama di sepanjang waterfront ini samada pelakon, penyanyi, penari dan director terkenal yang telah menaikan nama industri Hong Kong.

LEGOLAND Discovery Centre Hong Kong.
K11 MUSEA Shopping Mall.
Terasa keseronokan berjalan seorang diri pagi ini dengan cuaca yang sangat sejuk, ditambah pula dengan keadaan yang sangatlah tenang dengan hampir ketiadaan langsung orang di beberapa tempat di Avenue of Stars HK ini πŸ‘. 

Malam tadi nak berjalan pun susah sampai terlanggar bahu beberapa kali dek ramainya orang huhu.. Apa pun aku nak suggest pada pembaca semua, untuk melihat keindahan di sini kena try datang pada waktu malam dan juga siang.

Molly - Ikon klasik Pop Mart dicipta oleh artis Hong Kong, Kenny Wong.
Di sini bukanlah sahaja boleh menikmati pemandangan yang indah ke arah Hong Kong Island tapi sesuai juga untuk dibawa kanak-kanak sekali sebab ada beberapa statue watak karekter kartun yang berasal dari Hong Kong.

Selain itu terdapat juga beberapa cafe dan restoran di sepanjang waterfront Avenue of Star Hong Kong ini. Waktu pagi ini kelihatan terdapat beberapa orang sedang memancing di sini walau terdapat signboard dilarang memancing di sini.

Pemandangan di pagi hari nampak macam ada awan mendung di situ.
Geram pula bila melihat orang-orang yang memancing di sini sebab kalau boleh kita pun nak mancing sekali hahaha.. Banyak juga hasil yang mereka dapat memancing semalaman di sini. Dari starting point Victoria Harbour ke Avenue of Stars HK sehinggalah aku berjalan menuju ke penghujung di mana terletaknya Statue of Bruce Lee dan Anita Mui.

Plaque Number 99 - Mr. Aaron Kwok Fu Shing 
Plaque Number 71 - Ms. Dato' Michelle Yeah Choo Kheng.
The only Malaysian name here. Mesti bangga orang Perak, Yeob πŸ˜‰.
Plaque Number 68 - Ms. Maggie Cheung (Dari muda sampai tua tetap cantik).
Last movie sebelum retired was Hot Summer Days 2010 itu pun sebagai Cameo.
Gigih aku baca kesemua nama-nama yang berada di sepanjang pier ini. Sebab kalau boleh tak nak la tertinggal satu nama yang dikenali, kan? πŸ˜‚ Actually aku ambil gambar lebih 50 nama di sini tapi aku share nama-nama yang famous sahaja. 

Nanti panjang sangat pulak entry ini. If ada request dari u all, nanti aku buat entry khas untuk semua plaque nama di sini.

Plaque Number 67 - Mr. Jet Li - My Childhood Hero 😎
Plaque Number 66 - Mr. Andy Lau Tak Wah
Plaque Number 64 - Mr. Chow Yun Fat
Plaque Number 59 - Mr. Jackie Chan 😎
Kids from 1980's to 2010 World Best Childhood Hero.
Namun ketika ini aku tak jumpa beberapa nama seperti pelakon Ip Man - Donnie Yen. Ketika mencari info untuk buat entry ini, baru aku tahu ada kriteria yang diambil kira dan sejauh mana dan banyak mana mereka membantu industri perfileman untuk menaikan nama Hong Kong itu sendiri. Namun itu bukan lah jawapan sepenuhanya.

Masih terdapat banyak lagi nama-nama yang hebat dan terkenal yang belum diletakan di sini. Dan bukanlah kerana mereka tidak layak tapi sebab kekangan masa dari pihak pengurusan dan juga dari pihak actor itu sendiri dalam menyiapkan dan menyediakan plaque nama berkenaan. Oleh itu setiap tahun pasti akan ada penambahan baru.

Bronze Statue of Anita Mui - known as Daughter of Hong Kong.
Bronze Statue of Bruce Lee - "Never ask why his statue was built here".
My last destination pagi ini nak lihat Statue of Bruce Lee & Anita Mui dan selepas itu aku berpatah balik ke Victoria Harbour. Sebab kalau nak terus berjalan sampai ke penghujung pier macam tak nampak jalan nak balik dah hahahaa.. Ini pun pergi balik dah 1.4km pastu tambah lagi 700 meter untuk balik ke hotel. Awal pagi lagi dah jalan hampir 3.5km 😏.

Bersambung Hong Kong & Macau Part 12 : (Under Construction)

No comments:

Post a Comment