Friday, 2 October 2026

Salam 02 Oktober 2026 - Jumaat Yang Barakah

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Alhamdulillah masih diberi keizinan untuk bernafas di atas muka bumi ini. Moga semua yang baik kita amalkan sentiasa dan mana yang tidak baik kita jauhkan. 

Sedar tak sedar berbaki 3 bulan lagi sebelum tirai tahun 2026 akan ditutup. Dan berbaki 5 bulan lagi sebelum bulan Ramadhan Al Mubarak kembali menemui kita. Rasa masih baru suasana Ramadhan yang lepas dan masih kuat diingatan.

Cerita travel semasa puasa dan menyambut Hari Raya Aidilfitri di Yunnan tahun ini pun belum berkesempatan untuk dicoretkan dalam blog ini. Harap dapatlah ditulis habis kisah pengembaraan sebelum sampai next Aidilfitri.

Banyak yang berlaku semenjak dua ini - Perginya Tun Dr Siti Hasmah Binti Mohamad Ali seorang wanita yang hebat yang mengenali suami beliau dari sebelum perang dunia kedua sehingga menjadi antara doktor wanita melayu pertama di Malaysia dan kemudian menjadi isteri kepada seorang Perdana Menteri sebanyak dua kali. 

Al-Fatihah buat Allahyarham Tun Dr Hasmah Binti Mohamad Ali.
Jerebu yang tak berkesudahan walau ia berlaku pada setiap tahun. Yang membakar dan yang dapat keuntungan adalah negara lain tapi yang menanggung akibat asap jerebu adalah negara lain. Patut dah boleh bincang dalam persidangan ASEAN kena ada guide line dan denda yang harus ditanggung akibat perbuatan jerebu ini.

Pengarah AKPS Datuk Seri Shuhaily Mohd Zain.
Sembang pula berkenaan video Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain Pengarah AKPS yang viral. Kenyataan media Datuk Shuhaily jelas bahawa anggota polis tersebut tak sepatutnya ada di tempat soal siasat dan kenapa video tu disebarkan.

Memang nampak konspirasi nak jatuhkan beliau. Ye la banyak tangkapan dibuat memang tokan dadah tak duduk senang la sekarang ni. Dua anggota polis tu bagi aku, baru kena jerkah sikit, telinga kena piat dan kepala kena hantuk sama kepala pun nak buat report. Easy word "Lembik" dan "Lemah" jangan sarung baju beruniform la.

24 comments:

  1. Baca kat threads kebanyakkan posting marahkan orang yang viralkan video dan yang kena marah tu. Datuk tu jalankan tugas dia. Mesti ada sebab kenapa dia naik hantu tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes patut yang viralkan video tu wajib disiasat juga sebab membocorkan sumber dalaman.. Yes betul ada sebab kenapa dia naik angin giler time tu.. somehow dia pun bekas polis juga.. kan huhuu

      Delete
  2. begitulah bila org buat kerja. Ada je yang tak suka dan hmmmm mungkin juga rakan sejawatan. Jabatan Integriti tu kalau betul2 telus, ramaiiiiiii betul org atasan yang disoal siasat di situ. Huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selagi mana budaya yang suka buat kerja dengan baik dan ikhlas diganggu oleh mereka yang tak suka mmg makin susah la Malaysia nak bendung masalah mafia korporat ni. Yes mmg ramai yang kena kalau Malaysia dah benteras semuanya..

      Delete
  3. Cepat betul masa berlalu, dah masuk Oktober dan kisah Yunnan waktu Ramadan serta Aidilfitri pun masih menunggu giliran untuk dicoretkan. 😊 Semoga sempat habiskan semua catatan pengembaraan sebelum Ramadan dan Syawal seterusnya tiba.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah terasa cepat betul masa berlalu.. Rasa macam baru jer balik Yunna tempoh hari huhuhu.. Itulah setakat ini memang berazam nak selesaikan cerita Yunnan sebelum masuk next ramadhan..

      Delete
  4. Paling terkesan pastinya pemergian bonda kita semua, Tun Dr Siti Hasmah. Sampai hari ni masih terasa sebak :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes terkesan sangat... ramai yang turut sedih dan berduka atas pemergian beliau.. semoga ditempatkan bersama orang yang beriman amin..

      Delete
  5. Salam takziah atas pemergian Tun Siti Hasmah

    Baru juga baca pasal cerita Datuk Suhaily tu, semoga keadilan berpihak kepada beliau

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga keadilan mudah untuk Datuk Shuhaily dan terus memegang AKPS dlm menjaga sempadan negara..

      Delete
  6. Salam hujung minggu..
    Kita sampai sekarang tak boleh video dan gambar TunM, sedaih sangatttt :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju... Masih lagi terasa pemergian beliau dan sedih melihat air mata Tun M..

      Delete
  7. Semoga rohnya di tempatkan dikalangan orang yang beriman

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin... Semoga rohnya ditempatkan bersama para org yg beriman.. 🀲🏻🀲🏻

      Delete
  8. Macam baru baca ramai yang nak jatuhkan Datuk Shuhaily ni.. terutama lepas kes dadah yang kat Laos.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg la tokan dadah semua tak senang duduk sebab banyak sgt stock nak hantar ke luar negara kantoi..

      Delete
  9. Selalu nampak muka beliau, Datuk Shuhaily kat TV ni.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul... Semoga Allah pelihara Tuan Shuhaily dari ancaman nak jatuhkan dia..

      Delete
  10. Semoga rohnya Tun dicucuri Rahmat & ditempatkan bersama mereka yang beriman.

    Macam-macamlah berita sekarang ni, Moga Malaysia sentiasa dilindungi dari segala kejahatan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin.. semoga beliau ditempatkan bersama para syuhada dan para solehin di dalam syurga.. itulah makin menjadi jadi keadaan di Malaysia ini.. semoga aman sentiasa..

      Delete
  11. Ψ§َΩ„Ω„َّΩ‡ُΩ…َّ Ψ§ΨΊْفِΨ±ْ Ω„َΩ‡َΨ§ وَΨ§Ψ±ْΨ­َΩ…ْΩ‡َΨ§ وَΨΉَافِΩ‡َΨ§ وَΨ§ΨΉْفُ ΨΉَΩ†ْΩ‡َΨ§

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin Amin... sedih tgk semua video Tun M ketika pengebumian..

      Delete
  12. kat malaysia ni mmg pelik
    yg rajin buat kerja
    yg membanteras itu ini
    yg buat kerja bagai nak rak
    yg tu laa akan pertama dipecat or disabotag or ditukarkan ke jabatan lain
    baik pangkat rendah or tinggi
    ada tgn ghaib yg tak suka tengok org berdedikasi dan rajin bekerja sbb nnt 'terjejas' periuk nasi mereka #ytjt

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes... Siapa yg rajin ikhlas bukan kaki ampu.. itulah yg susah nak naik dan masa depan tak cerah.. semoga Allah sentiasa pelihara Malaysia dari tangan tangan jahat yg sentiasa mencari keuntungan sendiri dgn cara yg salah..

      Delete