Friday, 2 October 2026

Salam 02 Oktober 2026 - Jumaat Yang Barakah

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Alhamdulillah masih diberi keizinan untuk bernafas di atas muka bumi ini. Moga semua yang baik kita amalkan sentiasa dan mana yang tidak baik kita jauhkan. 

Sedar tak sedar berbaki 3 bulan lagi sebelum tirai tahun 2026 akan ditutup. Dan berbaki 5 bulan lagi sebelum bulan Ramadhan Al Mubarak kembali menemui kita. Rasa masih baru suasana Ramadhan yang lepas dan masih kuat diingatan.

Cerita travel semasa puasa dan menyambut Hari Raya Aidilfitri di Yunnan tahun ini pun belum berkesempatan untuk dicoretkan dalam blog ini. Harap dapatlah ditulis habis kisah pengembaraan sebelum sampai next Aidilfitri.

Banyak yang berlaku semenjak dua ini - Perginya Tun Dr Siti Hasmah Binti Mohamad Ali seorang wanita yang hebat yang mengenali suami beliau dari sebelum perang dunia kedua sehingga menjadi antara doktor wanita melayu pertama di Malaysia dan kemudian menjadi isteri kepada seorang Perdana Menteri sebanyak dua kali. 

Al-Fatihah buat Allahyarham Tun Dr Hasmah Binti Mohamad Ali.
Jerebu yang tak berkesudahan walau ia berlaku pada setiap tahun. Yang membakar dan yang dapat keuntungan adalah negara lain tapi yang menanggung akibat asap jerebu adalah negara lain. Patut dah boleh bincang dalam persidangan ASEAN kena ada guide line dan denda yang harus ditanggung akibat perbuatan jerebu ini.

Pengarah AKPS Datuk Seri Shuhaily Mohd Zain.
Sembang pula berkenaan video Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain Pengarah AKPS yang viral. Kenyataan media Datuk Shuhaily jelas bahawa anggota polis tersebut tak sepatutnya ada di tempat soal siasat dan kenapa video tu disebarkan.

Memang nampak konspirasi nak jatuhkan beliau. Ye la banyak tangkapan dibuat memang tokan dadah tak duduk senang la sekarang ni. Dua anggota polis tu bagi aku, baru kena jerkah sikit, telinga kena piat dan kepala kena hantuk sama kepala pun nak buat report. Easy word "Lembik" dan "Lemah" jangan sarung baju beruniform la.

5 comments:

  1. Baca kat threads kebanyakkan posting marahkan orang yang viralkan video dan yang kena marah tu. Datuk tu jalankan tugas dia. Mesti ada sebab kenapa dia naik hantu tu.

    ReplyDelete
  2. begitulah bila org buat kerja. Ada je yang tak suka dan hmmmm mungkin juga rakan sejawatan. Jabatan Integriti tu kalau betul2 telus, ramaiiiiiii betul org atasan yang disoal siasat di situ. Huhu

    ReplyDelete
  3. Cepat betul masa berlalu, dah masuk Oktober dan kisah Yunnan waktu Ramadan serta Aidilfitri pun masih menunggu giliran untuk dicoretkan. 😊 Semoga sempat habiskan semua catatan pengembaraan sebelum Ramadan dan Syawal seterusnya tiba.

    ReplyDelete
  4. Paling terkesan pastinya pemergian bonda kita semua, Tun Dr Siti Hasmah. Sampai hari ni masih terasa sebak :(

    ReplyDelete
  5. Salam takziah atas pemergian Tun Siti Hasmah

    Baru juga baca pasal cerita Datuk Suhaily tu, semoga keadilan berpihak kepada beliau

    ReplyDelete