Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia
Alhamdulillah masih diberi keizinan untuk bernafas di atas muka bumi ini. Moga semua yang baik kita amalkan sentiasa dan mana yang tidak baik kita jauhkan.
Sedar tak sedar berbaki 3 bulan lagi sebelum tirai tahun 2026 akan ditutup. Dan berbaki 5 bulan lagi sebelum bulan Ramadhan Al Mubarak kembali menemui kita. Rasa masih baru suasana Ramadhan yang lepas dan masih kuat diingatan.
Cerita travel semasa puasa dan menyambut Hari Raya Aidilfitri di Yunnan tahun ini pun belum berkesempatan untuk dicoretkan dalam blog ini. Harap dapatlah ditulis habis kisah pengembaraan sebelum sampai next Aidilfitri.
Banyak yang berlaku semenjak dua ini - Perginya Tun Dr Siti Hasmah Binti Mohamad Ali seorang wanita yang hebat yang mengenali suami beliau dari sebelum perang dunia kedua sehingga menjadi antara doktor wanita melayu pertama di Malaysia dan kemudian menjadi isteri kepada seorang Perdana Menteri sebanyak dua kali.
![]() |
| Al-Fatihah buat Allahyarham Tun Dr Hasmah Binti Mohamad Ali. |
![]() |
| Pengarah AKPS Datuk Seri Shuhaily Mohd Zain. |


Baca kat threads kebanyakkan posting marahkan orang yang viralkan video dan yang kena marah tu. Datuk tu jalankan tugas dia. Mesti ada sebab kenapa dia naik hantu tu.
ReplyDeleteYes patut yang viralkan video tu wajib disiasat juga sebab membocorkan sumber dalaman.. Yes betul ada sebab kenapa dia naik angin giler time tu.. somehow dia pun bekas polis juga.. kan huhuu
Deletebegitulah bila org buat kerja. Ada je yang tak suka dan hmmmm mungkin juga rakan sejawatan. Jabatan Integriti tu kalau betul2 telus, ramaiiiiiii betul org atasan yang disoal siasat di situ. Huhu
ReplyDeleteSelagi mana budaya yang suka buat kerja dengan baik dan ikhlas diganggu oleh mereka yang tak suka mmg makin susah la Malaysia nak bendung masalah mafia korporat ni. Yes mmg ramai yang kena kalau Malaysia dah benteras semuanya..
DeleteCepat betul masa berlalu, dah masuk Oktober dan kisah Yunnan waktu Ramadan serta Aidilfitri pun masih menunggu giliran untuk dicoretkan. 😊 Semoga sempat habiskan semua catatan pengembaraan sebelum Ramadan dan Syawal seterusnya tiba.
ReplyDeleteItulah terasa cepat betul masa berlalu.. Rasa macam baru jer balik Yunna tempoh hari huhuhu.. Itulah setakat ini memang berazam nak selesaikan cerita Yunnan sebelum masuk next ramadhan..
DeletePaling terkesan pastinya pemergian bonda kita semua, Tun Dr Siti Hasmah. Sampai hari ni masih terasa sebak :(
ReplyDeleteYes terkesan sangat... ramai yang turut sedih dan berduka atas pemergian beliau.. semoga ditempatkan bersama orang yang beriman amin..
DeleteSalam takziah atas pemergian Tun Siti Hasmah
ReplyDeleteBaru juga baca pasal cerita Datuk Suhaily tu, semoga keadilan berpihak kepada beliau
Semoga keadilan mudah untuk Datuk Shuhaily dan terus memegang AKPS dlm menjaga sempadan negara..
DeleteSalam hujung minggu..
ReplyDeleteKita sampai sekarang tak boleh video dan gambar TunM, sedaih sangatttt :(
Setuju... Masih lagi terasa pemergian beliau dan sedih melihat air mata Tun M..
DeleteSemoga rohnya di tempatkan dikalangan orang yang beriman
ReplyDeleteAmin... Semoga rohnya ditempatkan bersama para org yg beriman.. 🤲🏻🤲🏻
DeleteMacam baru baca ramai yang nak jatuhkan Datuk Shuhaily ni.. terutama lepas kes dadah yang kat Laos.
ReplyDeleteMmg la tokan dadah semua tak senang duduk sebab banyak sgt stock nak hantar ke luar negara kantoi..
DeleteSelalu nampak muka beliau, Datuk Shuhaily kat TV ni.....
ReplyDeleteBetul... Semoga Allah pelihara Tuan Shuhaily dari ancaman nak jatuhkan dia..
DeleteSemoga rohnya Tun dicucuri Rahmat & ditempatkan bersama mereka yang beriman.
ReplyDeleteMacam-macamlah berita sekarang ni, Moga Malaysia sentiasa dilindungi dari segala kejahatan
Amin.. semoga beliau ditempatkan bersama para syuhada dan para solehin di dalam syurga.. itulah makin menjadi jadi keadaan di Malaysia ini.. semoga aman sentiasa..
Deleteاَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهَا وَارْحَمْهَا وَعَافِهَا وَاعْفُ عَنْهَا
ReplyDeleteAmin Amin... sedih tgk semua video Tun M ketika pengebumian..
Deletekat malaysia ni mmg pelik
ReplyDeleteyg rajin buat kerja
yg membanteras itu ini
yg buat kerja bagai nak rak
yg tu laa akan pertama dipecat or disabotag or ditukarkan ke jabatan lain
baik pangkat rendah or tinggi
ada tgn ghaib yg tak suka tengok org berdedikasi dan rajin bekerja sbb nnt 'terjejas' periuk nasi mereka #ytjt
Yes... Siapa yg rajin ikhlas bukan kaki ampu.. itulah yg susah nak naik dan masa depan tak cerah.. semoga Allah sentiasa pelihara Malaysia dari tangan tangan jahat yg sentiasa mencari keuntungan sendiri dgn cara yg salah..
Deletekat msia memang gini...byk tempat/agency yg corrupted :( mcm ala2 open secret gitu...
ReplyDeleteItulah kena bendung dari awal.. kalau tidak nanti lama-lama teruk dan jatuh Malaysia dgn org korupsi ini..
Deletememang ada percubaan utk jatuhkan dato suhaily tu. orang yang ada integriti dan tegas ni cukup dibenci oleh orang2 yg kuat rasuah
ReplyDelete