Saturday, 7 March 2026

Bulgaria Part 3 : The History of Ancient Serdica City - 1st Century AD

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia


Currently aku not in mood nak menulis sebab tengah stress yang teramat. First sebab my work yang terlalu banyak untuk disiapkan dan management push untuk siapkan cepat semua kerja sebelum cuti raya dan kerja-kerja selepas cuti raya.

Dan pada yang sama mungkin ada yang rasa iri hati sebab mereka dah tahu aku apply cuti raya banyak hari selepas tarikh hari raya dan few days sebelum raya. Tak apalah esok lusa kita try apply kerja tempat lain hahaha. Ada aku kesah? 😅

Kurang dari 50 meter dari Stivan Iskan Hotel ada satu kawasan peninggalan sejarah.
Untuk entry kali ini aku nak cerita kenapa Bandar Sofia ini adalah antara tempat yang wajib untuk kunjungi at least sekali dalam seumur hidup. Ada dua sebab kenapa Sofia sangat menarik ialah pertama dari segi history yang telah lama bertapak di sini seawal 500BC century. Kedua adalah sumber alam semula jadi yang sangat kaya di sini.

Boleh dikatakan setiap inci di bawah bandar moden sofia ini ada peninggalan sejarah.
Yang ini lebih kepada terbuka kepada orang sebab dah banyak sangat kawasan bersejarah.
Tak jauh dari penginapan hotel aku terdapat sebuah kawasan peninggalan bersejarah yang dicatatkan sebagai dari sebahagian Kota Serdica ketika zaman pemerintahan Rome yang bermula dari sebelum The First Century AD lagi.

Di mana sahaja kita berjalan di bandar ini akan terdapat banyak peninggalan sejarah sehingga ada sebahagian kawasan sejarah tidak terlalu dijaga sehingga dibiarkan begitu sahaja. The biggest penemuan adalah ketika kerja-kerja membina laluan metro bawah tanah pada tahun 2004. Yang telah menemui The Ancient Roman city of Serdica 29BC-343AD.

Ancient City of Serdica Complex hanya kurang 50 meter dari Banya Bashi Mosque.
Peinggalan Kota Serdica semasa berada di bawah pemerintahan Rome 29BC-343AD.
Apa yang berada di kawasan luar ini adalah percuma untuk kita explore.
Jika nak lihat lebih detail yang berada di dalam muzium that part kena bayar.
Sejarah lain mengenai penemuan peninggalan Bangsa Serdi yang dikatakan sebagai bangsa pertama membuka penempatan di sini pada 2,000BC. Byzantine Emperor Justinian I telah membina semula kota ini pada tahun 447AD selepas dihancurkan oleh Bangsa Hun yang telah mengalahkan Rome pada tahun-tahun sebelumnya terutama ketika Battle of the Utus.

Penemuan Kota Serdica ini ketika kerja-kerja pembinaan lalun metro bawah tahan.
Dalam Archeological Exhibition Ancient Serdica lebih banyak binaan yang masih utuh.
Medieval Period adalah waktu bermulanya the First Bulgarian Empire by Khan Krum in 809AD. Dan pada tahun 1385AD Ottoman Empire telah berjaya menakluk Sofia dan juga hampir keselurahan negara Balkan dan menjadikan ia sebagai pusat pemerintahan Rumelia iaitu kawasan jajahan untuk negara balkan di bawah Ottoman.

Orhtodox Church Saint Petka Samardjiyska.
Di bina ketika era pemerintahan Ottoman Empire pada kurun ke-14.
Ketika perang antara Russo-Turkish War 1877-78. Sofia telah berjaya diambil alih oleh pihak Russia. Dan pada tahun 1908 terlahirlah The Kingdom of Bulgaria yang kekal sehingga ke hari ini. Dan di era Perang Dunia Kedua 1945-1946 kekalahan Bulgaria yang menyokong Nazi German setelah ditawan oleh Tentera Soviet Union.

Maka bermulah Sofia menjadi ibu negara kepada The Communist-ruled People's Republic of Bulgaria 1946-1989 dan ia menjadi sejarah akhir sebelum kemunculan Bulgaria yang moden setelah kejatuhan Soviet pada 1990. Oleh itu terdapat banyak binaan yang berunsurkan soviet di Sofia ini dan ia masih lagi digunakan oleh pihak pentadbiran sekarang.

Sebahagian dari salah satu dinding menara Kota Serdica yang dijumpai.
Laluan yang memang rare untuk ke undergraound station metro.
Untuk aku yang sukakan hal-hal yang berkaitan dengan sejarah ini memang sangat mengagumkan bila kita sampai di sini. Melihat dan membaca setiap satu maklumat yang dikongsi kepada para pelancong. The biggest archeology site mengenai Serdica adalah terletak lebib kurang 50 meter sahaja bersebelahan dengan Banya Bashi Mosque.

Impress dengan pihak berkuasa yang memilih untuk preserve sturktur sejarah di sini. 
Kesemua artifak yang dijumpai dipamer secara percuma di laluan ke arah metro station.
Hanya perlu untuk menuruni anak tangga untuk melihat dan merasi kota purba ini - The Ancient Serdica Cultural Complex. Tiada bayaran yang dikenakan melainkan jika kita mahu masuk untuk melihat dengan lebih detail ke Archaeological Remain of Ancient Serdica Museum yang aku rasa satu-satunya bahagia yang berbayar. 

Laluan atau jalan yang wujud dari 2000 tahun lepas.
Dan sekarang dijadikan lalu untuk ke station metro underground.
Antara pelbagai artifak dari peninggalan Empire Rome yang dijumpai dari kawasan sekitar.
Almost 90% of historical site di Bandar ini adalah percuma tapi kalau suka kan yang lebih detail boleh la masuk ke beberapa muzium di sini. Dari Banya Bashi Mosque kita turun the first step dan terus berjalan sehingga ke hujung tapak bersejarah ini. Dan akan menemui Medieval orthodox temple of St. Petka Samardjiyska.

Aku rasa kalau di Malaysia tak mungkin semua ini dipamerkan secara percuma 😅.
Kota Serdica yang berusia 2000 tahun yang telah tertimbus dan dijumpai semula pada 2004.
Sebuah gereja ortodox bersejarah yang brsaiz kecil dan comel berusia ratusan tahun telah dibina pada kurun ke-14 semasa pemerintahan Ottoman dan ia dibuka 24 jam cuma tak tahu kenapa ketika aku ke sini pintu church ini dikunci.

Kedudukan church ini lebih rendah dari jalan raya yang sibuk di Bandar Sofia. Boleh la nak ambil gambar keseluruhan church ini dari atas. Dan di tak jauh dari church ini terdapat banyak kedai-kedai yang menjual souvenir dari pakaian, perhiasan rumah sehinggalah fridge magnet, keychain dan cawan dan cuma harga di sini agak pricy sedikit.

Bersambung Bulgaria Part 3 : (under construction)

No comments:

Post a Comment