Selepas Sulaiman Lee inform yang dia masih stuck di Johannesburg sebab ada masalah dengan flight ticket beliau. Aku dah mula stuck macam tak tahu nak buat apa. Maka kami pun buat perbincangan berempat nak buat macam mana. Nak cari accommodation untuk malam ni atau teruskan sahaja perjalanan ke Daerah Chipata.
Dan kemudian azan asar pun berkumandang di masjid ni. Ramai lah jemaah yang mula masuk ke masjid dan boleh kata kesemuanya memandang ke arah kami. Macam kami ni Jemaah Tabligh pula mana tak nya dengan beg backpack lagi hahahaa.
Selepas solat berjemaah ade seorang Pakcik India ni tanya dengan aku datang dari mana..? Nak buat apa..? Nak ke mana..? Lepas aku explain pada beliau situasi kami. Dia kata buat apa nak susah-susah cari hotel, datang jer rumah dia jer. Kebetulan rumah sewa dia yang tak jauh dari masjid ni tengah kosong.
![]() |
Simbol kebebasan bersuara di Zambia. |
Bergambar bersama rombongan sekolah yang melawat Lusaka National Museum |
Maka kami pun ape lagi tersenyum lebar dibuatnya. Lepas habis bacaan hadis selepas asar di dalam masjid. Kami pun ikut pakcik tu naik kereta Toyota Land Cruiser beliau. Terus pergi rumah sewa dia sebuah rumah yang attach dengan rumah pakcik ni juga.
Waktu malam selepas isya balik dari masjid tiba-tiba dia datang bawa makanan ke rumah sewa. Scrumbe Eggs, Sosej, Daging hancur yang dimasak dengan capsicum dan bawang, dan sayur bendi goreng berempah kering. Makan dengan satu loaf roti. Siap tambah lagi. Ini first time dapat makan proper dalam dua hari ni huhuu.. :D
![]() |
Cara menghidupkan api pada zaman dahulu. |
Antara kereta yang digunakan ketika era zaman perintahan penjajah. |
Antara senjata yang digunakan oleh para pejuang |
Di Lusaka ni sebenarnya tak banyak perkara yang kita boleh lakukan. Mostly kalau tempat cantik nature tu kebnayakan berada di luar bandar. Maka keesokan pagi kami dicadangkan oleh pakcik tu untuk ke National Museum of Zambia. Sebab dia pun berkerja tak dapat nak bawa kami jalan-jalan.
Pada keesokan pagi tu kami ikut pakcik tu pergi kerja dan dia drop kan kami di depan Lusaka National Museum. Entrance USD 5.00 per person. Kira mahal jugak la sebab dalam agak kosong tak banyak benda yang di pamerkan. Mungkin kalau minat sejarah ok la kot.
Replika gambaran perkampungan luar bandar di Negara Zambia. |
![]() |
Benda pelik benda yang ini. Di tanya tapi tak dijawap pula hahaa.. |
Asal plan classmate aku Sulaiman Lee tu yang akan bawa jalan-jalan tapi bila dia dah tak ada. Mati akal dibuatnya. Nak study tempat-tempat yang menarik pun macam dah no point sebab masa dah habis banyak. So hari kedua kami hanya ke Lusaka National Museum dan jalan-jalan disekitar bandar.
Waktu asar kami ke masjid yang sama sebab dah janji dengan pakcik tu jumpa di masjid lepas solat ikut dia balik rumah. Alhamdulillah bersyukur sangat bila ditemukan dengan orang yang baik hati ikhlas membantu. Gambar dengan pakcik tu tak ada sebab dia tak bagi ambil gambar dia.
![]() |
Freedom Statue of Zambia. Berada di uar banguanan muzium. |
Hari ketiga kami angkat beg ikut pakcik tu solat subuh di masjid dan kami berpisah sebab kami akan menaiki bas ke Chipata sejauh 570km dari Lusaka. Nanti aku kongsikan naik bas sempit. Bas yang sama saiz di malaysia tapi insted kerusi dua kiri dua kanan. dia buat 3 kiri 3 kanan. itu belum yang masuk bawa ayam hidup dengan kambing lagi. bas yang panas tak ada aircond hanya ada tingkap. Itu pun org afrika tak suka buka tingkap . serius panas tak tahan. diorang siap kata buka tingkap kene angin nanti akan sakit.
Amazing, unik dan kelihatan sejarah lalu, rupanya semua negara pernah di jajah..dan kesan tinggalan dipamerkan.Dulu kehidupan amat primitif..gaya hidup begitu memilukan.
ReplyDeleteNegara afrika lah paling teruk dijajah sebab negara afrika ini kaya degan sumber asli.. muzium tempat paling bagus utk kita kenali sejarah..
DeleteAlhamdulillah, ditemukan dengan orang yang baik2...
ReplyDeletesygnya pakcik tak suka diambil gambar...kenangan terpahat di memori sahaja
Alhamdulillah syukur sgt.. itulah tak suka gmbr diambil maka tiadalah memori bersama.. ☺️
Deleteseronoknya kalau travel ramai yang seislam, senang nak minta tolong
ReplyDeleteKan.. sebab tu bila travel tempat paling utama kena ziarah ialah masjid.. ada masjid pasti ada makanan halal and so on..
DeleteSeronok dapat jumpa orang baik-baik tapi kalau saya memang cari hotel bajetlah sebab perempuan, takut nak tumpang rumah orang.
ReplyDeleteDalam kesusahan, Allah pertemukan dengan insan yang baik. Untung betul dapat menginap di homestay dan siap di jamu lagi oleh tuan rumah. Rezeki sungguh lah kan.
ReplyDeleteYe, kalau minat sejarah pasti seronok datang ke muzium ni. Boleh pulak ek soalan tak ada jawapan. Agaknya dia pun tak tahu apa benda tu. hihi...
jauh berjalan luas pemandangan..byk betul brg2 unik dan pelik (ur pics)...kagum!
ReplyDelete