Assalamualaikum dan Salam Sejahtera 1 Malaysia..
Salam Ramadhan 1433 Hijrah.
Pertama kali reason kenapa blog ini dibuat adalah kerana nak share my own experience dalam dunia pengembaraan backpakcers around the world. Mungkin ada any information yang berguna yang boleh diguna pakai oleh pembaca di sini perhaps. Second reason is sebab ramai kawan-kawan dan kenalan yang request untuk aku buat blog.
Alhamdulillah official hari ini 13 September 2012 - 16 countries in 3 continents Asia, Africa and Europe dah berjaya dijejaki. England, France, Belgium, Netherlands, Sweden, South Africa, Zimbabwe, Zambia, Malawi, Botswana, Mozambique, Swaziland, U.A.E, Singapore, Cambodia dan Malaysia.
Misi menawan separuh negara di dunia ini atau 89 negara sebelum umur mencapai 35 tahun. Then kene start fikir untuk mempunyai keluarga sebab life dengan hobby kene balance. Tak boleh mengejar impian hingga mengabaikan hari tua.
Dan kita tahu selepas berkeluarga dan mempunyai anak-anak. Masa akan menjadi terlalu terhad untuk kita membuat sesuatu. Right now proundly i'm still single and that the only reason for me to do what i want for my life. :D
| Air terjun terlebar di dunia (1.2km) - Victoria Falls @ Zimbabwe & Zambia. |
![]() |
| Swedish Apple is every where here in Stockholm, Sweden. |
Satu sebab orang biasa macam aku nak travel sebab minat nak lihat negara orang lain. Kita just nak travel just for that sake. So janganlah travel macam orang kaya. Pakai baju yang dah 2-3 hari pun kita tetap sampai di sesuatu destinasi tersebut.
Di situ datangnya term "Backpackers" ini. Travel dengan cara murah dan mudah dalam semua aspek - Gunakan public transport like others citizen, spend in very less in accommodation. Banyak kan berjalan untuk meneroka sesuatu tempat. Jimatkan accommodation dengan perjalanan malam dengan menaiki bas atau train dan banyak lagi.
![]() |
| Amik angin musim bunga Eiffel Tower @ Paris, France. |
| Kilang Kasut Kayu (Croccs) @ Marken Island, Holland. |
Dan paling penting menabung untuk travel kalau kita boleh berjimat untuk 10 bulan sebab nak buat down payment kereta so sama je lah dengan travel. Berjimat 10 bulan pergi travel ke sesebuah negara. Dan paling utama jangan merokok sebab saving dari tidak merokok tu memang banyak guys. My late father was a heavy smoker. I know how much he spend.
Other thing is kalau masih muda janganlah ada nak bercinta tanpa hala tuju masa hadapan. Seriously itu one of the reason kenapa tak boleh saving duit. Unless if you are really serious then go ahead but keep your self in love without any futher move to get married then tak payah la. Baik pergi travel hahaha.
| Giant Causeway, Belfast @ Northern Ireland - Update May 2013 |
| Birmingham Railways Station @ England - Update May 2013 |
Aku ada satu sweater warna brown RM 15.00 beli di afrika masa belajar dulu. Alhamdullilah 11 negara dia ikut aku jalan. Nak kata koyak tidak. Warna pun tak pudar dah 4 tahun setengah pakai. Just aku nak highlight dengan pakaian murah kita boleh berjalan bukannya tak boleh. Dan yang penting sebenarnya dalam travel ini kene ada keberkatan.
| (Update December 2012) View from the highest peak of Sibebe Rock, Kingdom of Swaziland |
Apa yang aku dapat travel ni..? Ilmu.. Pengalaman.. Pengetahuan.. Kenalan.. Boleh study culture sesebuah negara. Setiap pandangan dalam melihat kebesaran Allah Taala itu adalah rezeki dan kita akan dapat sesuatu. Pengalaman aku travel ke third world country macam Zimbabwe, Malawi, Zambia dan yang seangkatannya yang ada dalam benua afrika ni.
Kemiskinan dan kekurangan kemudahan. Makanan yang tak mencukupi untuk kehidupan harian. keselamatan yang tak terjamin dirompak, dirogol, dizalimi dan ditekan oleh mereka yang lebih berkuasa. Penyakit yang tidak terkawal especially sesuatu penyakit yang tak patut wujud lagi di masa kini.
Kemiskinan dan kekurangan kemudahan. Makanan yang tak mencukupi untuk kehidupan harian. keselamatan yang tak terjamin dirompak, dirogol, dizalimi dan ditekan oleh mereka yang lebih berkuasa. Penyakit yang tidak terkawal especially sesuatu penyakit yang tak patut wujud lagi di masa kini.
Makanya kene rasa bersyukur sangat especially kita hidup di Malaysia. Atleast kita walau pun harga naik mcm giler gak kdg2 kat malaysia still boleh hidup dengan aman, ada tempat tinggal, ada benda nak dimakan setiap masa dan keadaan selamat jika dibandingkan dengan negara lain. Kat sini lah baru aku dapat rasa apa itu nikmat selesa. Sebab itu kita disuruh bersyukur dengan apa yang ada.
Sekiranya ada yang tak kene dengan pandangan sehingga mendatangkan khilaf kefahaman, tersalah info dan salah dalam penggunaan ayat dan tatabahasa (Maklumlah belajar sampai Tingkatan 1 sahaja). Boleh berikan comment di setiap posting yang berkenaan. Sebab tulisan di blog ini atas pengalaman pengembaraan aku sahaja.😉
Aku baru je buat blog ni. Tak tahu sangat nak mengubah suai blog ni. Insyallah nanti akan belajar-belajar lagi selok belok blog ni. Hope para pembaca boleh manfaatkan maklumat jika ada la hihihii .. 😅
Insyallah akan cuba perbaiki dari masa ke semasa dan akan cuba untuk letak lebih banyak info yang lebih bermanfaat. If ada yang nak travel tempat yang aku dah pergi, nak tanya any question boleh la ajukan soalan. If aku tahu ia akan dijawap or else aku try to refer dengan sahabat traveler yang lain.. kalau aku senyap jer tu makna aku tak tahu jugak la hahaha..
| Kama Rhino National Park @ Botswana |
![]() |
| City Hall @ Stockholm, Sweden. |
Sebab time untuk aku travel tak banyak. Sebab nak travel kene cari duit. Memang target nak travel sampai umur 35 tahun sahaja. Lagi-lagi bila dah abis belajar ni agak susah nak travel dan agak susah nak dapat masa free.
Dan ada juga yang bertanya mana datangnya hobi mengembara ni. Salah satu sebab yang paling kuat ialah dari abang aku. Ketika aku di Mahad Tahfiz. Abang aku yang belajar di South Korea suka mengembara. Setiap tempat yang dia pergi dia akan send satu postcard ke rumah. Just nak buat collection postcard negara berserta setem yang dia sendiri hantar. Aku rasa itulah permulaan hobi mengembara aku :D






.jpg)