Sunday, 10 May 2026

Romania Part 4 : Back To Bucharest - 2D1N Hotel Carpati Imparatul Romanilor

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Sambungan Dari Romania Part 3 : Ziarah Brasov Old Town 13 Century - The Heart Of Transylvania

Dalam keadaan hujan yang tidak menentu aku tetap meredah ke sana sini untuk melihat keistimewaan di old town ini yang dipenuhi dengan sejarah yang tersendiri. Sempat juga membeli 2 fridge magnet berharga RON26.00 dan kemudian terbeli lagi 2 keping FM berharga RON15.00. Habis juga RM35.70 untuk semua fridge magnet tu huhu.

Roti yang tidak habis dijual akan digantung seperti ini untuk dimakan oleh burung.
Aku terus berjalan menuju ke arah luar dari old town ini sebab tak banyak yang mampu aku buat. Sehingga aku sampai di persimpangan Bulevardul Eroilor di mana terletaknya Transilvania University of Brasov dan bangunan Brasov Museum of Art atau dipanggil Muzeul de Artă Brașov dalam bahasa tempatan. Di sebarang jalan terletaknya Nicolae Titulescu Park.

Fridge magnet kebanyakan berkenaan King Vlad atau Dracula.
 Beberapa lukisan mengambarkan keadaan Brasov pada zaman dahulu.
Tapi sebab langit masih lagi mendung dan tiada tanda-tanda hujan akan berhenti sepenuhnya maka aku decide untuk pulang ke train station dan mengambil perjalanan pulang ke Bucharest sahaja. Terasa sangatlah rugi sebab tak dapat nak explore Brasov dengan baik. Insyallah jika diizinkan lagi untuk ke sini, aku nak stay at least 2 malam di sini. 

Berjalan kaki dari old town sehingga ke persimpangan Bulevardul Eroilor.
Tanpa berfikir panjang aku terus menahan sebuah teksi dari tepi jalan untuk menuju ke train station dan bayaran meter yang dikenakan RON12.00 sahaja. Masa nak keluar dari teksi aku perasan terdapat sedikit habuk kasar berwarna putih yang jatuh dari pakaian aku di atas kerusi teksi ni dan nasib la aku duduk di belakang. Tak la driver tu nampak sangat.

Berakhir hayat baju hujan ini selepas lebih 10 tahun bersama.
Terus aku berjalan ke tepi bangunan dan membuka baju hujan. Rupanya bahagian dalam baju hujan yang dah berusia lebih 10 tahun ini dah reput. Habis sweater dan tshirt terkena habuk putih ini. Disebabkan luaran baju masih elok maka aku lipat dan letakan di tepi dinding moga ada homeless yang boleh manfaatkan jika umur baju ni panjang huhu.

Masuk dalam train terus ke kaunter untuk membeli tiket berharga RON35.50.
Masuk ke dalam terus menuju ke kaunter dan masa ini baru aku sedar terdapat perbezaan harga tiket train mengikut jenis gerabak, jenis tempat duduk dan masa. Waktu datang pagi tadi aku nak yang paling cepat sebab itu harganya mahal dan ketika ini aku memilih yang paling murah. Dan train akan bertolak lebih kurang 45 minit lagi.

Berehat seketika di Cafe House of Doner.
Segelas Hot Cappuccino dalam keadaan sejuk memang layan guyss.
Terus aku decide untuk duduk mencari kopi panas sementara menunggu waktu berlepas. Dan masa ini aku memang dah exhuasted, seluar dan kasut pun agak basah. Di train station ini terdapat beberapa tempat makan dan cafe. Aku memilih duduk di Cafe House of Doner yang berada di tingkat dua dan agak kurang pelanggan. 

Lega bila dapat duduk sambil charge handphone dan menghirup secawan cappuccino panas. Wifi juga disediakan dapatlah video call wife and the kids sekejap. Dengan suhu yang makin sejuk terasa macam nak tertidur pulak masa duduk di sini 

Jomlah balik ke Bucharest - Hujan sepanjang hari di sini - Muka pun dah barai 😅.
Selesai di cafe aku pun mula turun ke platform mencari kereta api dan ketika itulah aku ditahan oleh sepasukan polis yang sedang membuat random check. Disoal beberapa soalan yang agak sama seperti soalan di border tempoh hari huhu.

Tapi wajah polis yang tanya ni lebih ceria dan nampak friendly dan last dia cakap "Enjoy your trip in Romania..!!!".

Perasan ada seorang makcik ni duduk di tengah gerabak mungkin tak ada tiket.
Tak lama kemudian datang beberapa anggota polis membawa makcik tu pergi.
Train yang aku naik untuk perjalanan pulang nampak lebih selesa dan baru compare train waktu datang pagi tadi dan harga tiket hanya separuh dari harga datang iaitu RON35.50. Dan train ini ada dua tingkat dilengkapi tandas yang sangat selesa dan bersih di tengah antara gerabak. Namun cuma satu kekurangan iaitu perjalanan memakan masa hampir 4 jam.

Waktu ini muka memang dah barai dan kepenatan yang teramat. Tak lama duduk di dalam train aku pun terlena dan sesekali terjaga apabila train berhenti di beberapa station. Tepat jam 8.00 malam aku selamat tiba di Bucharest Nord.

Layan pemandangan terakhir sebelum meninggalkan Brasov dan tertidur.
Pemandangan di salah satu station dalam perjalanan ke Bucharest.
Hujan masih turun dengan lebat, memang bukan waktu yang baik untuk ke Brasov.
Turun dari train terus aku berjalan kaki menuju ke metro dan kali ini tidak teragak-agak sebab dah tahu mana nak pergi. Sempat aku membeli 350 gram small pretzel di train staion ini sebab tengok beberapa orang beratur untuk membeli pretzel tu. Tapi bila makan tak sedap sebab tasteless dan keras. Tapi sebab dah lapar yang teramat kita makan jer la.

Nak pulang ke Bucharest tak risau sebab memang itu station terakhir.
Memang bantai tidur sahaja di dalam train setiap masa. 
Tengok ramai beratur kita pun beli juga pretzel yang baru keluar oven tu.
Nak balik cepat ke hotel nak mandi, makan, solat dan tidur.
Tak sampai 20 minit berjaya sampai ke Universitate Metro Station.
Alhamdulillah safely arrived Universitate Metro Station walau dalam keadaan mengantuk terhanguk hanguk dalam train.

Keadaan malam yang gelap ditemani hujan renyai menyebabkan aku terlupa dan hampir sesat ketika berjalan pulang ke hotel. Ditambah angin yang kuat dan cuaca yang terlalu sejuk. Aku berpatah balik ke station dan cuba ingat kembali jalan yang aku guna siang tadi dari hotel sebab confident ingat. At last mengalah juga untuk buka google map 😅.

Reception dan harga bilik tertera. Boleh naik tangga atau naik lift ke tingkat atas.
Lift memang old school hanya boleh naik dua orang sahaja.
Kalau banyak beg dan luggage maka hanya boleh naik seorang sahaja at one time.
Sampai di hotel terus aku bayar booking untuk Single Room. Dan baru teringat nak whatsapp Anto kalau dia juga dah sampai hotel. Terus Anto turun ke lobi dan menyapa aku sambil kami berdua terus berbual mengenai pengalaman di Brasov siang tadi sambil berjalan ke arah bilik di tingkat 5. Dia pun katanya baru sampai dalam 30 minit lepas.

Menu makan malam ditaja oleh Anto. Nasi Putih dan Rendang Daging RTE dari Indonesia.
Nasib la kami dapat bilik di tingkat yang sama. Anto kata perjalanan balik hampir 3 jam sebab jalan macet dan keadaan yang hujan lebat. Terus dia kata "Kamu untung naik train lebih selesa dari duduk dalam bas berjam-jam lamanya".

Malam tu kami dinner bersama dan makan segala ration yang kami bawa di bilik aku. Anto bawa keluar 2 pack nasi putih RTE dan Rendang Daging RTE dari Indonesia. Aku buat Mamee Tom Yam dan Roti, Pretzel dan buat Coffee 3in1.

Bilik yang just nice untuk seorang. Ada sinki, heater, katil dan tingkap sahaja.
Bilik air dan bilik mandi berada di luar (sharing). Air panas disediakan di lobi hotel.
Malam tu lepas makan sambung berborak dengan Anto sampai lewat malam. Padahal tadi dah mengantuk dan kepenatan.

Mungkin sebab dah selamat sampai hotel dan katil pun ada di sebelah mata sahaja. Ntah pukul berapa Anto pulang ke kamarnya. Dan aku terus ke bilik air untuk mandi. Esok pagi barulah aku sempat untuk amik gambar keadaan bilik.

Bersambung Romania Part 5 : (Under Construction)

No comments:

Post a Comment