Friday, 20 November 2026

Hong Kong & Macau Part 15 : Morning Walk At Kowloon Park - Bird Lake - HK Avenue of Comic Stars

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Sambungan Dari Hong Kong & Macau Part 14 : Central Station - Islamic Centre Canteen - Temple Street Night Market

Seawal 5.30 pagi aku bangun dan bersiap untuk solat subuh di Masjid Kowloon pada hari terakhir di Hong Kong ini. Sebelum keluar bilik hotel aku makan Mamee Lontong dan coffee 3in1 siap-siap. Dan prepare beberapa makanan dan minuman di dalam beg. Takut jadi macam semalam keluar dari hotel sebelum subuh sampai malam baru balik.

Peta keseluruhan Kowloon Park berserta maklumat ada di merata tempat.
Untuk hari ini aku cuma ada satu tempat sahaja yang ingin dituju iaitu Nan Lian Garden. Tiada sebab tertentu just a random place yang aku pilih dari bacaan di internet. Sekadar nak explore more place dalam melihat culture mereka.

Rancangan awal mungkin selepas selesai subuh aku nak terus gerak ke Nan Lian Garden menaiki train sebab nak balik awal. Waktu Zohor nanti nak check out dan nak gerak terus ke airport. Nak ke airport pun belum tahu macam mana 😅.

Keadaan yang masih sunyi di pagi Hari Ahad di Kowloon Park.
Dan hanya kelihatan para pekerja pembersihan yang sedang bekerja.
Ada pulak kiosk McDonald di tengah-tengah taman ini tapi masih belum dibuka.
Mini Zoo terletak di atas bukit kecil ini melalui Mosaic Stairways ini.
Selesai solat dan refill air minum di masjid, aku duduk sementara di masjid menunggu sedikit cahaya matahari menerangi bumi. Sambil scroll google map aku terlihat di belakang masjid terdapat sebuah park yang sangatlah besar dengan keluasan 33 ekar. Dan terdapat banyak attraction yang menarik seperti mini zoo, museum, Bird Lake dan Maze Garden.

Antara komples sukan termasuk kolam renang indoor bertaraf antarabangsa.
Tiada bayaran yang dikenakan untuk masuk ke Kowloon Park dan terdapat beberapa entrance untuk masuk ke park ini dan aku masuk menggunakan entrance bersebelahan Masjid Kowloon. Seawal sebelum 7.00 pagi kelihatan para pekerja masih lagi sibuk membersihkan kawasan di dalam taman. Taman ini dibuka seawal 5.00 pagi sehingga 12.00 malam setiap hari.

Ada beruang yang comel yang tak reti duduk diam di sini 😄.
Replika Burung Flamingo bersebelahan dengan Bird Lake.
Di Bird Lake terdapat lebih dari 130 ekor burung air yang ditempatkan di sini dari seluruh dunia termasuk dari Amerika Selatan, Afrika, Eropah, Timur Tengah sehingga ke Asia Selatan seperti India dan Sri Lanka. Kiraan jumlah burung itu tidak dicampur dari jenis-jenis burung dari kawasan tempatan samada dari dalam atau sekitar Hong Kong.


Terdapat beratus burung Flamingo di sini dan ia dari pelbagai jenis dari seluruh dunia.
Antaranya Greater Flamingo (Africa/Europe) dan Lesser Flamingo (Sub Sahara).
Terdapat juga Coscoroba Swan, Black-Necked Swan, dan Hawaiian Goose di Bird Lake ini.
Info: Kawasan ini dahulunya merupakan tapak Whitfield Barrack British Army dan tempat menyimpanan peluru serta bateri meriam. Majlis Perbandaran telah membangunkan semula tapak ini dengan lebih 70 bangunan ketenteraan telah dirobohkan dalam pembinaan taman dan ia telah dirasmikan pada 24 Jun 1970 oleh Gabenor Hong Kong Sir David Trench.

Aviary Bird Watching Area.
Fasa pertama hanya sebesar 16 ekar dan 26 ekar lagi dalam perancangan. Namun sebahagian daripada tapak tersebut telah digunakan untuk pembinaan laluan MTR iaitu untuk laluan Tsuen Wan yang dulu dikenali Kwun Tong (1975-1978). Ia juga menjadi kelewatan dalam pembinaan baki 3 fasa yang lain.

Tempat yang selesa untuk duduk santai sambil melihat burung-burung.
Mini Zoo yang menempatkan lebih 70 ekor burung dari seluruh dunia.
Dua jenis burung dari South America Blue Fronted Amazon & Yellow Headed Amazon.
Dari 1987-1989, taman ini berjaya disiapkan dengan kos HK$300 juta (dibiayai oleh Royal Hong Kong Jockey Club). Saiz taman berjaya digandakan melalui peluasan ke arah utara dan selatan. Manakala pusat sukan serta kompleks kolam renang turut dibina. Dan sebahagian besar kawasan taman telah dinaik taraf dan membina beberapa kemudahan lain.

Free Wifi di beberapa tempat di Kowloon Park ini.
Apa yang menarik di sini adalah terdapat banyak tarikan yang sangat menarik. Terdapat banyak kolam termasuklah Bird Lake yang mempunyai banyak burung Flamingo. Unexpected boleh jumpa di tengah-tengah bandar Hong Kong ini. If nak bawa anak jalan-jalan di sini memang sangat recommended. Playground pun ada banyak di merata tempat.

Satu perkara yang tak disangka adalah di sini terdapat wifi percuma di hampir kebanyakan tempat dalam Kowloon Park ini. Dan paling menarik bagi aku adalah Hong Kong Avenue of Comic Stars. Some character adalah watak di tahun 90-an.

Siapa pernah baca majalah animasi Dewata Raya pasti kenal yang tengah tu.
Sama macam mana di Avenue of Star Hong Kong ada tanda tangan dan tapak tangan selebriti yang telah mengangkat nama Hong Kong di persada dunia. Di sini pula nama-nama pelukis dan pencipta character kartun yang popular especially di tahun 90-an terutamanya. 

No comments:

Post a Comment