Tuesday 28 October 2014

Jordan Part 1 : Dugaan Setiba Di Amman Queen Alia Airport

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia..

Alhamdulillah ini percubaan pertama untuk mengarang semula kisah pengembaraan aku setelah bergelar suami.. Selepas tukar status suami ni membuatkan masa lebih terhad.. Susah nak ada masa jenguk blog.. apa pun insyallah blog Travel My Way ini tak akan senyap dan terpadam dari tangan yang akan mencoret kisah dari pengalaman diri sendiri dalam mengembara di setiap pelusuk dunia ini..

Okay.. Kisah pengembaraan aku di Jordan ini bermula tanpa dirancang dengan baik.. tapi syukur aku bernasib baik dapat flight tiket murah RM500.00 one way.. Penerbangan EasyJet Low Cost Airlines dari Heathrow Airport, London ke Amman Queen Alia Airport, Jordan..


Pertama kali menaiki penerbangan EasyJet dan pertama kali terbang dari Heathrow Airport..
Sempat breakfast tuna sandwich dan white coffee di Heathrow Airport, London..

Dan untuk Malaysian Passport Holder kita boleh bayar visa on arrival lebih kurang 30 Dinar Jordan.. Kena bayar visa guna currency Jordan.. If tak ada boleh tukar di money changer sebelum berjalan ke kaunter immigration.. Currency masa tu JOD 1.00 bersamaan MYR 4.50..

Keinginan ke Jordan bermula dari South Africa lagi.. Aku ada bagitahu beberapa rakan tentang niat menziarahi Jordan.. Secara tak langsung seorang rakan Ust Azrin berkata.. "if nak ke Jordan, singgah la rumah kawan aku.." Dan aku pun terus add facebook kawan Ust Azrin tu.. Manalah tahu jika "Jordan Aku Datang" menjadi reality :D


Macam biasa la.. Kalau naik kapal terbang mesti nak duduk sebelah tingkap dekat dengan sayap.. wajib tu hahahhaaa.. :D
Selamat tiba di Amman Queen Alia Airport, Kingdom of Jordan..

Bila confirm aku ke Jordan barulah aku mula bertegur sapa dengan rakan Ust Azrin.. iaitu Ust Mursyid Al-Amin seorang pelajar senior Malaysia di University Of Jordan, Amman.. Dan aku memberitahu akan berkunjung ke Jordan for few days.. Alhamdulillah Ust Mursyid menyambut baik dan memperlawa aku menjadi tetamu di rumah beliau..

Dugaan bermula apabila aku tersalah inform pada Ust Mursyid tarikh dan hari yang berlainan.. Kami dah berjanji akan bertemu di airport tapi setelah aku tiba hampir 2 jam beliau tidak kelihatan.. Baru aku sedar dah salah inform tarikh ketibaan aku..


Sempat selfie dalam shuttle bus dari airport ke Bandar Amman

Maka bermula pencarian tanpa titik mula.. Nombor Ust Mursyid aku tak ada.. Dalam inbox facebook ada la.. So mission kene login facebook.. tapi kat airport tak ada lansung komputer free atau berbayar.. Sehinggalah seorang pakcik arab menegur mungkin perasan aku sedang mencari sesuatu.. Bila cerita apa yang terjadi.. Dia offer handphone untuk login facebook.. tapi tak tahu kenapa tak boleh log in..

Setelah 3 jam di airport aku membuat keputusan untuk naik bas ke Bandar Amman.. Bayaran tiket JD 3.00.. Alhamdulillah dalam bas ada seorang brother arab tanya dari mana nak ke mana so on.. Lepas aku story.. Dia kata nanti turun la sekali sebab kat area tu ada banyak kedai2.. mungkin aku boleh jumpa internet cafe.. Nasib baik brother ni speaking english bagus..


Ibis Hotel di Amman, Jordan.. Sumber Google..
Reception di Ibis Hotel..

Family brother ni tunggu di bandar sebab airport jauh.. Bila kami turun dari bas dia offer handphone untuk login FB tapi dia kene tukar simkad Jordan baru boleh guna internet.. Lepas je aku login handphone mati kehabisan bateri.. Nasib ada charger dalam kereta so try sekali lagi login.. still mati sebab baru cucuk changer.. ye lah kene la tunggu 5-6 minit dulukan baru la on handphone.. Brother ni gelak kata nasib aku memang malang.. Kali ke-3 tak boleh login sebab FB suruh buat verification guna komputer after 1 hour hahaa.. :P

Sambil ketawa dia kata tak boleh la nak tolong aku sampai esok.. Diorang pun nak pi dinner lagi.. aku pun okay jer.. dan dia drop aku depan Ibis Hotel bersebelahan Amman Mall.. Dia kata biasa dalam hotel ada PC free boleh guna.. if not masuk la mall cari internet cafe..

Reception Ibis Hotel tiba2 tegur " Yes Sir.." Perghh kenepa tegur.. aku nak masuk guna PC jer.. "Aaa.. I just arrived from London and i'm looking for my friend.. They arrived this morning but i don't know which hotel they check-in so i would like to use PC here to chat with them because they did said Ibis Hotel" Reception minta nama boleh dia check dalam guest list.. Terus aku bagi nama Mursyid Al-min hahaa.. memang tak ada la dipendekan cerita aku dapat guna PC kat Ibis Hotel ni..


Rasa lega bila dibantu oleh perkerja pasaraya di Amman Mall..
Lepak belakang mall sementara tunggu Ust Mursyid sampai.. 

Syukur sangat bila dapat log in facebook.. update status, share location, salin nombor phone.. Terfikir juga kenapa tak save nombor Ust Mursyid ni hehee.. Aku mula bergerak keluar setelah selesai.. Aku cuba tanya security guard kat mana public phone?? tetiba dia pandang aku atas bawah.. "Mana ada public phone kat Jordan.. Semua orang pakai handphone" Eeerkkk habis la aku!!!!

Aku pun masuk Amman Mall opposite Ibis Hotel dengan harapan ada la sesuatu yang boleh buat call.. tapi kedai banyak dah tutup maklum la dah pukul 11 malam lebih.. Sampai la depan satu pintu masuk pasar raya.. Elok je aku nak masuk tetiba beberapa pekerja menahan tak bagi aku masuk sebab tengah buat closing.. And one them tanya aku nak apa.. Aku kata nak call kawan tengah cari public phone.. Dia minta nombor dan terus call Ust Mursyid.. :D


Bersama Ust Mursyid dan housemate beliau.. :D
Bersama Ust Mursyid Al-Amin di Mujib Biosphere Reserve, Jordan..
Bersama Ustaz Mursyid di Amman Citadel Museum .. :D

Lega tak terkata bila dapat bercakap dengan Ust Mursyid.. Pekerja pasaraya ajak aku masuk dalam sebab mall ni akan di tutup so aku di bawa exit pintu belakang.. Melepak sambil mereka tunggu transport datang.. Seorang pakcik guard di minta menjaga aku setelah mereka pulang.. Pakcik tu siap offer lagi kalau kawan kau tak datang boleh tido kat bilik pengawal keselamatan kat atas hahahaa.. :D

Hampir pukul 12.15 malam baru la Ust Mursyid sampai dan membawa aku pergi menaiki teksi.. Terasa lega tak terkata bila jumpa dengan Ust Mursyid.. tapi masih di uji sebab teksi rosak di tengah jalan.. terpaksa turun dan mencari teksi lain.. Well jazakallahu khairan kasiran Ust Mursyid susah payah amik malam tu :D  


Continue :-

Part 2: Jejak Bandar Amman Yang Bersejarah
Part 3: The Amman Citadel and The Roman Theater

116 comments:

  1. alhamdullilah tiada perkata tidak baik berlaku
    pengalaman yang sukar dilupakan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang tak dpt di lupa kan.. tapi middle east mmg lagi mencabar dari travel di afrika.. huhuhuu... but alhamdulillah semua selamat.. :D

      Delete
  2. selamat pengantin baru afif..no wonderlah lama senyap. pasni travel ada partner lah ye..hehe
    menarik betul pengalaman.nasib baik orang Jordan baik-baik belaka.alhamdulillah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih... biasa lah kene la lepas kan blog skejap.. fokus pd runah tangga.. insyallab lepas ni travel dgn partner la semestinya.. :D

      Delete
  3. Adehhh. ... .part tersilap bagi tarikh tu yg tak best....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tau tak pe..mmg tak best... boleh pulak lupa nak save nombor kan hahaha :P

      Delete
  4. tahniah dah bertukar status....slmt pengantin baru...
    patut lama menyepi...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah dah bertukar status.. menyepi bagi masa nak susun balik jadual berumab tangga hahahaaa.. :P

      Delete
  5. nasib ditemukan dgn org yg baik :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah.. bersyukur sangat berjumpa dgn orang yg baik2 di jordan.. :D

      Delete
  6. Tahniah n selamat pengantin baru..diam2 dah berdua rupanya..:)
    wah begitu penuh cabaran penggembaraan tuh yer..sib baik Allah tolong..*()*

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih... tak ka diam ada jer buat entry sebelum ni bgtau dah nikah hehehee..
      Pengembaraan mencabar lebih banyak pengalaman nya.. :D

      Delete
  7. Allah hu rabbi.. banyak sungguh dugaan.. tapi bile banyak dugaan macam ni.. inshaAllah.. pasti akan menjadi kenangan yang paling sukar untuk di lupakan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeap.. sebab tu dulu pernah kata berkelana di bumi arab lebih mencabar huhuhuu... mmg tak dpt di lupakan pun huhuu.. :D

      Delete
  8. Wah3 ke Jordan plak kau..

    Selamat pengantin baru Afif & Isteri..!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yerr.. begitu lah kita.. ke jordan sekejap huhuhuu.. btw thanks.. nape tak dtg kenduri ek?? :D

      Delete
  9. Pengalaman pengembaraan yang menarik...terima kasih sudi singgah / mengembara keteratak bunda...

    Salam ukhuwah dari bunda...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah sekadar berkongsi cerita pengembaraan di sini.. insyallah akan selalu singgah menyinggah nanti.. slm ukhwah juga.. :D

      Delete
  10. starting sampai2 dah menarik haha. seb baik la brader arab baik-baik belaka :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah orang jordan memang mostly baik2 belaka.. syukur lah :D

      Delete
  11. byk sungguh dugaan uols tu
    alhamdulilah dpt bertemu org2 yg baik2 yg sudi membantu..so lucky uols
    jdkan pengalaman ini satu pengalaman manis yg takan dilluupa..so take noted jgn lupa tarikh tu tawwwwwwwww haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah semua sebab tak salin nombor ust mursyid dari FB hahaha... itulah syukur jumpa mereka yg baik2 untuk menolong huhuhuu...
      Yeap will take note all the simpla thing.. hehehe thanks :D

      Delete
  12. Baru sampai dah kena uji macam tu.
    Kalau kakak agaknya dah menangis tak berlagu haha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah di uji dengan pelbagai dugaan tapi selepas tu semua nya indah.. :D
      Alhamdulillah saya tak nangis time tu huhuhuu.. amkin tabah jadi nyer.. :D

      Delete
  13. lamat tak jenguk ke sini, selamat pengantin baru.
    oh negeri anbia..bumi yang menarik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah kita pun lama tak update.. hehehee... btw terima kasih for the wish.. betul jordan mmg terbaik :D

      Delete
  14. Agak confuse... bila agaknya trip ini berlaku...

    Syukur... semua rintangan dapat diatasi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Confuse ker..?? Hahahaa...
      Alhamdulillah semua rintangan berjaya di tangani syukur.. :D

      Delete
  15. da lama jugak blog ni x terupdate kan? :)
    banyak betol dugaan. alhamdulilah jumpa org2 baik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu lama sungguh tak update bila dpt update ceria bukan main lagi muka nie.. hahaaa.. alhamdulillah dugaan di jordan hanya seketika :D

      Delete
  16. Akhirnya keluar juga entry baru dari Bang Afif. Entry Jordan yang menarik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah alhamdulillah akhir nya berjaya juga mengupate blig nie hehehe.. jordan memang menarik :D

      Delete
  17. selamat pengantin baru....

    mgkin setiap dugaan tue ada hikmah.. masih ada jugak org yang memberi pertolongan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks for the wish...
      Betul tu setiap dugaan itu mengajar kuta menjadi lebih baik dan lebih berhati2... :D

      Delete
  18. Adeh lama betol pengantin baru menghilang nih.

    Byk betol dugaan first day, tp semua ok. Alhamdulillah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasa la... kene fokus pada rumah tangga dulu baru blog hahahaa... nanti tuan john tahu la... yeap middle east mmg byk dugaan.. but alhamdulillah survive.. :D

      Delete
  19. Subhanallah. Insan yang baik wujud di mana saja kan. Kena yakin. Alhamdulillah semua selamat. Tapi memorable betul first day kat Jordan ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu.. syukut sangat mmg kenr yakin insan yg baik itu mmg ada di mana2 sahaja.. yakin dan bertawakal pada Allah.. :D
      Mmg memorable sungguh di Jordan ni.. Nice country mmg di uji sket hahaha.. :D

      Delete
  20. wohoo, adventure sungguh hari pertama. :) kena make sure phone ada bateri selalu bila nak travel ni kan. pernah sekali tu travel ngan kawan2, sekali terpisah. aduhai, payah jugak nak contact balik bila phone dia off, takde bateri T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah dia.. bila kita betul2 buat trip bajet sesangat... kene siap sedia lah terima apa yang patut hahaha... but syukur semua selamat.. well try to stay away from teknologi while travelling ... :D

      Delete
  21. Ini baru betul adventure. Hehe. Pengalaman yang menarik.

    Btw, selamat pengantin baru :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buat trip sendiri yg sgt2 bajet.. mmg la lain kene terima cabaran sket.. kan?? Baru lah adventure..

      Btw thanks for the wish.. :D

      Delete
  22. Pengalaman menarik ni. Tak tau lak jordan takde public phone. Alhamdulillah kaya2 orang kat sana :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah.. but lepas mencari mmg tak ada kot public phone hahahaa... kaya tu mungkin la sebab duit jordan lagi mahal dri USD dgn Euro huhuhuu.. :P

      Delete
  23. Wow dugaan yang besar. Tapi bila bertemu ust Mursyid confirm terasa manis ujian itu....

    Kalau saya mau pening nak buat apa...
    maknanya sebelum travel perlu bersiap sedia segala kemungkinan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah dugaan di permulaan utk kecerian yg lebih selepas nya.. mmg lega slps jumpa ust mursyid..

      Mungkin dah biasa kot so mmg akan berusaha cati jalan penyelesaian huhuhuu.. :D

      Delete
  24. agak mencabar juga perjalanan kali ni, tapi orang dah banyak pengalaman macm TT ni tak panik sangat agaknya ya.. lega dah selamat akhirnya.. bertambah pengalaman dan tempat menarik dikunjungi lagi ya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak ada la byk pengalaman but sedikit sbyk alhamdulillah dpt la menolong kan.. but dah slamat pun ..syukur la.. pengalaman kan satu benda yg mahal so kene la earn the way how it is.. :D

      Delete
  25. drama dan adventure sungguh ! welcome back afif !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak drama tak adventure la...
      Well thanks for that wish.. will be back as i can.. hehehe.. :D

      Delete
  26. yahooo ada entry baru. welcome back kekeke.. biasalah dah berumah tangga ni banyak tanggungjawab lain yang lebih penting dok mai hihi..

    banyaknyaaa cabaran and dugaan. nasib baik lelaki. kalau perempuan and keseorangan tak tahulah cem mana. panic sungguh jadinya. syukur jumpa semua org bebaik. diorang willing nak approach and tegur tanya kenapa. and part pakcik gad tu memang terbaik. how nice.. i mean.. kat malaysia tak mungkin akan jumpa situation macam ni. bagusnya.. baik mari menanti entry baru hohoho..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha.. begitu lah setelah berjaya membuat entry baru.. bukan senang tau bila baru mendirikan rumah tangga.. :P

      Itulah nasib baik jugak lah lelaki.. itulah kat malaysia belum tentu dpt pertolongan baik macam ni.. ada insan sanggup bersusah payah demi menolong huhuhuu... okay in making part 2.. :D

      Delete
    2. kalau jumpa orang cemni kat malaysia memang bruntung sangat dah kehidupan. hihihi.. 1 dalam 1000 belum tentu ada..

      Delete
    3. Jumpa orang macam ust2 belajar jordan ni memang best cool jer.. seronok... betul tu susah nk jumpa.. :D

      Delete
  27. wah..sudah lama menyepi...seronok membaca coretan anda...teruskan dunia blogging.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lama menyepi bukan bermaksud selama2 nya huhuhuu.. insyallah akan terus berkongsi pengalaman di sini :D

      Delete
  28. Ke Jordon pulak!!!!...geram tul lah akak tgk.. nanti nak ulang baca.. now just jengah2 je.. apa2 pun congrats lah.. dah lama tak jengah awak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. La.. jangan la geram nanti naik pulak darah tinggi nyet hahaha.. takpa.. take your time.. nanti bila nak baca part 2 insyallah siap.. :D btw thanks for the wish.. :D

      Delete
  29. tahniah di atas pertukaran status hihi selamat pengantin baru :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. terima kasih banyak.. mohon doakan kebahgian kami berdua.. :D

      Delete
  30. Macam first time aka baca perjalanan afif begitu banyak dugaan macam ni. Payah betul kalo tersalah inform tarikh ye. Kalau akak yg kena mcm tu, mula2 nangis dulu, pastu baru cari solution. Eheee... Weak. Agak kagum dgn org2 di Jordan, sebab mereka sudi membantu juga ye. Tidaklah sombong. Siap pak guard offer tidur di bilik guard lg.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Well that is my journey in middle east.. memang banyak dugaan.. but alhamdulillah semua nyer ending dengan baik.. alhamdulillah ada saja insan yg menghulurkan bantuan..

      Pak guard offer tu mmg tak tahan kan hahahaa.. :D

      Delete
  31. macam2 kejadian pula. nak menguji kesabaran betul.
    mana mem, tak joint sekali ke?
    selamat pengantin baru

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehee... dugaan tu pasti ada sebab keriangan dan kecerian itu akan menjelma kemudian :D mem??? hehheee... thanks for the wish :D

      Delete
  32. Afif.. long time no see. tak sempat nak blogwalking

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ho Goiq... iya memang sudah lama tidak berblogging.. kesuntukan masa.. ini sekarang baru ada masa nak sentuh keyboard balik hahahahaha.. baik2 aja kamu di sana ya :D

      Delete
  33. Kalau CN, mgkn panik juga la dgn mcm2 dugaan yg dtg waktu travel. Hehe..
    ada sambungannya kisah Jordan ni? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mesti ada sambungan.. insyallah akan share pengalaman di jordan nanti.. :D
      Bila travel kene la tabah..

      Delete
  34. welcome back..take your time..

    Jordan, bumi anbiya..tinggi juga exchange rate Jordan ni..selalu baca kisah2 di Jordan dlm blog Saifulislam dan Langit Ilahi (lama) Hilal Asyraf, dua2 student Jordan..nak baca pula kisah pengembaraan student luar Jordan ni..Allah menduga kita utk menunjukkan sesuatu yg manis..ukhuwwahfillah itu manis..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Will take my time properly hehee.. oh thanks share nama blogger di jordan tu.. nanti akan jenguk mereka..

      Dugaan dipermulaan dan kecerian menanti slepas nya.. :D

      Delete
  35. Wow makanan tu unik ,,, Makan ramai2 best ^_^

    ReplyDelete
  36. cepatan sambungg cerita trip inii heeeeeeeeeee~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Okay in making .. insyallah esok kalau siap boleh publish.. doakan la.. :D

      Delete
  37. Susah kot nak jumpa orang macam ust mursyid tu.. alhamdulillah rezeki kamu :D

    ReplyDelete
  38. lama afif menyepi dr blog..kekeke

    akhirnya..dapat ler kitrg cuci mata tgk gmbar afif g jenjalan tempat org.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehee.. lama menyepi bukan bermakna tidak berisi.. ada kerja2 sket.. alhamdulillah dah selesai semua nya.. boleh berblog semula.. hehee.. :D

      Delete
  39. ooo sgt thrill!..3 jam kat epot tuh mesti tgh blur fikir cane nak buatkan? priceless experience tuh. sib baik ustaz tu dtg ye, kalo tak pak gad ade kawan malam tuh...hehehe..bila travel always expect the unexpected kan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. 3 jam tu puas buat kawan dengan ramai insan di airport hahahaaa... :P
      yeap ust tu dtg akhirnya.. kalau tak jadi pak guard sambilan la :D
      Setuju tu.. "bila travel always expect the unexpected kan"

      Delete
  40. punya lama tak mai sini rupanya dah selamat jadi suami orang.hehe tahniah ye!lepas ni bley la melancong sama isteri..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. dunia kan setiap hari berubah.. kita pun berubah.. syukur alhamdulillah dah jdi suami.. hehe melancong bersama itu semestinya.. :D

      Delete
  41. Salam.. singgah sini & follow. excited nak baca lagi kisah travel.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam.. terima kash sudi bertandang ke sini.. terharu hahahaa :D
      And thanks sebab excited nak baca pengalaman pengembaraan saya .. :D

      Delete
  42. kalau sis JM mmg dh cuak time tu bila dapat tahu salah inform tarikh...nasib baik jumpa orang yg baik2 byk membantu ye...hishh..byk betul dugaan mmg cuak habis lah baca nih

    Yang mana satu ust Mursyid tu...x pe TTB oy itu semua pengalaman dalam travel kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehee.. memang la akan cuak.. sebab saya pun tak minta tau2 kene dugaan jugak :D
      yang mana ust mursyid.. yg gambar last tu kan ada sekali dgn ust mursyid pakai baju hijau tu :D

      Delete
    2. adoilah..nape lah akak x perasan ye..walhal dah terbentang tertulis nama2 ustaz kat atas tu...cuma tak letak nama utk Ustaz Afif

      Delete
    3. Hehee.. biasa lah tu kekadang terlupa tulisan kat gambar kan :D
      Saya bukan ustaz.. saya hanyalah seorang traveller.. :D

      Delete
  43. Tahniah ye pengantin baru.. Dah kawen ye.. :)

    Lepas ni travel dengan wife la kan.. :)

    Fuhh kalau MJ la tersalah gitu, mau nanges menggelabah dulu..hehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah Kak MJ.. insyallah mmg akan travel sekali dgn wife.. kan sweet gitu hahaha.. :D

      Nangis takpe jgn menggelabah... susah nanti hahahaa.. :P

      Delete
  44. bila waktu mcm tu mcm penting plak ada nya public phone kan? hehheh sib baik bleh login fb

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah.. nama pun public phone.. mmg la penting hehehee... syukur alhamdulillah mmg lega dpt login FB tu huhuhuu.. :D

      Delete
  45. wahhh..pengalaman yg sgt bermakna ni..seronok baca...nasib baik lah kan jumpa jgak akhirnya..hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah itu lah kisah nyer.. alhamdulillah syukur berjumpa juga akhir nya.. sila baca part 2 k :D

      Delete
  46. wahhh..lama xdgr kbr brita..sudah btukar status rupenyer..
    melepas..*ehhh* haha gurau je..slmt pgntin bru..snyp2 rupenyer ye.. ^_^
    still travel lgi ye.. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah lama tak dgr kabar.. biasa la berblog ni kan ada pasang surut... itu yg lama sket tak update tetiba tu..alhamdulillah dah bertukar status nie byk benda nak focus.. tak senyap pun ada je buat entry hehehe :D

      Delete
  47. Tak pe....dugaan kecik jer tu....kata org nak happy happy kemudian hari kena bersusah susah dulu hihi....
    Sure mcm nk lompat bintang lepas jumpa ustaz Mursyid hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah dugaan untuk permulaan.. happy nyer dikemudian hari huhuu.. bukan lompat bintang.. bintang pun loncat sekali haha :D

      Delete
  48. ehh...sama laaa..sy pon suka dok tepi tingkap dkt dgn sayap...hihihih...mmg dugaan betul nihhh...tapi bila kena dugaan mcm ni akan memberi kenangan yang lebih bermakna...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul dugaan juga lah yg mengajar kita utk mnjadi lebih matang.. suka duduk tepi tingkap dpt tgk pemandangan :D

      Delete
  49. Pengalaman mahal ni. Nasib baik jumpa orang yang baik-baik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhuhuu... syukur dapat jumpa orang yang baik2 kan.. :D

      Delete
  50. Kalu SS berurusan dgn org melalui FB cepat2 SS akan print screen... He He He... Sebab ada setengah country mmg ban terus penggunaan FB ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaa.. Sebab masa tu dgn 100% confident konon dah bagitau maklumat tepat so tunggu macam katak :P mmg kebiasaan nya dah salin dlm nota semua yg penting.. :D

      Delete
  51. banyak dugaannya.. Alhamdulillah, ada yang membantu... dahlah seorang di negara orang kan.. apapun, semuanya dah erlalu kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyallah bila kita datang dengan niat yang baik pasti ada yang membantu :D
      Dugaan selalu nya mengajar kita untuk jadi leih matang :D

      Delete
  52. Alhamdulillah, sampai jugak akhirnya :)

    ReplyDelete
  53. alamak berdebar2 akak nak membacanyer.. .gituler dugaan orang merantaukan... tak kena tak tahukan... namun sebab niattu ikhlas murni semuanyer rasa mudahkan... Alhamdulillah ada jer insan nak membantukan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya ni tuan badan lagi ler berdebar2 jadi nyer.. cuak apa semua ada.. merantau mesti ada cerita pahit manis.. baru pengalaman itu bermakna.. alhamdulillah ada jer insan yg sudi tlg.. baik benor org Jordan..

      Delete
  54. Assalamualaikum afif, kesiannya. penuh dugaan .. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam... biasa la tu dugaan kan dimana2 jer ada huhuhuu... :D

      Delete
  55. fuhh banyaknye dugaan.. klau pompuan mesti dah nangis dulu baru boleh pikir..hikhik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahahaa... well nak travel seorang kenelah tabah kuat menghadapi cabaran.. nasib la sya ni lelaki kan huhuhuu.. :P

      Delete
  56. Walaupun kisah ni dah lama.. tp ni baru je berkesempatan menyinggah... ape2 pun, dugaan y dialami tu laa y buat kenangan ni menjadi sgt bermakna

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu.. setiap perkara yg susah terjadi ketika mengembara .. itulah yg akan menjadi ingatan dan senyuman bila terkenang kembali :D

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...