Showing posts with label Jordan. Show all posts
Showing posts with label Jordan. Show all posts

Thursday, 9 April 2015

Jordan Part 7 : Bersama Pelajar Malaysia Di Bandar Suweileh

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia..

Sambungan dari Jordan Part 6 : Ashabul Kahfi - Kisah 7 Pemuda Di Dalam Gua

Fisrt at all aku just nak ucapkan terima kasih pada mereka semua yang masih support blog aku yang tak seberapa ni.. dan hanya merangkak pada setiap masa huhuhu.. Insyallah akan terus berkongsi pengalaman pengembaraan di tempat-tempat yang telah aku jejaki.. Apa pun doakan kesihatan aku sentiasa dalam keadaan baik.. :D


Pemandangan satu kawasan perumahan dari satu sudut bukit berdekatan..
Pemandangan dari tingkat rumah apartment ustaz2 yang aku tumpang ni

Bandar Suweileh  Di Wilayah Kota Amman  

Inilah tempat pertama yang aku tuju pada hari pertama berada di Jordan.. Menumpang di rumah pelajar2 Malaysia dan mereka ialah Ust Mursid, Ust Arif Amin, Ust Farid dan Ust Abd Hakim.. Lupa aku nak bagitau dalam entry sebelum ini siapa mereka ini.. Pada mulanya aku sekadar kenal tapi tak tahu siapa mereka.. Sehinggalah satu hari aku mendapat tahu bahawa :-

Ust Arif Amin adalah - Ketua Majlis Perwakilan Mahasiswa Malaysia Jordan (MPMMJ)
Ust Mursyid adalah - Naib Ketua Majlis Perwakilan Mahasiswa Malaysia Jordan (MPMMJ)
Ust Abd Hakim adalah - Ketua Setiausaha Majlis Perwakilan Mahasiswa Malaysia Jordan (MPMMJ)
Ust Farid Suhaimi adalah - Bendahari Persatuan Penuntut Malaysia Amman (PPMJ)



Ustaz2 ni bawa pi bersiar2 di kawasan perumahan di Bandar Sweileh..
Pemandangan kawasan perumahan di Bandar Sweileh..

Mereka berempat inilah yang banyak membantu aku sepanjang 14 hari aku di Jordan.. Keikhlasan mereka dalam membantu.. Akhlak yang tinggi dan adab tingkah laku ketika berkata-kata memang layak dengan siapa mereka pada Persatuan Pelajar Malaysia di Jordan.. Semoga mereka berempat ini sentiasa dirahmati Allah..

Mungkin tanpa jasa mereka.. Pengembaraan aku di bumi Jordan yang penuh dengan sejarah ini tidak akan dipenuhi dengan seribu satu warna.. Apa pun semoga satu hari nanti kita berempat akan bertemu lagi dan dapat makan semeja bersama-sama sekali lagi.. Kenangan tu.. :D


Keunikan Masjid Farid Al-Khalil terletak di lereng bukit yang tinggi..
Berehat seketika sambil melayan angin pagi..
Bersama Ust Arif dan Ust Mursyid di hadapan Masjid Farid Al-Khalil..

Info Persatuan Pelajar Malaysia di Jordan

MPMMJ - Majlis Perwakilan Mahasiswa Malaysia Jordan merupakan bandan induk yang terutama merangkumi semua pelajar Malaysia yang berlajar di Jordan.. Berhubung baik dengan semua agensi kerajaan Malaysia dan menjaga kepentingan dan hal ehwal pelajar Malaysia di Jordan..

Terdapat 4 buah universiti di 4 kawasan bandar utama yang menjadikan 4 persatuan mengikut bandar masing- masing.. Amman (PPMA) - Mafraq (PRISMA) - Irbid (PERMAI) - Mut'ah (PERMATA).. Aku hanya sempat menjejakan kaki ke 2 universiti di Amman dan Mafraq..

Jika nak tahu lebih lanjut sila layari laman web rasmi MPMMJ (klik sini)..  Nak tahu berkenaan "study in Jordan" pun boleh.. Tapi tanya lah dengan mereka.. jangan tanya dengan aku pulak huhuhuu..


Maqam Sahabt Nabi - Abdur Rahman Bin Auwf r.a

Lokasi maqam ini terletak di Bandar Sweileh berdekatan dengan Masjid Farid Al Khalil.. Secara am nyer aku hanya mengikut Ust Mursyid, Ust Arif dan Ust Farid joging/bersiar2 di pagi hari selepas solat subuh di masjid .. Dan tidak tahu menahu akan kewujudanya..


Inilah maqam sahabat kepada Nabi Muhammad s.a.w..

MAQAM - Terdapat beberapa makna di sini.. Makna yang paling diketahui umum ialah kubur atau dengan kata lain ialah di mana satu jasad itu ditanam.. Dan ada makna lain ialah "tempat" yang mana untuk senang difahami tempat yang mana pernah seseorang itu tinggal di situ..

Nak tahu lagi lanjut maka silalah buka kamus atau google jer kan hahahaa.. aku pun bukan tahu banyak mana.. Info - Abdur Rahman Bin Auwf r.a adalah salah seorang insan dari 10 sahabat nabi s.a.w yang telah di janjikan syurga seperti mana yang telah diriwayatkan oleh dua imam besar dalam bidang hadis iaitu Imam Bukhari dan Imam Muslim..


Me at Maqam Abdur Rahman Auwf R.A
Maqam salah seorang sahabat Nabi s.a.w


Membeli Sarapan Roti Segar, Lembut dan Gebu di Bandar Sweileh

Okay antara beberapa perkara penting yang perlu diketahui jika nak ke Jordan ialah Duit Jordan DIinar "JOD".. Mengapa?? sebab bila kita nak membeli ia akan bermula dengan syiling Rubu' (1/4), Sulus (1/3), Nifs (1/2).. Hurmmm.. Kejap!! aku tak berapa ingat la pulak tapi lebih kurang macam tu la huhuu..


Sekeping boleh makan 4 orang yer.. tak perlu berebut :D

Okay back pada cerita roti kita.. Sepanjang aku duduk di sini boleh dikatakan hampir setiap pagi aku akan membeli roti di kedai roti atau Bakery.. Setelah di ajar oleh Ust Farid bagaimana membeli nya.. Nak beli sekeping dua roti macam yang macam kebab tu memang kene gelak atau kene marah dengan orang kedai..

Maka cara membeli ialah dengan nilai.. Paling sket kita boleh beli ialah Rubu' (1/4) atau pun 0.25 JOD.. Tau tak berapa banyak kita boleh dapat dengan 0.25 JOD tu.. Sepenuh plastik beg.. Ada la dalam 20-22 keping roti kebab tu.. Dan satu lagi jenis roti besar dia 5 kali ganda roti canai.. dengan harga yang sama boleh dapat 3-4 keping..


Kesemuanya jika nak beli kene timbang.. Tak abis makan walau beli paling minimum..
Inilah roti kebab dengan harga 0.25 JOD bersama RM 1,50

Dari Bandar Sweileh ke Bandar Mafraq

Secara tak sengaja aku berkesempatan untuk melawat Bandar Mafraq sebuah kawasan yang berdekatan dengan negara Syria.. Ianya bermula apabila aku mendapat tahu seorang junior aku di South Africa telah menyambung pelajaran di Jordan.. Dan beliau berada di Mafraq..


Pelajar yang pakai tshirt putih la yang aku jumpa selepas turun bas  :D
Keadaan Bandar Mafraq.. Perlis lagi Maju kot.. 

Dengan hanya berkomunikasi dalam facebook.. dan segala arahan yang diberi untuk sampai ke Mafraq.. Perjalanan dengan bas (2 kali tukar) mengambil masa hampir dua jam untuk sampai ke Mafraq dari Sweileh atau Amman..

Dan yang best sekali Ust Mursyid bagitau aku.. Naik bas nombor sekian.. dan bila sampai satu tempat semua orang akan turun di sebuah terminal bas kecik.. dan akan dengar orang menjerit nama "Mafraq, Mafraq, Mafraq" dan bas itu  akan berhenti last sekali di Mafraq.. maka sampai la.. hahahaa.. aku pun buat2 angguk faham jer :P


Antara pelajar Malaysia di mafraq yang aku jumpa.. Alhamdulillah baik2 belaka..
Menahan cuaca yang panas.. Tapi kalau winter sinilah paling banyak salji..

Aku bernasib baik sebab lepas turun jer dari bas di Mafraq.. Ternampak macam seorang budak lelaki melayu.. aku pun kejar la.. dapat jer bahu budak tu terus tanya.. "Dari Malaysia kan?" dia yang terpinga2 "Aah..Dari Malaysia".. "Abg nak guna internet nak online facebook.. kat sini mana ada?" sebab nak pergi rumah kawan..

Dia balas.. "Bang kejap erk.. saya nak beli ayam nak masak kat rumah.. Lepas tu abg ikut saya balik boleh guna internet dekat rumah kitorang.." Aku pun ikut la dia ke kedai beli ayam sampai balik ke rumah..

Keadaan kawasan perumahan di Bandar Mafraq..

Mungkin sebab aku berjubah hitam.. diorang pulak panggil aku ustaz hahahaa.. oh okay kenapa aku nak guna internet sebab di sini tak ada public phone.. so even aku ada no phone tapi still tak boleh buat apa.. sebab tu aku nak guna internet..

Setelah aku explain kenapa datang ke Mafraq.. terus alah seorang student tu minta no phone member aku Ust Zaki.. terus call dan setengah jam kemudian Ust Zaki datang mengambil aku ke rumah beliau..

Nasi putih makan dengan rendang ayam berkauh..

Sampai di rumah Ust Zaki terus salah seorang dari rakan rumah beliau bertanya.. "Anta nak makan apa?" aku cakap tak payah la susah2.. ana makan roti jer pun cukup..'' sekali malam tu makan bukan makan ala kadar.. ayam rendang berkuah dengan nasi.. hebat2 pelajar malaysia di Jordan ni masak.. :D


Klik sini untuk kesemua entry Jordan :-

Jordan Part 1 : Musim Panas Menyambut Aku Di Amman
Jordan Part 2 : Jejak Ke Bandar Amman Yang Bersejarah
Jordan Part 3 : The Amman Citadel and The Roman Theater
Jordan Part 4 : River Trekking - Wadi Al-Mujib Natural Reserve
Jordan Part 5 : The Hidden Secret in Lost City of Petra (UNESCO)
Jordan Part 6 : Ashabul Khafi - Kisah 7 Pemuda Di Dalam Gua


Thursday, 15 January 2015

Jordan Part 6 : Ashabul Khafi - Kisah 7 Pemuda Di Dalam Gua

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia..

Sambungan dari Jordan Part 5: The Hidden Secret in Lost City of Petra (UNESCO)

Syukur alhamdulillah dapat jugak aku sambung entry di Bumi Anbiya' Jordan ni.. Kali ini aku nak share dengan pembaca semua untuk melihat salah satu keajaiban seperti mana yang diceritakan di dalam Qasasul Quran perihal 7 pemuda yang ditidurkan selama 309 tahun di dalam gua.. dan lebih mashur di kenali "Companions of the cave" dalam bahasa English..

Lokasi Gua Ashabul Kahfi terletak 7 km dari Bandar Amman.. Kawasan ini suatu ketika dahulu dikenali sebagai Ar-Raqim kerana terdapat kesan tapak arkeologi yang bernama Khirbet Ar-Raqim di kawasan tersebut. Perkataan Ar-Raqim juga disebut di dalam Al-Quran dan Ahli Tafsir menafsirkan Ar-Raqim sebagai nama anjing dan ada yang menyatakan ia sebagai batu bersurat.


Bersama Ust Mursyid dan Ust Arif Amin di hadapan Gua Ashabul Kahfi
Terdapat kawasan peninggalan sejarah di sekitar Gua Ashabul Kahfi
Inilah pintu masuk ke dalam Gua Ashabul kahfi
Keadaan di dalam Gua Ashabul Kahfi - Amman Jordan..

Firman Allah; “Adakah engkau menyangka (wahai Muhammad), bahawa kisah ‘ashabul kahfi’ (penghuni gua) dan ‘ar-raqiim’ (anjing mereka) termasuk antara tanda-tanda-tanda kekuasaan Kami yang menakjubkan? (Ingatlah) tatkala pemuda-pemuda itu mencari tempat berlindung ke dalam gua lalu mereka berdoa: “Wahai Tuhan kami berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami (ini)”. (al-Kahfi: 9)

Secara ringkas kisah menurut ahli sejarah Ashabul Kahfi itu bermula di sebuah negeri yang bernama Asfus yang diperintah oleh raja kafir yang zalim iaitu Diqyanus sebelum kedatangan islam.. Terdapat beberapa riwayat mengenai kedudukan Negeri Asfus antaranya Jordan, Turkey dan Syria..

Raja memerintahkan semua rakyatnya menyembah berhala atau berdepan dengan seksaan hingga boleh mati dibunuh. Hanya tujuh pemuda ini sahaja yang teguh dengan iman mereka kepada Allah Taala melarikan diri ke dalam gua bagi membolehkan mereka terus beriman kepada Allah yang berlandaskan ajaran islam dari Nabi Isa a.s..
“Sesungguhnya mereka itu adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka dan Kami tambahkan kepada mereka petunjuk”. (al-Kahfi: 13)

Diriwayatkan bahawa telah dibina sebuah masjid di kawasan gua ini pada zaman pemerintahan islam..
Kesan peninggalan tapak sebuah masjid yang pernah dibina..

Selepas 300 tahun lamanya.. Raja yang memerintah telah pun bertukar ganti dan kembali kepada agama yang menyembah Allah tetapi raja mempunyai masalah bagi membetulkan akidah rakyatnya yang telah lama dipesongkan oleh raja yang terdahulu.. Sehinggalah pemuda di Gua Ashabul Kahfi ini di bangkitkan semula oleh Allah..

Setelah mereka bangun dari tidur.. Perbicaraan antara mereka bermula "Mungkin kita telah tidur lebih sehari atau dua" kata salah seorang dari mereka.. Setelah bangkit mereka mula mengatur langkah untuk seterusnya dan memilih antara mereka untuk membeli makanan di pasar..


Keadaan dan suasana dalam Gua Ashabul kahfi.. 
Beberapa peralatan yang digunakan oleh 7 pemuda Ashabul kahfi masih tersimpan

Tatkala membayar makanan yg dibeli oleh salah seorang dari mereka.. peniaga tersebut dengan tiba-tiba marah kerana duit yang dibayar sudah tidak lagi diguna pakai.. Ditangkap dan dibawa menghadap raja pada ketika itu.. Setelah disoal siasat kerana pada mulanya disangka bahawa mereka mencuri harta warisan lama yang di simpan di dalam istana..

Dalam pada masa yang sama raja terkejut setelah mendengar cerita semua pemuda ini.. dan memberitahu bahawa yang zalim itu adalah raja yang dahulu 300 tahun yang lepas.. Dan keadaan sekarang berubah.. Raja yang sangat gembira menghimpunkan semua rakyat dan memberitahu akan kebesaran Allah mengenai 7 pemuda ini bagi mengembalikan aqidah rakyat..

Nama bagi 7 pemuda itu adalah seperti berikut mengikut salah satu riwayat dari para ulama :-
1.Maksalmina 2. Tamlikha 3. Martunus 4. Bainunus atau Nainunus 5. Sarbunus 6. Dzunuanus 7. Kasyfitatanunus
Bersama mereka terdapat seekor anjing bernama Qitmir yang mengekori mereka.



Sebuah masjid baru yang telah dibina bersebelahan Gua Ashabul kahfi
Disebabkan  ini adalah kawasan masjid..
Maka semua pengunjung wajib menutup aurat..
Terdapat air mata air di sini untuk di minum.. :D
Telaga air yang telah dirawayatkan oleh Imam Al-Waqidi
(Meninggal pada tahun 208 Hijrah) dalam kitabnya Futuhat As-Sham..

Entrance Fee:- Tiada sebarang bayaran dikenakan.. Walau bagaimana pun pintu sentiasa tertutup hanya pada waktu tertentu sahaja pada setiap hari ia dibuka.. tetapi kadang-kadang atas permintaan dari pengunjung maka si pemegang kunci akan membukakan pintu Gua Ashabul Kahfi ini..

Masa datang sini kami memang bernasib baik sebab memang pintu sedang di buka untuk pengunjung lebih kurang 10:00 pagi kalau tak silap la huhuhuu.. By the way aku dah try search di internet untuk waktu ia dibuka tapi tak jumpa.. Kalau ada pembaca yang tahu boleh la share kat komen bawah yer.. thanks :D


Lunch kami selepas balik dari menziarahi Gua Ashabul kahfi :D

Disebabkan cuaca yang panas dan perut kami yang teramat lapar.. kami semua decide untuk membeli makanan di luar sahaja..  Dan membungkus dari sebuah restoran ala2 KFC di hadapan University of Jordan (Nama Restoran aku dah tak ingat huhuhuu..) 12 ketul ayam, 6 bun, kentang goreng dan salad mayonis.. rindu nak makan dengan ustaz2 ni lagi.. thanks Ust Mursyid, Ust Arif, Ust Farid dan Ust hakim.. ;D 

Will Continue Part 7

Monday, 22 December 2014

Jordan Part 5 : The Hidden Secret in Lost City of Petra

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia..

Sambungan dari Jordan Part 4 : River Trekking - Wadi Al- Mujib Natural Reserve

Petra - The Lost City.. Adalah salah satu tempat yang wajib di dalam bucket list aku untuk dilawati ketika sampai di Jordan.. Tapi dengan kos yang agak mahal untuk membawa seorang solo traveller ke Petra membuatkan aku lebih banyak berfikir dari membuat tindakan.. tapi Alhamdulillah Allah telah mempermudahkan aku untuk melawat tempat ini..

Sebelum semua pembaca meneruskan bacaan di artikel ini.. Aku mohon maaf sebab entry kali ni memang panjang sangat sebab there is so many thing i want to share with all of you especially photos.. bagi aku tempat ni memang awesome.. pape pun sila komen dibawah pada segala kekurangan :D

Welcome to The Lost City of Petra, Jordan
Maka plan asal ialah aku akan bertolak ke Petra for good dari Amman dan akan meneruskan perjalanan ke Aqaba dan terus menaiki ferry ke Dahab atau Nuwaibah, Egypt.. Tapi secara kebetulan aku diberitahu, Ust Wan Abdbaith Izzuddin yang baru habis belajar di University of Jordan nak drive ke Petra so dia tengah mencari sesiapa yang free untuk temankan beliau..

Dan yang paling menakutkan ialah harga tiket untuk masuk ke Petra ialah 1.00 JD per person for Jordanians and Residents.. Dan 50.00 JD untuk Non-Jordanian yang bermalam di Jordan.. Bermakna bagi pengunjung yang bukan Jordanian dan mereka datang ke Jordan dalam tempoh tidak bermalam maka bayaran mereka ialah 90.00 JD..!!! Mahal tak.. by the way 1.00 JD bersamaan 4.89 MYR.. :P

Antara Kedai Souvenir di bahagian entrance Petra.
Kaunter membeli tiket untuk masuk ke Petra.
Nampak tak berapa jauh beza harga tiket.. Mahal gilerr..!!!
Bagi pelajar luar negara yang belajar di Jordan mereka dikira sebagai Residents.. So aku bayar berapa?? hehehe.. 1.00 JD jer..!! Sebab aku pinjam kad pelajar Ustaz Farid hahaa.. Tapi takut jugak sebab ada orang pernah try tapi tak lepas, kantoi beb..!! well aku cuba nasib jer la.. nasib baik lepas huhuu.. Thanks Ustaz Farid Suhaimi :D

Jom mulakan perjalanan.. Tanah Gersang + Panas + Berdebu + Kering
Kalau korang nak datang make sure bukan musim panas yer  :D
Info : Pada tarikh 7 Julai 2007 bertempat di Lisbon, Portugal.. Petra telah dinobat sebagai salah satu 7 keajaiban dunia.. Terletak di tengah-tengah di antara Teluk Aqaba dan Laut Mati dan Petra bermakna "Batu" dalam bahasa Yunani.. Petra pada zaman kegemilanganya adalah ibukota bagi kerajaan Nabatean yang didirikan oleh Raja Aretas IV..

Mengikut kajian yang telah dibuat - Petra telah dibina 9 tahun sebelum Masihi dan wujud sehingga tahun ke 40 Masihi.. Sebuah kota yang aman, selamat dari ancaman musuh mahu pun bencana alam serta sistem pengairan mereka yang teramat istimewa iaitu teknologi Hidraulik bagi mengangkat air..

Jangan ditanya masa ini panas ke tidak hahahaa :P
Antara peninggalan bangunan dari zaman Kaum Tsamud
Alhamdulillah sampai di first check point..
Ada kedai jual souvenir dan minuman dan makanan ringan tapi mahal :P
Di first check point ni ada pondok pengawal.. Tandas jika anda sanggup guna.. dan kalau nak amik gambar dengan askar yang pegang lembing tu kene donate something dalam tabung huhuhu.. :D
Petra yang dikenali dengan beberapa panggilan antara yang paling famous "The Hidden City" dan "The Lost City"..  Membawa pengunjung kembali semula pada zaman kegemilanganya di satu masa dahulu mengenai Kaum Tsamud dan nabi yang di utuskan pada mereka ialah Nabi Saleh a.s seperti mana yang di ceritakan di dalam Qasasul Quran (قصص القران) .. 

Dan seperti mana diketahui ramai Kaum Tsamud ini adalah anak warisan daripada Kaum 'Ad iaitu di zaman Nabi Nuh a.s yang telah dihancurkan kerana keingkaran mereka pada Allah Taala.. Cerita mengenai Kaum Tsamud, Nabi Saleh a.s dan unta betina yang besar sebagai mukjizatnya telah banyak diceritakan maka tidak perlulah aku tulis di sini.. :D

Tetiba terjumpa pokok yang berbuah ni.. Macam Rambutan pulak hahahaa :D
Lega bila dah lepas first check point.. Tak kene cahaya matahari dah :D  
Menyusuri celahan gunung yang membelah.
Laluan yang penuh ukiran di dinding sepanjang perjalanan :D
Sistem saluran air.. Ukiran di batu-batu.. 
Wondering... How they made it.. thousand years ago..
Kawasan ini pernah menjadi sebuah kota yang mempunyai beribu penghuni..
Perjalanan dari Amman ke Petra mengambil masa hampir 3 jam dengan pemanduan normal.. Ianya terletak 250 km dari Bandar Amman dan 128 km dari Bandar Aqabah.. Actually aku pun tak berapa cam sangat siapa Ustaz Wan Abdbaith Izzuddin ni.

Sebab boleh dikatakan ramai jugak la pelajar Malaysia yang duduk di sekitar rumah Ust Mursyid ni.. Sekali dah jumpa baru ingat beliau lah yang tolong aku nak beli ayam kat pasar selepas waktu asar beberapa hari lepas hahaha  :D

Siapa Ust Abdbaith ni..?? Beliau sudah habis belajar dan beliau juga merupakan bekas Ketua Pelajar Malaysia Amman.. Oleh kerana isteri beliau masih menuntut di Amman maka beliau terus tinggal di Jordan.. seorang yang amat peramah dan baik serta ringan tulang.. Alhamdulillah seronok jumpa dengan orang-orang yang hebat di Jordan nie :D

Okay jom masuk untuk melihat  Bandar Petra.. Excited giler aku time ni.. :D
Ramai yang bergambar di binaan pertama dari 13 binaan yang lain.. :D
Mungkin orang dulu tinggi kot boleh ukir setinggi tu..
Inilah dia ukiran di gunung yang menjadikan ia sebuah kota..
Part souvenir nie memang menarik.. sebab menggunakan pasir yang berwarna-warni sekitar Petra untuk melukis di dalam botol kaca.. Nak suruh di tulis nama kita dalam botol tu pun boleh.. tapi harga mahal la :D
Bagaimana cara untuk ke Petra.. Pertama ialah dengan cara paling senang dan mahal iaitu mengambil tour guide atau juga menggunakan perkhidmatan teksi.. Dan yang kedua ialah dengan menaiki satu-satunya bas dari Amman iaitu JETT Bus Company (CLIK).. Bertolak pada pukul 06:30 am dari Amman (Di hadapan JETT Office di Abdali) dan 07:00 pm dari Petra tak jauh dari entrance parking lot Petra.. Harga tiket bas ini ialah JD 19.00..

Dan cara ketiga ialah mengambil Public Mini Bus di Mujamaa Janobi Station dengan bayaran JD 5.00 seorang dari pukul 09:00 am - 04:00 pm.. But actually ni aku tak suggest sangat sebab antaranya Minibus ni hanya akan berjalan setelah penuh dengan penumpang.. 

Over charge to tourist.. Kadang2 ada penipuan dari segi mencuri.. tapi kene berjaga-jaga juga sebab kadang-kadang pemandu teksi akan datang pada kita memberitahu bahawa minibas cancel hari ni bagi memudahkan kita mengmbil teksi mereka ke Petra..

Kawasan Perumahan Dibina/Diukir Pada Gunung




Tak tahu mana Master Bedroom ke apa ke hahahaa :P
Jalan dalam rumah yang dibina beribu tahun dahulu..
Menikmati pemandangan sejarah yang indah.
Kalau boleh main paintball kat sini.. Memang terbaik la.. :P

Colosseum Kaum Tsamud atau Rome?

Dilarang masuk.. Tapi bayar mahal.. curi-curi lah masuk ruang theater ni :D
Inilah ruang theater mirip Colosseum Rome
Memang takda orang sebab kawasan larangan hehehee.. :D
Maka kita posing la dengan sakan sebelum kantoi.. :P

Ini pun dah cukup mempersona.. Mesti lagi cantik pada zaman ia digunakan..

Bayaran teksi dalam lingkungan JD 65.00-80.00.. Dan jika anda dari Bandar Aqabah di selatan Jordan maka bayaran adalah lebih murah yer.. Dan berita baik untuk orang Malaysia ialah Ust Baith ni secara tak langsung memberi perkhidmatan dengan harga yang amat berpatutan bagi mereka yang ingin tour gudie sekali dengan transport ke tempat2 menarik berdekatan Amman termasuklah Laut Mati, Ashabul Kahfi dan Petra.. Contact Ust Baith (CLICK)..

Secara tak langsung aku bernasib baik sebab Ust Baith nak kene bawa 2 kakitangan kementerian berjalan-jalan di Petra tapi sebab beliau tak berapa sihat maka sebab tu mencari seseorang yang boleh bantu beliau.. Alhamdulillah dapat la jugak aku merasa bawa kereta lebih 150 km di Jordan melepasi tanah gurun arab yang gersang ni balik dari Petra..  :D


Kereta Keldai atau nak tunggang unta.. silakan :D
Kalau korang jumpa budak jual poskad nie..
Beli jer.. sebab memang murah USD 1.00 untuk 10 keping..
Kalau sesiapa ada kenal dengan 2 akak kementerian ni tolong sampaikan salam saya dan ucapan terima kasih :D

Okay few thing yang aku boleh nasihatkan di sini ialah elakan dari datang musim panas.. Bawalah air minum 1-2 liter seorang.. Coklat atau gula-gula.. Boleh bawa bekal sebab nak tour Petra ni memakan masa atleast 3-4 jam lebih.. kalau sanggup nak beli makanan mahal tak apa la.. huhuhu..

Di sini bagi mereka yang tak sanggup nak berjalan jauh ada perkhidmatan Kereta keldai atau unta dan kuda yang boleh ditunggang.. but again.. bayaran dia mahal.. Kalau amik dari pintu enterance mereka hanya membawa anda ke first check point sahaja.. So jangan tertipu okay.. sebab perjalanan dari frist check point ke first view point adalah lebih jauh..  :D

Untuk Sambungan Entry Jordan Sila Klik Link Di Bawah :-