Tuesday 2 July 2024

10 Tips Membawa Anak Travel Backpack Ke Luar Negara

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Alhamdulillah selesai perkongsian sebanyak 16 entry kisah di Umrah di tanah suci. Maka aku akan stress nak update negara mana pulak selepas ini. Sebab banyak juga yang tertangguh kisah pengembaraan di beberapa negara yang belum di update. Apa pun kepada yang dah baca semua 16 entry di tanah suci dan juga yang memberi comment aku ucapakan jutaan terima kasih.

Takut sebenarnya nak up entry pasal tajuk ni. Ye lah kita bukan la hebat sangat atau otai mana dalam dunia travel ni. Tapi itulah rasa nak berkongsi dari pengalaman travel dari anak seorang sehinggalah anak 4 orang yang semuanya masih kecil-kecil lagi. At this moment yang sulung umur 9 tahun yang bongsu 1 tahun 12 bulan.

Insyallah aku akan berkongsi beberapa tips dari pengalaman membawa anak-anak travel ke Australia, Morocco, China, Iran, Indonesia, Singapore dan yang terbaru Central Asia iaitu Kazakhstan, Kyrgyzstan dan Uzbekistan. Yang mana semua tempat ini berlainan suhu, cuaca dan culture. So aku akan combine kan kesemua tips dalam entry ini Insyallah.

1. Latih Anak Untuk Banyak Berjalan

Sebelum bawa anak-anak travel backpack pastikan anak-anda ada stamina yang kuat walau kita tidaklah expect dia akan sekuat kita. Kita boleh cuba bawa anak ke tempat-tempat yang menyeronokkan yang memerlukan kita banyak berjalan. Contoh seperti Zoo Negara, bersiar-siar di kawasan taman seperti Taman Tasik Titiwangsa. Dan yang selalu aku buat adalah bawa anak-anak pergi hiking.

2. Sediakan Mainan Atau Buku Menulis & Berwarna Di Dalam Flight

Jika anda menaiki flight yang lama sehingga lebih 4 jam terutamanya. Sediakanlah sesuatu untuk anak-anak bermain bagi mengelak mereka rasa boring dan kemudian meragam sehingga membuat bising di dalam flight. Walau handphone adalah solution terbaik nak bagi anak-anak diam tapi aku tak akan sekali-kali bagi anak main handphone.

Sediakan buku untuk mereka menulis/menconteng atau mewarna. Sediakan mainan simple yang mereka boleh bermain. Sebab tu pada kebiasaannya aku akan pergi Kedai RM2.00 ECO dan shopping semua-semua benda ni. Sediakanlah handphone atau ipad itu sebagai solution terakhir sekiranya mereka dah pun boring dan meragam dengan menulis dan bermain.

3. Penatkan Anak Sebelum Menaiki Flight

Rancang pergerakan anda seawal dan sebijak mungkin. Tak kira pukul berapa pun flight anda pastikan anak tidak tidur sebelum boarding. Satu perkara yang selalu aku pastikan ialah apabila masuk flight dalam first 20 minit semua anak-anak pasti akan tertidur. Andai kata flight pukul 6.00 pagi sekali pun kejut anak-anak banguan seawal jam 1 pagi dan bagi mereka entertainment untuk bagi mereka stay awake.

Walau penerbangan selama 1 jam terbang ke Singapore dari KLIA. Insyallah dengan teknik yang betul. Anak-anak akan tidur sepanjang 1 jam flight itu. Antara perkara lain adalah penatkan anak-anak anda bermain sebelum boarding. That is why aku suka datang awal at least 2 jam sebelum flight. Sebab KLIA pun agak menarik untuk bawa anak-anak berjalan. Yang ada baby tu try bagi susu selepas boarding supaya mereka tertidur semasa menyusu.


4. Sediakan Gula-Gula & Coklat Untuk Anak

Ini juga adalah sesuatu yang paling penting dari dalam flight sehinggalah sepanjang masa anda mengembara di sesebuah negara berkenaan. Dan paling utama ia akan menjimatkan anda sehingga ratusan ringgit. Bayangkan kalau bawa anak ke Europe jika satu gula-gula atau coklat berharga 1.00 Euro bersamaan RM5.00 kalau ada ada 3 orang anak? Dan kalau sehari 2-3 kali beli? Stay pulak 8-10 hari? hahahaa.. Memang makan ratusan ringgit yer.

Ia juga berguna nak senyapkan anak di dalam flight tapi bukan bagi selalu. Sekali dia minta tahan dulu tunggu selepas 2 - 3 kali baru anda bagi sekali. Janganlah dalam sejam habis sebatang Mentos tu. Jadilah parent yang bijak. Belilah dengan kuantiti yang banyak dan pelbagai jenis supaya anak tak boring kunyah benda yang sama.

5. Jangan Bawa Anak Travel Backpack Terlalu Lama

Ini pesanan aku untuk yang travel BACKPACK sahaja yer. Anak tidak mempunyai kefahaman seperti kita bila travel rasa seronok dengan melihat keindahan dan kecantikan di negara lain. Bagi budak pantai tetap pantai dan bangunan tetap bangunan. Pada pengalaman aku budak hanya boleh bertahan 4 hari sahaja backpack. Sebab selepas itu kita akan perasan yang mereka mula exhausted dan boring. 

Especially bila kita travel ke negara yang bukan friendly kids. Japan, Souht Korea dan Taiwan itu kita boleh kategorikan sebagai negara friendly kids sebab mudah untuk bawa anak dan memang menyediakan banyak kemudahan bagi mereka yang travel dengan anak kecil. Macam Central Asia dan sesetengah negara Middle East agak kurang sesuai membawa anak untuk travel sekali.


6. Bukan Semua Negara Sesuai Bawa Anak Untuk Travel

Untuk travel backpack anda bukan boleh meredah begitu sahaja. Mungkin boleh semasa anda travel solo atau berpasangan dengan otai yang selalu travel. Tapi bila anda travel membawa anak maka tolonglah study A-Z mengenai setiap inci perjalanan anda sepanjang travel. Jangan disebabkan anda anak-anak akan menjadi mangsa. Bila membuat study sebelum travel kita akan mengetahui banyak perkara lagi-lagi soal keselamatan.

Ini termasuklah mengenal pasti keadaan cuaca. Try to avoid membawa anak travel di negara yang terlalu sejuk atau terlalu panas. Ketahanan anak kecil tidaklah sama seperti kita orang dewasa. Apalah yang seronoknya bila travel dan tiba-tiba anak pulak demam atau jatuh sakit ketika travel. Somehow kita as parent we should know tahap ketahanan anak kita sendiri.

7. Bawa Ubat Dan Vitamin Untuk Anak

Sediakan ubat yang basic untuk anak-anak seperti ubat demam, batuk dan selsema, plaster luka, ubat sapu angin. Lagi-lagi kalau dah tahu nak pergi negara yang sedang berada dalam cuaca winter. Untuk peratus anak mendapat demam dan selsema tu agak tinggi. Dan Cool Fever adalah sangat-sangat berguna ketika travel bawa anak ke negara winter. Memang akan guna sepanjang masa.

Dan Vitamin untuk anak bagi aku adalah wajib. Especially dengan cuaca negara yang berlainan dari negara kita. Apa pun janganlah bila dah travel baru nak bagi Vitamin pada anak takut tak sesuai dan sebagainya. Try bagi at least seminggu dua sebelum travel. At least dapat kuatkan imunisasi anak sebelum travel dan dia dah biasa makan vitamin tu.

8. Jangan Terlalu Memaksa Anak Untuk Buat Apa yang Kita Buat

Kalau dah namanya bawa anak maka secara automatiknya akan ada a few thing dalam travel kita tak boleh buat. Contoh Bungee Jumping if you nak buat then buat seorang diri. Jangan Paksa anak buat atau ikut sekali ke situ. Pergi hiking ke puncak gunung yang merbahaya atau kawasan air terjun yang merbahaya. Atau juga kawasan yang mengandungi tahap udara yang tidak sihat seperti gunung berapi.

Dan paling penting jangan sekali-kali tinggal anak-anak dalam hotel atau apartment yang kita tinggal just because kita nak pergi buat sesuatu yang anak-anak tak boleh ikut sama. Memang akan ada banyak perkara yang kita kena korban, kalau bawa anak sekali pergi travel and that what it cost.


9. Rancang Aktiviti Untuk Anak Semasa Travel

Satu antara kesilapan besar parent adalah apabila bawa anak travel tapi tiada langsung langsung aktiviti khas untuk anak. Yang selalu dirancang adalah aktiviti untuk mak ayah itu sendiri dan aktiviti untuk anak adalah just enjoy dengan apa yang mak ayah akan buat nanti. NO.. Macam mana kita nak anak tak kacau kita masa beraktiviti sama juga anak-anak nak bermain sambil mak ayah melayan dan menjaga mereka.

Contoh la kalau dah tahu pergi check in hotel tepi pantai tapi mak ayah sibuk nak naik jetski, naik banana bot bagai. Anak nak sentuh pasir pantai pun tak ada masa. Tak boleh la macam tu. Kena ada masa duduk dengan anak main pasir pantai tu. 


10. Lebih Baik Jangan Bawa Anak Dari Bawa Anak

Ini khas bagi parent yang tak cukup bajet serius aku cakap. You akan menyeksa anak you all. Disebabkan tak cukup bajet anda akan cut off banyak benda dan yang menjadi mangsa adalah anak-anak. Sebab kena ingat yer untuk bawa anak ini memang akan cost you more then what you expect. Even you travel backpack sebab nak murah tapi janganlah sampai menyeksa diri dan keluarga.

Dan yang kedua if you adalah parent yang panas baran. Then better jangan bawa anak langsung pergi travel. Sebab bila travel backpack ni anak memang akan meragam tak kesah la apa jua kita buat untuk mereka. Sebab kadang-kadang mereka penat, lapar dan most command thing keadaan persekitaran yang membuat mereka rasa tak selesa dan susah nak hidup. Di Sweden kalau you tampar anak even you are tourist you kena tangkap tau!

33 comments:

  1. Tips yg mantops semuanya. Saya setuju dgn semua tips ni sebab dah pernah melaluinya since kiteorang jenis travel mesti kena bawak anak2 masa dieorg kecik dulu, supaya ada memori utk dieorg bila dah besar nanti. Satu lagi tips kalau dah rancang itinerari yg kena keluar sepanjang hari, bawak stroller supaya si kecik boleh tidur tanpa ganggu itinerari kita dan si kecik pun dapat tidur secukupnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekadar berkongsi dari pengalaman moga orang lain tak buat silap seperti saya ketika travel bersama anak-anak. Betul tu bawa anak travel sbb nak create memori pada anak bila besar nanti.Betul tu stroller adalah sangat2 penting. 90% keadaan memang stroller sgtlah membantu. Lena jer si baby tidur kan.

      Delete
  2. Tq tips! Sekarang saya perlukan masa, wang dan rezeki untuk bawa anak2 ke oversea!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Most welcome. Apa pun perancangan memang kena buat yg terbaik supaya travel kita penuh dengan warna warni :D

      Delete
  3. Umur brapa tahun sesuai bawa anak prgi travel?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anak dalam pantang jangan lah bawa pi travel hihihii.. Kalau nk ikut sesuai ialah masa anak tu dah faham apa yang kita buat..

      Delete
  4. Good tipss... mmemang sangat2 berguna as panduan di masa akan dtg.. kdg kita ni dh beriyer plan mcm2 lebih nya tawakal je la heheh.. tq tips n info

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu lepas berusaha kena bertawakal kepada Allah.. Nak bawa anak ini mmg satu cabaran yg besar huhuu.. btw most welcome :D

      Delete
  5. tips yg sgt berguna utk parents yg nak bawa anak travel!

    ReplyDelete
  6. terima kasih atas tipsnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama sama.. thanks juga sudi membaca nya..

      Delete
  7. tips yang sangat baik dan tahniah dik kerana masih menggunakan medium blog sebagai platform travelodge di zaman era YTC dan VTT. kak ana dah follow sini .. happy blogging naa.. rezeki sangat bila dapat melancong ke serata dunia..alhamdulillah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah terima kasih juga sudi dtg ke sini membaca.. Dan terima kasih follow blog yg tak seberapa ini hihihii.. Kita nak berkongsi sedikit apa yg dpt dri pengalaman ketika travel so kita stay dlm dunia penulisan blog ini..

      Delete
  8. out of topic....
    kalau g nairobi tgk safari dgn anak2 sy nk tumpang sekaki ikutttt🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha tunggu la airasia dah buat perbincangan utk buka route ke Nairobi.. kalau jadi buka mmg on la hihihii..

      Delete
  9. no 3 tu selalu nampak org komen kat socmed esp yg 1st time bawa anak travel... esp anak yg dlm lingkungan 1-3 tahun...

    ReplyDelete
    Replies
    1. That the serius part tau.. Paling tak best bila anak meragam dalam flight.. sebab tu kalau boleh kita kena usaha utk avoid anak meragam..

      Delete
  10. BTW bawa stroller sbnr nya praktikal atau sblk nya? teringat cite kak ipar. anak dia tak nak naik stroller nak dukung jeee smpi skt2 pinggang dibuatnya...sudahnya stroller jd troli isi brg😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes saya setuju bawa stroller adalah satu perkara praktikal.. mcm mana nak anak duduk dlm stroller kalau kat rumah berdukung.. nak tidurkan pun berdukung.. pergi mana2 pun berdukung. Bila travel nak letak dlm stroller mmg doa tak nak la hahaha..

      Delete
  11. setuju sangat yang last tu. kalau tak ready jangan bawa. masa kami umrah pertama kali dulu acha umur setahun lebih. kena bawa bekal makanan, susu termos kecil dll sebab kadang tu malas asik nak ulang alik ke hotel.

    masa umrah kedua lagi struggle, syafiq umur baru 7 bulan.dah la nyusu badan. kena lebih kuat mental sekejap nyusukan dia, sekejap nak bagi makan. ni kisah umrah yg sesak dengan manusia pelbagai negera.

    belum kira bab makan angin kan? teringat masa bawa budak ni ke abu dhabi, diorang nak main kat funfair.dalam hati aduhai anak..kat malaysia kan biasa je benda tu.tapi layan kan je la walau kita rasa cam tak menarik.keh keh keh. ops funfair pun modal.kalau tak mau raikan anak baik jangan bawa. betul kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab rasa kalau tak ready dan tak cukup bajet lebih baik jgn bawa sebab nanti nk berjimat punya pasal sampai anak jadi mangsa sbb kita nk cut off itu ini.. unless kita bukan travel backpack mungkin boleh la bawa anak2 sebab under travel agent agak lebih mdah..

      Delete
    2. Bila travel meraikan anak2 mmg perlu.. jgn lah kita syok sendiri sampai anak2 mcm dah boring jer sepanjang travel.. Apa sahaja yg dibawah bajet kita maka tak rugi nak spend utk anak2..

      Delete
  12. good tips!! cuma now my boys dh besar so dh lg senang travel :) my youngest umur 10 tahun, so dh phm la if nak gi travel, kena behave dan enjoy

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mana la tau yg si youngest tu tiba2 dpt adik kan.. rezeki kan dari Allah.. kita doakan moga Mz dimurahkan rezeki hihihi.. seronok la boys semua dh besar. Senang nak bawa pi travel...

      Delete
  13. Good sharing. Kami tak dapat nak ber-backpack dgn anak2 dulu sebab masa tak izinkan. Tapi duduk backpackers hostel memang lah banyak kali sebab murah (ada limit umur, kalau terlalu kecil tak boleh).

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks for your comment here :D
      Mmg untung duduk hostel masa travel murah dan mudah buat kawan.. dan maklumat juga senang berkongsi..

      Delete
  14. Tips yang bagus untuk yang ada anak2 kecil. Anak2 ni sepanjang flight yang panjang kalau tak selesa akan menangis juga jadi ibu ayah kena la persiapkan diri juga kan. Kena sediakan semua keperluan anak supaya anak selesa sepanjang perjalanan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Benda yg paling ditakuti semasa flight adalah bila anak kecil meragam dan menangis.. Parent mmg kena buat sesuatu utk elak dri terjadi.. insyallah yg penting usaha selepas kita tawakal pada Allah..

      Delete
  15. good sharing...tips yg bagus utk dipraktikkan...byk jg kes viral penumpang x puashati dgn kanak2 masa dlm flight..Alhamdulillah anak2 TT bagi kerjasama yg baik, nmpk mereka enjoy...DNA travel backpacking mengalir ke anak2...hehe..

    ReplyDelete
  16. nice sharing. tak nak ckp banyak pada org yg travel dgn anak2 kecik ni. salud la.

    ReplyDelete
  17. Bagus perkongsiannya 👍🏽
    Lengkap sungguh. Elok kalau share di medsos lain supaya viral.

    Kagum dengan Afif dan mereka yang mampu bawa anak-anak kecik travel.

    ReplyDelete
  18. Tips yang sangat berguna banget bang...kadang memang gak semua orang tua paham kalau pergi bersama anak-anak, sangat lengkap dan jelas..terimakasih banyak "🙏👍

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...