Friday, 28 June 2024

Umrah Mantop Travel Part 16 : Saqifah Bani Saidah & Last Moment In Madinah (Final)

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Sambungan Dari Umrah Mantop Travel Part 15 : Ratio Coffee - Quba Walkway Park - Masjid Bilal Bin Rabah

At last sampai juga ke penghujung kisah pengembaraan di tanah suci bersama Mantop Travel Agent ni. Alhamdulillah kesemuanya 16 entry aku berjaya tulis dari dimulai Kota Thoif kemudian Kota Mekah dan terakhir Kota Madinah Munawwarah. Dan kami berkesempatan singgah menziarahi Pekan Badar dan Jabal Malaikah dalam perjalanan ke Madinah.

Sesi tazkirah terakhir oleh Ust Atif kepada jemaah di Souq Suwaiqah.
Untuk hari terakhir ni mutawwif kami Ust Atif membawa kami berjalan ke bebarapa lagi tempat bersejarah antara kawasan pasar lama yang wujud sejak zaman Rasulullah lagi ia dikenali sebagai Souq Suwaiqah. Yang mana kisah famous kita selalu dengar bahawa Rasulullah saw dan Aisyah ra lumba lari. Namun baru-baru ini tapak pasar ini telah diratakan dan menjadi sebahagian dari Masjid Nabawi. 

Menziarahi tapak-tapak bersejarah di sekitar Masjid Nabawi.
Inilah tapak Pasar bersejarah yang dikenali sebagai Souq Suwaiqah.
Bersebelahan dengan kawasan lapang yang dulunya pasar ini adalah satu lagi tempat bersejarah iaitu Saqifah Bani Sa'idah. Bagi yang belum tahu jom kita refresh sedikit apa yang berlaku di sini. Pada ketika wafatnya Rasulullah telah berlakunya perdebatan di antara para sahabat untuk melantik siapakan yang sepatutnya menjadi Khalifah iaitu pemimpin umat islam selepas ketiadaanya Rasulullah.

Inilah Taman Saqifah Bani Saidah tempat di mana Khalifah Islam pertama dilantik.
Para Sahabat Ansar telah melantik Saad Bin Ubadah ra dengan berhujah antaranya Kaum Ansar telah banyak membantu Rasulullah dan juga Kaum Muhajirin. Dan Kaum Muhajirin juga berhujah mereka lebih lama dan terlebih dahulu dalam membantu Rasulullah. Dan Baginda juga seorang Muhajirin dan telah melantik Abu Bakar As Siddiq ra mengimamkan solat ketika Baginda disaat keuzurannya.

Ok ini aku share gambar pada tahun 2018 dahulu. Masih dibuka kepada orang ramai.
Masa ini pergi sekali dengan family. Dan masa ni best musim sejuk di Madinah (2018)
Ada juga di kalangan Ahlul Bait iaitu ahli keluarga Rasulullah berpendapat bahawa yang paling berhak itu adalah Muhajirin dan Ahlul Bait itu sendiri. Akhirnya selama 3 hari kemudian semua para sahabat sepakat sebulat suara mencolankan Abu Bakar As Siddiq ra sebagai Khalifah dan Umar Al Khattab ra adalah orang pertama yang membai'ah kepada beliau dan Zaid Bin Tsabit ra memulakan bai'ah dari Kaum Ansar.

Taman ini dihiasi dengn kolam air, pokok pokok kurma dan pokok bunga (2018).
Pada masa ni semua mutawwif akan bawa masuk ke taman ini dan berikan penerangan sejarah mengenainya. Masa ni terjumpa group yang dipimpin oleh Sdr Syamsul Ghau Ghau.
Peristiwa ini berlaku pada Hari Isnin 14 Rabi'ulawwal Tahun 11 Hijrah bersamaan 11 Jun Tahun 632 Masehi. Selepas 3 hari lamanya perdebatan dan hujah yang diberi oleh semua yang hadir di Saqifah Bani Saidah. Sekarang kawasan adalah sebuah taman yang dihiasi pokok-pokok dan kolam air. Namun sedihnya pada trip kali ini. Tidak lagi dibenarkan pengunjung masuk ke dalam. Ketika trip 2018 tempat ini masih dibuka untuk para pengunjung.

Kami telah diarahkan oleh Ustaz Atif untuk menunaikan Solat Sunat Wada dan kemudian menziarahi Maqam Rasulullah saw dengan memberi salam perpisahan. Boleh dibuat diantara selepas zohor sehingga maghrib nanti. Sebab bas akan bertolak ke airport tepat selepas solat maghrib. Dan Ust Atif meminta untuk semua jemaah meletakkan beg di lobi sebelum maghrib dan menyerahkan kunci bilik di kaunter.

Mutawwif kami Ust Atif seorang yang tidak pernah jemu berkongsi ilmu dengan jemaah.
Alhamduillah kami sentiasa khusyuk dengan apa jua yang disampaikan oleh Ust Atif. 
Masa ni rasa sayu sangat mungkin juga aku rasa untuk datang menziarahi Maqam Rasulullah sekali lagi selepas ini entah bila. Namun aku tetap berdoa semoga diberikan rezeki lagi untuk datang sekali lagi di sini. Kali pertama pun 6 tahun lepas bersama keluarga dan ketika ini boleh dikatakan banyak keadaan persekitaran telah banyak berubah.

Orang berpusu-pusu memasuki ruang laluan yang melintasi di hadapan Raudah.
Memberi Salam Perpisahan sebelum meninggalkan Madinah Munawwarah.
Kami telah menunaikan Solat Jama sebelum berangkat ke airport kerana kami hanya berada di Madinah selama 4 hari 5 malam sahaja. Cuma kali ini agak teruja sebab kami dibawa ke Airport Madinah dan bukannya terus ke Airport Jeddah. Dari Airport Madinah kami akan transit di Jeddah selama beberapa jam sebelum connecting flight ke Kuala Lumpur.

Sebab perjalanan ke Jeddah lebih dekat dari Mekah berbanding Madinah yang jauhnya lebih 4-5 jam perjalanan dengan jarak hampir 400 km ke Jeddah. Pada first time trip umrah 2018 dulu aku menziarahi Madinah dan kemudian barulah Mekah. Dan pada aku adalah lebih baik atau beruntung jika ke Mekah sebelum ke Madinah.

Sampai di Airport Madinah selepas 30 minit perjalanan dari Bandar Madinah.
Prince Muhammed Bin Abdulaziz International Airport (Madinah).
Ketika ini umrah boleh dilakukan dengan Tourist Visa yang mana Mutawwif boleh bawa ke mana sahaja terlebih dahulu sebelum ke Mekah. Dengan itu jemaah tak perlu lagi memakai ihram sebelum menaiki pesawat atau ketika di dalam pesawat. Seperti kami yang menziarahi Thoif dan memakai ihram di Masjid Qarnul Manazil. Sebab once kita berada dalam ihram agak banyak pantang larangnya.

Kami dibenarkan keluar dari airport sebab ada minimum masa 4 jam transit.
Transit di Airport Jeddah selama 4 jam. Sempat la aku dengan Abg Yan keluar sekejap dari Airport. Dulu masa transit KL - Jeddah - Morocco airport ni kecil ya amat.
Airport Jeddah langsung tak sama seperti tahun 2016 - 2020 yang dulu.
Jika anda dari Madinah maka anda akan berihram di Masjid Zul Hulaifah yang hanya 9 km dari Madinah dan kemudian akan berada di dalam ihram sepanjang perjalanan ke Mekah sejauh 430 km yang akan mengambil masa lebih 7 jam pada pengalaman aku yang lepas. Dengan jalan jem yang teruk sebelum masuk Mekah. Maka bagi aku kalau boleh pergi Mekah terlebih dahulu sebelum ke Madinah.

First time umrah dulu naik Airasia sekarang naik Saudi Airlines. Jauh bezanya :D
Alhamdulillah safely arrived at Kuala Lumpur International Airport. Thanks to all the staff :D
Pada saat entry terakhir ini ditulis aku mendapat tahu bahawa salah seorang jemaah kami telah pun meninggal dunia. Beliau yang berkerusi roda sepanjang masa di tanah suci telah dibantu oleh anak lelaki beliau yang tidak pernah mengeluh membawa ayahnya ketika tawaf, saie dan naik turun bas sepanjang ziarah. Semoga syurga untuk beliau dan anaknya juga. Al-Fatihah. The End.

28 comments:

  1. kenangan yg sgt berharga pastinya... innalillah wainna ilaihi rajiun utk kwn jemaah u

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kenangan dalam menunaikan ibadah umrah sentiasa diingati..

      Delete
  2. T.kasih sudi brkongsi kisah umrah dri awal smpi habis. okie khatam sudah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih juga sudi dtg membaca di sini.. :D

      Delete
  3. Yang penting... sempat selfie

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha.. point point unlce ni mmg terbaik la :D

      Delete
  4. Oo..Syamsul Ghau Ghau dah jadi mutawwif. Lama tak dengar khabar.

    Alhamdulillah dapat jugak jemaah yang meninggal tu tunaikan umrah bersama anaknya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. I saw him jadi Mutawwif masa 2018 don't no about now.. Alhamdulillah bagus la kan.. itulah tercapai hajat si anak nak tunai umrah bersama si ayah..

      Delete
  5. saudi airlines lebih mantap kan? hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mesti la saudi airlines is national carrier... Mmg la airasia tak leh lawan.. untung sgt naik Saudi hihihii..rezeki..

      Delete
  6. The best part kawan2 iolls ckp kalau dapat mutawwif yang best..confirm enjoy ibadah..betul ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dpt Mutawwif yg penuh ilmi agama dan sejarah nya mmg beruntung.. dan mutawwif tu pulak pandai berbicara lagi la banus.. sorry to say mmg ada mutawwif yg memboringkan.. huhuu

      Delete
  7. cantik betul bumi Madinah. hopefully one day berkesempatan datang sini, aamiin.. i literally love reading your journeys there!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya doakan moga rezeki ZR dimurahkan dan akan menjejakkan kaki di Kota Madinah dan boleh menziarahi semua tmpt2 bersejarah di sana amin..

      Delete
  8. Alcohol Wipes are commonly used for degreasing, cleaning off fingerprints, removing flux residues, and even disinfecting hard surfaces. Sanitizing and disinfecting wipes are fine to touch while you're cleaning with them, but they should never be used to clean hands or other body parts.
    Alcohol Wipes
    Alcohol Wipes
    Alcohol Wipes

    ReplyDelete
  9. wahhh jumpa abg shamsul ghau ghau tu... sempat tak bertegur sapa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak sempat nak bertegur.. org ramai nak bergambar dgn dia.. kita pun say hi from far je la hahahaa..

      Delete
  10. masa buat umrah dulu sy turun di airport madinah... masa tu x sesibuk sekarang brg kali... kami tiba subuh. so santai2 je masa tu...
    blk, naik kat airport jeddah. tp sblm tu bermlm kat rumah mutawif kira2 10km dr airport sbb flight kami lps subuh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Beruntung kalau turun di airport Madinah... Sbb jedah ke madinah sgt lah jauh.. dan kalau dari madinah nk buat umrah agak lama berada dlm ihram..
      Uishh mutawwif ada rumah di jeddah ini luar biasa.. org melayu ke?

      Delete
  11. sahabat2 Nabi berdebat bukanlah mereka nak kuasa pemimpin tapi menjaga kesinambungan perjuangan umat Islam...pernah terbaca tulisan orang sy*ah, mengatakan Saidina Ali tidak terlibat dlm perdebatan tersebut sbb sibuk menguruskan jenazah Rasulullah s.a.w...

    seronok jg, selain mengerjakan umrah, dpt melawat byk tempat2 bersejarah kalau guna visa pelancong...ramai jg yg stay sampai musim haji dgn harapan dpt visa haji pula...last2 jd buruan polis saudi...dulu masa pergi haji naik saudia terus ke airport Madinah...rindu 2 tanah haram...Alhamdulillah, kisah haji & umrah memang tak jemu dibaca..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu setuju mereka berdebat sbb utk memimpin umat Islam adalah tanggungjawap yg besar.. bukan blh beri janji manis sahaja.. Melantik pemimpin yg menjaga umat islam adalah satu kewajipan dan hal yg mustahak.. adavsbb kenapania diberi keutamaan.

      Delete
    2. Betul tu.. bila pergi umrah dgn travel agent jgn hanya mengharap mutawwif semata2 nak bawa kita ke tmpt2 bersejarah dan sebagainya.. kita kena banyak berusaha sendiri mencari dan membaca.. barulah rasa kemanisan dtg ke Kota Madinah..

      Delete
  12. Jadi teringat lagi dengan sejarah pelantikan Khalifah pertama. Tp kalo bisa lihat secara langsung tempatnya, memang best kan.

    Saya hampir tak mengenali airport Jeddah 🤣. Rasanya dulu tak sebagus itu 😅.

    Saya pun dulu pakai Saudi airlines. Tapi nasib baik salah satu pramugari nya sahabat kakak ipar saya 🤣. Jadi adalah sedikit privilege dibagi . Saya suka Saudi airlines ini. Kalo nanti umroh lagi, memang prefer naik ini saja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ianya sebuah taman yang tenang dilindungi dari panas matahari. memang waktu dulu mereka seronok duduk santai berbincang di kawasan seperti ini. Samalah saya hampir tidak mengenali airport Jeddah yang dulu kecil dan sempit tapi skrg sudah mega besarnya.

      Untung la si pramugarinya adalah kawan kakak. diminta apa sahaja pasti akan dipenuhi hahaha gitu :D Bak kata orang kalau perjalanan jauh naik la airlines yg bagus agar tenang dan selesa sepanjang perjalanan :D

      Delete
  13. Terima kasih kongsi gambar Airport Madinah. Saya lupa dah pemandangan di situ. Gambar pun terdelete semua.
    Oh... jauh beza ye naik Air Asia dengan Saudi Airlines. Saya tak pernah naik AA, tapi pernah naik Saudi Airlines 2014 dan Royal Brunei 2023. Yang saya ingat hidangan Saudi Airlines banyak betul!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gambar masa travel kalau hilang boleh stress ooo... Hihihii.. Airport Jeddah mmg dah besar dan canggih tak mcm dulu..Airasia kan low cost airlines.. mmg byk perbezaan di situ.. serius la tak pernah naik AA.. kena la try sekali hahaha..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...