Monday 17 June 2024

Menyambut Raya Aidiladha 1445H Di Tampin Negeri Sembilan

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Alhamdulillah ketemu lagi kita dengan Hari Aidiladha yang ke 1445 Hijrah. Aku just nak mengucapkam Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha kepada semua sahabat handai dan pembaca blog ini. Semoga sentiasa ceria dan dipenuhi dengan senyuman di pagi yang mulia ini :D

Alhamdulillah selamat tiba di Simpang Ampat.

Sampai destinasi yang di tuju semalam terus cari hotel alhamdulillah nasib ada kekosongan. Lepas check in terus ke rumah Pak Su sebab tahun ni semua berkumpul di sana. Khemah telah didirikan.. Lemang sebanyak 30 batang sedang dibakar.. Ketupat telah direbus.. Semalam datang pun makan dan makan dan terus makan haha.. Insyallah pagi ni my part pulak nak kena sembelih lembu dengan kambing.

Orang ramai mula memenuhi Masjid Jamek Tunku Besar Tampin.
Jom datang awal bertakbir bersama-sama berjemaah.

Insyallah pagi ni kito Solat Raya di Masjid Jamek Tunku Besar Tampin. Sampai masjid 7.45 pagi. Takbir dari 8.00 sehingga 8.30 pagi. 8.40 selesai solat dan 8.55 pagi selesai khutbah raya. Lepas solat raya balik hotel tukar baju dan terus ke rumah Pak Su. Sampai rumah Pak Su dapat tahu Pak Uda accident pulak satu keluarga. Syukur alhamdulillah tiada yang cedera.

Hotel Budget Sri Intan - RM79.00 untuk bilik triple 1 Quean 1 Single.
Lepas Solat Raya imam bagi announcement ada aiskrim free. Terbaik masjid ni.

Disebabkan orang terlalu ramai beratur nak ambil aiskrim selepas selesai solat raya. Kita pun tak ada la nak beratur. Tapi lepas keluar hotel dengan anak-anak nak ke rumah Pak Su. Try singgah balik masjid kot la ada rezeki anak-anak. Alhamdulillah aiskrim ada lagi dan tak smpai 5 orang pun beratur. Rezeki anak-anak :D

Datang semula ke masjid bawa anak-anak amik aiskrim free.
Alhamdulillah seekor lembu dan dua ekor kambing biri-biri telah berjaya diQurbankan kali ini dan alhamdulillah aku berjaya sembelih tanpa ada sebarang masalah. Kerja melapah dan memotong daging selesai tepat jam 12 tengah hari.

Melapah lembu Pak Uda dengan Pak Andak jadi tekong.
Melapah Kambing seorang dua jer dah selesai.
Tiga menu utama dari hasil Qurban adalah Sup Tulang Lembu, Kari Kambing 11.5 kg dan Rendang Daging Lembu 15kg. Alhamdulillah semua sedara mara dapat bawa balik seorang sebekas untuk setiap menu ke kampung halaman masing-masing. Family Arwah Pak Long dari Johor Bharu. Family Pak Jang dari Maran, Pahang. Family Pak Uda dari Port Dickson. 4 Adik beradik ayah mertua yang lain masih kekal duduk di Tampin.

Sibuk buat kerja-kerja melapah tak sempat nak ambil gambar geng merewang masak di belakang. Nanti aku cuba tanya sedara mara kalau ada gambar nanti aku post dalam entey ni insyallah. Sebelum Zohor aku bersama adik dan abang ipar balik ke hotel untuk membersihkan diri dan nak check out. Alhamdulillah owner hotel berbangsa cina tak charge lebih walau kami check out hampir pukul 2 petang. "Raya ma.. semua orang sibuk, Tak de hal lah"


36 comments:

  1. Salam Aidil Adha dari LD.

    ReplyDelete
  2. Salam aidiladha..
    wah, bagus la masjid ni...
    budak2 lebih excited dapat aiskrim...
    rezeki..rezeki..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Aidiladha juga untuk Nieyla.. itulah terkejut juga tapi bagus cara dia utk memikat anak anak kecil dtg solat raya dan membantu kerja kerja korban.

      Delete
  3. Salam Aidiladha...laaaa...dokek yo ghupo eh....ni apesal masjid area SA xde eskrem free ni..x aci la....apesal lambat bg tau..kalau x bleh terjah...hahahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Aidiladha juga buat SA.. dokek tu dokek dgn mano SA hahaha.. ini rumah sedara mara sebelah wife.. kito ni tak ado sape kek tampin hahaha.. setiap masjid ada caro nya nak pikat org ramai dtg membantu :D

      Delete
  4. Salam Aidil Adha...
    Beraya di Ng 9 yer...
    Saya tak balik kg tam dapat la merasa ketupat daun buluh...Belum izinNya nak kongsi rezeki ketupat daun buluh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ketupat daun buluh... Insyallah suatu hari nanti moga ada rezeki nak rasa juga huhuu...
      Salam Aidiladha juga dari saya.. :D

      Delete
  5. Salam Aidil Adha buat tuan sekeluarga.
    Kalau dah namanya rezeki, datang kendian pun dapat alhamdulillah 👍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Aidiladha juga buat Puan Hazel.. itulah kalau nama rezeki mmg tak ke mana kan hihii... Seronok balik kg kalau merewang beramai2..

      Delete
  6. Dapat aiskrim masa cuaca tengah panas ni memang mantap. Err saya pun suka juga....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan tgh tgh panas dpt ais krim tgh tgh panas siapa jer yg tak suka kan.. Anak siap minta lebih dari satu aiskrim..

      Delete
  7. Taqabbalallahu minna waminkum.
    Salam Aidil Adha. Maaf Zahir Batin.

    Aiskrim free Alhamdulillah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Aidil Adha juga utk Puan Mulan.. maaf Zahir dan batin juga.. bagus pihak masjid bagi aiskrim free tu..

      Delete
  8. Salam Aidiladha. Ramainya yang beratur nak dapat aiskrim free.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Aidil Adha buat Puan Carneyz.. aiskrim free mmg ramai la yg beratur..sedap pulak tu hihii

      Delete
  9. amboiiiii pagi2 lagi dah makan aiskrim yaaa terbaiklah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kaannnnn... Org bagi percuma.. masjid lak tu yg bgi..kita amik jer la :D

      Delete
  10. dapat bahagian korban, buat sup tulang tu mcm dah 1 kemestian pula kan kannn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semua tempat yg buat qurban pasti akan buat sup tulang.. menu wajib dimana mana.. makan dgn roti arab lagi sedap dri mkn dgn nasi :D

      Delete
  11. sy rasa mcm perasan je hotel bajet tu kalau blk KL x lalu highway hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hotel budget ni kat belakang econ save Pekan Tampin tu.. not bad la aircond sejuk giler..

      Delete
  12. selamat hari raya.. waaa bestnya dpt aiskrim free.. bagus masjid tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari Raya juga... Alhamdulillah tarikan masjid utk tarik anak anak kecil dtg ke masjid qurban dan solat raya

      Delete
  13. Salut Abang bisa sembelih sendiri. 👍. Kami ikut kurban juga, tapi dah pastilah minta yg ahli utk bantu sembelih. Saya biasanya tak berani lihat , tak kuat lihat darah. Suami pun tak berani, memang butuh nyali kuat utk melakukan itu.

    Semoga kurban kali ini diterima sebagai ibadah oleh Allah dan semakin mengajarkan kita ttg makna ikhlas dan kepemilikan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah memang dah belajar menyembelih binatang ketika belajar di university dulu. Tenang aja nak menyembelih sekali boleh insyallah kemudian sudah biasa. Amin semoga semua org yg berbuat qurban diterima Allah pada tahun ini..

      Delete
  14. Salam AidilAdha dari ibu Aqil ;)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...