Friday 5 July 2024

Stress Dalam Dilema Nak Update Blog

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Salam Pagi Jumaat yang penuh barakah pada semua yang tak jemu berkunjung ke blog aku ini. Aku doakan semoga semuanya sihat sentiasa dibawah rahmat Ilahi dan diberkati. Apa pun sangat-sangatlah appreciate dengan kunjungan korang ke blog ini especially yang tak jemu-jemu meninggalkan comment di setiap entry.

Alhamdulillah kisah perjalanan Umrah telah selesai dikongsi di dalam blog ini. Namun sekarang agak stress nak update kisah seterusnya. Kisah 3 negara (Kazakhstan, Kyrgyzstan dan Uzbekistan) di central Asia kita tolak tepi dulu untuk bagi laluan kisah yang tertunggak di 3 buah negara sebelum ini. 

Yang paling mudah nak update tentulah trip ke Bali Indonesia sebab hanya memakan masa selama 5 hari dan ia berlaku pada Februari tahun ini. Berbanding trip ke Xian selama 10 hari dan Perth selama 8 hari dan ia memerlukan aku untuk buka dairy semula tentang kisah perjalanan tersebut dan memerlukan banyak searching di Google and so on. Dan tentu agak susah nak update. :P

Bali Indonesia? Xian China? atau Perth Australia? Morocco  Oman 

Dalam otak aku sekarang ni tengah fikir why not aku update satu entry summery untuk semua negara terlebih dahulu sebelum aku start dengan first part. At least aku rasa tak la hilang arah di kemudian hari hahaha.. :D Tapi rasa macam tak menarik la pulak sebab macam dah bagitau jalan cerita. Macam buat trailer movie tapi pi bagitau semua jalan cerita.

Ke apa pendapat korang semua? By the way Insyallah dalam masa terdekat ni jika tiada halangan. For the first time untuk blog Travel My Way ini. Aku nak buat giveaway pada rakan blogger dan pembaca. Ianya bukanlah contest tapi lebih kepada nak berterima kasih atas support blog ini. Apa pun hadiah insyallah dari barang-barang yang disambar ketika travel la. Should be i think.

Dan juga insyallah aku akan kemas kini blog list kat side bar blog ini. Sebab aku perhatikan ada few blogger yang macam dah tak aktif sebab itu semua blog list yang aku buat masa 2012 - 2018 kalau tak silap. So nak kena update di situ Insyallah. Makanya yang belum perkenalkan diri silalah berbuat demikian ya.. :D

Nak Iklan Sekejap... :D

 Ada yang dah terbeli ke? Rindu pulak nak balik kampung ke Afrika ni :D

18 comments:

  1. Pada pendapat SA, buat mana yang perjalanan singkat dulu, slow- slow macam perjalanan Bali, then baru sikit2 masuk part negara lain...jangan gopoh, kalau gopoh akan kacau penceritaan kan...SA okey je baca...kalau terlepas boleh marathon...hahah...my 2 cents...x tau pendapat pembaca lain...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul juga tu kalau gopoh nanti penceritaan tak menarik dan ke laut huhuu.. By the way thanks bagi pendapat.. SA antara yang selalu dtg memberi comment di sini thank you so much tau :D

      Delete
  2. kalau nak buat perkongsian ringkas, cuba cara mcm ni:
    katakan entty psl perth. then bahagikan perth tu bahagian mcm. contoh, elizabeth quay then semua cerita kat EQ msk kn je dlm tu. yg penting, ada info bgs perlu dikongsi. contoh harga tambang bas etc

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok.. at this moment saya suka berkongsi kisah kembara itu mengikut apa yang berlaku dari awal first day sehinggalah last day. Bagi sayalah ia seperti you baca the way how i travel. Mungkin kalau focus pada sesuatu tmpat kita mungkin tak tahu what before and next.. ke cane? hahaha btw thanks bagi pandangan :D

      Delete
  3. mana2 pun ok jer, i suka baca semua entry travel u hehehe dan memang sgt2 informative lah bila u buat entry...very detailed!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok baik.. Tak tau pulak dapat title "very detailed!" ... Serius la? hahahaa..
      Hurmm buat entry travel ni mmg susah banyak benda nak kena refer itu ini. Paling takut kalau tersalah info.. kesian pada yg dtg baca buat preferance tu.

      Delete
  4. Tak pe buat yang mana mudah. Asalkan ada cerita. Masuk sini bila baca je dah rasa macam berada di situ walaupun tak pernah sampai pun. Apa pun memang tabik spring-spring le sebab boleh buat cerita travel yang begitu menyeronokkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sekarang ni buat yang mana mudah sebab tu travel ke tempat yang susah nak dicerita tak di update update lagi sampai la ni hahahaa.. Jangan la tabik spring sangat segan kita.. sekadar berkongsi pengalaman sendiri. Alhamdulillah terima kasih word "Menyeronokkan" :D

      Delete
  5. takpe buat mana yg tak myusahkan diri.. mcm Ana ni mmg akan tetap singgah baca sbb mcm ikut sama dlm travel tu (maklumlah blm ada rezeki nak pergi) hehehe

    saya perkenalkan diri : saya Ana dari blog Anamizu hehehe :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnya nak tulis entry travel ni amatlah susah hahaha.. Belum pernah ianya disiapkan dalam satu hari atau dalam masa 24 jam :P
      By the way suka dengan word "Macam ikut sama dalam travel tu".. Alhamdulillah terima kasih sangat sangat :D
      Alahh kita kenal lah.. ok thanks nanti kita masuk kan side bar :D

      Delete
  6. Saya setuju sahaja kepada apa2 bentuk penceritaan. Baru ada kepelbagaian. Teaser dulu pun ok. Semoga dalam rahmat Allah selalu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah terima kasih atas doa tuan yang sangat pemurah :D
      Insyallah akan meneruskan penulisan dari pengalaman mengembara di setiap jejak di bumi Allah ini :D

      Delete
  7. Wah tetap semangat ngeblognya ya karena dah ada 3 draft negara lagi yang udah ada stok cerita perjalanannya. Kemaren yang bagian umrohnya dah mbul baca jadi pengen ke sana suatu hari nanti...Emang paling senang baca blog perjalanan karena mbul sendiri suka banget cerita tentang jalan jalan ke suatu tempat dan jadi tahu budaya serta adat dan juga kulinerannya di sana ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semangat nya tengah ada dan kuat tapi itulah di dalam delima nak update yang mana satu hihihii.. Insyallah moga dipermudahkan urusan, rezeki dan waktunya untuk Mbul Kecil menunaikan umrah. Terima kasih juga selalu brkunjung ke sini :D

      Delete
  8. Macam teringin jugak nak explore Afrika ni tapi teragak2 sbb tak biasa. Kalau ada buat group trip ke Nairobi teringin gak nak pergi 🤭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hah jommmm.... Kita buat trip backpack ke sana.. bulan November hihihii... Afrika senang jee.. tak susah pun..

      Delete
  9. Tulislah sahaja mana yang dirasakan lebih mudah. Yang penting sentiasa ada semangat.
    Cara saya menulis catatan perjalanan biasa-biasa saja, ikut kronologi sebab takut terlupa. Maklumlah menulis pun apabila ada kesempatan, kadang tak terkejar. Kalau boleh hendak konsisten menulis setiap hari, takut hilang mood apabila sudah terhenti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia jadi macam serabut memikir mana nak up dulu hahaha.. tapi alhamdulillah hari ini dah update latest kisah pengembaraan.. itulah kalau boleh tulis konsisten setiap hari mmg best.. Hilang mood dan sifat malas tu yg paling takut dlm dunia berblog ni..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...