Showing posts with label Stress Dalam Delima Nak Update Blog. Show all posts
Showing posts with label Stress Dalam Delima Nak Update Blog. Show all posts

Friday, 5 July 2024

Stress Dalam Dilema Nak Update Blog

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Salam Pagi Jumaat yang penuh barakah pada semua yang tak jemu berkunjung ke blog aku ini. Aku doakan semoga semuanya sihat sentiasa dibawah rahmat Ilahi dan diberkati. Apa pun sangat-sangatlah appreciate dengan kunjungan korang ke blog ini especially yang tak jemu-jemu meninggalkan comment di setiap entry.

Alhamdulillah kisah perjalanan Umrah telah selesai dikongsi di dalam blog ini. Namun sekarang agak stress nak update kisah seterusnya. Kisah 3 negara (Kazakhstan, Kyrgyzstan dan Uzbekistan) di central Asia kita tolak tepi dulu untuk bagi laluan kisah yang tertunggak di 3 buah negara sebelum ini.

Nak update Trip Perth, Australia dulu ke..
Yang paling mudah nak update tentulah trip ke Bali Indonesia sebab hanya memakan masa selama 5 hari dan ia berlaku pada Februari tahun ini. Berbanding trip ke Xian selama 10 hari dan Perth selama 8 hari dan ia memerlukan aku untuk buka dairy semula tentang kisah perjalanan tersebut dan memerlukan banyak searching di Google and so on. Dan tentu agak susah nak update. :P

Bali Indonesia? Xian China? atau Perth Australia? Morocco  Oman 

Dalam otak aku sekarang ni tengah fikir why not aku update satu entry summery untuk semua negara terlebih dahulu sebelum aku start dengan first part. At least aku rasa tak la hilang arah di kemudian hari hahaha.. :D Tapi rasa macam tak menarik la pulak sebab macam dah bagitau jalan cerita. Macam buat trailer movie tapi pi bagitau semua jalan cerita.

Atau nak update trip ke Xian, China..
Ke apa pendapat korang semua? By the way Insyallah dalam masa terdekat ni jika tiada halangan. For the first time untuk blog Travel My Way ini. Aku nak buat giveaway pada rakan blogger dan pembaca. Ianya bukanlah contest tapi lebih kepada nak berterima kasih atas support blog ini. Apa pun hadiah insyallah dari barang-barang yang disambar ketika travel la. Should be i think.

Dan juga insyallah aku akan kemas kini blog list kat side bar blog ini. Sebab aku perhatikan ada few blogger yang macam dah tak aktif sebab itu semua blog list yang aku buat masa 2012 - 2018 kalau tak silap. So nak kena update di situ Insyallah. Makanya yang belum perkenalkan diri silalah berbuat demikian ya.. :D


Nak Iklan Sekejap... :D

 Ada yang dah terbeli ke? Rindu pulak nak balik kampung ke Afrika ni :D