Perjalanan mengambil masa 10-15 minit dari Velana International Airport ke Male, namun jika cuaca tidak berapa elok perjalanan ferry mungkin akan bertambah. Jarak antara kedua-dua destinasi kurang dari 1km. Masa kami datang alhamdulillah cuaca elok namun masa nak balik angin kuat dan berombak besar menyebabkan sedikit kegelisahan di situ.
![]() |
| Pemandangan Sinamale Bridge (Friendship Bridge) dan King Salman Mosque. |
Apa pun syukur semuanya selamat dan jika datang ke Maldives memang semua pengangkutan adalah di atas air sahaja. Kami tiba di jeti MTCC Airport Express dan di sini macam jeti utama (main terminal) untuk pergerakan ke semua pulau di Maldives. Macam kami yang akan menyambung perjalanan ke Pulau Maafushi juga akan ambil ferry dari sini.
![]() |
| Alhamdulillah safely arrived at MTCC Airport Express di Male. |
![]() |
| Inilah rupa dan bentuk feri kami dari airport tadi dengan bayaran USD1.00. |
Dari apa yang aku study ia seolah-olah memerlukan dua hari untuk explore semua attraction di Pulau Male ini namun tidak sebenarnya. Kita hanya memerlukan kurang dari sehari untuk explore semua attraction yang ada di sini. Kami banyak berjalan kaki dan ada juga menggunakan UBER untuk pergerakan jauh seperti dari hujung ke hujung pulau.
Menggunakan Apps UBER ada baiknya sebab harga fix dan teksi biasa ada yang menggunkana meter dan ada juga driver yang nego harga tak nak pakai meter sebelum kita naik. Kalau tengok harga okay just agree sahaja. Dan kalau pandai, try la nego harga yang lebih murah namun jangan la nego harga tak masuk akal. So far orang Maldives baik-baik.
![]() |
| Fountain View Restaurant antara yang memberikan view cantik dari atas beranda mereka. |
![]() |
| Inilah Lemongrass Seaview Restaurant. Kalau lapar boleh la layan buffet mereka. |
Dari jeti kami berjalan ke arah kiri sebab plan asal nak duduk santai sambil berehat di salah satu restoran atau cafe yang ada banyak di sini. Dah terbayang nak minum oren jus yang sejuk menghadap ke arah laut. Dan antara yang terbaik review aku baca adalah Lemongrass Seaview tapi ia cuma menyajikan makanan buffet nasi serta variety of lauk.
Ada hampir 10 cafe atau restaurant di sini yang menghadap laut namun kesemuanya menawarkan buffet dari breakfast, lunch dan dinner sahaja. Aku ada tanya kalau nak duduk minum sahaja sebab view memang lawa boleh tengok kapal terbang take off dan landing serta bot dan feri yang lalu lalang but their answer is "No..!!".
![]() |
| Berjalan hanya beberapa meter ke arah King Salman Mosque. |
Dan ada few cafe yang hanya dibuka lewat petang sehingga lewat malam. Kami pun cancel plan dan terus berjalan ke King Salman Mosque yang terletak kurang 1km dari jeti kami turun tadi. Plan nak tunggu zohor tapi waktu masih teramat awal maka kami decide untuk terus berjalan Male Artificial Beach. Satu-satunya tempat untuk mandi pantai di Male.
![]() |
| King Salman Mosque sponsor by Saudi Arabia Kingdom with cost USD 24 million. |
![]() |
| Make sure kalau datang Male, wajibkan diri anda untuk bersolat di masjid ini. |
King Salman Mosque ini telah dibina pada tahun 2017 dan siap pada 2022 menggunakan sepenuhnya dana dari Kerajaan Arab Saudi dengan kos USD 24 juta. Ia telah dibina oleh syarikat kontraktor Turkmaks Alke dari Turkey.
Masjid yang dibuka 24 jam ini boleh memuatkan 10,000 jemaah. Mempunyai 1 khubah berbentuk Bedouin Desert Tent dan 5 buah menara serta dipegang oleh komuniti sunni. Dilengkapi library, auditorium, classroom and multi-purpose hall.
![]() |
| Inilah Male Artificial Beach berlatar belakang Sinamale Bridge build by China. |
![]() |
| Take five jap di pantai buatan ini. Ustaz Anas tiba-tiba dapat kawan orang tempatan. |
Di Male Artificial Beach ini terdapat beberapa kiosk yang menjual minuman dan makan ringan. Boleh la kita lepak tepi pantai sambil layan air dan kudapan. Cafe CocoHut satu-satunya restaurant di pantai ini yang menjual pelbagai pastry, ice cream & gelato, pelbagai jenis minuman macam tealive, grilled dari daging, ayam, jagung dan seafood.
![]() |
| CocoHut Cafe - The only restaurant yang ada di Male Artificial Beach ini. |
![]() |
| Cuaca agak panas tapi seronok duduk buai bawah pokok dengan angin sipu-sipu pantai. Layan view sambil makan aiskrim dari CocoHut Cafe. Waktu petang ramai orang di sini. |
By the way weather di Maldives memang panas yer. Tak sah kalau ketiak tak basah hahaha. Negara pun ada gugusan ribuan kepulauan. Memamg kami banyak spend untuk beli air. Dan air mineral 1.5 liter memang sehari 3-4 botol kami beli.
Lepas kami berehat seketika di pantai kami terus ke Lui Buin Smoothies & Juice Cafe. Memang aku baca review cafe ini antara yang wajib untuk disinggah sebab di sini semuanya segar samada nak beli buah potong, nak minum pure juice atau nak beli smoothies yang mana kita boleh pilih nak mix buah yang kita suka. Dan harga tak marhain tapi berbaloi :D
![]() |
| Lui Buin Smoothies & Juice ini terletak berhadapan dengan Male Artificial Beach. |
![]() |
| Once dah masuk rasa macam tak nak keluar sebab sejuk sangat dalam ni. |
Lama juga kami lepak sebab cafe indoor dan ada aircond yang sangat sejuk. Once bila dah masuk tu memang susah sikit la nak keluar. Ustaz Anas pulak kata nak cari ATM nak withdraw duit. Lagi la lama aku dengan wife stay dalam cafe ini.
Oh ya kami memang nak buang masa sebab public ferry ke Maafushi akan bertolak pukul 3.00 petang. Dan itu satu-satunya trip dalam sehari dan tiada perkhidmatan public ferry pada hari Jumaat. Sebab Maldives adalah negara islam dengan 100% population muslim. Maka kebanyakan perkhidmatan kerajaan ditutup pada hari Jumaat.
![]() |
| Misi membuang masa sambil layan smoothies dan juice dalam cafe. |
![]() |
| Watermelon Smoothies for my wife and Pure Orange Juice for me. |
Tapi kalau nak naik private boat memang banyak setiap hari dan boleh dikatakan setiap 30 minit ada trip ke Maafushi dari Male. Cuma harga memang jauh beza la, harga untuk trip private boat USD25-30.00 per person berbanding hanya USD3-5.00 per person untuk perkhidmatan Public Ferry.
Kebanyakan orang tempatan memang akan naik public ferry dan lebih 90% yang naik private boat adalah tourist. Dan public ferry mengambil masa 2jam setengah hingga ke 3jam untuk sampai ke Maafushi. So yang mabuk laut tu please consider naik private boat. Kami masa balik dari Maafushi naik private boat sebab yang gegurl tak sanggup mabuk laut.

















Maldives satu negara yg cantik n permai. Jika ada rezeki mahu saja ke sini nanti. Aamiin...
ReplyDeleteHi Abam Kie .. Lama tak berkunjung ke sini hihi.. Insyallah moga ada rezeki Abam Kie.. Airasia selalu ada promo cubalah grab satu :D
DeleteTempat semuanya menarik..lain tu suasana melancong ke negara cantik2 view..dapat gambar2 sebagai kenangan terindah..
ReplyDeleteAlhamdulillah memang menarik melihat sesuatu attraction di negara org terutama negara kepulauan mcm Maldives . πππ»
DeleteWajib sujud syukur di masjid lawa tu ustaz..panjatkan kesyukuran padaNya
ReplyDeleteBetul tu.. bila travel kena letak masjid masjid sebagai destinasi yg patut dituju.. alhamdulillah syukur.. π€²π»π«°π»☺️
DeleteKenapa ada artificial beach tu ye? Pulau mesti dikelilingi pantai kan? Confused jap π
ReplyDeleteSebab pulau Male ni sebuah bandar yang padat. mungkin sebab dah di expend kepada maximum dan semuanya tebing buatan.. maka tiada pantai yg ada so terpaksalah buat artificial beach ini..
DeleteCantiknya Masjid King Salman. Semoga ada rezeki untuk solat di sini satu hari nanti. Tempat peranginan lagi-lagi pulau selalunya jarang benar harga marhaein. Sokmo harga agak-agak kayangan kan. Tetapi udah alang-alang JJCM kita pejam mata macam tuh yr☺️
ReplyDeleteWajib masukan K.Salman Mosque dlm list kalau ke Maldives.. Maldives negara kepulauan dan almost everything is import so mmg majal jadi nya huhu.. Aah oejam la mata selagi tak lari budget kan π
Deleteharga makanan kat madives memang mahal kan, especially harga produk tenusu kat sana sangat. kalau seafood tu okay tak harganya?
ReplyDeleteYer mmg mahal.. tgk harga yg display dlm USD pun dah berkerut dahi nak memilih hahaha.. Hurmm seafood pun tak la murah mana.. Malaysia lagi murah hihii..
DeleteYour photos are absolutely gorgeous! Thank you so much for sharing this amazing and lovely tour.
ReplyDeleteThank you so much for the nice comment.. Just sharing my backpackers journey.. ☺️ππ»
DeleteSemoga ada rezeki juga ke sana. Aamiin.
ReplyDeleteInsyallah saya doakan semoga Puan NR dpt jejakkan kaki ke Maldives Amin.. π€²π»☺️
Deletecantik dlm masjidnya tu.
ReplyDeleteMasjid pun baru lgi.. masuk dlm bau kilang gitu huhuhuu.. π
Deletemurah betul public ferrynya! maldives ni famous tourist spot la...perfect utk beach lover jugak!
ReplyDeleteMemang murah tapi ada pro & con dia.. 2 ke 3 jam perjalanan atas ferry nak ke Maafushi Island.. naik private bot 30 minit.. tak mabuk laut ok jer.. hihii
DeleteUnik betul la masjidnya. Bila tengok dalam Ya Allah cantik dan indah sungguh.
ReplyDeleteKos binaan saja dah lebih RM100 juta.. alhamdulillah diberi peluang utk solat di dalam nya.. π€²π»☺️
DeleteUnik bentuk masjid, cantik dan lengkap kemudahan. Sesuailah kan dengan harganya.
ReplyDeleteJauh betul beza harga private boat dengan public ferry tu π . Kalau feri jenis dua tingkat dan kena duduk atas, itu akak tak boleh. Jadi mabuk laut.
Masjid hasil karya campuran Saudi, Turkiye dan Maldives kot. Sebab byk sgt tgn yg campur hahaha.. Mmg jauh beza harga tpi bg sy berbaloi naik private bot 30 mnt dgn 3 jam beza. 30 mnt dgn private bot tak sempat nak mabuk laut..π
DeleteSeronoknya ke Maldives. Moga dapat ke sana lagi sebab tahun 2003 ambil gambar guna camera guna filem Kodak, bila dicuci gambar kuning2 mungkin filem lama dah expired apa tak nya masa tu duduk Vietnam. Eh, tak ada rezeki sebenarnya tak dapat gambar elok. Alhamdulillah dapat saksikan laut dan semuanya cantik.
ReplyDeleteUishhh zaman lama tu guna kodak.. Insyallah ada rezeki utk repeat tu.. biasa filem tu tahan lama kan.. lepas 15 tahun pun boleh print out lagi gambar π .
DeleteAlhamdulillah laut dan pantai di sana mmg cantik ☺️ππ»
maldives negara kecik je tapi mempunyai pantai yang cantik-cantik, sehingga disebut syurga dunia.. bersih je
ReplyDeleteNegara kepulauan yg sgt kecil tapi gugusan semua pulau negara bertebaran lebih 1000km.. Mmg bersih dan cantik pemandangan di laut dan pantai.. ☺️ππ»
DeleteMabuk laut yang tak sanggup tu. Saya makan ubat atau tidak tetap akan mabuk.
ReplyDeleteKalau tak sanggup boleh naik speed bot dari private bot company.. laju meluncur air.. tak sempat nak mabuk dah sampai.. π ππ»☺️
DeletemasyaAllah cantik nyer masjid biru itu ;) Allahu
ReplyDeleteMemang cantik... Kalau dtg waktu solat jemaah semua lampu akan dibuka.. Harga nak bina pun lagi mahal dari masjid sendayan ☺️ππ»
DeleteMaldives dalam kepala saya akan ingat pantai cantik tempat orang honeymoon & tragedi MH370
ReplyDeleteHurmm mmg ramai couple yg dtg utk honeymoon.. sbb mmg cantik pantai.. air laut yg jernih dan bersih.. tragedi MH370 tu mmg sini dikatakan laluan terakhir.. π€·π»
DeleteTeringin nak ke Maldives tapi nak staycation di hotel berbintang2 hehehe
ReplyDeleteBoleh boleh... Try la mcm neelofa tu satu pulau tu hanya ada bilik hotel dia sahaja hahaha.. USD25k semalam.. π ππ»
Deletetengah cuaca panas, jumpa pulak kedai smoothies.. ya Allahh! nikmat ya ππ
ReplyDeleteSanggup tu nak repeat sbb nak dptkan smoothies dia Hahaha.. π€£π€£
DeleteMasya Allah, indah sekali masjidnya π
ReplyDeleteYa cantik bangat..tersergam indah dari kejauhan.. ☺️ππ»
DeleteLawa betul masjidnya. Baru nak tanya kenapa nama artificial beach. Tengok gambar, pasir pun takde.
ReplyDeletePantai buatan dan itu satu satunya tempat yang boleh mandi dan bermain di dalam Pulau Male. Kalau check in hotel di Male situ lah tmpt nak main pantai.. ☺️ππ»
DeleteBeza betul harga public & private boat.
ReplyDeleteMujur dua² dapat rasa pengalaman berbeza.
Memang beza sebab perkhidmatan pun jauh beza. Mmg berbaloi bayar mahal dari mabuk laut 2-3 jam atas laut huhuu.. π
Deletesekali imbas mcm seni bina masjid di turkiye. dannn bila tgk kontraktornya hmmmm patut laa
ReplyDeleteSebab menara dia ada sampai 5 kan.. cuma nampak binaan nya lebih moden dari menara dan khubah masjid tu.. sehinggalah design dalaman masjid..
Deletebsrapa keluasan Male Artificial Beach tu?
ReplyDeleteBoleh la nak mandi seratus dua ratus orang sekali at one time.. rasanya lah.. ☺️
Delete