Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia
Dah kenapa tiba-tiba terus up entry cerita Maldives ni kan. Padahal baru closing kisah kembara 3 negara di Central Asia. Semalam post pasal Aomori Japan. Memang tak bagi rehat betul idea dalam otak dengan mood semangat ni hahaha. Mungkin sebab tinggal lagi dua bulan nak habis tahun 2025 ini tapi KPI tak cukup lagi. Hah gitu la kot.
 |
| Tiba awal sebelum subuh di KLIA2 sebab flight 08:40 pagi. |
Pengembaraan Trip DIY Backpakcers ke Maldives ini telah berlaku pada bulan September 2024 selama 4 hari. Ahli trip ini adalah aku dan wife dan turut disertai oleh Ustaz Anas dan Cikgu Hani. Maka jadilah trip berempat seperti trip ke Bali pada awal tahunnya. Harga tiket flight yang kami dapat adalah RM658.00 return per person.
Kami sampai awal sebelum subuh di KLIA2 untuk bersolat dan breakfast. Dan tak nak la masuk marathon tak berdaftar kan. Habis solat terus kami masuk ke immigration sebab nak breakfast di dalam terminal sebelum ke boarding gate.
 |
| Ketika tiba di KLIA2 kebanyakan kedai dan restoran semua banyak yang tutup. |
 |
Here we are with Airasia again. Pemandangan selepas kaunter immigration. Ada yang rindu tak dengan view ni masa nak berjalan ke gate boarding hihii. |
Penerbangan kami AK74 pada 11 September 2024 seawal jam 08:40 pagi dari KLIA 2 dan telah tiba pada pukul 9:50 pagi waktu Maldives. Penerbangan selama 4 jam 10 minit adalah sangat tenang tanpa ada gangguan sebab masa ni masih trauma dengan turbulence balik dari Almaty beberapa bulan lepas.
Sebelum flight lagi staff Airasia dan memaklumkan untuk isi form Traveller Declaration menggunakan handphone masing-masing. Dan memang betul jika kita baru nak buat selepas landing memang kalam kabut jadinya. Itu belum isu tak ada internet ketika sampai di Maldives.
 |
| Breakfast di Restoran Ahh-Yum sebab nak repeat Nasi Lemak dia yang sedap. |
Dari atas flight lagi kita dah boleh nampak keindahan gugusan pulau di negara Maldives ini dengan warna air laut yang biru. Nasib baik lah dapat duduk sebelah tingkap walau kami tak membuat bayaran untuk pilihan tempat duduk.
 |
| Parking luar la murah sikit hihi.. Alhamdulillah safely arrived in Maldives. |
 |
| Isi Traveller Declaration Form ini sebelum sampai di Maldives supaya tak kalam kabut. |
Tiada tukaran duit Maldives iaitu Maldives Rufiyaa (MVR) di money changer di Malaysia. Namun tidak perlu dirisaukan sebab terdapat ramai orang yang offer untuk menukar duit di balai ketibaan airport sejurus sahaja kita keluar. Pada mulanya nampak macam scammer tapi tidak dan mereka offer lebih tinggi dari current rate. Yes sangat berbaloi bagi aku.
 |
Beratur agak lama menunggu untuk dicop passport. Yang tak isi Traveller Declaration Form memang awal-awal kena tolak tepi. |
Dan untuk Maldives ini aku cadangankan untuk bawa duit MYR dan USD. Sebab boleh dikatakan hampir keseluruhan kedai menerima USD maka tak la rugi sangat sebab kita dah pun rugi apabila tukar MYR ke USD dan rugi lagi bila tukar USD ke MVR. Sebab money changer kan akan ambil rate rendah sedikit sebab nak untung.
Kalau bawa duit MYR sahaja pun okay sebab di Maldives semua money changer accept MYR untuk pertukaran duit. Dan satu tips aku nak share adalah, bila nak beli sesuatu barang kena tanya berapa harga dalam USD dan juga MVR.
 |
| Selepas keluar dari arrival, lintas jalan dan terus berjalan ke arah kiri. |
Dan masa tu kita kena cekap mengira which one is more cheaper. Kadang-kadang bayar dalam USD lebih murah dari kita bayar dalam MVR tau. Sebab kadang-kadanag mereka tak ada change untuk small amount dan memang akan burn begitu sahaja. Maka ketika itu tengoklah bayar dalam USD atau MVR yang untung.
Sama juga apa yang berlaku ketika kami nak beli tiket feri dari airport ke Male (dua pulau yang berbeza). Tiket boleh dibayar dalam USD1.00 dan juga MVR15.00. Namun jika kita bayar menggunakan USD ia akan menjadi sedikit mahal berbanding MVR. Sebab kadar tukaran duit ketika itu USD1.00 bersamaan MVR17.85.
 |
| Dan akan nampak kaunter untuk beli tiket feri ke Male dan juga beberapa destinasi lain. |
 |
| Harga tiket untuk seorang adalah USD1.00 atau MVR15.00 sehala. |
Tiada Visa diperlukan untuk kita rakyat Malaysia yang berkunjung ke Maldives. Dan once passport dicop kita dibenarkan untuk berada di dalam Maldives selama 30 hari. Okay another is pegawai immigration di airport memang akan check betul-betul. First ditanya adalah "Do you have reservation for accommodation in Maldives?'
 |
Staff kaunter akan beritahu untuk ke platform berapa untuk menaiki feri ke Male. Kekerapan feri adalah setiap setengah jam sekiranya cuaca elok. |
 |
| Bot laju yang kecik ini kebiasaanya membawa penumpang ke private island. |
Nasib baik kami dah book di Agoda.com dan dah bayar di 7Eleven untuk penginapan selama dua malam pertama di Maafuhsi Island. Dan juga diminta itinerary sepanjang kami di sini dan memang kebiasaan bagi aku untuk buat itinerary pdf. Dan kali ini memang tak sengaja aku bawa hard copy itinerary. Bila pegawai tu tanya terus aku bagi.
Sambil aku explain tempat-tempat yang aku nak pergi. Sempat aku menoleh dan nampak yang lain macam struggle nak menjawap soalan dari immigration. Dalam hati aku "Ha kan dah kata baca itinerary tu hahahaa..". Dan antara soalan lain "How long you going stay in Maldives?" & "Do you have return ticket?".
 |
| Suasana di dalam feri dari airport ke Male. Kalau yang mabuk laut siap sedia la. |
 |
| Selfie satu - ketika muka masih elok dan tak serabai dek ombak laut yang kuat. |
Tidaklah susah cuma banyak soalan yang ditanya dan aku tak tahu ia secara random atau memang semua orang akan ditanya soalan sebegitu. Apa pun kami berjalan keluar dengan tenang dan selepas menukar duit dengan salah seorang yang memberi offer yang baik. Terus kami berjalan ke arah jeti untuk mengambil feri ke Male.
 |
| Alhamdulillah finally kami bergerak meninggalkan Velana International Airport. |
Tak susah pun hanya perlu berjalan ke arah luar menuju ke jalan utama di hadapan airport dan berjalan ke kiri sehingga kita nampak banyak bot bot yang pelbagai saiz. Di situ kita akan jumpa kaunter untuk membeli tiket feri/bot ke Pulau Male yang juga merupakan Capital of Maldives. Dan Velana International Airport ini terletak di Pulau Hulhule.
Dan sekiranya kita melihat dari atas seperti peta, disebelah kanan airport ada sebuah pulau yang bernama Pulau Hulhumale dan sebelah kanan lagi Pulau Farukolhufishi. Kedua-dua pulau ini adalah pulau buatan yang telah dibesarkan bagi menampung kepadatan penduduk yang makin bertambah. Dan semua empat pulau ini bersambung dengan jambatan.
Bersambung Maldives Part 2 : King Salman Mosque - Male Artificial Beach - Lui Buin Smoothies & Juice (Under Construction)
maldives ni sgt cantik dan famous seantero dunia, perfect utk those yg suka pantai/beach/island. tq for sharing. byk betul info yg saya dpt wpun maldives not in my travel wishlist. part kena menjwb dgn immigration tu memang kena betul2 well prepared sgt!
ReplyDeleteWahhh...Tmpp paling mnjadi tumpuan nih =)
ReplyDeleteDari airport boleh terus berjalan kaki untuk naik bot? Wow! Unik sungguh ni.
ReplyDeleteUntung kerja yang boleh set masa travel ni, boleh beli tiket AA dengan harga menarik.
Sementara ada mood dan idea menulis tu, teruskan. kitorang sudi je membaca hehe...
ReplyDeleteMaldives ni best kan, pantai dia cantik dengar²nya. Best juga bila bole guna duit kita di sana.