Friday, 24 October 2025

Kazakhstan Part 11 : Air Astana - Check In 12 Hours At Aksunkar Hotel (Almaty Airport)

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia


Penerbangan dari Tashkent ke Almaty mengambil masa hampir dua jam dan flight kami KC130 adalah flight yang terakhir pada hari ini. Tepat jam 11.40 malam kami berlepas meninggalkan Tashkent. Afnan dan Athira tertidur hanya beberapa minit di dalam kapal terbang. Dan tak sampai 45 minit kami di serve makanan sandwich ayam, chocolate dan air mineral.

Finally kita boarding juga. Memang dah exhausted time ni fikir nak tidur jer.
Atiyya dengan Affan tak tidur sebab setiap seat ada skrin tv. Affan tanya "Ayah, kenapa masa datang Kazakhstan ada tv tapi tak boleh buka?" aku pun jawap "Itu flight Airasia, lain company lain cara dia. Mesti la ada beza flight mahal dengan yang murah". Dan sandwich yang kami dapat semua disimpan dalam beg sebab dah malam dan tak lapar.

Kapal terbang tak besar sebab dua jam flight sahaja. 3 Seat kiri dan 3 seat kanan.
Alhamdulillah amat selesa. Air Astana adalah Kazakhstan national carrier bukan low cost airline.
Aku terlena hampir 30 minit dan terjaga apabila kapal terbang nak landing sebab pramugari kejut suruh betulkan seat. Semasa di immigration ada askar tu tanya kami "This is your first time in Almaty?" Wife aku jawap yes. Tiba-tiba dia tunjuk passport kami yang ada stamp 2 kali masuk dan 2 kali keluar Kazakhstan.

Dapat chicken sandwich, chocolate, biscuit dan mineral water.
Semua chicken sandwich kita bawa balik sebab dah lewat malam dan tak lapar.
Nasib la boleh berbahasa english askar tu. Terus aku explain this is our first trip to Central Asia and we want to visit all 3 countries in the same time. And the bus we took from Bishkek, Kyrgyzstan to Tashkent, Uzbekistan have to cross a little part of Kazakhstan. That the reason we have the second stamp entering Kazakhstan.

Boleh nampak Hotel Aksunkar dari arrival atau departure Almaty Airport.
Sebenarnya boleh jer dia figure sendiri perjalanan kami keluar masuk semua 3 negara ini dari semua stamp di passport tu tapi mungkin dia malas maka disuruh la aku explain. Waktu pun dah pukul 12.30 tengah malam, faham-faham jer la. 

Lepas tu dia tanya "When is your flight going back to Malaysia?". Aku jawap "Today!". Terus dia pandang aku semua. Sambil aku sambung "At 8.30 pm with Airasia" sambil aku tunjuk flight ticket dari phone. Dan dia pun tenung skrin phone aku.

Hotel cuma di tingkat 3 sahaja. Di lobi hotel ada tempat permainan kanak-kanak, tempat duduk atau sofa yang agak banyak, restoran dan vending machine air dengan keropok. 
Semua bilik memanjang dalam satu lorong ini sahaja. Wifi disediakan di semua kawasan hotel.
Nasib la kami berenam pergi ke satu kaunter immigration, mudah la jadinya. Selesai urusan semua dan mengambil beg jam pun dah menunjukan pukul 1.45 pagi. Plan asal nak tidur jer di airport tapi wife kata nak tidur hotel juga sebab the kids dah keletihan dan suhu yang semakin sejuk. Aku pun kata tunggulah sekejap nak pergi tanya hotel depan airport tu.

Setiap bilik ada balkoni dan ini view dari balkoni bilik kami keesokan pagi.
Agak besar ruang di balkoni ni dan kalau ada meja dengan kerusi satu.
Mesti best layan tea atau coffee panas di waktu sejuk winter ni.
Dari dalam airport lagi boleh nampak perkataan hotel di sebelah kiri depan airport. Aku berjalan tak sampai 120 meter dan lobi hotel terletak di tingkat 3. Yang uniknya hotel ini kita boleh check in 12 jam atau 24 jam. Dan ia bermula dengan waktu kita check in. Contoh check in 5.00 pagi maka check out 5.00 petang. Dan harga sangatlah berpatutan untuk B40.

Kami pilih Triple Room - satu katil dua orang cukup la untuk kami berenam.
Gambar diambil masa nak check out petang esoknya - Harap maklum.
Malam tadi dah penat dan mengantuk sangat, memang tak sempat la nak snap gambar.
Kalau gagah juga nak amik gambar mau maknya marah hahahaa.. :D
Terus aku pulang ke airport dan bawa semua kembali ke hotel. Kami ambil bilik Triple Room dengan harga KZT12,000 bersamaan RM94.30. Check in pukul 3.00 pagi dan dan akan check out 3.00 petang esok. Dalam bilik ada meja, almari, tv, heater, satu meja dan satu kerusi serta ada balkoni. Tiada toilet dalam bilik yang ada cuma sinki sahaja.

Terdapat 6 jenis bilik bermula dengan Standart Room KZT9,000 untuk 12 jam atau KZT14,000 untuk 24 jam. Semi Luxury KZT18,000 untuk 12jam atau KZT26,000 untuk 24jam. Luxury Room KZT23,000 untuk 12jam atau KZT32,000 untuk 24jam. Dan bilik kami Triple Room kalau untuk 24jam berharga KZT18,000 bersamaan RM141.00.

Chocolate yang dapat dari flight Air Astana malam tadi. Sedappp.. :D
Pagi ini kita breakfast Chicken Sandwich dari flight Air Astana malam tadi.
Bilik air dan bilik mandi berkonsep sharing yang teramat bersih berada di luar bilik dan diasingkan untuk lelaki dan wanita. Masa yang wife dengan the girls mandi aku tunggu di luar, risau jugak la nak bagi diorang pergi sendiri. 

Ada restoran 24 jam di sebelah kaunter tapi kami tak makan la di situ sebab diragui sumbernya. Lagi pun dah lewat malam kan. Alhamdulillah syukur kami dapat tidur dengan nyenyak malam tu. Breakfast pagi esok tu kami makan sandwich yang kami dapat dari dalam flight Air Astana malam tadi dan whatever left from our storage.

Bersambung Kazakhstan Part 12 : Hari Terakhir Di Central Asia - Jalan-Jalan Bandar Almaty (Under Construction) 

8 comments:

  1. Tak dapat sy bayangkan macam mana strugglenya sy kalau berada di tempat tuan. Bagus jugak la hotelnya ada pilihan 12 jam atau 24 jam. Yang bagusnya lagi, fleksibel ya, ikut time kita masuk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Travel with 4 small kids memang agak mencabar tapi alhamdulillah with all the hassle tu menjadi kenangan indah dan kuat utk kami.. The kids sgt happy dan remember semuanya yg berlaku .. :D

      Delete
  2. ini memang setiap minit dimanfaatkan sebaiknya..ye la flight balik Malaysia malam kan...gigih erk..kalau SA dah pening dah ni...apapun suka cara korang..travel mencabar tapi tetap tenang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harus la dimanfaatkan sebaiknya hihii.. saja nak check in lambat sikit sbb dapat la check out lambat gitu hahahah.. Travel ni kena tenang dan enjoy jer jgn fening2 hihii.. :D

      Delete
  3. Eh murah giler bilik hotel kat sana! Berbaloi ambik bilik sementara tunggu flight malam tu. Boleh la anak2 tidur & membersihkan diri dgn selesa

    ReplyDelete
    Replies
    1. So far harga hotel atau apartment di central asia masih reasonable lagi. Tak la mahal macam di Europe yg kena spend sampai RM300-600 lebih utk satu malam. As long selasa dan bersih cukup la kan :D

      Delete
  4. menariknya koncep check in - check out hotel di sana , berbaloi sangat kan dapat 12 jam stay

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hotel ini sahaja yg berkonsep begitu mungkin sebab dia betul2 berada di hadapan airport. so memang mudah untuk para traveller nak check in walau pukul berapa pun dia landing atau nak depart.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...