Thursday, 16 October 2025

Uzbekistan Part 13 : Naik Tashkent Metro Pulang Ke Sulton Hostel

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Sambungan Dari Uzbekistan Part 12 : Eating Palov - A Main Uzbek Traditional Dish At Chorsu Bazaar

Moh ler kita sambung cerita di Uzbekistan ni. Lama sangat berehat, balik dari Swiss 3 minggu lepas terus menerus sakit dan sakit huhuu.. Demam 2 kali, sembelit, cirit dan batuk. Sampailah hilang mood nak update blog. Okay la jom baca.

Kami pulang menaiki train dari Chorsu Underground Metro Station. Masa nak turun ke bawah station tiada lift yang disediakan di sini dan agak struggle nak mengangkat stroller. Namun bersyukur dibantu oleh beberapa orang pemuda Uzbek. Afnan pulak sedang lena tidur di dalam stroller.

Menuruni anak tangga untuk turun ke Metro Station di Chorsu Bazaar.
Inilah tiket Metro Station di Bandar Tashkent.
Untuk membeli tiket atau token train adalah sangat mudah. Kenal pasti nama station yang ingin kita tuju. Kalau susah nak sebut, tulis di kertas dan tunjuk pada pegawai di Kassa (ticket counter) dan akan diberitahu berapa perlu dibayar.

Oh ya sepatutnya kami hanya perlu menaiki Yandex untuk pulang ke hostel dengan mudah namun disebabkan keinginan untuk merasai pengalaman menaiki underground train di Tashkent Metro ini. Kami ikut jalan yang tidak mudah hihi.

Setiap station mempunyai design yang tersendiri.
Bertembung dengan orang ramai yang mula pulang dari kerja.
Nampak kemewahan design dalaman di station ini.
Selain hanya memberi perkhidmatan kepada penumpang ia sebenarnya mempunyai sejarah tersendiri. Perbincangan dan perancangan awal telah pun bermula semenjak tahun 1968 untuk membina underground metro station di Tashkent ini.

Dibina oleh USSR pada tahun 1972 dan dibuka kepada orang ramai pada 6 November 1977 dan menjadikan ia adalah Metro pertama di Central Asia dengan mempunyai 9 station pada asalnya. Dan ia diberi nama Chilanzar Line. Penambahan beberapa buah station berlaku setiap tahun selepasnya.

Seharian berjalan, masing-masing dah nampak kepenatan di situ.
The kids always menjadi penyejuk keadaan walau suhu diluar memang sejuk :D
Pembinaan untuk penambahan jajaran iaitu Line 2 bermula pada tahun 1980 dan siap pada tahun 1984 dan ia diberi nama Uzbekistan Line. Dan Line 3 iaitu Yunusabad Line telah dibuka kepada orang ramai pada tahun 2001.

Dan pada 29 August 2020 telah dibuka kepada orang ramai sebanyak 12 station baru iaitu extension kepada 3 line sedia ada dan ini menjadikan jumlah keseluruhan metro station kepada 39 buah station dengan jajaran sejauh 70.4km. Dan Line 4 (Halqa Line) sedang dalam pembinaan ketika ini yang akan membuka 11 station baru di masa hadapan.

Keadaan di dalam train yang penuh dengan umat manusia.
Afnan pantang ditegur mesti gelak. Terhibur semua orang dalam train ni.
Dan yang menarik lagi mengenai underground metro station di Tashkent ini ialah ia juga diguna sebagai bomb shelter sekiranya berlaku serangan nuclear. Oleh sebab itu sebelum tahun 2017 adalah tidak dibenarkan untuk mengambil gambar di mana-mana bahagian dalam metro station. Sehinggalah pada 2018 arahan larangan tersebut telah dimansuhkan.

Bagi aku metro station di central asia yang telah dibina dari zaman USSR adalah sangat cantik, mewah dan design yang sangat terperinci, telilti dan kemas. Sebab itu kami tetap ingin mencuba pengalaman menaiki underground metro di sini.

Pemandangan selepas keluar dari Ming Urik Metro Station.
Masa kami naik train ni crowded betul, penuh dengan penumpang sebab jam pun menunjukan waktu petang orang ramai tengah balik kerja. Nasib la destinasi kami agak di luar dari kawasan bandar maka tak la ramai sangat bila sampai 2 station terakhir. The kids pulak tak meragam sangat dan si baby afnan pulak bergelak tawa masa tengah crowded tu.

Suasana selepas hujan turun dengan lebat. Terus suhu jatuh lebih sejuk.
Jom sambung berjalan selepas hujan berhenti. Tak ramai orang kelihatan di jalanan.
Kami exit di Ming O'rik/Urik Underground Metro Station selepas 5 station dari Chorsu Bazaar tanpa perlu menukar train di pertengahan perjalanan. Dari sini kami berjalan kaki sejauh 2.1km untuk kembali ke hostel dan ini adalah station yang paling dekat. Saja last afternoon di Tashkent nak menikmati pemandangan dan suasana bandar di waktu petang.

Seoul National Garden in Tashkent. Kalau belum pernah ke Seoul boleh la masuk.
Hujan yang turun dengan tiba-tiba menyebabkan kami berehat seketika di sebuah cafe di pertengahan perjalanan. Dan sempat kami melewati Seoul National Park yang berada di tengah perjalanan pulang dan masuk adalah percuma untuk kanak-kanak bawah 7 tahun namun tiada yang menarik melainkan beberapa sturktur binaan asal korea yang dibina di sini.

Sebuah taman yang dibina dengan landskap di Seoul, Korea Selatan.
Dibuka kepada orang ramai pada 1 September 2014 selepas hampir dua tahun pembinaan. Ianya adalah satu simbol hubungan dua hala antara Uzbekistan dan Korea Selatan dan juga sebuah hadiah pada hari Kebangsaan Uzbekistan. 

Pada hari-hari tertentu ada performance Korean Drum Dances (Buk Chum) di sini. Dibuka dari 9.00 pagi sehingga 6.00 petang pada hari Isnin hingga Jumaat. Sabtu sehingga 4.00 petang sahaja. Ditutup pada setiap hari Ahad melainkan sekiranya ada function atau celebration. Kalau ditanya adakah berbaloi untuk dilawati jawapan aku adalah tidak.

Bersambungan Uzbeistan Part 14 : Ice City - Alisher Navoi Monument - Tashkent Airport (Final)

44 comments:

  1. Anak2 kalau banyak berjalan terasa penat tu yang meragam sikit. Tapi enjoy jela momet travel dengan anak2 kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada masa nampak diorang penat tapi ada masa mereka enjoy lebih dari kita huhu.. alhamdulillah anak2 enjoy the moment masa travel.. ☺️

      Delete
  2. memang cantik sungguh metro station tu!! ur kids sgt behave tu wpun naik train penuh padat, dan penat jln kaki pun tak meragam. well-trained gitu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah setiap station berlainan design. Kalau boleh nak berhenti di setiap station ambil gambar. Itulah suka pula naik train sbb kat Malaysia pun jarang naik train.

      Delete
  3. Alhamdulillah...cantik view...semoga ada rezeki pergi sini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyallah.. saya doakan moga sampai ke Uzbekistan.. Airasia selalu buat promo.. ☺️👍🏻

      Delete
  4. Kalau berdasarkan foto... metro dia nampak lebih sempit kan? Atau sebab lense je tu...?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hurmmm metro di tak lebar sangat... Dibina pada tahun 1977 lagi.. so faham2 jer la.. 😅

      Delete
  5. Alhamdulillah. Seronok anak-anak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah ada rezeki bawa anak2 travel sekali. 🤲🏻☺️

      Delete
  6. Bertuah dapat mengembara banyak benua ketika masih muda..alhamdulillah, perkom=ngsian yang hebat..saya yakin ada rasa kehambaan semasa melihat panorama alam di negara2 maju..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah diberi rezeki dan memilih untuk lebih byk mengembara ketika waktu cuti semasa belajar dulu. Mencari pengalaman di tempat orang.. :D

      Delete
  7. Apatah lagi melihat kesan sejara nabi2 Allah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah syukur diberi peluang melihat peninggalan islam.. 🤲🏻

      Delete
  8. Alhamdulillah, seronok ye sahabat,, berpeluang berwisata melihat negara orang.. luas pemandangan banyak pengalaman.. moga suatu hari nanti saya juga berpeluang hehe tapi dah tua dah kut tak larat..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah syukur diberi kesempatan utk melihat dan menimbang pengalaman di negara org.. insyallah boleh lagi tu.. umur bukan penghalang.. ☺️👍🏻

      Delete
  9. design stesen pun mmg tak jauh beza dgn stesen2 yg sy penah tgk kat korea utara dan di rusia... tp tgk gmbr je laa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bekas negara jajahan soviet ni semua memang ada seni bina tersendiri.
      Boleh nampak la tersergam indah cara mereka tersendiri.. :D

      Delete
  10. dari uzbek tetiba dah sampai korea selatan...
    kalau buat caption tipu pun org boleh percaya dah smpi seoul ms tu hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah masa di Bishkek ada masjid sebiji mcm blue mosque di Istanbul hahaha.. kalau org tak tau mmg boleh la kata Seoul, Kore Selatan done hahahaha :D

      Delete
  11. dia macam random pulak tiba2 ada rumah style korea kat uzbek. bolehla buat ghaso2 macam ke korea kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terfikir juga kenapa Malaysia tak dpt hadiah taman korea di Kuala Lumpur kan..
      Kalau ada di Malaysia tak yah la ke Korea kan hahahaa :D

      Delete
  12. sarat orang dlm tren afnan releks ja senyum comel

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah .. lagi ada orang tegur dia lagi lah dia senyum ketawa hahaha.. :D

      Delete
  13. Boleh imagine kalau hujan turun masa musim sejuk. Eeyyyy sampai ke tulang. Seoul Garden di Tashkent tu maybe macam Morocco Garden di Putrajaya. Ehsan negara tu kot.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan.. dengan kasut basah sikit, kaki mmg sejuk la sampai ke tulang. Oh yer sama macam Morocco Garden di Putrajaya. tapi yg tu kita buat sendiri kan bukan Morocco yg buatkan.. kan?

      Delete
  14. Berbaloi bersusah sikit untuk merasa sendiri pengalaman naik tren di sana. Anak-anak pun elok je dalam tren sesak tu.

    Berjalan 2km dalam suasana udara sejuk tak terasa jauh, malah jadi seronok dapat lebih menikmati suasana sekitar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul sgt ... Berbaloi dgn hasil usaha sendiri walau apa yg kita buat ketika travel di sesebuah negara.. Mmg sbb winter dan nak lihat kawasan dalam bandar, jalan jauh pun tam terasa.. ☺️👍🏻

      Delete
  15. Kiranya multipurpose la underground metro Station tu selain menyediakan pengangkutan metro, boleh digunakan sebagai bunker perlindungan dari bom nuklear? Jauh betul pemikiran arkitek dan jurutera yang buat stesen metro masa tu 😃

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab ia dibina ketika era perang dingin dibawah pemerintahan Soviet. Memang buat dua dalam satu tapi syukur lah tak pernah terjadi pun perang nuklear tu.. Artkitek tu patut dtg Malaysia tolong mana yg patut huhuu..

      Delete
  16. Bagus Afnan....sedekah senyuman bias membuat orang lain juga tersenyum

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita lah yg penat nak melayang dia hahahaa.. tapi tu org lain pula suka main dgn dia.. hihii.. 😅

      Delete
  17. wow..pemikiran arkitek dan engineer luar biasa erk...dari hari tu nak tanya...suhu sejuk giler..budak2 tu tahan plak erk...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Budak budak mmg pakai baju sejuk dan pakaikan heatpack kat badan mereka.. so far keje maiam dan berlari.. tak la rasa sejuk.. dan kita mmg limitkan waktu diluar supaya tak la freezing 😅

      Delete
  18. wah seronok nyer anak anak naik train ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Budak2 mmg happy jer.. tgh sesak dgn org balik kerja pun boleh bergurau lagi dlm train 😅

      Delete
  19. Mencabar juga ya dengan anak2 kecil tu. Nak kena prepare semuanya.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sangat mencabar tapi itulah menarik perjalanan travel bila ada anak di sini..
      Macam2 ragam setiap seorang.. Menjadi kenangan sehingga sekarang :D

      Delete
  20. Station underground dia sangat cantik. Hebatnya kerajaan mereka, boleh terfikir jadikan sebagai bom shelter juga. Kalau ada serangan nuklear, selamat rakyat deme. Kalau kita, tak tahu nak lari ke mana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau kita? pernah ingat dulu ada menteri kata kalau tak suka dengan Malaysia pergi la duduk luar negara hahaha.. itulah nasib kita.. Kita mmg tak pernah prepare if terjadi serangan , rakyat nak letak di mana huhuhu..

      Delete
  21. Singah di taman ustaz, nampak naik dalam komentar so, Etuza klik nak lihat entry baru..so ada baru juga ni, apa dia komen mencanak dah 40 keman..saya baca juga komen kawan2 ni ustaz..happy day hari ini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah terima kerana selalu singgah ke sini.. insyallah dah up entry baru hari ini boleh la berkunjung yer ☺️.. Semoga ceria semuanya hari ini amin..

      Delete
  22. Budak-budak memang penyejuk hati walaupun kadang-kadang banyak akalnya tuh bikin geram je😅Travel dengan budak-budak ni kadang-kadang depa lagi excited daripada kita sebab depa banyak tenaga dan lebih robust.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam tu la bila bawa the kids travel backpack ni.. ada masa sejuk hati ada panas jer hati hahaha.. alhamdulillah the kids enjoy dan ada part mereka mmg excited sgt pergi ke sesuatu tmpt. 👍🏻☺️

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...