Sunday, 5 October 2025

Melepet Di Rumah Diserang Sembelit

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia 

Isnin sampai Khamis seperti biasa. Pergi kerja balik kerja. Hantar dan amik anak balik sekolah.

Khamis malam terasa senak di perut. Macam terasa sedikit sakit di sebelah kanan bawah perut.

Hari Jumaat masih lagi bekerja seperti biasa walau terasa sakit dan semalam Sabtu dah mula melepet. 

Dan hari ini menyerah juga diri ke klinik. Sebab sakit perut dan tak dapat membuang dengan baik selama 4 hari. 

Doktor kata "Sembelit" ni. First time dalam hidup kena sembelit. Dapat ubat cecair dan pil.

Lepas makan rupanya lagi bertambah sakit perut dan dah mula cirit. Namun syukur tak demam kata doktor. 

Minggu lepas demam teruk, minggu ni sembelit pulak. Allahu.. ujian sungguh, namun syukur tak kena semasa travel tempoh hari. Balik travel minggu lepas terus demam teruk. Makanya weekend kali ini sekadar melepet di rumah.

Duduk rumah tak kemasa sambil layan chocolate dari Swiss tempoh hari. Dengan minum teh dari Turkiye yang dibawa pulang dari Wish More Hotel Istanbul semasa transit. 

Chocolate 🍫 brand Kagi ni antara brand chocolate dari Swiss yang boleh kita makan but if korang ada info tambahan mengenai brand ini atau brand lain boleh comment di bawah yer.

Berdebar tempoh hari mengikuti pergerakan kapal-kapal Global Sumud Flotilla. Segala perasaan ada sedih bila bantuan tak dapat disampaikan ke penduduk Gaza. Geram dan marah bila tentera israhell rampas kapal dan culik semua peserta.

Alhamdulillah dengar khabar semua peserta dari Malaysia berjaya dibebaskan dan dalam proses dibawa pulang. Memang respect pada semua yang berani. Misi mungkin gagal di mata israhell tapi berjaya di mata dunia.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...