Wednesday, 1 October 2025

Breakfast Di San Francisco Coffee Sungai Mas Plaza Selayang

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia 

Buat kerja di Selayang sambil angkut dua dari empat orang anak dalam kereta. Sebab sekolah rendah agama cutikan pelajar tahun 4 ke bawah. Maka kenalah bawa sekali. Cuaca hari ini pun mendung jer dari subuh tadi.

Selesai uruskan kerja maka mencarilah tempat breakfast indoor dan terjumpa nama San Francisco Coffee ini di dalam google map dan just nice on the way balik ke rumah. By the way first time dengar nama San Francisco Coffee ni.

San Francisco Coffee at Sungai Mas Plaza.
Ketika kami tiba hanya ada satu dua meja sahaja yang occupied. Terus order dan duduk menunggu kehadiran makanan.  Masa order tu cashier bagitau makanan dalam menu semua available even baru pukul 10.30 pagi. 

So kalau nak makan spaghetti 🍝 ke.. Croissant πŸ₯ Sandwich ke.. Any pastry or cakes 🍰 Semua boleh. Tapi kali ini kami order biasa jer la takut terkejut perut waktu pagi makan spaghetti pulak kan.

Menu tak serabut sangat untuk dipilih.
Cantik design dalam San Francisco Coffee ni.
Americano Breakie, Hot Chocolate and Ice Chocolate
Golden Chicken Croissant Sandwich with eggs and chicken.
Hot English Breakfast 
Untuk menu breakfast boleh add on RM3.00 untuk dapatkan minuman antara Americano atau English Tea. So aku pilih Americano dan satu lagi hidangan breakfast kami tak add on apa-apa. And our total bil for breakfast is RM72.75. 

2 comments:

  1. sekolah anak ammi cuma dicutikan sekolah KAFA je sebab masih berlangsung ujian hafazan untuk UPKK. di n9 ni mcm tak ada PSRA. Office ammi di Petaling Jaya ni pun mendung dari pagi. harap menjelang balik nanti tak hujanlah....kalau hujannn hmmm selamat merempuh jam nak membawa ke Seremban

    ReplyDelete
  2. Di Perlis ni pun mendung dari pagi, mengantuk rasa!

    Akak suka beli kopi di SF ni, tapi sejak menetap di sini memang tak jumpalah kan πŸ˜„

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...