Monday, 27 October 2025

Kazakhstan Part 12 : Central Asia Final Day - Jalan-Jalan Di Sekitar Bandar Almaty (Final)

Assalamaualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia


Seawal pagi kami bangun, mandi dan bersiap-siap nak keluar berjalan untuk explore Bandar Almaty buat kali terakhir. Malam tadi terus tidur selepas check in hampir pukul 3.00 pagi. Memang dah tak larat nak mandi and the kids semua dah macam pokok tak disiram air. Ditambah pula dengan kesejukan yang teramat dengan suhu 5 degree malam tadi.

Makan burger di Salam Bro memang padu rasa daging dia. Kalah Buger King.
Disebabkan kami dah tahu banyak benda pasal Bandar Almaty ini masa mula-mula sampai di Central Asia dua minggu lepas maka kami dah tahu mana nak dituju dan mana nak makan atau apa yang kami nak makan. Wife kata nak repeat makan di Cafe Akchau Hah sebab masa berpuasa di bulan Ramadhan tempoh hari, hanya boleh terjah di malam hari sahaja.

Cafe ini terletak di simpang empat besar, tak jauh dari Ascension Cathedral.
Layan Coffee dan Hot Chocolate dengan pastry di Cafe Akchau Hah.
Nama cafe tu aku assume jer sebab tertulis di beberapa bahagian dalam cafe.
Selepas semua dah siap kami berjalan ke airport semula dan menukar duit. Kemudian order Yandex untuk ke bandar dan terus ke G Arbat Shopping Street. Satu sebab nak makan Burger di Restaurant Salam Bro dan nak terjah Pasar Pagi Ahad atau Traditional Market (Boleh Baca di SINI). Sempatlah beli tambahan koleksi Fridge Magnet sedia ada.

Selesai makan di Salam Bro dan Cafe Akchau Hah yang dihajati, kami menaiki Yandex ke Green Bazaar sebab nak beli Salami atau daging kering dan mencari makanan traditional Kazakhstan. Sebenarnya boleh jer jalan kaki macam tempoh hari tapi disebabkan hari ini kejar masa so kita naik Yandex jer. Ye la kami kena check out pukul 3.00 petang nanti.

Morning Sunday Market - From souvenir to traditional cloth ada dijual di sini.
Antara banyak item yang the kids cukai dari kami husband and wife hahaha :D
Cantik patch untuk diletakkan pada pakaian the kids. Nak jadikan FM pun boleh.
Memang hari ni kerja kami nak makan jer hahahaa. Sebab tahu makanan di sini kebanyakan sedap-sedap. Dah la ada berpuluh-puluh cafe yang boleh diterjah dan mostly cafe ada pastry mereka sendiri. Menarik untuk dicuba, cuma cafe yang serve alcohol tu kalau boleh elakkanlah. Sebab ada juga 10-15% orang di Almaty ini bukan beragama islam.

Masa nak ke Green Bazaar kami tersalah pin location, memang buat hal betul, dah la kami mengejar masa. Lepas berbahasa dengan suara dan isyarat pakai tangan, akhirnya driver Yandex setuju bawa kami ke Green Bazaar yang betul. 

Driver Yandex yang baik dan handsome bantu kami ke Green Bazaar yang betul.
Sampai juga kami di Green Bazaar setelah tersalah pin location dalam Yandex apps.
Matlamat kami hanya mencari salami, membeli buah dan nak makan makanan traditional sahaja. Dapat la beli lebih 5 kilo salami pelbagai jenis flavour antaranya Black Pepper, Cheese, Bbq and Garlic, ada juga amik yang plain sahaja. Yang murah aku beli yang mahal pun dibeli, bak kata orang nak buat raso raso. Dan syukur semua yang dibeli ada tanda Halal.

Aku beli salami ayam sikit dan salami daging yang paling banyak dibeli. Itu pun wife dah cubit peha kata cukuplah kenapa nak beli banyak-banyak dan bukan tahu lepas ke tidak kastam sebab daging. Sambil aku hanya membalas dengan senyuman "Tak cuba tak tahu kan.. Kalau lepas alhamdulillah kalau tidak, istiqfar jer la" hahaha.

Strawberry di sini tak main-main yer. Wajib dibawa balik ke Malaysia.
Cili ni pun beli bawa balik ke Malaysia sebab tak pedas dan rasa dia sedap :D
Selesai beli Salami dan beberapa jenis buah, kami terus mencari restoran yang menjual makanan traditonal Kazakhstan. Lepas tanya dengan beberapa orang tempatan akhirnya kami diberitahu ada satu restoran yang sedap dan murah. Yang kebiasaannya hanya pekerja-pekerja di Green Bazaar sahaja yang datang makan di situ.

Agak tersorok sedikit restoran ini di bahagian bawah dan tak jauh dari section tempat orang menjual ikan dan sayuran. Nama restoran tak tahu sebab ditulis dalam bahasa Kazakhs, kalau korang nak cari kena bergantung pada gambar dalam entry ini sahaja la. Jangan disangka ia adalah warung simple dan tak bersih ya. Sangat selesa dan bersih tau..!!

Inilah restaurant yang menjual makanan traditional yang kami makan di Green Bazaar.
And yes harga memang tak mahal dan sangat tersangat murah bagi aku walau kami dah makan bermacam-macam makanan macam Mee Tarik with Mushroom and Beef, Daging Kebab with Bread, Sup Dimsum, Nasi Palov dan Traditional Tea in Pot. Tapi bill kami tak sampai RM50.00 untuk seisi keluarga yang makan dengan kenyang. Syukur Alhamdulillah.

Antara  yang kami pilih dimsum. Sup dia memang penuh rasa rempah dan tak pedas.
Sebab kalau di Kedai Chiness Muslim di Malaysia rasa sup dia macam plain sangat.
Kami order main tunjuk gambar jer dan yang ini mee tarik with mushroom and beef.
Teh yang nampak simple dan rasa sangat ringan tapi sedap macam ada banyak ramuan dia.
Sambil makan kami berborak dengan owner restaurant yang juga 3 beradik wanita dari kefahaman aku la sebab dia boleh berbahasa english sedikit. Diorang macam berminat la sebab ada tourist datang makan di restoran mereka dan kami pulak muslim macam mereka dan suka tengok kami dengan 4 orang anak yang mana jarang orang di sini ada anak ramai.

Oh ya di sini tak jual alcohol ya memang selesa sangat. Selesai makan dan bayar di kaunter kami berjalan keluar ke jalan utama di hadapan Green Bazaar dan terus order Yandex untuk pulang ke airport. Teramat kenyang sebab memang makan jer hari ini. Dan sampai di hotel terus kami mandi, bersiap dan repacking beg sebab nak check in luggage nanti.

At last setelah selesai final explore di Bandar Almaty kami menuju pulang ke airport.
Boleh lihat keadaan di sekeliling Bandar Almaty adalah gunung ganang dan bersalji.
Kami check out hampir lewat 30 minit, namun tiada sebarang bayaran dikenakan. Dan kami rehat di lobi hotel membuang masa sebab ada lagi 5 jam nak flight dan Almaty International Airport ni kecil jer tak perlu nak rushing dan insyallah tak ada la kes kena marathon ke apa ke hihii. Pukul 5.00 petang baru kami bergerak santai berjalan ke airport.

Senyum kelegaan setelah berjaya menamatkan trip DIY Backpackers bersama the kids.
Check in berjalan lancar dan 3 beg kami hantar dalam perut kapal terbang.
Alhamdulillah urusan check in tiada masalah sebab kami dapat tiket promo Airasia with 20kg per person dan in total boleh bawa 100kg. Tu yang tadi beli macam-macam untuk bawa balik Malaysia dan juga sebab nak habiskan semua cash yang ada. Salami dengan beberapa jenis buah check in dalam luggage (kecuali strawberry) harap lepas la kat Malaysia nanti.

Kembali ke pangkuan Airasia setelah hampir dua minggu berkelana di central asia.
Kami selamat tiba di Kuala Lumpur selepas mengharungi pengalaman yang cukup mendebarkan dan menyeramkan apabila berlaku turbulence lebih 7 kali dan setiap kali ia terjadi dengan agak lama. Selawat, fatihah dan ayat kursi memang tak lekang di mulut. Penerbangan paling menakut dalam sepanjang pengalaman travel aku adalah Airasia KUL-Almaty-KUL.

Untuk trip kali ini kami dapat kumpul 12 stamp dalam setiap passport. ☺️🤲🏻
Semua beg kami lepas di kastam tanpa masalah dan segala yang dibeli selamat berlabuh di rumah. The kids keesokan hari terus tanya bila nak pergi Kazakhstan lagi hahaha.. Trip yang memenatkan tapi pada yang sama menyeronokan with the kids. Total all in kami habis RM11,500.00 - flight ticket, hotel, transport, makan dan belanja for almost 14 hari berkelana.

Thank you pada semua yang dah baca all the journey written in this blog and especially those yang bagi comment sekali. Sorry final entry ni panjang sikit sebab nak habiskan cerita Central Asia yang telah ditulis dari Januari 2025 lagi. Lama betul nak siapkan semua entry ini. Apa pun syukur dah boleh tutup and again thank you semua. THE END.

49 comments:

  1. Menarik la, lagi2 total cost tu agak murah utk 4 org 😃 yg penting makan sedap & senang cari makanan halal. Ok boleh masuk bucket list ni hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uppsss bukan untuk 4 orang tapi untuk 6 orang hihi.. alhamdulillah manage la nak bawa the kids jenjalan sama ke tmpt yg blm pernah pegi lagi.. makanan halal banyak mmg nudah sangat .. ☺️👍🏻

      Delete
  2. Alhamdulillah tumpang lega Akk dengar salami, strawberry & chilis semua tu lepas kastam. Bolehlah sambung makan di rumah hehe..
    Nanti diorg besar sikit boleh repeat, jejak semula tempat² yg pernah dikunjungi mesti best 👍🏻

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami pun masa di kastam KLIA cuak juga... Tapi syukur alhamdulillah lepas dan selamat sampai ke rumah.. Mmg lepas tu buat mee segera pun letak salami hahaha.. inshallah tunggu diorang besar sponsor mak ayah pula ke sana.. 😅☺️🤲🏻

      Delete
  3. untung dapat cop pasport sekali...senang nak tengok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah keluar masuk 3 negara dapatlah kumpul banyak cop immigration.. :D

      Delete
  4. teringinnya nak melawat negara TAN ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyallah moga dipermudahkan urusan utk ke sana..
      Airasia buat promo saya dpt harga tiket flight bawa RM1k seorang..

      Delete
  5. Jadi semakin ingin menjelajah negara ini. Menarik sekali

    ReplyDelete
    Replies
    1. Negara yang sangat menarik utk di explore oleh para traveller. Musim, culture, food and people .. everything is interesting.. ☺️👍🏻

      Delete
  6. geramnya tengok strawberry dengan cili tu gemuk2..seronok baca pengalaman jalan2 ke tempat yang pernah pergi ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita yg tulis entry ni pun terliur bila mengenangkan kembali kesedapan strawberry di sana huhuu.. insyallah akan terus menulis ☺️👍🏻

      Delete
  7. Lawanya pemandangan gunung ganang bersalji.
    Masya-Allah, gemuknya, strawberries...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Strawberry di sana sangat menggodakan hahaha.. View keliling Almaty mmg dilindungi oleh gunung ganang.. bila ada nya salji walau sblm winter maka suhu pun jatuh mendadak

      Delete
  8. Driver tu memang hensem... tapi pemilik blog lagi hensem....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aduhh... Bila uncle free nak lanje coffee hahahaha.. 😅

      Delete
  9. Montel-montel strawberinya. Teringin nak makan strawberi manis. Asyik dapat yang masam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada strawberry yg manis kt Malaysia tapi tu la harga dia tak friendly marhain la huhuu.. dpt yg murah dan manis mmg bonus la. ☺️👍🏻

      Delete
  10. Membaca paparan blog, melihat gambar menarik, memang banyak pengalaman saudara dan keluarga di Kazakhstan..tempat unik dan bangunan tersergam indah belaka. Negara kaya nampaknya Kazakhstan ini, tak hairan ramai pelancong datang ke sana kan..Alhamdulillah, pelancongan lancar anak2 still semangat bersama saudara ustaz..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyallah kita berkongsi semua pengalaman kembara di blog ini. Yes Kazakhstan memang kaya sebab dia antara negara pengeluar minyak dan negara ini teramatlah besar.. Alhamdulillah anak2 excited dari awal sehingga habis travel :D

      Delete
  11. Banyak benda nak komen bila baca entri ni, banyak hal menarik!
    Tapi komen sikit sudahlah kan…haha..

    Lawa sungguh bandar Almaty dengan latar pergunungan bersalji 😍
    Strawberi tu masih elok ya sampai Malaysia? Biasanya kalau beli di CH tu bila turun bawah cepat je jadi lembik/berkulat.

    Alhamdulillah! Tahniah buat Afif dan isteri berjaya travel backpack dengan anak-anak. Kenangan seumur hidup ni. Kos pun rendah sangat tu 👍🏽

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak apa komen jer byk2 dan panjang pun ok kita tetap akan balas. Dan kita suka sebab tahu ada orang baca hahahaha.. Yes nak pergi kawasan salji dari Almaty tak jauh pun kalau tak de di bandar macam Shymbulak.

      Delete
    2. Alhamdulillah elok mungkin sebab dia sejuk dan ok jer lah sampai Malaysia. Sampai rumah terus masuk fridge gitu. Itulah tak tahu nape kalau beli strawberry di CH tu cpt rosak kan..

      Bila dah sampai semula ke Almaty mmg lega hanya Allah yg tahu perasaan kami time tu. Segala cabaran dah berjaya ditempuhi. Betul kenangan yg sangat bermakna buat kami sekeluarga.. Iinsyallah mmg niat nak repeat semula one day.

      Delete
  12. Makinlah saya galau memutuskan destinasi tahun depan setelah baca ini 🤣🤣🤣🤣. Ber 6 hanya habis segitu, utk durasi almost 2 weeks, memang muraaah lah 😍😍.

    Berarti kalah kesana nanti, memang install yandex dulu ya bang. Mempermudah transportasi di sana.

    Melihat aneka barang yg dibeli utk bawa pulang, jadi teringin juga. dah pasti product daging mereka memang sedap ❤️❤️.

    Btw, saya sudah wa ke nomor yg Abang bagi yaa. Kalo dah tak sibuk , bolehlah kirim ITIN Maldives bang ☺️

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bergantung bagaimana cara kita travel juga. Kami lebih banyak masak di apartment dari makan di luar. Banyak berjalan kaki dari naik public transport namum untuk yang jauh kami naik Yandex.

      Apps Yandeex Go harus di download sebelum pergi. sebab nanti akan dihantar sms confirmation number untuk pengesahan. Kalau di luar negara kan tidak akan dpt sebab harus roaming terlebih dahulu gitu. Lps confirmation barulah kita boleh guna app Yandex Go itu.

      Delete
    2. Masih berkerja hingga lewat malam.. nanti selesai akan dibalas di nombor WhatsApp nya ya.. Kalau ke sana harus mencuba masakan berunsur daging sebab di sana makan daging itu sperti makanan harian mereka. Pelbagai masakan harus dicuba dan pasti akan dicari lagi. :D

      Delete
  13. Replies
    1. Not so much people want to fly to Hyderabad from Malaysia.

      Delete
  14. Masya Allah! Besarnya strawberry macam jambu merah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Strawberry kat sana tak main-main .. baik dari bentuk, saiz, warna dan rasa :D

      Delete
  15. kosnya sgt murah sbb u terer diy! berbaloi2 sgt dan lama plak tu tempoh kembaranya! memang travel icon sgt!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tengok mcm mana cara kita travel la kot huhuu... That amount boleh la nak bawa the kids.. if lebih tidak la unless kalau anak anak dah besar.. berbaloi la spend byk utk pengalaman dan kenangan mereka.. ☺️👍🏻

      Delete
  16. Alhamdulillah.. Selamat semuanya walaupun ada dugaannya..
    Memang mantaplah perkongsian perjalanan ini..
    Suka saya baca.. Memang tabik spring saya melihat perkongsian perjalanan backpackers bersama anak-anak.. Pengalaman yang tak akan dapat dari mana-mana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dugaan & ujian itu pasti ada.. cuma atas kita sahaja cane nak handle. Alhamdulillah byk perkara yg dimudahkan Allah Taala. Terima kasih sudi membaca journey travel kami sekeluarga ☺️👍🏻

      Delete
  17. Alhamdulillah selamat semuanya pergi balik dan journey di sana. Thanks for sharing Afif. Memang seronok baca.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih juga sudi membaca dan memberi komen hampir ke semua part di 3 negara hihii... Nanti dtg kuantan kita lanje coffee ya.. 😅👍🏻☺️

      Delete
  18. gerammm je tgk strawberi dgn cili tu.... cili tu kalau buat solok lada or lada sumbat & mkn dgn yong tau fooo perghhh 👍👍👍👍👍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu baru strawberry dgn cili blm tgk mushroom dgn yg lain.. dgn lobak yg bermacam warna huhuu.. tak buat solok lada pun dah sedap.. sbb tu org turkey mkn dgn kebab cenggitu jer.. 😅👍🏻

      Delete
  19. alhamdulillah selesai sudah trip nya... perut dah kenyang boleh dah blk😁🇲🇾

    tp kan sy x suka cop sekelompok mcm tu...
    kalau cop tiap2 m/s baru rs mcm banyak🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeap syukur selesai... Dari januari awal tahun ni tulis.. habis juga selepas 10 bulan dgn 37 entry huhuu.. Last day mmg makan jer keje kami.. walau perut dah tak leh sumbat ..ttp push jugak 😅

      Bukan boleh kawal atau suh pegawai tu cop tmpt lain hahaha.. elok tak byk ditanya.. kang lagi teruk jadinya 😅

      Delete
  20. Strawberry tuh nampak menggiurkan😋 Makanan-makanan di kedai tersorok tuh nampak molek sangat lagi-lagi sup dumpling tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Strawberry kat sana geram dilihat dan sedap manis dimakan gitu hahaa.. tapi kalau dh banyak bli blh pokai juga hahaha.. kena cari restoran yg local pergi bru feel local gitu ☺️👍🏻

      Delete
  21. mesti pekedai tu wonder camnelah ada tourist tahu port rahsia makanan murah kat situ haha. lagi datang bawak anak2 pulak

    seronok baca semua entry kazakhtan ni! memang dah letak dalam wishlist nak kesini, semoga ada rezeki sampai jugak. bagi saya total RM11,500 utk 6 orang tu kira murah sangat! pergi utk 2 minggu lak tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah mmg pun dia macam terkejut dan unexpected la ada tourist muslim dtg makan situ..

      Insyallah boleh buat tu trip murah kalau only Almaty Kazakhstan insyallah lagi murah sebab sy pergi 3 negara sekali gus tu yg mahal sikit.. 😅👍🏻

      Delete
  22. Patch tu sangat la comel kalau letak kat beg ke pakaian anak2 kecil ya....warna-warni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah the kids ada minta jugak.. tapi ada 4 org.. dan seorang nak dua tiga.. hahaha.. terus ayah nya kalih beli yg lain hahah 😅

      Delete
  23. starwberry gemuk gemuk weiiii... cili yang cantikkk...jangan lupa semai biji benih....alhamdulilah save journey dan dah selamat sampai rumah ;)...nak pergi sini lar satu hari nanti ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gemuk + Manis dan puas dimakan gitu.. Dah semai tak jadi tak tahu mana silap nya hahaha.. alhamdulillah selamat sudah perjalanannya.. Boleh check promo by airasia.. moga dpt harga marhain.. ☺️👍🏻

      Delete
  24. mau rekomendasi game online menarik?
    yuk gabung di sini dan rasakan keseruan bermain nya
    wa : +62 877-8252-3271

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...