Monday, 13 October 2025

Sarapan Pagi Ahad & Pasar Karat Di Taman AU5 Ulu Klang

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Weekend baru ini kena jaga the kids di rumah sebab ibunya ada kursus jumaat sampai ahad di Rembau, Negeri Sembilan. Hari Sabtu melepet di rumah sebab si kakak pun macam tak berapa sihat. Maka hari Ahad kita bawalah the kids jalan-jalan.

Pagi-pagi lagi kami menuju ke AU5 Ulu Klang untuk bersarapan. Dengar dari kawan ofis kat sini di sini ada pelbagai menu sarapan dan yang menjual juga semua orang tempatan dan bukan warga asing. Nasi Lemak, Nasi Kerabu, Nasi Dagang sehingga nasi berlauk pun ada dijual di sini. Kuih muih dan juga roti bom juga ada.

Di Akah Roti Canai ni kami beli roti bom untuk Athira.
Suasana orang meniaga sarapan dan ruangan tempat duduk
Di sini kita boleh duduk di mana sahaja dan boleh order makanan dari setiap peniaga yang menjual berlainan makanan. Tak seperti keadaan di sesetengah tempat yang mana kalau kita duduk di meja yang disediakan oleh peniaga A, kita hanya boleh order makanan dari peniaga A sahaja. Faham kan? Tapi di sini alhamdulillah ok jer nak order makanan apa pun.

Tempat agak terhad dan kami bernasib baik tak perlu beratur.
Kakak pilih Bubur Ayam dan Affan Nasi Lemak
Athira pilih Roti Boom RM2.00 sekeping.
Ayah pilih Nasi Dagang. Ok not bad sedap dan boleh repeat. 
Try satu lepat pisang dia alhamdulillah sedap. 
Selepas makan kami ke seberang jalan untuk berjalan-jalan di pasar karat. Tak ada plan nak beli apa just lebih kepada nak tengok tengok sahaja. Dan bawa the kids cuci mata, mana la tau kalau ada yang the kids berkenan boleh la consider.

Segala jenis barangan lama seperti pinggan mangkuk, periuk, majalah, pakaian, kasut, kamera lama termasuk permainan kanak-kanak dan kereta Hotwheels ada dijual. Carpet lama pun ada yang menjual. Rasanya bagus juga kalau nak cari sesuatu barang pasti boleh jumpa di sini. Cuma next time kena datang awal sikit sebab tak ramai peniaga stay sampai tengah hari.

Kelihatan seorang Pakcik berjaya membeli luggage di sini.
Suka pulak dengan van orang yang meniaga tu.
Bila dah tengah hari ramai peniaga mula mengemas barang
Koleksi mainan dan kereta Hot Wheels yang dijual.
Pakcik ni menjual jam dan juga boleh repair jam.
Ibunya kata nanti kena pergi lagi sebab tak dibawa sekali. Insyallah la tapi tak janji hahaha. By the way at this moment belum ada mood nak update kisah pengembaraan lagi. Dalam draf banyak yang dah nak siap tapi tu lah tunggu mood tak sampai lagi untuk finalize. 

1 comment:

  1. ni antara our regular spot for breakfast jugak on weekend! sbb ada mcm2 pilihan nasi berlauk (masakan kelantan)!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...