Sunday, 5 October 2025

Melepet Di Rumah Diserang Sembelit

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia 

Isnin sampai Khamis seperti biasa. Pergi kerja balik kerja. Hantar dan amik anak balik sekolah.

Khamis malam terasa senak di perut. Macam terasa sedikit sakit di sebelah kanan bawah perut.

Hari Jumaat masih lagi bekerja seperti biasa walau terasa sakit dan semalam Sabtu dah mula melepet. 

Dan hari ini menyerah juga diri ke klinik. Sebab sakit perut dan tak dapat membuang dengan baik selama 4 hari. 

Doktor kata "Sembelit" ni. First time dalam hidup kena sembelit. Dapat ubat cecair dan pil.

Lepas makan rupanya lagi bertambah sakit perut dan dah mula cirit. Namun syukur tak demam kata doktor. 

Minggu lepas demam teruk, minggu ni sembelit pulak. Allahu.. ujian sungguh, namun syukur tak kena semasa travel tempoh hari. Balik travel minggu lepas terus demam teruk. Makanya weekend kali ini sekadar melepet di rumah.

Duduk rumah tak kemasa sambil layan chocolate dari Swiss tempoh hari. Dengan minum teh dari Turkiye yang dibawa pulang dari Wish More Hotel Istanbul semasa transit. 

Chocolate 🍫 brand Kagi ni antara brand chocolate dari Swiss yang boleh kita makan but if korang ada info tambahan mengenai brand ini atau brand lain boleh comment di bawah yer.

Berdebar tempoh hari mengikuti pergerakan kapal-kapal Global Sumud Flotilla. Segala perasaan ada sedih bila bantuan tak dapat disampaikan ke penduduk Gaza. Geram dan marah bila tentera israhell rampas kapal dan culik semua peserta.

Alhamdulillah dengar khabar semua peserta dari Malaysia berjaya dibebaskan dan dalam proses dibawa pulang. Memang respect pada semua yang berani. Misi mungkin gagal di mata israhell tapi berjaya di mata dunia. #FreePalestine

32 comments:

  1. shafakallah. moga perjlanan pulang peserta2 GSF msia berjln lancar..aamiin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah masih batuk batuk lagi.. but life carry on.. alhamdulillah peserta GSF dah selamat pulang ke tanah air.. 🀲🏻

      Delete
  2. Betul, GSF ni telah membuka mata dunia. Semoga telah berkurang sakitnya dan kembali normal ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Membuka mata dunia.. dunia eropah lebih melihat dari dunia arab sendiri..

      Delete
  3. Mesti rasa tak selesa betul kalau sembelit. Semoga dah okay sekarang ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tak selesa langsung.. makan ubat nak baik pun sakit juga huhuu..

      Delete
  4. Semoga cepat sembuh ya dari sembelit. Kadang kala makan buah pisang dan betrik akan lawas..rasanya..semoga ustaz usus sihat ya,..minum banyak air juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah dah okay. Cuma batuk batuk lgi yg tak elok.. alhamdulillah terima kasih atas nasihat .

      Delete
  5. Speedy recovery ya... teringat masa kena sembelit masa pregnant dulu² memang sakit dan tak selesa sangat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg tak selesa.. berkampung dlm toilet terus huhuu.. but now alhamdulillah syukur dah baik..

      Delete
  6. mujur jugak tak sakit2 masa tengah travel haritu. kalau tak, tak dapat kemana-mana.
    semoga cepat sembuh encik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah balik jer terus dpt mcm mcm penyakit sembelit..demam batuk bagai.. kalau kena waktu tgh travel allahu moga dijauhkan..

      Delete
  7. Syukur sangat kan, tak kena masa travel.
    Setahu akak, kalau sembelit kena elak makan coklat.
    Pernah kena sembelit teruk masa zaman sekolah, doktor cadangkan makan prune kering tu banyak-banyak. Alhamdulillah memang berkesan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul syukur sangat2.. selamat semuanya dari awal sehingga selesai travel.. Dah makan ubat dri klinik tpi lagi sakit sbb dia nak cairkan dlm perut tu huhuu

      Delete
  8. Semoga sudah sihat. Alamak, dia tayang coklat. πŸ˜‹

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin dah sihat syukur alhamdulillah.. hahaha tertayang sikit jer.. πŸ˜…πŸ‘πŸ»

      Delete
  9. Semoga sudah sehat lagi ya kak.Bisa melanjutkan segala aktivitasnya kembali. cokelat dan teh nya pasti enak dinikmati..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah sihat sudah syukur. 🀲🏻 Coklat nya enak tapi makan sedikit sikit sebab mahal hahaha.. teh dri turkiye juga enak.. syukur dpt merasai walau sudah pulang.

      Delete
  10. Moga sudah sihat sepenuhnya. Chocolate tuuuuu.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah sihat sudah.. chocolate tu hihii... Buat raso raso.. πŸ˜…πŸ‘πŸ»

      Delete
  11. Mungkin kurang minum air.
    Lega dah ya bila kembali sihat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila nak kena tu terkena juga .. tak tau la minum air mcm cukup mungkin salah makan huhu.. alhamdulillah sihat dah.

      Delete
  12. moga beroleh kesembuhan yang tiada kesakitan selepasnya. amiin.. teringat sahabat saya masa misi korban di Sri lanka suatu ketika dulu.. kena cirit-birit .. bayangkan ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin Amin terima kasih atas doa nya.. alhamdulillah dah banyak sembuh.. boleh dah mula duduk depan laptop siapkan entry yg tertunggak.. itulah bila travel kena sakit mmg tak senang duduk dibuat nya..

      Delete
  13. Bab sembelit ni memang paling x suka..x selesa dan rasa x puas nak membuang kan...x suka makan ubat lembutkan najis tu....weird rasa dan bau dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini first time kena sembelit dalam seumur hidup.. aduh sakit bila mkan ubat ciriit pulak hahaha... mmg berkampung dlm tandas je la huhuu :D

      Delete
  14. tak try mkn pisang ke ms tgh sakit tu sbg ikhtiar?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah.. pisang oreng semua dah makan.. mmg tak jalan huhu..

      Delete
  15. antara perkara yg sy takuti bla travel: sakit perut / sembelit... minta sangat dijauhkan.... kalau kena mmg boleh hilang mood terus

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa tgh travel kalau boleh demam selsama pun minta dijauhkan.. sbb travel diy ni mencabar .. kalau sakit lagi bertambah2 mencabar..

      Delete
  16. tak pernah pula gi klinik bila kena gini. lepas ni akak ke klinik je la. pernah beberapa kali kena senak camni. tapi jenuh la makan pisang la, minum air halia la konon nak bagi hilang senak tu. minum air pun tak membantu ke tandas.huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah dah berumur banyak mcm saya ni, kalau sakit2 yg biasa tu buat tak tahu jer. Tapi bila dah masuk beberapa hari dan perut makin sakit. Memang ke klinik la. Memang betul la sembelit huhuu

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...