Saturday, 29 November 2025

Khabar Duka Pemergian Tuan Mashadie Bin Saein - Jabatan Amal Malaysia

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Pagi ini dikejutkan dengan berita pemergian seorang sahabat dan juga seorang pengajar yang baik dalam dunia sukarelawan. Tuan Mashadie Bin Saein atau lebih dikenali dengan panggilan Kang Mashadie. 

Meninggal semalam ketika sedang menyarung pakaian sukarelawan Jabatan Amal Malaysia ketika sedang dalam misi membantu mangsa banjir di kampung Labu Lanjut, Sepang. 

Dan beliau tidak berehat sehari pun setelah pulang dari Operasi Menyelamat Mangsa Banjir di Perlis beberapa hari sebelum meninggalnya beliau. Al-Fatihah buat beliau.


إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون
Innalillahi wa inna ilaihi raji’un

Assalamualaikum wbt sahabat-sahabat yang dikasihi,

Dukacita dimaklumkan bahawa sahabat kita, Sdr Haji Mashadie Bin Saien, telah kembali ke rahmatullah sekitar jam 12.30 pagi tadi (29 Nov 2025).

Allahyarham baru sahaja pulang dari PERLIS selepas terlibat dalam Operasi Rescue Banjir, dan dalam keadaan keletihan perjalanan jauh, beliau tetap memilih untuk meneruskan khidmat dengan menuju ke Kampung Labu Lanjut, Sepang bagi membantu mangsa banjir di sana.

Dalam perjalanan melaksanakan tugas kebajikan tersebut, Allahyarham ditemui tidak sedarkan diri di dalam kenderaan yang terperangkap banjir sebelum disahkan meninggal dunia oleh pihak Polis dan KKM.

Beliau pergi dalam keadaan beramal, di medan yang beliau cintai - membantu masyarakat tanpa mengenal penat. Kita bersaksi bahawa Allahyarham adalah seorang sahabat yang baik, amanah, dan sentiasa hadir dalam misi kebajikan.

Semoga Allah SWT menghimpunkan Allahyarham bersama hamba-hamba-Nya yang diredhai dan mengangkat segala amal baktinya sebagai cahaya di alam sana.

**اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ**

“Ya Allah, ampunkanlah dia, rahmatilah dia, sejahterakanlah dia dan maafkanlah dia…
Masukkanlah dia ke dalam syurga, dan lindungilah dia daripada azab kubur dan azab neraka.”

Pengarah
Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor
29 November 2025

Update 15.00 hrs Jenazah dimandi di rumah setelah dibawa pulang dari Hospital Serdang.
Selesai dimandikan dan dikafankan. Jenazah dibawa ke Masjid Kg Bukit Bangkong
Solat Jenazah pada pukul 3.45 petang di Masjid Kg Bukit Bangkong.
Tanah Perkuburan Islam Kg Bukit Bangkong.
Sahabat ketiga aku dalam badan sukarelawan ini yang telah pergi meninggalkan kami semua. Actually ramai tapi yang rapat dengan aku itulah yang buat terasa kehilangan. Apatah lagi Kang Mashadie seorang yang serba boleh dari membaiki motor, kereta sehinggalah lori dan bot beliau baiki.

Ingat lagi kata-kata beliau "Aku tak nak mati kat rumah.. Aku nak mati ketika sedang melakukan kerja-kerja amal kebajikan.." Dan Allah menerima doa beliau. Kehadiran orang yang ramai untuk solat jenazah beliau seperti ia disolatkan selepas solat jumaat.

12 comments:

  1. Innalillahiwainnalillahirajiun

    Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Aamiin.

    Semoga ALLAH ampuni dosanya. Semoga dia dijauhkan dari azab kubur dan api neraka. Semoga ALLAH terangkan kuburnya dan semoga ditempatkan di kalangan para syuhada dan ditempatkan di dalam syurga Firdaus.

    Salam Takziah. Semoga dipermudahkan urusan. AlFatihah

    ReplyDelete
  2. Innalillahiwainnalillahirajiun. moga arwah ditempatkan di taman2 syurga..asbab kebaikan yg dilakukan..aamiin

    ReplyDelete
  3. Innalillahi wainna ilaihi rojiun. Meninggalnya pun ketika membuat perkara yang baik. Moga beliau ditempatkan di kalangan mereka yang beriman.

    ReplyDelete
  4. Salam takziah buat seluruh keluarga arwah, rakan² dan kenalan. Orang baik, mudah saja pemergiannya.
    Semoga rohnya dicucuri rahmat Allah SWT dan ditempatkan bersama para solihin hendaknya aamin 🤲🏻

    ReplyDelete
  5. Turut berduka... Ramainya yg datang ziarah

    ReplyDelete
  6. Inallilahi wainna ilahi rojiun... Mungkin arwah penat sangat agaknya. Moga diampunkan semua dosanya dan diterima Allah semua amal kebaikkannya.

    ReplyDelete
  7. Al Fatihah buat Tuan Mashadie..

    ReplyDelete
  8. Innalillahi wainna ilaihi rojiun.
    Semoga amal ibadahnya diterima Allah swt dan dimasukkan dalam syurganya. Aamiin.

    ReplyDelete
  9. Innalillahi wa inna ilaihi rooji-un. Moga rohnya dicucuri Rahmat dan ditempatkan bersama mereka yang beriman

    ReplyDelete
  10. Innalillahi wainna ilaihi rojiun. Moga beliau ditempatkan di kalangan mereka yang beriman. Ramai sgguh dtg ziarah..

    ReplyDelete
  11. Innalillahiwainna ilaihirojiuuunnn.. semoga rohnya dicucuri rahmat.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...