Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia
Terasa lama sudah tak update blog ini. Bukan malas dan bukan sibuk mengembara pun.
Tapi sibuk dengan kerja. Maklum la hujung tahun ni semua department nak siapkan itu ini.
Dan aku sebegai pekerja bawahan antara yang menjadi mangsa disebabkan untuk memenuhi segala permintaan dari yang di atas. Kerja dan terus kerja walau dah lewat malam. Buat kerja depan laptop tapi nak buka blog sendiri pun tak sempat. Tapi malam ni gagah juga buka blog selepas dah siapkan kerja walau jam dah menunjukan pukul 1.17 pagi.
![]() |
| Sesi mengopi di pagi beberapa hari yang lepas di Coffee Bean & Tea Leave. |
Patutnya weekend ni aku tak berada di Malaysia tapi apakah nasib tidak menyebelahi rezeki travel untuk 5 hari tidak kesampaian. Dek kerana negara yang ingin dituju itu dilanda taufan ribut dan banjir. Walau tiada lagi banjir tapi keadaan masih lagi belum pulih dari kesan banjir yang terjadi.
Wife pulak dah ambil cuti Khamis, Jumaat dengan Isnin. Tapi katanya tak jadi pergi pun tak apa lah, boleh habis kan cuti sebelum masuk tahun baru. Company yang wife kerja tak boleh carry forward cuti tahunan ke tahun hadapan. Jika tak guna consider burn kosong gitu jer lah. Okay Done sesi meluah hahaa.
![]() |
| Big Breakfast untuk si kakak. Tak sekolah sebab ada appointment gigi di USIM. |
![]() |
| Red Velvet apa ntah nama kek ni. Okla sedap sehingga menjilat sudu. |
![]() |
| Half Cook Eggs and Toast Bread with butter. Roti tu jangan biar lama nanti liat. |
![]() |
| Pisang Goreng Cheese and Chocolate RM5.00 - Bersebelahan Taman Tasik Permaisuri. |





No comments:
Post a Comment