Friday, 27 November 2026

Salam Jumaat Terakhir November 2026

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Pagi ini dikejutkan dengan khabar sedih pemergian seorang yang aku selalu follow video pengembaraan beliau di Youtube.

Al- fatihah buat saudara Akmal Asyraf dari Rare TV.

Al-fatihah buat Saudara Akmal Asyraf

Semalam petang lepas amik anak nombor 3 balik sekolah kebangsaan, dia bercerita. Cikgu ada suruh tulis cerita pengalaman bersama ayah Sebab hujung tahun dah tak belajar so lebih kepada sesi cikgu jaga kelas dan untuk bagi budak-budak diam cikgu pun suruh la murid tulis cerita bersama ayah. Cikgu ni pula guru ganti kelas sahaja.

Tapi ada seorang murid ni tak tulis apa-apa pun. Bila cikgu kutip semua kertas dan dia tengok paper this kid empty. "Kenapa tak tulis..? Susah sangat ke nak tulis pengalaman dengan ayah kamu..?". Sebab at first dia ingat this kid bermain dalam kelas sampai tak sempat tulis. Nasib ada murid lain bagitahu "Ayah dia dah tak ada cikgu..". Terus sunyi sepi kelas.

Terus anak sambung cerita.. Adik pun kalau ayah tak ada nanti adik nak tulis cerita ayah adik seorang yang sangat baik.. suka bergurau dengan adik dan selalu teman adik.. Aku tersenyum dan dalam hati berkata "Halus betul hati adik..". Somehow kids tak ramai yang faham bila ada parent mereka yang pergi meninggalkan mereka.

No comments:

Post a Comment